• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us
  • English Site

Tools untuk mengembara dan melancong

May 15, 2014 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 6 minit



Kali ni saya nak bincang tentang peralatan yang sesuai sewaktu mengembara dan melancong baik di dalam dan di luar negara. Peralatan lebih pada barangan elektronik. Ini adalah peralatan elektronik atau gajet yang selalu saya guna dan harus ada bagi saya.

1.GPS (berasaskan yang tersedia bina dalam smartphone)

Ok, apps yang saya gunakan di atas, semua orang dah tahu iaitu Google Maps. Ada banyak lagi apps yang bagus contohnya Waze, Mapfactor dan Sygic. Melalui pengamatan saya, boleh disimpulkan bahawa:


  • Google Maps – Keupayaannya “All rounder” walaupun tak sehebat Waze dalam pengurusan traffic, namun maklumat traffic di kawasan luar bandar atau jalan kampung tidaklah menjadi keutamaan. Waze hanyalah sesuai di bandar besar sahaja. Google Maps lebih matang dari kebanyakan apps pemetaan yang lain. Dan, peta jalanraya sentiasa update. Apps adalah percuma tapi menggunakan bandwidth. Google Maps tidak sesuai digunakan jika ke luar negara kerana menggunakan bandwidth yang memerlukan anda memasukkan Simkad. Download di sini.
  • Waze – Seperti yang diterangkan di atas, ianya sesuai di bandar sahaja. Waze adalah syarikat milik Google. Jadi, dah boleh agak maps yang digunakan dalam Waze adalah sama sahaja dengan Google Maps. Apps adalah percuma tapi menggunakan bandwidth. Waze tidak sesuai digunakan jika ke luar negara kerana menggunakan bandwidth yang memerlukan anda memasukkan Simkad. Download di sini.
  • Mapfactor – Sewaktu saya bergerak dari Batu Pahat balik ke KL menerusi Sri Gading dan Parit Yaani (shortcut), saya dapati tidak ada sebarang jalan menuju ke Parit Yaani, seolah-olah hilang! Inilah masalahnya bagi MapFactor, petanya lambat update. Namun, yang bagusnya, ia boleh digunakan sebagai ‘backup apps’ sebab MapFactor tak guna sebarang bandwidth. Manalah tahu, kalo ke luar bandar yang tak ada line telefon, MapFactor bolehlah jadi penyelamat sementara. Apps dan peta adalah percuma. Boleh rujuk gambar di bawah perbezaan peta yang dipaparkan di antara Google Maps, Waze dan MapFactor. MapFactor sesuai digunakan jika ke luar negara kerana tidak menggunakan bandwidth yang memerlukan anda memasukkan Simkad. Download di sini.
  • Sygic – Antara apps yang menjadi pooojaaann hatiku. Sebabnya… Sygic seperti juga Google Maps, petanya sentiasa update. Ianya sama pula dengan MapFactor iaitu tidak menggunakan sebarang bandwidth. Apps adalah percuma.. tapiiiiiiiiiiii….. petanya berbayar. Tidaklah mahal sangat iaitu kurang dari RM100 untuk peta Malaysia dan Singapura. Update maps sampai kiamat adalah percuma. Sygic sangat sesuai digunakan jika ke luar negara kerana tidak menggunakan bandwidth yang memerlukan anda memasukkan Simkad. Ini adalah apps paling terbaik jika berada di luar negara! Download di sini.
Beginilah keadaan saya ber-GPS bila tengah travel

2. GPS (rekod koordinat)

Apps di atas adalah “GPS Coordinates”. Bagi korang yang tak gemar atau malas nak guna Google Maps, Waze, MapFactor atau Sygic dan perlukan apps yang ekspress untuk rekodkan koordinat sesuatu tempat dengan lebih tepat, gunakan apps ini. Cara nak guna, aktifkan GPS dalam Settings, buka apps dan tunggu “Accuracy” kurang dari 6.00 meters (lebih rendah lebih bagus, tapi kebiasaaanya paling rendah adalah 4.00 meters). Kemudian pilih “Copy Decimal to Clipboard” dan paste dalam notepad atau apa-apa apps dalam smartphone korang. Saya menggunakan Evernote untuk simpan lokasi. Koordinatnya akan berbentuk begini “3.107966, 101.721353”. Balik ke rumah, buka Google Maps versi laptop ataupun Google Maps versi smartphone, copy dan paste sahaja angka-angka koordinat tu (termasuk comma ‘,’ sekali). Saya selalu gunakan apps ni bila nak point kan lokasi yang betul-betul strategik dan tepat. Sesuai lah bagi korang yang nak cari harta karun, hehehe. Apps adalah percuma dan download “GPS Coordinates” di sini.


3. Evernote   Evernote adalah apps dalam kategori “Cloud application” sama seperti Dropbox dan Google Drive tapi lebih pada catitan nota atau dokumen. Bila korang catit apa-apa nota pada Evernote, ianya akan di synchronize melalui internet dan disimpan. Balik ke rumah, buka laptop dan akses www.evernote.com, anda boleh baca semula nota yang telah dicatitkan. Kalau tak mahu guna sistem cloud nya yang akses ke internet, boleh sahaja jadikan Evernote seperti apps notepad yang lain. Atau boleh saja guna apps notepad yang lain yang lebih simple jika sekadar mahu membuat catitan. Download di sini.

4. GPS (bukan berasaskan smartphone)   Apa beza GPS di (1) di atas? Ok, ini adalah GPS yang REAL punya. Koordinat lebih tepat sehingga ketepatan (accuracy) 3 meter dengan berpandukan 24 satelit GPS serentak. Ianya sangat tepat sehingga mampu mengambil lokasi anda walaupun di bawah pokok. Oh ya, alat ini adalah “wishlist” saya di masa hadapan kerana faktor harganya yang membantutkan pembelian (lebih kurang RM1,600 tidak termasuk peta-peta tambahan). Alat GPS seperti ini tidak memerlukan sebarang Simkad atau bandwidth dan juga langganan bulanan. Sesuai bagi yang suka trekking, mencari harta karun, masuk hutan, berjalan di luar negara, memancing, geocaching (treasure hunt) dan sebagainya. Alat GPS yang dicadangkan adalah jenis Garmin GPSMAP 64st (model terkini 2014). Boleh lihat di sini.

5. Powerbank   Korang semua mesti dah tahu apa benda ni kan? Alat untuk mengecas smartphone. Kalau korang tengok semua peralatan di atas dari (1) sampai (4), semuanya boleh digantikan “all in one” hanya dengan satu smartphone sahaja. Yang no (4) di atas tak perlu pakai pun tak mengapa. Disebabkan “all in one”, jadi korang memerlukan powerbank. Lupa nak bagitau, dalam melancong, kamera tersangatlah wajib. Itupun boleh disekalikan “all in one” guna smartphone yang tersedia bina camera di dalamnya. Dengan penggunaan “melampau” smartphone, powerbank adalah penyelamat. Untuk pengetahuan korang, powerbank juga boleh digunakan untuk mengecas beberapa jenis kamera digital versi baru menerusi USB charger.

6. Kamera Digital   Ok, terpulang pada korang, rasanya tak perlu explain tentang ni sebab kamera ni adalah topik yang berbeza-beza pendapat mengikut pada citarasa pengguna. Ada yang terlebih rajin sanggup pikul kamera berat seperti Nikon SLR atau Canon EOS dengan berkilo-kilo berat lens nya. Ada pula yang sekadar pakai kamera digital muat dalam poket. Ada pula yang suka pakai kamera digital yang boleh zoom jauh. Di bawah adalah kriteria kamera digital yang menjadi minat saya yang dikira sesuai untuk travel:

  • Tak kisah size sensor asalkan gambarnya cantik.
  • Megapixel lebih dari 16MP.
  • Mempunyai zoom sekurang-kurangnya 24X.
  • Boleh dicaj menggunakan powerbank, iaitu soket USB (dah tentu boleh juga dicaj dalam kenderaan).
  • Tak kisah jangkahayat bateri asalkan boleh dicaj guna powerbank.
  • Resolusi video sekurang-kurangnya 720p.
  • Jika menggunakan kad microSD tambahan, pastikan membeli jenis “Class 10”. Kalau tidak, video korang tersangkut-sangkut.
  • Cari jenama Sony, Panasonic Lumix, Canon atau Nikon sahaja.
  • Body kamera tak kisah jika mirip kamera Nikon SLR / Canon EOS asalkan ianya kecil sedikit dan ringan.
  • Ada kelebihan WiFi (wajib sekiranya ingin upload ke smartphone, Instagram atau Facebook)
  • Optional: GPS

Jika diberi pilihan, kamera digital yang menjadi “wishlist” saya adalah Sony Cybershot HX400V (model terbaru 2014). Lihat di sini.

7. Tab atau Ipad   Ini terpulang, nak murah beli Samsung Galaxy Tab je. Kalau mewah, boleh beli Ipad. Tapi pastikan kedua-dua jenis Tab mahupun Ipad ni bersaiz 7-8″ sahaja. Jangan besar-besar, nanti penat nak pegang dan bawa di tangan. Sebenarnya Tab atau Ipad ni dikira “optional”, tak penting sangat tambah-tambah ada smartphone jenis spesifikasi tinggi dan skrin besar. Apa kegunaan Tab/Ipad ni? Baiklah saya terangkan bagaimana gerak kerja saya ketika melancong. Biasanya, sehari untuk melancong dalam negeri atau 5 hari sebelum melancong ke luar negara, saya akan buat kajian dan survey tempat-tempat menarik. Aih, mana boleh terlepas walau satu tempat, rugi wooo. Kadang-kadang ada tempat, maklumatnya kurang dan hanya bergantung pada nama dan gambar lokasi sahaja. Jadi, itulah kegunaan Tab/Ipad ni, saya akan save semua gambar dan juga save seluruh website/blog yang berkaitan tempat tersebut. Saya boleh buka website secara offline tanpa kemudahan internet yang tetiba lembab pula tambah-tambah time kita nak cepat. Nasihat saya, tempat-tempat menarik akan menjadi bertambah menarik jika korang tahu sejarahnya dan kisahnya. Gambar-gambar saja tidak mencukupi sebagai faktor penarik kerana apabila korang berada di sana, hanya mata menjadi saksi, bukan lagi gambar. Jadi, sewaktu melawat tempat menarik, gunakan Tab/Ipad untuk membaca maklumat sambil menyelusuri setiap sudut. Korang akan rasa perjalanan ‘lebih hidup’.



Ok, itu sahaja penerangan tentang tools yang terbaik untuk travel. Yang penting, pastikan semua tools ni tak membebankan korang bila bawa jalan-jalan. Kalau dah berat sangat, letih pula, mood pun spoil.


Filed Under: Tools

Perbelanjaan minima untuk bercuti ke London

May 13, 2014 By Admin 7 Comments
Tempoh Bacaan: 15 minit



UPDATE Jun 2018: Wahai kawan-kawan dan pengunjung setia. Tak sangka pula entri ini sahaja mendapat 11 ribu views! Entri ni saya rasa dah terlalu lama untuk dijadikan rujukan. Hampir 9 tahun lamanya. Walaupun ketika 2009 ni saya travel style backpackers dengan ‘real’ beg galas secara solo, tapi gaya saya sebenarnya masih belum kadar jimat. Mungkin ketika tu tiada pendedahan tentang cara yang lebih berpatutan tambahan pula belum wujud FB Group seperti BBM (Backpackers Buddies Malaysia), MBC (Malaysian Backpackers Community) dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya tetap kekalkan entri ini sebagai kenangan untuk diri sendiri dan catatan perjalanan seorang ayah yang akan dibaca oleh anak saya apabila beliau besar nanti. Dan untuk entri lama di bawah ini, yang mana dah outdated tu saya strikethrough sahaja.

[Read more…] about Perbelanjaan minima untuk bercuti ke London


Filed Under: Europe, London, London 2009, United Kingdom

Datangnya orang baru, perginya orang lama…

June 5, 2013 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: < 1 minit



Salam, agak sebulan lebih saya tak update blog ni. Maaf kepada para pembaca kerana terjadinya dua peristiwa sepanjang tempoh sebulan ini iaitu peristiwa gembira dan yang menyedihkan.

Hai! Nama saya Aqif Ammar Naqiuddin bin Zariss! Saya orang baru…

Ya, isteri saya yang baru-baru ni mengandung selama 9 bulan selamat melahirkan anak kami yang sulung pada 18 April 2013. Betapa gembiranya kami berdua setelah hampir 3 tahun berumahtangga baru Allah mengurniakan cahaya mata, Alhamdulillah.



Namun, selang dua minggu selepas kelahiran anak kami, ayah saya pula meninggal dunia dalam keadaan yang terkejut buat kami semua iaitu serangan jantung. Saya dan ibu antara orang yang terakhir berada di sisi ayah sewaktu serangan tersebut berlaku. Beliau meninggal dunia tidak sampai 1 minit selepas berlakunya serangan jantung. Al-Fatihah kepada ayahku Allahyarham Hj. Baba Ahmad bin Omar. Semoga beliau ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh dan di tempatkan di syurga yang teratas.

Begitulah ceritanya yang menyebabkan saya mendiamkan diri selama sebulan lebih termasuk kesibukan menguruskan anak (tapi isteri saya yang lebih penat menguruskan, kesian padanya), menguruskan kedai perniagaan orang tua yang sekarang ini diuruskan sepenuhnya oleh adik saya yang membantu ibu serta menyesuaikan diri dalam suasana ketiadaan ayah yang tersayang.



InsyaAllah, saya akan bersambung lagi beberapa penulisan travelog buat tatapan kalian…


Filed Under: Pengumuman

London 2009: Kisah hari ke-3 – Part 1 – Green Park & Buckingham Palace

April 13, 2013 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 9 minit



Untuk membaca kisah sebelumnya pada hari ke-2 bahagian ke-3. Untuk membaca dari awal, klik di sini.

Pagi tu aku bangun agak awal kerana mengikut maklumat dari British Tourist Authority, akan ada pertukaran pengawal istana pada jam 11 pagi. Kebetulan hari ini memang ada acara tersebut memandangkan tidak semua hari ia dibuat. Pertukaran pengawal atau Guard Changing ni ialah acara wajib untuk dilihat bagi pelancong.


Nota: Rujukan untuk jadual Guard Changing di sini.


Aku keluar dari rumah encik Ahmad tak salahnya pada jam hampir 10.00 pagi dan cubaan untuk mencari underground Tube di Dollis Hill Station. Walaupun semalam aku telah naiki, tapi waktu siang berbeza pula suasana dan susah untuk menghafal laluan dan jenis bangunannya. Aku sampai bertanyakan pada dua orang tempatan iaitu penjaga kaunter kedai runcit semalam dan seorang wanita kulit gelap yang agak tua yang sedang duduk di kerusi anjung luar rumahnya.



[Read more…] about London 2009: Kisah hari ke-3 – Part 1 – Green Park & Buckingham Palace

Filed Under: Europe, London, London 2009, United Kingdom

London 2009: Kisah hari ke-2 – Part 3 – Tate Modern, Millenium Bridge & Edgware Road

April 12, 2013 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 8 minit



Untuk membaca kisah sebelumnya pada hari ke-2 bahagian ke-2. Untuk membaca dari awal, klik di sini.

Bermula dari penulisan ini, saya membahasakan “aku” bagi memudahkan luahan rasadan perasaan bila bercerita tentang pengalaman. “Saya” dirasakan agak formal dan serius, walhal segalanya tentang kembara adalah santai.


Dari Southbank, aku menapak jalan sehingga ke hujung yang terdapatnya bangku panjang bagi tujuan santai dan menikmati pemandangan Sungai Thames. Bercerita tentang sungai ini, bagi yang biasa melihat rancangan TV pendidikan dari BBC zaman 80an, pasti pernah ternampak tulisan “Thames” pada akhir rancangan. Inilah sungainya dan BBC pula merupakan syarikat penyiaran TV dan radio milik kerajaan UK.




[Read more…] about London 2009: Kisah hari ke-2 – Part 3 – Tate Modern, Millenium Bridge & Edgware Road

Filed Under: London, London 2009, United Kingdom

  • « Go to Previous Page
  • Go to page 1
  • Interim pages omitted …
  • Go to page 26
  • Go to page 27
  • Go to page 28
  • Go to page 29
  • Go to page 30
  • Go to page 31
  • Go to Next Page »

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 – Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

analitik analytic britain cdn cherating cuti hujung minggu england europe gb pockit gb pockit plus hujung minggu indonesia kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london makan best melancong thailand pahang pelawat pengunjung percutian hujung minggu percutian pendek railway station sedap short travel short vacation stroller tempat makan tempat makan best tempat makan menarik tempat menarik di thailand thailand train uk united kingdom visit visitors visits warung weekend getaway weekend holiday

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright © 2011-2022 · ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED