Sejak 2-3 tahun ke belakangan ini, blog kami mendapat hit paling banyak bagi maklumat tentang Thailand. Jadi, aku akan terus kongsi apa-apa lagi maklumat yang ada untuk tatapan pembaca. Ini adalah ringkasan atau wrap up berdasarkan pengalaman kami bagi Kembara Thailand-Laos yang telah dilaksanakan pada Disember, 2016 hingga Januari, 2017.
Ringkasan Peta Perjalanan Overland dari Thailand Hingga Laos
Buat para pembaca yang berminat dengan siri kembara Thailand-Laos kami, ini adalah entri kedua terakhir sebelum kami menutup buku kisah kembara ini. Entri terakhir nanti adalah berkenaan bajet secara keseluruhan manakala entri untuk ini pula adalah route secara overland yang kami tempuhi. Walaupun dah lama kembara ini berakhir (setelah 3 tahun berlalu..), aku tetap habiskan […]
Ringkasan Perbelanjaan Kembara Overland dari Thailand ke Laos
Kos keseluruhan bagi kembara Thailand-Laos ini aku pecahkan pada setiap daerah atau bandar yang kami lawati dan juga hanya kos seperti pengangkutan dan hotel sahaja yang terlibat. Kos perbelanjaan bagi makan/minum, membeli-belah serta kecemasan tidak termasuk. Oh ya, kos adalah untuk seorang individu dewasa sahaja dan bukan untuk keseluruhan keluarga.
Panduan Membeli Tiket Keretapi Thailand 2024
Terima kasih buat pembaca yang terus menghabiskan kisah kembara Thailand-Laos kami yang lama dulu. Walaupun tak banyak negara yang kami lawati, namun setiap perkongsian dalam blog entri sangat terperinci dari segi itinerary, kos, mapping dan jalan cerita. Lanjutan dari kembara yang lepas, kami sajikan panduan terkini bagi membeli tiket keretapi Thailand tanpa perlu menggunakan khidmat […]