Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 12 – Part 2 – Senibina Unik Di Buddha Park
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Percutian ke Laos ini menjadi hambar setelah berlaku kes hampir nak bergaduh dengan penunggang tuktuk.
Entri ini adalah hari ke-13. Pada hari sebelumnya iaitu hari ke-12, selepas balik dari Buddha Park dan menaiki bas menuju ke terminal bas Vientiane, kami berhenti di tepi jalan besar kerana bas tidak masuk ke kawasan dalam terminal bas Khua Din yang dianggap terminal bas utama bagi Vientiane.
Dengan ketiadaan sim kad Laos, dengan belum buat tukaran duit lagi dan yang tinggal hanya duit baht yang sangat terhad dan hotel pun tak booking apa-apa, kami tiba-tiba agak kebuntuan. Kami melabuhkan dahulu backpack dan mula memikirkan solusi. Ke mana nak tuju? Aku hanya harapkan HERE maps dan MAPS.ME sahaja yang terlebih dahulu download versi offline. Itupun bukan semua lokasi updated dan bukan mudah untuk mencari kerana nama-nama tempat di sini kebanyakkannya dalam tulisan Laos.

Lokasi bas berhenti dan menurunkan penumpang. Sumber gambar dari Google.