• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 2 – Berbasikal Pertama Kali Di Thailand & Melawat Wat Ratchaburana

November 12, 2019 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 8 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 1 – Atas Bumbung Hotel Saifon & Morning Market

Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos

Keluar saja dari pasar tadi, kami dapati telah berada betul-betul di jalan utama untuk ke arah pusat tumpuan sejarah Ayutthaya. Namun, gaya travel menaiki tuktuk seperti tidak menarik apatah lagi terlalu banyak tempat sejarah untuk kami singgah. Ditambah pula dengan adanya kawasan bersejarah yang luas dan tidak boleh dimasuki dengan kereta atau motorsikal.


Kalau tak berkenan berjalan kaki, menaiki tuktuk atau teksi, boleh juga menumpang tuktuk motorsikal ala-ala GoJek ini.

Lalu kami terus berjalan sepanjang koridor rumah kedai ini dan aku mula mendapat idea untuk menyewa basikal yang jauh lebih murah, menyihatkan badan dan memudahkan berhenti secara sukahati di mana-mana tempat yang ingin kami singgah.

Sepanjang rumah kedai juga terdapat kedai-kedai beg dan kasut. Sesuai untuk disinggah jika ingin menggantikan buat sementara waktu kasut sedia ada yang mungkin rosak.

Pelbagai jenis beg terdapat di sini, juga sesuai sebagai tempat backup untuk menggantikan beg sedia ada yang mungkin hilang, tercicir, dicuri atau rosak.

Inilah rupa bentuk tuktuk tiga roda yang kami naiki malam tadi untuk ke Ayutthaya Night Market. Macam dolphin pun ada. Sebenarnya dari jauh Tatie dah nampak dek kerana ianya cute dan ingin diambil gambar bersebelahan tuktuk ini.

Setiap bandar di Thailand mempunyai keunikan rupabentuk tuktuk tersendiri. Mereka bebas memilih bentuk sendiri mengikut pada penerimaan dan kesesuaian orang tempatan.

Sedang berjalan tiba-tiba kami terjumpa pula dengan sebuah kedai menyewa basikal.

Kedai ini sebenarnya travel agency yang juga menjual tiket penerbangan, keretapi dan sebagainya.

Murah sahaja, hanya THB50 sehari untuk sebuah basikal. Tuan kedai juga ada memberikan kami peta percuma untuk berbasikal di seluruh Ayutthaya. Peta merangkumi kawasan-kawasan bersejarah di sini.

Pada mulanya aku bercadang agar Aqif duduk saja di bahagian belakang, berpaut dan kami akan ikat pinggangnya dengan tali khas yang dibawa. Tapi ternyata agak tak betul cara aku dan membahayakan. Hampir aku nak batalkan saja sewaan basikal tapi dah terbayar pula.

Lokasi GPS kedai basikal: 14.359683, 100.577294

Agak lama berfikir tiba-tiba tuan kedai memberikan aku kerusi untuk kanak-kanak yang boleh dipasang di bahagian depan secara percuma. Rupanya kerusi tersebut sentiasa ada di kedai tapi pelik juga aku kenapa tuan kedai tak mahu offer pada kami pada awalnya. Tak kisah kalau dikenakan caj penyewaaan walaupun THB100 sekalipun.

Mungkin dia sediakan khas untuk anaknya sahaja kerana majoriti pelancong ke sini terdiri dari orang dewasa dan kebanyakan yang membawa anak-anak lebih selesa menaiki tuktuk atau teksi sahaja.

Asalnya kerusi Aqif dipasang pada basikal Tatie. Aku cuma berlagak sahaja seolah-olah aku yang membawa Aqif.

Kemudian kami tiba di sebuah tempat bersejarah yang pertama iaitu Wat Ratchaburana.

Wat ini adalah di antara yang terbesar juga kawasannya di Ayutthaya. Pintu gerbangnya agak menarik dan banyak informasi seperti peta yang dipaparkan di luar pintu.

Kami parkir basikal di tempat yang disediakan. Lupa aku nak beritahu yang tuan kedai basikal juga ada meminjamkan secara percuma rantai kunci basikal. Untuk yang menyewa secara berkumpulan sebanyak 2 atau 3 buah basikal, hanya satu sahaja rantai kunci diberikan. Hanya semudah merapatkan semua basikal berdekatan dan memasukkan rantai dicelah rim bagi ketiga-tiga basikal. Tambatkan juga pada palang besi di tempat yang dikunjungi jika ada.

Pencarian dalam Google Maps adalah “Ratchaburana” dan bukannya “Ratcha Burana”.

Lokasi GPS bagi Wat Ratchaburana.

Syiling pintu gerbang yang masih kukuh.

Kami melihat dahulu dari luar tanpa masuk ke dalam bangunan di hadapan ini untuk meninjau bahagian luaran dahulu. Lagipun ramai yang bergambar di situ. Dalam semua entri blog ini, jika aku menyebut Wat itu bermakna ia merupakan sebuah tokong. Jadi, kebanyakan tempat sejarah yang ada di Lopburi dan Ayutthaya hanyalah Wat walaupun bertimbun-timbun Wat yang wujud di sini.

Tidak seperti negara kita. Sebuah masjid boleh cover untuk seluruh pekan.

Bahagian dalam kawasan wat. Banyak juga monumen yang runtuh atau mungkin dipecahkan semasa perang zaman dahulu.

Pemandangan di bahagian kanan pula.

Dan kembali semula ke bangunan tadi kerana line sudah clear.

Nampak di bahagian dalam ada seorang wanita yang bertudung? Awal tadi dia dan rakannya menegur kami dan bertanyakan hotel yang bagus untuk disewa di sini. Rupanya mereka baru sahaja sampai di sini dan belum check-in lagi. Mungkin beg ditinggalkan di tempat lain.

Memandangkan aku jadi menyampah akibat tidak dibalas senyuman semasa di Hat Yai oleh orang kita sendiri, jadi apabila bercakap dengan mereka, aku juga seakan berlagak sedikit gaya percakapan. Bila difikirkan, buat apa aku tiru kesombongan seperti mereka yang di Hat Yai itu. Aku bukan mereka. Kalau aku sombong, aku akan tergolong dalam mereka.

Buat dua orang wanita yang tegur kami di sini, aku mohon berbanyak maaf ya.

Bila senang, kita sombong. Bila susah, orang kita juga yang kita cari di luar negara!

Bebas dengan pelbagai gaya seolah tempat ini ana yang punya.


Ini adalah ‘Prang’ yang mewakili dewa-dewa. Satu Prang hanya untuk satu nama dewa sahaja dan di dalamnya biasa ditempatkan patung dewa tersebut.

Ini pula stupa yang masih utuh. Tidak seperti ditempat lain yang boleh dikatakan hilang bentuk terus akibat runtuh.

Cloister ini adalah tembok atau dinding jenis rendah yang mengelilingi Prang atau stupa. Ia mempunyai dua lapisan. Akan tetapi di kawasan ini sebahagiannya telah musnah.

Inilah Prang yang terdapat di bahagian belakang bangunan tadi. Kelihatan adanya seperti pintu atau lubang empat segi yang bertujuan untuk menempatkan patung dewa di dalamnya.

Batuan-batuan hitam yang berdekatan dengan sebuah stupa.

Inilah batuan-batuan hitam tadi tapi sebahagian besar telah musnah. Ia membentuk patung dewa Buddha yang sedang bersila dan bermeditasi. Kepala, badan, tangan atau kaki mungkin dikebas atau dimusnahkan oleh pihak-pihak tertentu.

Patung Buddha yang telah runtuh sepenuhnya.

Ini Prang yang lain pula di sini. Aku seronok melihat bahagian atas Prang yang diukir dengan pelbagai jenis kesenian agama. Ini adalah monumen suci Buddha, jadi sudah tentu ukiran dibuat dengan ikhlas untuk mendapat keredaan dewa oleh pengikutnya pada zaman itu.

Ada pintu masuk tapi kami tak naik. Ramai pula pelancong di situ.

Hanya sekadar bergambar di luar sebagai syarat.

Antara tinggalan batu laterite yang asli di sini.

Lagi ukiran-ukiran yang terdapat di sini.

Secara keseluruhannya, Wat Ratchaburana dikendalikan oleh organisasi dari German bagi memulihara tempat ini.

Bentuk stupa dalam jarak yang lebih dekat. Lihatlah binaannya dibuat seolah-olah seperti dari batu-bata zaman moden, disusun satu persatu hingga ke atas. Mungkin beribu ketul digunakan.

Tiba-tiba pelancong yang berdekatan Prang tadi dah beransur turun, kami pun mendekati dan bergambar di sini. Lihat di atas adanya patung dewa Buddha.

Aku pula bergambar di sini kerana teruja dengan block laterite jenis ini yang jauh lebih tua. Hampir sama digunakan di kota A Famosa di Melaka.

Mendaki naik ke atas tangga Prang bagi menikmati panorama di sini. Itu adalah stupa yang telah musnah.

Meninjau ke bahagian kiri, stupanya juga telah musnah.

Aku terperasan satu perkara iaitu susunan stupanya yang dibina selari dan berjumlah 4 buah semuanya menghadap patung dewa Buddha di dalam Prang di belakang kami.

Sebelum turun, aku ambil dahulu gambar Prang dengan lebih dekat. Inilah kiasan kepada tingkatan-tingkatan kerohanian dalam beramal oleh penganut Buddha. Amalan dari peringkat bawah (batu-bata paling bawah) hingga teratas dan mencapai Nirvana atau telah ‘menjadi’ Buddha itu sendiri.

Stupa yang paling perfect! Pintu lubangnya adalah bebas untuk penganut keluar masuk bertujuan untuk bertapa di dalamnya tanpa sebarang gangguan. Namun, mungkin ada ‘level’ tertentu penganut yang boleh masuk merujuk pada pencapaian kerohanian masing-masing.

Aku tak pasti apakah monumen ini.

Bahagian dalam lubang pintu stupa tadi. Wow! Kelihatan seperti berkabut atau berasap di dalamnya. Asap apakah itu? Jeng jeng jeng. Berani ke masuk dalam tu?

Peringatan yang diberikan agar tidak sewenang-wenangnya memanjat ke atas mana-mana monumen yang ada seperti stupa (chedi), patung Buddha dan dinding Prang.

Maaflah, kawasan ini memang tak berani aku nak masuk memandangkan kesemua binaanya dibuat dari batu-bata jenis kecil.

Mari kita menerjah ke Wat Yannasen dan Wat Thammikarat pula!



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 4 - Part 6 - Pone Kingpeth Park dan Bluport Shopping Mall di Hua Hin
Kembara Thailand - Laos: Day 8 - Part 4 - Ministry of Defence & Royal Thai Survey Department
Kembara Thailand - Laos: Day 4 - Part 1 - City Pillar Shrine di Prachuap Khiri Khan

Filed Under: Ayutthaya, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz