• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik

February 27, 2022 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 5 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Bersambung dari Lombong Bijih Sungai Lembing. Klik di sini untuk Pra Kembara.

Kali ni aku akan berkongsi lokasi restoran dan warung makan best dan menarik yang kebanyakannya terletak di bandar Kuantan. Status adalah yang terkini (27 Februari 2022) walaupun telah lama kami bertandang ke sana beberapa tahun yang lalu.

Disclaimer: Tidak ditaja oleh mana-mana pihak.


Tempat Makan Menarik:
  1. Warung Paksu dan Maksu
  2. Ana Ikan Bakar Petai
  3. Warung Aja
  4. Restoran Sara Thai
  5. Kula Cakes

Warung Paksu dan Maksu

Status di zaman Covid-19: Masih lagi dibuka

Lokasi (ada banyak cawangan, sila ke cawangan utama di bawah ini):

Rating Google: 4.1/5.0

Rating Kami: 4.5/5.0

Ulasan:

Disebabkan kami ni carpacker dan selepas ke warung ini, kami menuju pula Cherating. Maka, makanan buat suka-suka bekalan dalam kereta sudah tentu dari Warung Paksu dan Maksu. Paling banyak kami tapau ialah sata dan ikan/udang/sotong celup tepung. Memang sedap sangat. Untuk orang utara, selatan dan KL/Selangor, hah kalau nak rasa makanan pantai timur, inilah tempatnya!

Aku memang tak tahan la tengok yang bercelup tepung ni, adoi!!

Dengan manisan, laksam bagai… ishk ishk!


Ana Ikan Bakar Petai

Status di zaman Covid-19: Masih lagi dibuka

Lokasi:

Rating Google: 3.8/5.0

Rating Kami: 4.0/5.0

Ulasan:

Semasa menginap di Arenaa Batik Boutique Hotel di Kuantan, malam tu kami berkenan nak makan seafood tapi dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu banyak menu memandangkan hanya kami suami isteri dan anak seorang sahaja yang akan makan.

Rating sedikit tinggi kami berikan berbanding rating Google kerana beberapa sebab. Mungkin tekak kami rasa sedap makan di sini dan servis ketika tu kebetulan laju. Paling aku suka ialah tempat parking yang mudah dan percuma. Harga juga sangat berpatutan. Tak boleh bagi jangkaan tinggi seperti layanan dan sebagainya. Maklumlah tempat ni ramai orang terutama waktu awal malam dan bukan hanya di sini saja tapak restoran, ada sebuah lagi tapak kedua di hujung sana!

Kalau ke sini, datanglah waktu petang kerana ada pantai di sebelahnya yang terus ke Laut China Selatan. Maghrib pula boleh solat di sini kerana disediakan surau. Datang lagi ke sini? Yes!!!

Harga di bawah mungkin telah berubah di tahun 2022.

Cicah-cicah dalam mangkuk tu memang terliur lah!


Warung Aja

Status di zaman Covid-19: Masih lagi dibuka

Lokasi:

Amaran: Sila datang awal di antara jam 12.00pm hingga 12.45pm. Lauk cepat habis!

Rating Google: 4.3/5.0

Rating Kami: 4.3/5.0

Ulasan:

Disediakan dalam bentuk hidangan nasi campur dan dibuka untuk makan tengahari hingga petang sahaja. Terlalu banyak lauk-pauk yang disediakan di sini sampaikan aku rasa nak ambil sahaja semua berpinggan-pinggan!

Lokasi sedikit jauh dari bandar Kuantan tapi berbaloi kerana kesedapannya. Harga amat berpatutan. Masalah utama hanya parking dan jumlah meja yang disediakan tidak mencukupi. Rakyat terlalu ramai.

Tengoklah dalam gambar… jumlah lauk-pauk yang semakin habis walhal jam ketika tu baru 1.22pm.



Restoran Sara Thai

Status di zaman Covid-19: Masih lagi dibuka

Lokasi (cawangan Jalan Gambut):

Rating Google: 4.0/5.0

Rating Kami: 4.0/5.0

Ulasan:

Malam kedua kami di Kuantan dan teringin pula untuk makan masakan Thailand atau yang berkaitan tomyam.

Sini terkenal dengan pulut mangga sama seperti di Hat Yai. Kami pesan dalam jumlah hidangan yang sesuai untuk dimakan oleh kami bertiga. Senang cerita, semua yang kami, semuanya sedap. Datang lagi di masa depan? Sudah tentu!

Menu yang agak berpatutan bagi sebuah restoran dine-in.


Kula Cakes

Status di zaman Covid-19: Masih lagi dibuka

Lokasi:

Rating Google: 4.2/5.0

Rating Kami: 4.2/5.0

Ulasan:

Kafe ni dah lama viral dan mula dikenali dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan di TV3. Sewaktu ke sini, kami masih kenyang dan hanya memesan keknya yang terkenal iaitu Mango Cheese Cake sekadar buat merasa. Memang sedap merujuk dari ulasan isteri. Tapi biasa pula bagi aku kerana mama aku seorang guru masakan dan kerap membuat kek yang serupa. Ibarat ayam KFC yang sedap, sebab selalu makan, dah jadi biasa.

Terletak betul-betul di tengah bandar Kuantan dan parking agak susah. Kami pun bernasib baik dapat parking di hadapan kafe. Yang seronoknya, lokasi Kuantan Esplanade terletak tidak jauh dari sini (350 meter).

Buat anda yang ingin tapau lebih, sila maklumkan pada cashier di kaunter. Nanti mereka akan bungkuskan elok-elok untuk tahan lama.

Bersambung di entri terakhir iaitu Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating.



Related posts:

Cameron Highland 2012: Pergi hari balik hari bahagian satu
Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman - Day 1 - Part 1 - Muzium Bijih Sungai Lembing
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #20 Bulatan Batu Bersurat, Kereta Kuda dan Istana Maziah

Filed Under: Carpacker Kuantan, JJCM, Malaysia, Pahang Tagged With: cherating, kedai makan, kemaman, kuantan, makan best, pahang, restoran, seafood, sedap, tempat makan, tempat makan best, tempat makan menarik, warung

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz