• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us
  • English Site

London 2009: Kisah hari ke-2 – Part 2 – Westminster Abbey, Big Ben, London Eye, Millenium Bridge dan Soutbank

April 10, 2013 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 8 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Untuk membaca kisah sebelumnya pada hari ke-2 bahagian ke-1. Untuk membaca dari awal, klik di sini.

Kembali ke bahagian 2 bagi hari ke 2 di kota London. Ok, selepas melawat House Guard, saya meneruskan perjalanan ke Westminster Abbey! Yeahh… lokasi pelancongan nombor satu dan ter HOT di London yang dikenali di seluruh dunia. Sebut sahaja Westminster Abbey, akan terbayanglah jam Big Ben dan London Eye yang berdekatan.

Nota: Ejaan sebenar ialah Westminster dan bukannya Westminister. Moga ejaannya memudahkan carian di Google Maps.


Tugu peringatan Robert Clive, baron yang pertama ke India, juga berkhidmat sebagai seorang askar dan juga pegawai British bagi East India Company. Beliaulah yang menjadikan British ulung di Bengal, India

Sambil berjalan kaki, saya melalui sebuah kawasan yang penuh dengan arca-arca unik serta tugu peringatan mini yang terpahatnya nama-nama. Tapi saya tidak berhenti di situ dan tidak tahu apa yang terkandung pada tugu peringatan tersebut. Seperti biasa hari masih ‘gloomy’. Jika dilihat dalam gambar di atas, lebih ramai pelancong dari penduduk tempatan. Saya andaikan lelaki yang bercakap di handphone dan berbaju biru itu orang tempatan atau expatriate yang bekerja di sana. Fuh!! Alangkah bestnya kalau saya dapat bekerja dan menetap di sana sebab banyak lagi tempat yang saya ingin melawat di sekitar UK contohnya Scotland yang terkenal dengan pahlawan William Wallace dan kubu-kubu serta senibinanya yang lebih unik berbanding di England, lelaki berskirt yang meniup bagpipes dan tasik-tasiknya yang dikenali sebagai “Loch” dan mitos dinasour purba yang digelar “Loch Ness @ Nessy”, daerah Bath yang terletak di barat London yang terkenal dgn “Roman Bath” nya, daerah Bristol yang terkenal dengan tempat kelahiran band The Beatles serta Stonehenge yang saya lupa lokasinya tapi terletak juga di barat London dan tidak jauh sangat. Pendek kata, macam-macam nak explore sambil bekerja.

Itu belum lagi menunggu saat-saat peralihan musim di sana seperti musim bunga dan luruh. Kenapa dua musim itu pilihan saya? Musim bunga korang sudah tentu tahu kenapa dan musim luruh pula adalah kerana bentuk pokoknya yang bercabang-cabang tanpa daun dan daunnya guruh ke tanah berwarna kemerahan! Memang cantik dilihat bagi orang seperti saya. Musim sejuk saya tak minat sebab dah rasa peritnya bila suhu menurun bawah 5 darjah celcius, terasa macam nak balik semula ke tanahair. Namun, mungkin akan terubat kalau dapat bermain salji untuk pertama kali, hehe. Ok, selesai cerita angan-angan saya yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh korang yang ingin ‘teroka’ angan-angan saya tu.

Saya berjalan lagi terus menuju ke Westminster Abbey, dari jauh dah boleh nampak menaranya. Walaubagaimanapun, awalnya saya agak sesat. Menerusi taman yang sama saya lalui tadi, tapi kali ini melalui tepi-tepi jalan raya, saya bertanya kepada beberapa orang di situ. Ternyata, dalam 3 orang yang saya tegur, hanya seorang sahaja yang tahu arahnya kerana dua orang lagi bukan penduduk tempatan. Kesemua tiga orang tersebut sangat ramah dan murah senyuman. Inilah yang saya suka dengan masyarakat barat, mereka lebih pentingkan ‘manners’. Maaf, bukanlah saya tidak mengutamakan masyarakat Arab, Asian dan sebagainya, tapi setiap bangsa yang Allah jadikan adalah untuk kita saling kenal-mengenali. Mungkin ada sikap mereka yang baik dan boleh dijadikan teladan. Saya juga tidak menolak bahawa setiap bangsa ada juga kekurangannya, itu sudah pasti. Lama juga lelaki ke-3 tu tunjuk arah pada saya, hampir 5 minit bersembang, ramah orangnya.

Perjalanan kaki diteruskan ke Westminster Abbey tapi saya masuk semula ke dalam St. James Park bagi menikmati lagi pemandangan di situ. Kelihatan banyak sekali angsa dan itik pelbagai jenis berlabuh di tengah-tengah tasik. Ramai juga pekerja yang membersihkan taman dan saya pasti ramai dari mereka adalah pendatang asing.

Angsa dan itik yang berlabuh di tengah tasik
Banyak juga di atas tanah
Pekerja pembersihan taman. Malaysia masih belum menggunakan teknologi sebegini.

Lalu saya pun tiba di persimpangan jalan dan terletaknya bangunan United Nations Green bahagian belakang Westminster Abbey. Rupanya, saya dah terlajak jalan dari St. James Park. Ada jalan yang lebih dekat untuk ke Westminster Abbey dan Big Ben. Di sini juga saya terserempak dengan telephone booth berwarna merah yang cukup popular dan sinonim dengan kota London. Entah apa nasib di masa hadapan kerana semakin ramai menggunakan mobile phone.

Persimpangan yang agak besar
Telephone booth merah yang sinonim dengan kota London

Jauh juga saya menapak menikmati suasana sekeliling sehingga bertemu dengan Parliament Square Garden dan dan bahagian hadapan Westminster Abbey. Pada awalnya, saya ingatkan ini adalah Westminster Abbey tapi rupanya Westminster Hall. Di sinilah upacara pernikahan pasangan-pasangan diraja UK yang kerap diadakan.

Sewaktu melalui Parliament Square Garden, saya melihat beberapa protes diadakan oleh aktivitis berkaitan dengan peperangan yang berlaku di Iraq yang belum selesai.

Selamat datang di perkarangan Westminster Abbey
Westminster Hall yang disangkakan Westminster Abbey yang utama
Pintu masuk ke Westminster Abbey tapi saya tak masuk pun kerana ingin menjimatkan perbelanjaan
Sikit lagi akan sampai ke Big Ben
Protes yang diadakan di Parliament Square Garden berkenaan perang di Iraq
Krisis kemanusiaan terbaru di Sri Lanka

Akhirnya saya sampai juga berdekatan dengan Big Ben Clock Tower. Suasana sentiasa ‘gloomy’ yang membuatkan saya selalu berfikir, “alamak dah nak hujanlah”, lalu mempercepatkan langkah kaki untuk ke destinasi seterusnya. Padahal, negara 4 musim memang begitu. Gloomy sentiasa. Masuk hari ke-3, barulah saya faham permainan cuaca di sini.

Banyak kali juga saya ternampak bas persiaran dua tingkat bagi pelancong yang terkenal di sini yang kemudian barulah negara lain pula ikuti. Disebabkan saya masih muda dan bertenaga, saya memilih untuk berjalan kaki sahaja dan menjimatkan lagi kos pengangkutan. Lagipun banyak lagi ceruk-ceruk bandar yang hanya boleh diakses melalui kaki sahaja. Percaya atau tidak, dengan cuaca dingin dan susah nak berpeluh, anda boleh berjalan purata 5-8km sehari di sekitar bandar.

Selesai di Big Ben yang sebenarnya lebih cantik dilihat dari jarak jauh, saya teruskan berjalan ke tengah Westminster Bridge bagi menikmati pemandangan keseluruhan dan terentang lebar dua buah bangunan popular iaitu Westminster Abbey dan Big Ben. Bergambar di sini adalah wajib dan merupakan tapak ikonik dunia bagi pelancong.

Big Ben Clock Tower lebih dekat
Bas persiaran dua tingkat yang popular
Berjalan ke tengah Westminster Bridge
Bergambar di lokasi ikonik bagi United Kingdom
Big Ben Clock Tower yang lebih menarik jika dilihat dari jarak jauh

Berdiri di tengah Westminster Bridge, saya dah mula nampak London Eye dari kejauhan. Entah kenapa, ia tidak menarik bagi saya untuk dinaiki. Mungkin kerana terbaca secara online yang mengatakan tempoh ia berputar mengambil masa 40 minit. Dengan perangai anxiety melampau saya, mulalah terfikir, “macam mana kalau nak terbuang air?”. Satu penyeksaan mental, hehe.


Hikmahnya, masih boleh berjimat. Tidak ada apa yang menarik kalau melihat kota London dari atas. Ibarat melihat gambar-gambar aerial view sahaja yang mudah didapati di Google.

Sewaktu penulisan blog ini, saya hampir lupa samada pada waktu tu menapak di tepi London Eye atau di seberang sungainya. Rupanya masih di kawasan Westminster Abbey. Selepas memeriksa Google Maps, barulah tahu. Saya berjalan hingga ke Golden Jubilee Bridges manakala London Eye pun terletak di seberang Sungai Thames.

Oh ya, sewaktu berdiri di persimpangan lampu isyarat, London terkenal dengan label “Look Left” yang dicat di atas jalan raya. Ia bagi membantu pelancong dari negara dengan pemanduan di sebelah kiri.

London Eye dari kejauhan. Kelihatan trafik yang sesak di atas Westminster Bridge
Look Left!
Laluan turun ke underground Tube bagi stesen Westminster
Penulis dan London Eye
Ticketing booth bagi membeli tiket menaiki feri untuk river cruise
London Eye lebih dekat, berkat dari kamera Olympus saya yang boleh zoom sehingga 12x.
Westminster Bridge dari kejauhan

Sekarang saya berada di bawah Golden Jubilee Bridges. Dari Westminster Pier, iaitu jeti yang menyediakan ticketing booth untuk feri river cruise hinga ke Golden Jubilee, jaraknya adalah 700 meter. Kenapa Bridges dan bukannya Bridge? Kerana dibina dua buah bagi dua hala.

Terdapat tangga yang dibina untuk naik ke atas jambatan. Sengaja dibina tinggi bagi memudahkan bot dan feri melalui bawahnya. Melalui jambatan ini juga, saya dapat melihat London Bridge dari kejauhan. Di hari akan datang, saya akan melaluinya. Tapi bukan pada hari ini.

Selesai melintasi Golden Jubilee Bridges, saya pun turun ke bahagian bawah untuk menyelusuri laluan pejalan kaki yang terkenal bagi pelancong di sana iaitu Southbank. Agak menarik kerana banyak aktiviti sini contohnya tempat makan-makan, kerusi panjang untuk bersantai dan menikmati pemandangan Sungai Thames serta beberapa orang remaja yang bermain skateboard dan roller blade. Ada sebuah laman yang boleh dianggap indoor yang disediakan bagi pemain skateboard yang penuh dengan lukisan graffiti.

Panel butang untuk melintas jalan yang agak berbeza dari negara kita
Kelihatan London Bridge dari atas Golden Jubilee Bridges
Berada di atas Golden Jubilee Bridges
Pemuzik busker
Turun dari Golden Jubilee Bridges untuk ke Southbank
Antara restoran-restoran yang berada di sini. Saya dapati, kebanyakan yang bekerja di London membawa beg tarik yang jika dilihat mirip seperti pelancong yang ingin ke luar negara.
Cleopatra Needle dilihat dari Southbank
Seronoknya bersantai-santai di sini.
Golden Jubilee Bridges secara keseluruhan
Laman indoor yang disediakan bagi anak muda bermain skateboard
Seronok jika mengembara menggunakan roller blades. Tapi akan bermasam muka pula jika lantainya tak rata.
Laman indoor skateboard lebih dekat
Tengok atas nama seni. Jangan fikir bukan-bukan!
Daun musim luruh yang tidak terdapat di negara kita

Perjalanan saya berkaki pada hari itu adalah 3.7km. Bersambung ke entri seterusnya, London 2009: Kisah hari ke-2 – Part 3 – Tate Modern, Millenium Bridge & Edgware Road.



Related posts:

London 2009: Kisah hari ke-3 โ€“ Part 1 โ€“ Green Park & Buckingham Palace
Taman-taman di London Bhg 1 - St. James Park
Taman-taman di London Bhg 3 - Hyde Park

Filed Under: Europe, London, London 2009, United Kingdom

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

analitik analytic britain cdn cherating cuti hujung minggu england europe gb pockit gb pockit plus hujung minggu indonesia kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london makan best melancong thailand pahang pelawat pengunjung percutian hujung minggu percutian pendek railway station sedap short travel short vacation stroller tempat makan tempat makan best tempat makan menarik tempat menarik di thailand thailand train uk united kingdom visit visitors visits warung weekend getaway weekend holiday

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz