• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Destinasi 3 Hari Yang Tidak Memenatkan Untuk Yang Bekerja 9-5

January 9, 2020 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 4 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Salam sejahtera, semasa menulis posting untuk Kembara Berkeluarga & Pendidikan Anak, aku merasakan perlunya untuk berkongsi tips dan jadual bagi tempoh penerbangan jarak dekat yang tidak memenatkan khususnya bagi yang bekerja 9-5 dari Isnin hingga Jumaat.

Apa kebaikan posting ini dan jadual yang aku lampirkan di bawah ini?

Anda yang bekerja 9-5 setiap hari hingga Jumaat mesti mencari-cari waktu yang khusus untuk bercuti tanpa menjejaskan urusan kerja, kan? Adakalanya, disebabkan tidak tahu adanya maklumat bandar di negara Asean yang terlalu dekat untuk dikunjungi, menyebabkan anda ‘staycation’ di rumah sahaja sambil menonton Netflix.

Apa tidaknya, pelbagai persoalan timbul contohnya:


  1. Lepas habis waktu kerja jam 5.00pm pada hari Jumaat, sempat ke aku nak bergegas ke airport?
  2. Selepas bercuti dan pulang semula ke Malaysia pada hari Ahad, sempat ke aku nak balik rumah dan mencukupkan tidur sehingga hari Isnin dan mula bekerja?
  3. Tempoh penerbangan dah mengambil masa berjam-jam, apa gunanya tiba di luar negara pada Jumaat malam, pusing-pusing pada esok harinya, Sabtu selama seharian dan kemudian pulang semula ke Malaysia pada petang Ahad? Cuti ‘celup kaki’ ke??
  4. Tiga hari je tu, tak penat ke weh??

Baiklah, cuma tengok jadual di atas. Dah faham maksud aku? Untuk pengguna phone, jangan lupa skrol ke kiri dan kanan serta klik untuk next page bagi tempoh penerbangan bagi bandar yang lain.

Nampak tak adanya bandar di luar negara yang hanya mengambil masa penerbangan selama 55 minit sahaja ke Pekanbaru di Indonesia? Mungkin anda boleh jadikan sebagai projek pertama anda ke luar negara bagi tiga hari, Jumaat, Sabtu dan Ahad dan tidak perlu menunggu cuti umum. Kan best? Tak perlulah kita berebut-rebut dengan orang ramai yang biasa berlaku semasa cuti umum.

Tak kisahlah walaupun dekat sekalipun atau sekadar ke negara yang cuaca serta orangnya sama sahaja seperti Malaysia. Yang penting dapat bercuti, kan? Hanya yang berjiwa pengembara sahaja dapat menangkap maksud aku ini. Apabila kaki asyik tak reti duduk diam, asyik nak berjalan, suka dengan bauan dan atmosphere yang lain dari kebiasaan, inilah masanya.

Jadi ini hanya sekadar cadangan aku

  1. Bagi yang bekerja hingga jam 5.00pm, dapatkan tiket penerbangan jam 8 atau 9 malam. Harga pada waktu malam pun adakalanya lebih murah.
  2. Bagi yang boleh mendapatkan cuti pada hari Jumaat atau Isnin, itu lebih bagus. Atau cuba dapatkan cuti setengah hari bermula selepas solat Jumaat.
  3. Packing barangan siap-siap dari rumah, bawa ke pejabat pada pagi Jumaat. Apabila tamat jam 5.00 petang, tukar persalinan pada pakaian untuk bercuti, simpan baju kerja di pejabat.
  4. Dan terus bergegas ke KLIA1/2. Dari pejabat di KL, akan mengambil masa selama 1.5 jam (jika mengambil ERL) dan anda akan tiba sebelum jam 7.00 petang.
  5. Jarak di antara 7.00 hingga 9.00 malam ada 2 jam. Ini sangat mencukupi untuk check-in dan sebagainya.
  6. Apabila tiba di sana, anda masih berjalan-jalan di sana contohnya dinner, berlegar di Night Market atau apa-apa aktiviti yang masih sesuai.
  7. Keesokan harinya Sabtu, laksanakan full day trip ke mana-mana top 5, top 8 atau top 10 tourist attraction di bandar itu (mana yang mampu). Tidak perlu paksa diri untuk menghabiskan kesemua top 20 yang terdapat dalam Tripadvisor.
  8. Pada hari Ahad pula, check-out dari hotel lebih awal contohnya selepas breakfast. Dan berjalan-jalan lagi ke mana-mana hingga lebam. Pada jam 3.00 atau 4.00 petang, terus ke airport untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada jam 6.00 atau 7.00 petang.

Apakah keperluan untuk projek cuti pendek ini?

  1. Anda perlu fit. Cuti jenis ini sangat sesuai bagi solo traveler dan boleh juga dilaksanakan bagi yang berkeluarga (jika mampu dari segi stamina).
  2. Bagi sesetengah bandar di luar negara, anda masih boleh bekerja hingga jam 5.00 petang dan bertolak ke airport. Tapi adalah lebih bagus jika boleh mendapat cuti samada hari Jumaat (cuti bermula dari pagi Jumaat, Sabtu hingga Ahad) atau Isnin (cuti bermula dari pagi Sabtu, Ahad hingga Isnin). Atau, cuba dapatkan cuti setengah hari bermula selepas solat Jumaat
  3. Pengangkutan di luar negara – Bagi negara Asean seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam, anda masih boleh menggunakan khidmat Grab. Jika ada destinasi agak jauh contohnya dari Jakarta ke Taman Safari Bogor, eloklah menyewa van berserta pemandu. Bagi yang adventurous, boleh menyewa motorsikal seharian. Kata nak jadi backpacker tapi kenapa tidak menjimatkan? Tiga hari bercuti je tu abang-abang dan akak-akak oihh. Larat ke nak tunggu bas segala bagai? Sudahnya, membuangkan masa pula.
  4. Belanja – Ya, tiga hari bercuti gaya macam ni kosnya lebih tinggi sedikit dari gaya backpacker kerana masa sangat suntuk dan juga faktor pengangkutan. Tapi tidaklah mahal contohnya ke Jakarta, masih lagi bajet total di bawah RM500/orang termasuk return flight yang ditempah lebih awal.
  5. Backpack – Aku lelaki, jadi aku hanya memahami keperluan lelaki. Untuk 3 hari bercuti, memadai beg galas bersaiz 30L sahaja (maksima). Bila backpack kecil, agak mudah untuk berjalan-jalan lagi selepas check-out awal dari hotel pada hari Ahad. Dan aku pernah pulang ke kampung hanya dengan beg galas 20L sahaja bagi 3 hari 2 malam. Gunakan Sleeping Bag Compression Sack ini untuk menjadikan backpack 20L anda bertambah muat. Kami dah cuba dulu di Thailand dengan jayanya. Nak tambah laptop pun muat tau! Tak perlu check-in baggage.
  6. Masa – untuk tidak terlalu penat, dapatkan mana-mana bandar di luar negara dengan tempoh penerbangan yang kurang dari 2 jam 15 minit (sila rujuk semula jadual di atas).
  7. Lokasi – disebabkan aku menetap di KL, jadi kaedah ini sesuai bagi yang menetap di KL, Selangor, N9 atau mana-mana kawasan yang berdekatan dengan KLIA1/2. Kaedah ini juga tidak sesuai bagi yang perlu transit dengan bas di antara negeri ke negeri atau transit di antara penerbangan (baik di dalam atau luar negara).

Buat kaki kembara, selepas ini dah tiada alasan lagi untuk melepak di rumah di hujung minggu, hehe.


Nota: Berkemungkinan ada beberapa bahagian yang kurang praktikal tapi pandai-pandailah korang adjust.

Nota 2: Aku terpaksa edit semula posting ni kerana sahabat baikku yang keje Oil And Gas di tengah-tengah bandar KL mengatakan, untuk terus bercuti ke airport jam 5 petang agak kelam-kabut dan mungkin tak praktikal. Cadangannya lebih baik ambil cuti half day dan bertolak ke airport selepas solat Jumaat. Tambahnya lagi, cuti yang ideal ialah Jumaat (half day), Sabtu, Ahad dan Isnin (half day) atau jika penat, Jumaat (full day), Sabtu, Ahad dan Isnin (full day) menjadikan permohonan cuti selama 2 hari. Jika ada peruntukan cuti 14 hari setahun dari majikan, bermakna boleh ulang 7 kali dalam setahun.



Mengimbau kenangan kami ke Bandung pada tahun 2010 secara minimalist sebelum mendapat cahaya mata selama 5 hari. Sebenarnya 3 hari pun boleh kalau cekap dalam menyusun itinerari.

Related posts:

Persediaan Maklumat Sebelum Memohon Travel Insurance
Kembara Berkeluarga & Pendidikan Anak
Khas Untuk Family Traveler - Review Stroller GB Pockit Plus

Filed Under: Tools Tagged With: cuti hujung minggu, destinasi 3 hari, destinasi cepat, destinasi pantas, hujung minggu, percutian hujung minggu, percutian pendek, short travel, short vacation, travel dekat, weekend getaway, weekend holiday

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz