Assalamualaikum para pembaca,
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa saya tak update percutian ke London pada tahun 2009? Alang-alang dah sampai kisah pada hari ke-2, baik teruskan sahaja penulisan.
Sebenarnya, saya merasa sebahagian daripada maklumat yang diceritakan mungkin dah obsolete atau expired. Maklumlah, percutian pun dah lama iaitu 6 tahun sudah. Lagipun, saya berhasrat untuk ke sana semula tapi entah bila kerana perlu cari bajet kewangan terlebih dahulu.
Tapi sebenarnya, tidak banyak yang berubah di London. Tempat-tempat pelancongannya masih sama malah harga perbelanjaan di sana termasuk penginapan dan pengangkutan juga tak banyak berubah. Yang mungkin berubah adalah harga tiket penerbangan serta beberapa tempat menarik yang baru.
Sebelum ini ramai juga yang menghargai penulisan saya berkenaan artikel lengkap tentang London. Jadi sahabat-sahabat yang dihormati, sila beri cadangan pada saya adakah perlu diteruskan atau tidak? Terima kasih.
Leave a Reply