• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Carpacker PKPP dan Balik Kampung – 02 – Kota Bukit Supai & Tiba Di Kampung

July 13, 2020 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 6 minit

Print 🖨 PDF 📄


Bersambung dari Carpacker PKPP dan Balik Kampung – 01 – Breakfast di Port Dickson & Teluk Kemang

Ini post terakhir untuk projek Carpacker PKPP.

Seterusnya dari Teluk Kemang, kami bergerak menuju ke Kota Bukit Supai atau juga dikenali sebagai Fort Supai atau Dutch Fort. Tak jauh, hanyalah 22.3km sahaja dari Teluk Kemang. Sepanjang perjalanan akan menempuh pekan Pasir Panjang dan terdapat juga banyak gerai-gerai makanan dan buah-buahan. Jadi, untuk merasai kepelbagaian dalam carpacking, eloklah singgah membeli. Kalau mengikut pada kaedah bukan carpacking seperti orang-orang dulu, mereka hanya tahu point A ke point B sahaja tanpa mahu meneliti apa yang ada di antara kedua point tu.


“Pengembaraan itu adalah perjalanan dan apa yang anda nikmati di sepanjang jalan. Misi pengembaraan bukanlah untuk cepat tiba ke destinasi akhir. Destinasi terakhir hanyalah sebagai penyebab untuk anda memulakan perjalanan.”

Kalau buat carian melalui Google Maps, lokasi yang ditunjukkan adalah berbeza dengan lokasi yang dimasuki oleh kami. Aku sarankan agar menggunakan peta yang dilampirkan di atas dan berhenti di “gerai makan nelayan tepi kuala”. Di situ terdapat banyak tempat parking dan selamat kerana ramai orang port makan di situ.

Alhamdulillah, setibanya di sini, 10 minit kemudiannya tiba-tiba hujan berhenti walaupun awan agak mendung dan hitam. Ini kali ke-2 kami ke sini tapi belum pernah naik sehingga ke atas bukitnya.

Sejarah ringkas Kota Bukit Supai (disalin dari laman web www.melakakini.my):

Kota dibina menggunakan batu laterit terletak berdekatan Kampung Nelayan itu merupakan penghujung Negeri Melaka kerana lokasi bersejarah ini berhampiran sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan.Lokasi yang dikenali sebagai Kota Lama itu berada di atas puncak bukit menghadap Selat Melaka telah dibina ratusan tahun dahulu oleh pahlawan Bugis yang punyai kuasa taklukan di Linggi suatu ketika dulu.

Menurut penduduk kawasan berkenaan, pada awalnya, kota itu merupakan kubu kuat tentera Bugis di bawah naungan Daeng Lima Bersaudara yang mula menguasai Linggi dengan membina empayar mereka. Malah, menjadikan kawasan itu sebagai pusat jajahan dan kota persinggahan ketika meluaskan takhta mereka hingga ke Johor, Riau & Lingga. Kota itu kemudiannya telah diserahkan kepada Belanda setelah tentera Bugis kalah menentang kuasa jajahan mereka menjadikan Belanda mengambil alih kuasa pentadbiran serta menguasai kegiatan bijih timah di sekitar Sungai Linggi dan Sungai Rembau.

Kehadiran askar Belanda dari Sepoy, India pada ketika itu telah menjaga kawasan tersebut sehinggakan perkataan ‘Sepoy’ itu telah menjadikan nama kawasan tinggalan sejarah ini kekal hingga hari ini sebagai ‘Fort Supai’ atau Kota Bukit Supai.

Bagi korang yang berasal dari Bugis dan ada pertalian keturunan dengan Daeng Lima bersaudara, bolehlah datang ke sini.

Masuk adalah percuma dan terus menapak ke titi panjang yang disediakan. Korang akan menyelusuri paya bakau dan melihat keindahan pokok yang Allah jadikan yang berfungsi sebagai penampan jika berlaku tsunami atau ombak besar. Banyak juga hidupan pelik di celah-celah pokok paya.

Ini di sebelah kanan kami sambil menapak atas titi.

Kelihatan sebuah pokok paya bakau yang tumbuh seketul di tengah-tengah laut. Tengoklah awan yang memberat dan ingin melepaskan air hujannya pada bila-bila masa.

Selepas melepasi pondok pertama, kami lalu di sebuah rumah yang dijadikan sebagai restoran. Tapi pada ketika ini ditutup pula.

Ini pula di bahagian kiri sewaktu menapak di atas titi. Lebih banyak pokok paya bakau di sini.

Bagaimana rupanya bermula dari pintu masuk ke titi sehingga ke sini? Inilah dia. Di hujung sana adalah tempat parking kenderaan. Panjang keseluruhan titi ini sehingga ke kaki bukit Supai hanya 400 meter sahaja.

Selepas melepasi restoran tadi, akan terdapat titi kedua bagi sambungan sehingga ke kaki bukit Supai. Memang agak sunyi kerana ketika ini langsung tiada pengunjung tapi aku sarankan korang beranikan diri juga kerana tiada apa-apa yang perlu khuatir. Bukit pun rendah sahaja.

Bergambar di sebelah restoran tadi sebelum masuk ke titi ke-2.

Zoom lebih dekat untuk melihat kapal besar di tengah lautan.

Mari kita teruskan langkah menyelusuri titi ke-2.


Bagaimana pandangan dari kawasan restoran tadi? Lihat gambar di atas.

Ok dah tiba di kaki Bukit Supai. Ianya terletak di Kuala Linggi, Melaka dan betul-betul bersempadan dengan Negeri Sembilan yang dipisahkan oleh Sungai Linggi.

Sebaik naik sahaja di atas bukit, korang akan disajikan dengan dua buah meriam lama.

Kemudian, naik ke hadapan sedikit terdapat sebuah lagi meriam. Aku rasa kalau nak bergambar beramai-ramai, meriam yang ini lebih baik kerana kawasan sekitarnya lebih luas berbanding di bawah tadi.

Di tepi meriam tu, ada tembok kubu yang panjang yang diperbuat dari batu laterit. Sebenarnya, kawasan yang dilindungi pada zaman dahulu adalah di belakang tembok ini. Jadi kami pun menapak menaiki sebuah lorong yang dibina khusus bagi pengunjung untuk masuk ke dalam kubu ini.

Inilah pintu masuk ke kubu Kota Bukit Supai yang dilindungi oleh dua buah meriam.

Jom kita masuk ke dalam.

Inilah kawasan yang dilindungi oleh kubu. Yang tinggal hanyalah padang yang sesuai untuk bermain bola. Keluasan sini hanya 3/4 sahaja dari padang bola.

Tapi…………..

Aku pasti ada bilik-bilik bawah tanah terahsia di sini yang mungkin belum diteroka sesiapa. Kebiasaannya bilik-bilik tu dijadikan tempat menyimpan senjata atau boleh jadi adanya terowong yang menuju ke laut atau darat sebagai laluan untuk melarikan diri jika kubu hampir di tawan.

Jom kita kembali ke pangkal jalan dan keinsofan, hehe. Maka, selesailah jelajah kami ke Kota Bukit Supai. Sebelum ini, hanya bahagian titi sahaja yang kami jelajah. Ini adalah pertama kali naik ke atas bukit.

Kemudian, kami menghala ke rumah kakak ipar yang terletak berdekatan dengan jalan untuk ke plaza tol Ayer Keroh. Sepatutnya kami nak melawat Jeti Melaka bagi melihat lebih dekat kawasan jeti untuk ke Dumai, Indonesia. Dan paling penting, aku nak tengok sendiri kawasan parking samada selamat atau tidak.

Tapi terpaksa batalkan hasrat kerana jam dah melebihi 3.00 petang, walhal telah berjanji untuk tiba ke rumah kakak ipar pada jam 2.00 petang. Aku tak suka bab mungkir janji.

Kakak ipar menetap seorang sahaja tapi halaman rumahnya luas dan bolehlah masuk dua buah kereta. Yang di tangan tu kata Aqif, “daun pokok krismas”.

Lalu kami disajikan dengan sizzling mee dibuat sendiri oleh beliau. Memang sedap sangat. Dah habis makan mee, disajikan pula dengan sup cendawan buatan sendiri berserta roti bakar. Fuhh!!!

Seperti biasa, bila dah melepak rumah saudara, siap dengan terlelap sekejap. Tau-tau dah Maghrib. Jam 11.25 malam baru kami tiba di kampung mertuaku di Pontian.

Nah gambar untuk tatapan pembaca untuk aktiviti di kampung pada keesokan harinya….

Tumbuk batu lesung, hihihihi.

Sekian sahaja kembara yang kami namakan sebagai Carpacker PKPP yang bakal mencoret sejarah sebagai kembara yang mempunyai tema nama yang pelik berbanding projek carpacker yang lain. Entah macam mana nak ceritakan pada anak cucu, 30 tahun dari sekarang.



Related posts:

Carpacker PKPP dan Balik Kampung - 01 - Breakfast di Port Dickson & Teluk Kemang

Filed Under: Johor, Melaka, Negeri Sembilan

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 – Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright © 2011-2022 · ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz