UPDATE Jun 2018: Wahai kawan-kawan dan pengunjung setia. Tak sangka pula entri ini sahaja mendapat 11 ribu views! Entri ni saya rasa dah terlalu lama untuk dijadikan rujukan. Hampir 9 tahun lamanya. Walaupun ketika 2009 ni saya travel style backpackers dengan ‘real’ beg galas secara solo, tapi gaya saya sebenarnya masih belum kadar jimat. Mungkin ketika tu tiada pendedahan tentang cara yang lebih berpatutan tambahan pula belum wujud FB Group seperti BBM (Backpackers Buddies Malaysia), MBC (Malaysian Backpackers Community) dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya tetap kekalkan entri ini sebagai kenangan untuk diri sendiri dan catatan perjalanan seorang ayah yang akan dibaca oleh anak saya apabila beliau besar nanti. Dan untuk entri lama di bawah ini, yang mana dah outdated tu saya strikethrough sahaja.
London 2009: Kisah hari ke-3 – Part 1 – Green Park & Buckingham Palace
Untuk membaca kisah sebelumnya pada hari ke-2 bahagian ke-3. Untuk membaca dari awal, klik di sini.
Pagi tu aku bangun agak awal kerana mengikut maklumat dari British Tourist Authority, akan ada pertukaran pengawal istana pada jam 11 pagi. Kebetulan hari ini memang ada acara tersebut memandangkan tidak semua hari ia dibuat. Pertukaran pengawal atau Guard Changing ni ialah acara wajib untuk dilihat bagi pelancong.
Nota: Rujukan untuk jadual Guard Changing di sini.
Aku keluar dari rumah encik Ahmad tak salahnya pada jam hampir 10.00 pagi dan cubaan untuk mencari underground Tube di Dollis Hill Station. Walaupun semalam aku telah naiki, tapi waktu siang berbeza pula suasana dan susah untuk menghafal laluan dan jenis bangunannya. Aku sampai bertanyakan pada dua orang tempatan iaitu penjaga kaunter kedai runcit semalam dan seorang wanita kulit gelap yang agak tua yang sedang duduk di kerusi anjung luar rumahnya.
London 2009: Kisah hari ke-2 – Part 3 – Tate Modern, Millenium Bridge & Edgware Road
Untuk membaca kisah sebelumnya pada hari ke-2 bahagian ke-2. Untuk membaca dari awal, klik di sini.
Bermula dari penulisan ini, saya membahasakan “aku” bagi memudahkan luahan rasadan perasaan bila bercerita tentang pengalaman. “Saya” dirasakan agak formal dan serius, walhal segalanya tentang kembara adalah santai.
Dari Southbank, aku menapak jalan sehingga ke hujung yang terdapatnya bangku panjang bagi tujuan santai dan menikmati pemandangan Sungai Thames. Bercerita tentang sungai ini, bagi yang biasa melihat rancangan TV pendidikan dari BBC zaman 80an, pasti pernah ternampak tulisan “Thames” pada akhir rancangan. Inilah sungainya dan BBC pula merupakan syarikat penyiaran TV dan radio milik kerajaan UK.
London 2009: Kisah hari ke-2 – Part 2 – Westminster Abbey, Big Ben, London Eye, Millenium Bridge dan Soutbank
Untuk membaca kisah sebelumnya pada hari ke-2 bahagian ke-1. Untuk membaca dari awal, klik di sini.
Kembali ke bahagian 2 bagi hari ke 2 di kota London. Ok, selepas melawat House Guard, saya meneruskan perjalanan ke Westminster Abbey! Yeahh… lokasi pelancongan nombor satu dan ter HOT di London yang dikenali di seluruh dunia. Sebut sahaja Westminster Abbey, akan terbayanglah jam Big Ben dan London Eye yang berdekatan.
Nota: Ejaan sebenar ialah Westminster dan bukannya Westminister. Moga ejaannya memudahkan carian di Google Maps.

London 2009: Kisah hari ke-2 – Part 1 – British Tourist Authority, St. James Park dan House Guard Parade
Klik untuk kisah sebelumnya pada hari ke-1. Untuk membaca dari awal, klik di sini.
Saya sebenarnya tak lah boleh tidur sangat memandangkan jet lag. Walaupun tidur semalam dah jam 3 atau 4 pagi, mata masih lagi segar. Tau kenapa? Inilah hari yang dinanti-nantikan, hehe. Sepanjang 2 tahun buat kajian tentang London, hasilnya akan dilaksanakan siang nanti.
[Read more…] about London 2009: Kisah hari ke-2 – Part 1 – British Tourist Authority, St. James Park dan House Guard Parade