• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Zatie Wanderer

Famili Backpackers!

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
    • Thailand
      • Bangkok
      • Hat Yai
      • Hua Hin
      • Kanchanaburi
      • Nakhom Pathom
      • Prachuap Khiri Khan
      • Samut Songkhram
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Ulasan Buku Travelog Memoir 20 Pengembara

December 5, 2017 By Admin 2 Comments


Membaca travelog kembara bukanlah kerana destinasinya, tapi apa penghayatan yang dapat dikongsikan tentang latar belakang tempat, suasana dan tingkahlaku manusia dll malah bau oksigen/udara di tempat itu juga merupakan suatu penghayatan. Buat yang ada jiwa kembara, buku ini sgt sesuai. Buat yang mencari kisah lokasi travel yang ‘grand’ dan dibaca sebagai ‘pelancong’, ini bukanlah buku utk anda.

Baiklah saya review secara jujur walaupun separuh dr penulis2 merupakan sahabat FB saya.

Aizul Manan – Kisah TM20P dimulakan oleh Aizul Manan dalam kembara Balkan. Saya agak terkesan tentang kisah pemandu pelancong iaitu Ivor dan survival rakyat Bosnia dalam mata pencarian seharian. Amat terkesan apabila melihat gambar Ivor yang memandang ke arah jambatan Stari Most sambil membelakangi kamera, dalam keadaan hujan dan berpayung mengharapkan sedikit rezeki kurniaan Ilahi dari pelancong2 yang dtg ke situ buat makan minum keluarganya seharian. Mereka tidak memaksa apabila meminta, tapi meminta dalam berterus terang.

Ali Gaban – Kisah baju Jersey baru yang tiba2 ada dlm backpack yang ntah datang dari mana. Beliau menceritakan pengembaraannya ke Algeria, satu negara yang sgt rare dikunjungi oleh pengembara Malaysia. Hanya dgn kemahiran, ilmu dan usaha, beliau mendapat trip percuma ke sana malah jika diberi peluang boleh menjangkau sehingga ke Turki dan UAE! Apakah kemahiran tersebut? Semuanya ada kisahnya dlm buku TM20P. Oh ya, agak melucukan bila rupabentuk pokok2 di Algeria dibayangkan olehnya seperti bentuk brokoli.

Jeroong Wia – menaiki keretapi dari Harbin (China) ke Vladivostok (Russia). Tertarik dgn kisah keretapi yang perlu ‘ditukar peralatan’ tiap2 hari apabila tiba di sebuah station, jika tidak akan tergelincir dan terbabas. Spoiler pula kalau cerita di sini tapi segala kisahnya ada dalam buku TM20P. Kisah yang baru saya tahu juga melalui penceritaan beliau ialah transit train semalamam. Penumpang yang transit tak tidur di hostel/hotel, tapi tidur dalam…………..

Amerlinda – Kisah kembara trans Sabah dgn anak kecil. Teringat pula kenangan kembara saya ke Thailand-Laos juga dgn anak kecil semasa 2016/17 merentas 11 daerah dgn gaya backpack 100%. Buat yang berkeluarga tapi ‘menjunjung’ falsafah bhw dah berkeluarga pun masih boleh berkelana tanpa mempedulik an taboo org dulu2 yang mengatakan segala aktiviti terhenti bila berumahtangga, jadi bolehlah follow kisah Amerlinda atau kisah pengembara berkeluarga yang lain. Ada juga diceritakan rate penginapan rumah panjang yang jauh lebih murah dr booking online. Masyaallah! Selama 40 thn saya hidup, baru tahu kisah yang di rumah pjg terdapat bilik khas utk menempatkan …….. (blank nanti spoil pula). Kudat mendapat namanya dari ‘kes terkejut’? Betul ke di Sabah terdapatnya gong terbesar di dunia? Di dunia weh! Bukan di China. Semua kisah, lokasi serta nombor utk dihubungi telah dikongsikan dalam buku TM20P.

Budak Kechik – Pengembaraan yang penuh dgn nasib malang bermula dari awal lagi. Selalu terjadi pada pengembara. Biasanya dlm berhari2 travel mesti satu hari akan dirundung malang. Teruja dgn telco Russia krn simkadnya berharga RM46 dengan data plan 40gb. Dan pertama kali dgr adanya hostel yang mempunyai waktu curfew. Ikuti bagaimana beliau menempuh cuaca sejuk sehingga malam harinya dlm menghadapi masalah demi masalah yang menimpa.

Norhisham – Beliau mempunyai gaya kembara yang sama dgn saya iaitu isterinya sbg travel partner, “Dialah si isteri… dialah sahabat karibku… dan dialah teman kembaraku.” Saya juga baru mengetahui terdapat app khas utk mengetahui signal kekuatan aurora setiap hari dan boleh naik flight ke Iceland melalui Edinburgh. Adakah ‘perjuangan’ mereka suami isteri selama 4 mlm mengejar aurora berjaya dicapai? Atau pulang dgn penuh kekecewaan? Inilah dilema pengejar sang aurora. Semuanya diceritakan dalam buku TM20P.


Intan Hurulaini – Ok ini first time saya ikuti kisah kembara di tanah Korea Selatan selain dr tempat pelancongan utama seperti Busan, Jeju dan Seoul. Kisah ttg kerajaan lama Silla di Gyeoungju yang sangat menarik. Pengalaman, ketakutan dan kerisauan apabila terjumpa pakcik2 Korea yang sdg mabuk yang seolah2 ‘memaksa’ beliau menaiki kereta ke suatu tempat tujuan. Ikuti bagaimana kisah selanjutnya dalam buku. Di sini juga terdapat menara astronomi tertua di Asia Timur yang dipunyai seorang ratu! Dan paling kelakar, menaiki bas dan tersalah berhenti di muzium _____ (blank nanti spoiler).

Fatimah Matarjan – Berada di Turki sewaktu kejadian letupan bom di airport. Telah melakukan fardhu kifayah di Estonia di sebuah masjid yang mengalami sedikit masalah disbbkan bencana alam. Yang paling ehem2…. bertemu jodoh dgn org sana. Kisah ringkas percintaan mereka berdua sehingga dilamar. Anda yang masih solo pasti teruja!

Dinie Safwan – Travelog setakat Gunung Kinabalu je? Ishk jgn judge mcm tu… korang tahu tak…. inilah first travelog saya baca tentang hiking Gunung Kinabalu yang sgt unik (dan mungkin rare?). Dia ni mmg gentlemen krn melamar gadis kesayangan di puncak Gunung Kinabalu!

Nur Shuhada – Ini pula tentang kisah ke Lopburi (Thailand) melihat bunga matahari. Seronok baca krn sama dgn pengalaman saya sekeluarga ke sana dulu. Beliau juga menceritakan tentang masalah gastrik akibat tak makan. Ya, jgn buat main. Saya juga mengalami masalah yang sama. Boleh sakit perut, terhuyung-hayang (vertigo) malah pitam tau. Agak phobia juga kalau nak travel seorang diri. Pengalaman beliau menaiki trak pickup dan duduk di bhgn belakang dr Lopburi ke ladang bunga matahari sgt saya suka. Feel seperti menjadi seorg buruh/pekerja ladang pula. Beliau juga menceritakan pengalaman bersama keluarga sahabatnya yang tinggal di Bangkok.

Rashid – Beliau mengajar saya tentang betapa bahayanya AMS, lebih bahaya jika kombinasi dengan asma. Walaupun badan fit, sado, selalu ke gym, selalu joging.. kalau dah terkena penangan AMS, terduduk juga. Kisah beliau yang sgt setiakawan membantu seorg sahabat terkena AMS sewaktu mendaki ke Macchu Picchu, Peru tanpa mempedulikan hotspot2 yang ada di situ. Utk anda yang ingin ke sana, beliau juga ada menceritakan panduan secara detail dlm buku TM20P. Bonus: Kisah pengalaman trekking dan mendaki di Annapurna Base Camp (ABC), Nepal.

Firdaus Mukhtar – Pengalaman kembara secara solo ke 7 buah bandar di China. Sepanjang menjadi pengumpul buku travelog, saya belum pernah lagi membaca travelog khas utk negara China. Kisah Firdaus bagi saya dah ok walaupun ringkas. Saya juga tak dapat bayangkan kerja ‘gila’ beliau membeli tiket murah standing seat selama 8 jam dalam train! Ikuti juga kisah beliau berhadapan dgn masalah bahasa terutama papan2 tanda jalan, kedai dll.

Tawfiq – Ok, ini sangat rare walaupun hanya dekat sahaja iaitu di Bali. Kisah ini mirip kisah mengejar aurora tapi yang dikejar adalah kumpulan ikan Mola-mola. Kemunculannya bagai aurora, dtg tak bagi salam, tapi bila pergi meninggalkan ‘salam tautan hati’ yang dirindui. Tahukah anda ikan ini sebesar sebuah van? Hanya di Bali sahaja lokasi di dunia paling terbaik utk melihatnya. Ada satu lagi yang rare iaitu ‘travelog scuba’, kisah melihat keadaan, kedalaman dan kehitaman dasar laut apabila berscuba.

Mohd Yasim – Tertarik dgn gambar kecomelan seorang kanak2 perempuan yang sedang makan bungkusan yang disertakan sekali dalam buku ini. Gaya penulisan travelog sgt menarik sehingga saya merasakan diri beliau adalah saya! Begitu detail sekali penceritaan suasana sekeliling di utara Pakistan dgn bait kata2 yang tersusun. Buat Mohd Yasim, anda boleh melangkah lebih jauh lagi dalam berkarya.

Ada lagi yang saya tak sempat review cthnya kembara ke Sri Lanka, Iran, Turki, Kashmir, Al-Aqsa Palestin dan Ha Giang (Vietnam). Kalau nak tulis review utk semua agak terlalu byk, saranan saya lebih baik dapatkan terus bukunya. Pendapat saya, ini adalah buku travelog pertama terbit di Malaysia yang mengumpulkan kisah dari 20 org pengembara. Kesemua kisah sgt menarik.

Ini pula kritikan saya..

Font agak kecil, mgkn utk jimatkan kos pencetakan dan seterusnya mengurangkan harga jualan agar mampu milik. Saya rasalah, jika font dinaikkan 2 point, mungkin jumlah mukasurat mencecah 400ms! Dengan dilengkapi beratus mukasurat cetakan gambar berwarna, saya rasa harganya sgt berbaloi.

Rating 4.8/5.0

Buat yang belum beli, silalah dptkan sbg koleksi buku2 travelog dlm simpanan. Cetakan sgt terhad. Kalau dah habis, nanti tiada lagi dlm pasaran.

Utk tempahan, boleh terus hubungi sahabat saya Afzan Yusuf atau klik ini utk terus whatsapp https://api.whatsapp.com/send?phone=60174363684



Related posts:

Promosi Malaysia Airlines yang murah
Dapat Jemputan Dari TV Al-Hijrah Tapi........
Salam

Filed Under: Pengumuman

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers dengan kos yang menjimatkan.

2
Leave a Reply

avatar
This comment form is under antispam protection
2 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Bukhari MalekZaris Ahmad Recent comment authors
avatar
This comment form is under antispam protection
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Bukhari Malek
Guest
Bukhari Malek

4.8, tinggi rating. terbaik lah

Vote Up0Vote Down  Reply
1 year ago
Zaris Ahmad
Guest
Zaris Ahmad

saya tertarik dgn jenis kumpulan cerita pendek travelog.. setiap penulis pula memilih satu 'moment' yg terbaik dlm berpuluh kisah kembara peribadi mereka dan dipilih utk dikongsi dlm buku ni… mgkn sbb tu saya bg rating tinggi.

Vote Up0Vote Down  Reply
1 year ago

Recent Posts

  • Dapat Jemputan Dari TV Al-Hijrah Tapi……..
  • Kembara Thailand – Laos: Day 12 – Part 1 – Selamat Pagi Nong Khai, Border Crossing & Hello Vientiane!
  • Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 5 – Masjid Ayutthaya & Perjalanan ke Nong Khai
  • Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 4 – Ayutthaya Historical Park & Wat Maha That
  • Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 3 – Wat Yannasen & Wat Thammikarat

Recent Comments

  • Admin on Kembara Thailand – Laos: Day 1 – Perjalanan Bermula, Tren ETS dan Sempadan Malaysia-Thailand
  • Neko on Kembara Thailand – Laos: Day 1 – Perjalanan Bermula, Tren ETS dan Sempadan Malaysia-Thailand
  • Admin on Kembara Thailand – Laos: Day 1 – Perjalanan Bermula, Tren ETS dan Sempadan Malaysia-Thailand
  • neko on Kembara Thailand – Laos: Day 1 – Perjalanan Bermula, Tren ETS dan Sempadan Malaysia-Thailand
  • Zaris Ahmad on Persediaan Maklumat Sebelum Memohon Travel Insurance

Archives

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers dengan kos yang menjimatkan. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami dan isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright © 2011-2019 · ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz