UPDATE 7 OKTOBER 2021: Sempadan negara akan dibuka dan travel ke luar negara akan dibenarkan. Sempadan negara ditutup sejak 18 Mac 2020 bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.
Berita baik! AXA Travel Insurance menawarkan pakej addon bagi membiayai Covid-19 jika terkena di luar negara. Boleh hubungi agen Masniza di bawah ini.
UPDATE 21 DISEMBER 2019: Di bawah ni aku kepilkan contact bagi agen untuk travel insurance yang paling saya trust dan yakini (mereka juga pakar dalam road tax kenderaan selain dari travel insurance):
Hubungi Masniza:
Instagram: Roadtax.biz (atau klik https://www.instagram.com/roadtax.biz)
Facebook: https://www.facebook.com/masniza.degea
Shopee: https://shopee.com.my/TRAVEL-INSURANCE-i.81831208.1825320979
Whatsapp: Klik sini akan terus ke Whatsapp anda.
************
Ok sambung cerita…………
Disebabkan isteriku tengah mengandung bulan ke-7 sekarang ni dan kami pun tak dapat ke mana-mana, jadi kali ni aku nak bercerita sedikit tentang Travel Insurance.

Bila sebut tentang travel insurance, adakah korang terfikir seperti di bawah ini?
“Aku dah ada life insurance, tak perlulah apply travel insurance lagi”
“Setakat nak pi Bandung 3 hari je, apsal nak kena beli travel insurance? Bukannya travel 30 hari, 3 hari je woihh!”
Kata orang, malang tidak berbau. Memang pun, kau tak boleh bau langsung malang tu kalau dia datang. Malah, batang hidung malang tu pun kau takkan nampak.
Dah banyak kes rakyat Malaysia yang terkandas di hospital di luar negara. Contoh kes yang aku pernah dengar:
- Kena stroke di London dan kos perubatan dan penginapan di hospital mencecah ratusan ribu ringgit.
- Dua orang pemuda usia 20an meninggal di Flores, Indonesia selepas lemas dalam air terjun. Kos membawa pulang jenazah mencecah puluhan ribu ringgit bagi setiap jenazah. Klik pautan ini untuk kisah tragedi tersebut.
- Kawan aku sendiri kemalangan di Jawa menunggang motorsikal yang disewa. Boleh klik link ini untuk kisah beliau.
Janganlah ingat yang travel insurance (T.I.) dengan insurans perubatan atau jenis biasa tu sama. Berbeza ye. Insurans perubatan memang ada yang cover luar negara tapi manfaatnya berbeza. Contohnya, ia tidak cover:
- kehilangan luggage
- kecurian, ragut dan rompakan
- kelewatan jadual penerbangan
- kecurian passport
- luggage yang salah route – maksudnya, korang landing tempat lain, luggage pula sampai ke negara lain
- kehilangan dan kecurian perkakasan elektronik
- liabiliti diri
- kenderaan (kapal terbang, kereta dan lain-lain) semasa kembara yang kena hijack
- penghantaran pulang jenazah (segala kos ditanggung), scary pula aku nak sentuh bab ni, mesti korang tanya jenazah siapa tu? paham-paham sendirilah.
- dan banyak lagi faedah perlindungan T.I. ni.
Walaupun kita boleh buat perbandingan T.I. di laman web Gobear, akan tetapi terdapat satu kelemahan di situ iaitu jumlah hari kembara yang dilindungi pihak insurans. Kenapa aku pentingkan maklumat ni? Baiklah, korang pun tahu kebanyakan traveler rata-rata ke luar negara dalam tempoh 5-6 hari atau paling lama pun biasanya 3 minggu.
Tapi bagaimana pula dengan pengembara tegar?
Di masa depan, aku dan famili merancang untuk kembara lebih dari 3 bulan merangkumi beberapa buah negara. Itu pun nasiblah. Kalau rezeki ada, kami jalan. Dan untuk pengetahuan korang, rata-rata T.I. hanya cover maksima 90 hari (jika pilih annual trip) atau 180 hari (jika pilih single trip).
Di sini aku akan gunakan AXA Travel Insurance sebagai contoh perkiraan annual dan single trip.
Katalah kita ni pengembara tegar dan ingin mengembara selama 4 bulan (120 hari). Negara tersebut adalah seluruh Western Europe merangkumi 13 negara:
- United Kingdom
- Ireland (Republic of Ireland @ South Ireland)
- France
- Luxembourg
- Netherlands
- Belgium
- Switzerland
- Germany
- Czechia (Czech Republic)
- Poland
- Austria
- Hungary
- Slovenia
AXA Travel Insurance “Area 2”:


Tak dinafikan, annual trip yang berharga RM253.50 per individu memang lebih murah dari single trip yang dibayar bagi setiap kali trip. Tapi sanggup ke korang nak cover 13 negara dalam tempoh bawah 90 hari? Kalau pengembara solo atau pengembara ‘celup kaki’ mungkin boleh dan kurang dari 35 hari.
- Tapi bagaimana pula dengan pengembara berkeluarga seperti kami dengan anak kecil? Agak sukar untuk rushing secepat itu. Dan aku pula jenis tak suka ‘celup kaki’. Memang kos tinggi tapi aku sanggup menabung lebih lama agar tidak ‘celup kaki’.
- Bagaimana pula selepas kembara pusing Western Europe dan ada pula rezeki tambahan, kami terus lajak pula ke negara-negara Scandinavia atau menaiki tren Trans-Siberian Railway menuju ke China lalu bersambung tren ke Vietnam, Cambodia dan akhir sekali Bangkok sebelum menuju pulang ke Malaysia?
Jadi, annual trip 90 hari yang diperuntukkan T.I. rasanya tidak sesuai kalau jumlah beberapa negara tu banyak dan menolak faktor percutian jenis “celop kaki”. Yang layak pula ialah Single Trip yang cover sehingga 180 hari.
Jom kita kira berapa kos untuk 13 negara. Aku ni kepala “gila-gila” orangnya dalam bab angan-angan travel. Kali ini kita masukkan tambahan:
- negara-negara Scandinavia seperti Denmark, Norway, Sweden dan Finland
- negara-negara yang dilalui oleh tren Trans-Siberian seperti Russia, Mongolia dan China
- negara-negara laluan tren OBOR (one belt one road) yang lain seperti Vietnam, Cambodia dan Thailand. OBOR ialah “silk road” versi baru iaitu misi masa hadapan negara China untuk menghubungkan negara-negara Asean (atau negara-negara dari benua lain) dengan China melalui landasan keretapi.
Kita masukkan semua negara-negara yang terlibat:

Ini pula jumlahnya:

Insurans per individu berharga RM537.00. Dua kali ganda dari kos annual trip. Tapi bagi aku berbaloi kerana single trip dapat dilaksanakan dalam tempoh 180 hari dengan jumlah negara sebanyak 23.

Di atas pula ialah harga RM1342.50 jika memilih Single Trip, Family Plan, 2 dewasa dan 2 orang anak kecil.
Cadangan lain pula ialah hanya kembara ke negara-negara terpilih yang tempohnya hampir 90 hari dan kemudian balik semula ke Malaysia. Kemudian ulang semula ke negara-negara lain. Kaedah ini sesuai bagi lokasi benua yang berbeza. Jika sama benua, amat rugi kerana perlu membeli tiket penerbangan dengan kos yang hampir serupa dengan trip yang dilaksanakan pada sebelumnya.
Syarat 90 hari ni setahu aku, perlu cecah kaki ke Malaysia dan akan ‘reset’ semula dari limit 90 hari ke 0 hari. Aku juga pernah terbaca, untuk ‘cecah kaki’, perlu berada di Malaysia melebihi “X hari” sebelum menyambung semula kembara.
Untuk menjawab kemunsyilan tu, aku pun terus bertanya pada Customer Support AXA Insurance. Ini jawapannya:

Penerangan tentang perbualan di atas… Katanya, selepas melakukan trip yang ngam 90 hari atau kurang, kita perlu berada di bumi Malaysia minima 24 jam sebaik sahaja passport telah “log masuk” dalam negara. Kemudian selepas 24 jam, barulah kita boleh meneruskan trip kedua. Korang tegar sangat nak kembara ke? Boleh sahaja buat kerja gila check in hotel atau hostel berdekatan dengan KLIA/KLIA2 dan meneruskan perjalanan ke tempat lain. Ini namanya, dalam negara pun “celop kaki”.
“…. would need you to select the effective date..” Ok ini biasa kemunsykilan yang timbul dalam kepala pengembara. Maksudnya, jika membeli T.I. hari ini, korang boleh pilih bila tarikh yang insurans ni akan berkuatkuasa memberi coverage pada korang. Kerana sebelum ni ada ura-ura mengatakan…
“Kena beli T.I. ni beberapa hari sebelum hari pertama trip bermula. Dan jika teruskan juga trip, nanti T.I. takkan cover. Kalau berlaku apa-apa sebelum tarikh efektif, kerugian ditanggung sendiri”.
Jadi, dah terjawab. Semasa membeli T.I. secara dalam talian, pastikan teliti betul-betul “effective date” tu dan setkan pada tarikh trip yang akan kita mulakan walaupun tarikh pada esok harinya.
Soalan ke-2 pula:

Berkisar tentang annual plan, kali ni aku bertanya keadaan bila berlaku situasi (dalam tempoh 365 hari) kehilangan beg pada trip pertama. Jumlah pampasan yang diberikan untuk kehilangan beg ialah RM500. Bagaimana pula kalau kehilangan bag sekali lagi pada trip kedua? Jawapannya…
Situasi 1: Beg hilang pada trip pertama. Katakan nilai beg RM400 di pasaran (beg sahaja, bukan termasuk kandungan barangan di dalamnya), maka AXA akan bayar pampasan RM400 dari RM500. Kemudian sekiranya dah pulang semula ke Malaysia dan dalam tempoh 24 jam seterusnya, korang melaksanakan pula trip kedua. Disebabkan dah cecah Malaysia, pampasan beg dari baki RM100 (RM500 tolak RM400) akan ‘reset’ semula ke RM500. Tiba-tiba dalam trip kedua hilang pula beg sekali lagi, maka pampasan akan dibayar RM400 juga.
Situasi 2: Beg hilang pada trip pertama. Ya, pampasan akan dibayar RM400 dan bakinya ialah RM100 (RM500 tolak RM400). Dan dalam trip pertama ini juga, tiba-tiba sekali lagi beg hilang. Maka pampasan untuk beg kedua hanya baki dari RM500 tersebut iaitu RM100 walaupun beg kedua juga bernilai RM400 di pasaran.
Jadi, dari pampasan beg ini, kita boleh andaikan sama juga untuk pampasan-pampasan lain yang ditawarkan oleh mereka.
Faktor-faktor yang membatalkan perlindungan insurans:
- Menyelam sehingga kedalaman 30 meter.
- Terjun dari ketinggian 3000 meter (high altitute… dan bagi bungee jumping aku tak pasti).
- Mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.
- Kehilangan, kemusnahan atau kerosakan disebabkan radiasi, bahan kimia atau nuklear.
- Menjadi penumpang bagi syarikat penerbangan yang bertujuan untuk beriadah, sebagai ‘teksi’ dan lain-lain menggunakan kapal terbang peribadi atau helikopter. Kecuali bagi penerbangan komersil dari negara ke negara yang biasa kita naik di lapangan terbang.
- Melanggar undang-undang atau perbuatan yang dilarang.
- Menjawat jawatan sementara seperti pegawai kuatkuasa (polis, askar), pegawai perubatan kecemasan, pegawai bomba, ahli ketenteraan atau yang berkaitan, samada secara full time atau sukarela.
- Menyertai sukan bertaraf professional atau semi professional dan membahayakan seperti perlumbaan kereta, aksi stunt motorsikal dan sebagainya.
- Mendapat penyakit HIV dan AIDS semasa di perantauan.
- Mempunyai penyakit yang telah sedia ada sebelum memohon travel insurance.
- Bagi wanita pula; mengandung, melahirkan bayi, keguguran secara tiba-tiba atau menggugurkan sendiri kandungan.
- Trip yang dibuat tanpa persetujuan doktor.
- Melawat negara-negara yang dikenakan setakat oleh UN seperti Cuba, Iran, Syria, North Korea atau wilayah Crimea (wilayah autonomi Republic of Ukraine).
- Terlibat dalam aktiviti atau pekerjaan risiko tinggi seperti bekerja di pelantar minyak, pelombongan, aerial photography dan penggunaan bahan letupan (walaupun secara sah).
- Sebarang bentuk pekerjaan kecuali yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan.
- Mempunyai masalah mental dan nervous disorders.
- Terlibat dalam peperangan.
Berikut adalah perbandingan beberapa syarikat insurans berdasarkan jumlah tempoh panjang yang ditawarkan:
AXA:
Annual Trip Plan – cover sehingga 95 hari
Single Trip Plan – cover sehingga 190 hari
Usia minima kanak-kanak: 30 hari hingga 18 tahun (atau sehingga 23 tahun jika masih belajar)
Usia maksima dewasa: 70 tahun (annual trip) dan 79 tahun (single trip)
Negara yang tiada coverage insurans: Iran, Syria, Belarus, Cuba, Republik Demokratik Congo, Korea Utara, Somalia, Sudan, Sudan Selatan dan Zimbabwe.
Insurans tambahan untuk winter sport atau scuba diving: Ada
Nombor kecemasan: +603-2142 0399
Tempoh proses claim sehingga mendapat pampasan: 30 hari
Coverage bermula: 24 jam selepas dapat polisi insurans (pastikan trip bermula 24 jam selepas dapat polisi)
AIG:
Annual Trip Plan – cover sehingga 100 hari
Single Trip Plan – cover sehingga 180 hari
Usia minima kanak-kanak: 31 hari hingga 18 tahun
Usia maksima dewasa: 60 tahun (annual trip – boleh diperbaharui sehingga 65 tahun) dan 65 tahun (single trip)
Negara yang tiada coverage insurans: Cuba, Iran, Syria, North Korea dan Wilayah Crimea.
Insurans tambahan untuk winter sport atau scuba diving: Ada
Nombor kecemasan: +603-2772 5600 atau 1800 88 8811 atau [email protected].
Cara nak claim: Rujuk sini
Tempoh proses claim sehingga mendapat pampasan: 30 hari
Coverage bermula: 24 jam selepas dapat polisi insurans (pastikan trip bermula 24 jam selepas dapat polisi)
Selain AXA dan AIG, ada lagi seperti:
- Chubb Travel Insurance yang menawarkan usia tanpa had (sampai umur ratus-ratus tahun pun boleh) untuk single trip dan maksima 80 tahun bagi annual trip. Single trip diberikan maksima 183 hari manakala annual trip 90 hari.
- Allianz Travel Insurance menawarkan single trip sehingga 200 hari. Annual pula sehingga 90 hari.
- Etiqa (Takaful) hanya tawarkan sehingga 90 hari bagi kedua-dua single dan annual trip.
- Tuneprotect – ini aku belum buat kajian lagi.
Digital Nomad:
Jeng jeng jeng. Aku sekarang dah jadi separa digital nomad. So, ini merupakan salah satu insurance yang terbaik. Apa itu digital nomad? Nanti aku akan cover dalam posting akan datang.
Apa beza insurans T.I. dengan insurans digital nomad? Terdapat tambahan perlindungan bagi kamera-kamera yang mahal, laptop, handphone, ebook reader dan beberapa lagi. Tapi kosnya? Sangat mahal di antara USD$1,191.50 hingga USD$1,318.50 bagi trip selama 365 hari ke mana-mana negara di seluruh dunia! Yang bestnya, korang tak perlu cecah kaki balik semula ke Malaysia.
Tak perlu jadi seorang digital nomad pun boleh juga apply. Jadi, mana nak cari insurans untuk digital nomad ni? Klik sini World Nomads. Malangnya, insurans jenis ini tiada coverage untuk bayi yang berusia 1 tahun dan ke bawah.
Kesimpulan?
Aku prefer AXA sebagai travel insurance kerana pernah gunakan sebelum ini dan selesa dengan kepantasan pembeliannya dalam talian serta jumlah pampasan yang ditawarkan. Tapi sekiranya aku mampu, aku memilih AIG kerana syarikat ini terkenal dan mempunyai rangkaian dengan pihak-pihak kecemasan di seluruh dunia sehingga boleh memindahkan korang menggunakan helikopter jika memerlukan.
Jangan lupa, sebelum mulakan kembara, bawa saja salinan travel insurans yang telah diprintkan dari email. Atau download dan save dalam thumb drive. Sekiranya terjadi apa-apa, pihak hospital di luar negara boleh tolong print kan.
OK, aku lupa nak maklumkan sesuatu yang ramai orang tak tahu. Apa dia? Sila sediakan cash dalam simpanan bank di antara RM5,000 hingga RM10,000 kerana ada sesetengah hospital atau klinik di luar negara yang menerima pembayaran tunai terlebih dahulu (dan korang boleh claim kemudian dengan syarikat insurans). Ada juga syarikat insurans yang meminta kita gunakan cash sendiri dan mereka akan membayar pampasan di kemudian hari.
Beli sendiri Travel Insurance secara online atau melalui agen?
Kalau akulah, aku prefer pembelian insurans melalui agen walaupun beli online dapat diskaun sehingga 10%. Apa sebabnya? Sempat ke atau ada masa ke korang nak berurusan dengan syarikat insurans semasa sedang berlaku kes di luar negara? Dengan kelam-kabut bagai. Itulah fungsi dan kerjaya agen. Mereka akan push dan follow-up sekuat mungkin pada syarikat insurans sehingga kita mendapat pampasan.
Edit 21 Disember 2019: Aku baru teringat mengenali seorang kenalan travel dalam FB iaitu saudari Masniza Smize. Beliau memang hebatlah bab push syarikat insurans untuk mendapatkan pampasan. Dah banyak kes diselesaikan dengan jayanya. Perkhidmatan beliau juga pantas, lancar, on-time dan mudah. Highly recommended. Selain tu, beliau juga membuat servis renew roadtax dan sebagainya. Boleh hubungi di nombor tertera di bawah ini. Walaubagaimanapun, segala pendapat aku dalam artikel di atas adalah berlandaskan pendapat peribadi aku semata-mata dan tiada kena-mengena dengan pendapat mana-mana agen insurans.
Hubungi Masniza:
Facebook: https://www.facebook.com/masniza.degea
Shopee: https://shopee.com.my/TRAVEL-INSURANCE-i.81831208.1825320979
Whatsapp: Klik sini akan terus ke Whatsapp anda.
Sumber rujukan lain:
- https://adibyazid.com/2017/04/24/insuran-perjalanan-travel-insurance-tip-cerita-info-yang-kita-perlu-tahu-sebelum-melancong/
- http://kakimelancong.com/artikel/jika-anda-rasa-insuran-perjalanan-tidak-penting-semasa-bercuti-kes-michael-schumacher-mungkin-boleh-di-jadikan-panduan/
- https://www.thevocket.com/pengalaman-buat-tuntutan-travel-insurance/
- http://akuseorangkaunselor.blogspot.com/2016/09/insurans-perjalanan-atau-travel.html
- http://jmr23.com/2017/03/perlu-ke-tak-beli-insuran-perjalanan-travel-insurance/
- http://simply-sha.blogspot.com/2013/05/barang-yang-perlu-di-bawa-masa-travel.html
- https://www.imoney.my/ms/insurans-perjalanan
- http://www.karimadimana.com/perlukah-travel-insurance