• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us
  • English Site

Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara

November 21, 2020 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 6 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Hari ni sembang tentang minat mengembara. Sebenarnya, minat kembara tak boleh dipupuk, dia perlu datang dengan sendirinya. Minat dalam kembara ni pun tak boleh ikut-ikutan. Minat kena timbul dari dalam dan ikut cara tersendiri walaupun ada idola yang kau sedang follow. No worries, aku takkan ulang word “cara tersendiri” kerana boleh jadi annoying like hell pada sesetengah orang. ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€

Kami pun ada masanya menjadi idola orang, adakalanya orang lain pula jadi idola kami. Bak kata guru pengajianku, “menjadi murid dalam menjadi guru dan menjadi guru dalam menjadi murid”.

Aku flashback kisah aku terbuka hati untuk mengembara….


Di antara tahun 1999 hingga 2008, aku banyak meluangkan masa dalam bisnes, follow orang politik ke bahagian masing-masing, menaip kertas kerja, kerap meeting sana-sini dan setiap hari keluar dari rumah jam 10.00 pagi dan pulang jam 2.00am. Hari-hari begitu termasuk Sabtu dan Ahad. Gigih demi kemajuan syarikat sendiri.

Zaman sibuk di Parlimen

Kertas kerja aku mendapat perhatian penasihat Khas IT pada Perdana Menteri yang ketika tu merupakan Tun Abdullah Badawi. Beliau menasihatkan aku untuk menyambung RND dengan sebuah syarikat di Silicon Valley, US dan kemudian kembali semula ke Malaysia (kaedah zaman sekarang digelar ‘start-up’). Akibat teruja, selama setahun usaha untuk ke sana dilakukan (2007-2008) dan pelbagai meeting dilaksanakan di Pejabat Perdana Menteri dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Dan dalam setahun tu, mata aku tak lekang melihat Google Earth dan segalanya tentang Silicon Valley, San Jose, Fresno, Nevada, California, Los Angeles, Hollywood, Sacramento, Death Valley dan lain-lain tempat menarik di sekitarnya. Senang cerita, teruja aku jadi maha tinggi hinggakan dalam kepala, hanya US, US dan US saja destinasi aku akan tuju. Tempat lain seolah-olah aku ‘haramkan’. Pada ketika ini, minat kembara mula berputik.

Silicon Valley, US – Tempat berpusatnya syarikat IT terbesar dunia seperti Google, Facebook, Adobe, HP, Apple, Intel dll

Malangnya……. pada saat-saat akhir terbantut sekerat jalan. Mungkin kerana aku bukan anak Tan Sri dan bukan anak orang kaya. Aku seorang fighter, aku ada semangat, aku ada idea, aku ada cita-cita walaupun aku sedar bukan anak orang kaya … “everytime I play, I play to win”. Tapi terpaksa akur kerana takdir yang tak begitu indah.

Bermula pada detik tersebut juga aku mengharamkan diri untuk terjebak dengan politik dan cukup-cukuplah membuang masa dari 2001 lagi.

Pada tahun 2008 pula, aku mengalami kemerosotan dalam bisnes dan kebetulan pula ekonomi sedunia gawat ketika tu. Lalu aku yang ketika tu baru masuk ke usia 30an, menjadi escort untuk ibubapa aku kerana mereka mempunyai bisnes sendiri dan mengimport barangan dari Indonesia. Ada banyak barang perlu hand carry yang memerlukan tenaga aku.

Dan Indonesia menjadi luar negara pertama aku jejaki, lebih tepat bandar Bandung. Terus-terang aku katakan, dari kecil sehingga 2008, aku langsung tiada hati atau langsung tak ambil port bab kembara mahupun melancong ke luar negara (kecuali Silicon Valley kerana urusan kerja). Tapi dalam masa yang sama, aku ‘champion’ pula road trip sekitar Semenanjung Malaysia bersama kawan-kawan lama. Mungkin ketika tu Airasia belum lagi wujud atau menonjol, belum lagi wujud grup FB seperti BBM dan MBC yang berkongsi maklumat ‘travel gaya DIY’ dan tak dinafikan perasaan takut dan bimbang untuk ke luar negara.

Dua minggu sebelum tu, aku pun buatlah passport yang pertama dalam hidup di Wangsa Maju kerana khabarnya proses sangat cepat di sana (tempoh siap aku kira dalam 50 minit). Tiga hari sebelum nak berangkat pun aku masih belum teruja.

Tiba-tiba, 24 jam sebelum berangkat, aku pun tinjau-tinjaulah Google Earth. Pada ketika tu, Google Maps belum wujud malah smartphone pun belum lagi. Eh seronok pula? Oh kat sini rupanya Bandung. Wow… menarik sungguh gambar-gambar Bandung oleh contributors dalam Google Earth. Tiba-tiba ternampak gambar kawah Gunung Berapi Tangkuban Perahu, fuiyooooo sangat rare!! Dekat Malaysia mana ada! Sepanjang 24 jam terakhir tu, aku tak senang duduk. Dah tak sabar-sabar nak tiba di Bandung sampaikan tak tidur pada malam sebelum berangkat.

Aku yang ‘peghak’ bila pertama kali jejakkan kaki di bandar luar negara yang pertama dalam hidup (Bandung). Ketika ni aku menghampiri obesiti walaupun tinggi 180cm kerana baru setahun berhenti merokok

Landing saja di Bandara Husein Sastranegara di Bandung, aku masih boleh bersabar dan memberi laluan pada penumpang lain untuk turun. Ada sebabnya…. aku nak bergambar di atas landasan! Pertama kali pijak luar negara woih!! Untunglah korang yang dari belasan tahun dah mula kembara solo. Rezeki masing-masing.

Pijak saja landasan kapal terbang, aku tarik nafas sepuasnya semata-mata untuk menghidu udara negara lain. Ternyata sedikit berbeza baunya dari di Malaysia. Aku rasa dengan kulit tubuh aku, begitu nyaman suasana di Bandung. Sedikit sejuk rupanya, hampir sama dengan suhu kampung di Malaysia pada jam 7.30 pagi. Langit pula membiru tak seperti di KL.

Masuk saja perkarangan imigresen dan ruang legar airport… semuanya…. “pak, pak, pak….”

Ok, suasana luar negara semakin terserlah…

Di Bandung menuju ke Gunung Tangkuban Perahu. Suasana semakin sejuk sehingga penjual buah tepi jalan juga memakai jaket sejuk

Di luar bandara pula, plet-plet kenderaan bukan lagi plet Malaysia. Confirm suasana 100% adalah… LUAR NEGARA!


Aku suka makanan pelik. So aku order belut goreng!

Kami berhenti pula di Restoran Ampera, semuanya bercakap Indonesia, pekerja Indonesia dan menu Indonesia.

Teruja di situ… Ada kelainan, susun atur restoran berbudayakan jawa.

Kawah Gunung Tangkuban Perahu di Bandung

Dan misi-misi seterusnya sebaik aku balik dari Bandung, banyaklah bandar-bandar yang aku lawati seperti Padang, Surabaya, Jakarta, Arab Saudi dan United Kingdom samada secara solo atau berkumpulan. Akibat hasrat ke US terbantut, aku pun ‘balas dendam’ dengan kembara secara solo ke London, Nottingham dan Surrey di UK.

Di sebuah restoran Asian di Nottingham bersama rakan sekolah lama, Wawa yang aku anggap seperti adik. Beliau seorang Cina mualaf yang menetap di sana selama bertahun lamanya kerana menemani suami yang sambung belajar. Sambil-sambil tu, beliau mengkhidmat dengan Red Cross Society di sana.
Sampai ke Guildford, Surrey aku terjebak sebab nak belikan cymbal yang dipesan adik aku yang merupakan drummer ‘replacement’ bagi band Bunkface yang mana drummer-nya tarik diri buat seketika pada permulaan nama band baru terkenal.

Pesanan buat pembaca-pembaca yang minat kembaranya masih baru, jadikan dahulu mana-mana pengembara yang dikenali ramai sebagai idola dan menjadi follower sebagai ‘pembuka jalan’. Tapi kalau boleh selepas itu biarlah cara tersendiri.

Menjadi peminat, penyokong dan pentaksub adalah tiga golongan berbeza. Jangan sampai mentaksub idola. Menjadi peminat tidak mengapa. Menjadi penyokong lagi bagus. Boleh jadi di masa depan, kau pula mendapat sokongan si idola. Asalkan jangan jadi pentaksub. Ada juga pengembara lain yang menjadi idola kami dan aku merasakan yang mungkin mereka beranggapan yang cara aku ni terlebih mesra. Salah! Bukankah seronok bertemu orang-orang dalam minat yang sama? Feel-nya sama saja seperti ‘mesra’ apabila kau bertemu grup makeup kereta, golf atau grup hiking? Mestilah excited, kan? Malangnya disalah tafsir.

Aku sekeluarga pun hanya berpandukan Tripadvisor, grup BBM dan MBC serta blogger dan youtuber yang pernah sampai ke sesuatu destinasi. Rasanya 70% maklumat diperolehi dari Tripadvisor, Google Maps dan carian Google.

Mendapat jemputan menunaikan umrah-ziarah di Arab Saudi setelah ‘gagal’ ke Silicon Valley. Tak plan apa pun, rezeki datang tak disangka-sangka. Bersama dengan suami kepada sepupuku yang telah kembali ke rahmatullah pada usia muda. Al-fatihah. Ketika ini, kami dari Madinah dan berhenti seketika untuk bermiqat sebelum tiba di Mekah dan terus menunaikan umrah yang pertama.

Oh ya….. sehingga kini, takdir kerana tak dapat bermastautin di Silicon Valley sangatlah terbaik buat aku. Sebab? Setahun kemudiannya, aku mendapat jemputan menunaikan umrah (ziarah) di Arab Saudi. Alhamdulillah Allah buka jalan, sangat tak disangka dan tak plan apa pun. Keduanya, dalam tahun yang sama, aku dijodohkan dengan isteriku yang mempunyai minat kembara yang sama sebagai pengembara beg galas dan dikurniakan dua orang anak yang comel-comel, hehe. Pintu ke US sengaja dibuka olehNYA walaupun gagal agar aku ‘nampak’ tempat-tempat lain untuk kembara.. pendek kata, menjadi penyebab untuk transform kan aku menjadi pengembara….

Aku akhiri sembang Siri 2 ini dengan … “Jadikan diri sendiri watak buku cerita, bukan diri orang lain dalam buku kembara kau.”



Related posts:

Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!!
Membuka Tirai Baru 2020 - Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka
Jumlah Posting Yang Dibaca Pengunjung Mencapai 205,000 Sebulan

Filed Under: Santai

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

analitik analytic britain cdn cherating cuti hujung minggu england europe gb pockit gb pockit plus hujung minggu indonesia kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london makan best melancong thailand pahang pelawat pengunjung percutian hujung minggu percutian pendek railway station sedap short travel short vacation stroller tempat makan tempat makan best tempat makan menarik tempat menarik di thailand thailand train uk united kingdom visit visitors visits warung weekend getaway weekend holiday

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz