• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Surabaya 2008

June 14, 2011 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 4 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Kalau kita pernah pergi ke Bandung atau Jakarta, ianya terletak di sebelah Jawa Barat. Surabaya pula terletak di sebelah Jawa Timur. Di bawah ini adalah sedikit lakaran peta tentang Jawa bagi memberi korang gambaran ringkas:

Pulau Jawa, Indonesia

Melalui gambaran peta di atas, so korang dapatlah melihat kedudukan di antara Jakarta, Bandung dan Surabaya. Jawa Barat dan Jawa Timur mempunyai keunikannya yang tersendiri. Surabaya merupakan kota terbesar kedua di Indonesia selepas Jakarta. Surabaya dikatakan konon berasal dari cerita mitos pertempuran antara sura (ikan yu) dan baya (buaya) dan akhirnya menjadi kota Surabaya. Kalau korang pernah belajar sejarah masa di sekolah menengah tentang kerajaan Majapahit, di sinilah terletaknya pusat pemerintahannya. Saya mendapat tahu dari pemandu bas pelancong yang mengatakan di Surabaya lah tempat permulaan, perbincangan dan penyusunan strategi bagi melawan pihak Belanda dan mencapai kemerdekaan Indonesia. Dalam banyak2 kota atau negeri di Indonesia, saya dapati rakyat Surabaya antara yang paling berani ke hadapan. Mereka seolah2 mempunyai pendirian sendiri. Seperti yang kita lihat berlakunya demonstrasi dan sebagainya di Jakarta, Surabaya pula dilihat tidak memihak atau tidak masuk campur dalam aktiviti yang berlaku di Jakarta. Mereka adalah mereka dengan cara tersendiri. Tambahan pula, sebahagian penduduk Surabaya juga merupakan mereka yang berasal dari Pulau Madura yang majoritinya beragama Islam dan kuat berpegang pada ajaran Islam.

Ok, saya telah ke Surabaya pada Oktober 2008. Tiket penerbangan Airasia selalunya di antara RM300-RM450 bergantung pada waktu promosi yang diadakan. Tiketnya sedikit mahal kerana Surabaya terletak agak jauh dari Jakarta dan Bandung yang terletak di Jawa Barat. Penerbangannya mengambil masa hampir 3 jam.


Kawasan ketibaan di lapangan terbang Bandara Internasional Juanda.

Citer pasal Surabaya ni, ada sedikit yang kelakar waktu mula2 saya nak ke sana. Awalnya saya berfikir yang mungkin suhu dan cuacanya sama sejuk macam Bandung. Adeh, saya tersalah duga rupanya. Cuaca sama je macam dekat Malaysia, tapi sedikit panas. Kiranya, boleh berpeluh juga lah kaki saya ni kalau kerap berjalan kaki di sana. Mungkin sebab saya ni berbadan besar, hehe. Atau sememangnya cuaca di sana panas?

Dalam bas pelancong

Di sana, kami mengikut pakej seramai 10 orang yang mana ke semua merupakan rakan2 dan saudara. Jadi, senang le kami nak “buat macam rumah sendiri” dalam bas pelancong tu. Sebenarnya, group kami ni nak attend satu kursus masakan di Surabaya. Kecuali saya lah sebab saya tak minat bab masakan, saya tau makan jer. So, lepas dari airport, kami semua bergeraklah ke sekolah masakan yang terletak di pinggiran kota Surabaya. Selesai je mendengar taklimat simple dari tenaga pengajar, kitorang pun bergerak ke hotel dan meletakkan beg masing2 di bilik. Korang nak tahu nama hotel tu? Hotel Ibis Rajawali namanya, ehemm..Ibis ok, bukannya Iblis, hehehehe. Hotel Ibis ni bagi saya sangat OK, saya letak rating sendiri iaitu 4.5 star. Hotel Ibis ni merupakan salah satu dari hotel atau associate hotel dengan Accor Group. Kalau nak booking hotel, korang boleh le book dari laman sini iaitu Accor Hotels. Accor Group ni boleh dipercayai dan korang tak perlu risau apa2 perkara yang bersangkutan dengan tempahan hotel. Saya cadangkan selepas korang dah duduk di Hotel Ibis atau hotel2 yang di bawah pengurusan Accor Group, cuba daftarkan keahlian dengan dorang. Bolehlah nanti dapat diskaun. Dorang ada sediakan sarapan percuma setiap pagi. Sarapannya sangat OK, sampai sekarang saya masih teringat2kan omelette nya yang sedap yang dibuat on the spot untuk para tetamu hotel.


Hotel Ibis, Surabaya

Maklumat Hotel Ibis:

Jalan Rajawali No 9-11
60175 – SURABAYA
INDONESIA
Tel. : (+62)31/3539994
Fax. : (+62)31/3539995

Peta ke Hotel Ibis:

Koordinat GPS Hotel Ibis: -7.236392, 112.736976

Selepas check in di Hotel, kami keluar pusing2 kota Surabaya sambil melihat tempat2 bersejarah. So hari pun dah gelap, bas pelancong berhenti di sebuah restoran bernama Javana yang mana saya pun tak dapat pasti apa jenis hidangannya samada Sunda ke apa ke, yang pasti bukan masakan Padang. Apa yang tertera di pintu masuknya ialah “Ikan Bakar dan Seafood”.

Restoran Javana

Hmm, sebenarnya sambil menulis posting ni, saya benar2 tak ingat secara detail berkenaan lawatan ke Surabaya ni. Bukan apa, saya memang kurang gemar lawatan yang perlu mengikut trip atau pakej. Tapi apakan daya, ada orang sponsor, rezeki jangan ditolak dan saya pun tak boleh nak komplen lebih2, karang macam tak bersyukur pula. Nak menulis ni pun macam tak ada mood, maaf la tuan2 dan puan2. Saya cuba menulis sekadar yang termampu. Tapi saya nak pesan pada korang, saya ‘kurang’ mood bukan sebab percutian ke Surabaya ni hampeh, tapi sebenarnya sama hebat dengan melancong ke Bandung. Mungkin moody sebab saya sekarang tengah sakit tekak, sambil minum air asam jawa ni, tulisan pun ala2 berterabur sedikit, maaf ye.

Dalam pakej percutian ke Surabaya ni, selain kota tersebut, kitorang juga akan melawat sebuah daerah yang bernama Malang. Nama tempat tu memang Malang. Pelikkan? Kalau korang ada duit lepas tu nak invest beli rumah dekat Malang, saya gerenti korang takkan beli sebab namanya Malang, hehehehe. Alah, sekadar nama je. Malang ni merupakan sebuah daerah dalam kota Surabaya. Kalau korang ada kawan2 yang pernah belajar Medic di Indonesia, Malang merupakan tempat di mana terletaknya banyak universiti2 Medic yang terkenal. Tour guide yang kami naik ialah Monas Tour and Travel. Saya memang rekemenkan tour guide ni sebab dorang ni boleh tahan kelakar gak sewaktu dengan kitorang. Tour guide ni boleh dipercayai dan amat menjaga keselamatan pelancong.

Alamat tour guide:

Monas Tour & Travel
Jl. Dharmahusada Utara 6
(031) 596 5696
(031) 596 5096

Berkenaan pelancongan ke Surabaya ni, saya akan sambung di bahagian kedua yang akan saya penuhkan dengan banyak lagi informasi dan gambar, nantikan…!!

UPDATE 13 NOV 2016: Maaf, sambungan untuk bahagian kedua tidak akan saya teruskan kerana maklumatnya terlalu lama.



Related posts:

Bandung 2008

Filed Under: Indonesia, Surabaya Tagged With: ibis, indonesia, surabaya

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz