• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us
  • English Site

Family Backpackers

July 3, 2018 By Admin 3 Comments
Tempoh Bacaan: 17 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Nota: Entri ini sangat panjang dan banyak info yang aku bekalkan. Akan dikemaskini dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman kami di masa depan. Hanya pasangan KENTAL sahaja yang sesuai membaca. Kategori style Tan Sri dan Mak Datin sila gunakan travel agency.

Aku taknak pembacaan entri ni berakhir dengan “eeeeeeee”, “apa lah kejadah kaedah tuan punya blog ni?” atau “ada ke patut biarkan keluarga bersusah payah travel”. Hanya yang berjiwa backpackers sahaja yang faham dan kami suami isteri memang telah berpakat sukakan aktiviti lasak. Lagipun, kami tiada profile yang perlu dibina seperti golongan-golongan korporat, agen insurans, penganalisis kewangan dan sebagainya yang perlu digunakan sebagai portfolio atau track record kejayaan pada client mereka. Sebabnya, kerana aku seorang jutawan, dah tak bekerja dan bersara awal dan menikmati dunia secara kembara lasak… Ok aku tipu, acah je.

‘Family Backpackers’ – Sesuai dengan tema laman blog ini iaitu kembara bersama keluarga secara backpacking. Backpacking ni banyak maksud bagi golongan tertentu. Bagi sesetengah golongan, backpacking bermaksud:


  1. Kembara secara jimat – memilih kembara paling murah, jimat malah percuma sahaja. Mereka juga digelar golongan “cheapskate”, tapi sebenarnya mereka golongan yang bijak kerana tidak ada keperluan berbelanja besar hanya kerana ingin mengembara. Dan aku tidaklah memilih cara ini kecuali kalau terpaksa. Keselesaaan untuk keluarga masih diutamakan.
  2. Hiking atau trekking – ini adalah pemahaman sebenar maksud ‘backpacking’ merujuk pada terma yang biasa digunapakai di barat. Bagi mereka, backpacking bermaksud memanjat gunung atau merentas desa dengan memakai beg galas.
  3. Itinerari kembara diuruskan sendiri – sama seperti melancong, tapi itinerari diuruskan sendiri.
  4. Beg galas – minat mengembara atau melancong tapi membawa beg galas dan bukan beg tarik.
  5. Pengembara yang sebenar (juga dikenali sebagai backpacker kental) – terdiri dari pengembara yang sama seperti (1) hingga (4) tapi benar-benar mengembara. Maksudnya, tidur di rumah orang tempatan, menghadiri majlis-majlis orang tempatan, bekerja part time buat sementara waktu di luar negara, melepak dengan orang tempatan dan berlanjutan berbulan-bulan lamanya.

Bagi aku pula (jika betul-betul ‘skema’ dan bersungguh-sungguh membawa pengertian yang sebenar), backpackers adalah semua 1-5 di atas tapi syaratnya membawa beg galas (juga dikenali sebagai haversack atau rucksack) dan bukan beg troli. Dah nama pun ‘backpackers’ atau bahasa Melayunya pek belakang (galas).

Budaya backpackers ni sama saja dengan perkumpulan seperti hippies, punk, nomad, gypsy, greenpeace, human right activitie dan sebagainya. Mereka ada niche atau segregation tersendiri untuk membezakan dengan beberapa puak yang lain.

Berehat kerana kepenatan. Memang ada orang lalu lalang dan melihat, tapi apa nak malu? Bukan mereka kenal kami.

Apa yang aku lihat di Malaysia ni, fenomena backpackers hanyalah trend ikut-ikutan sahaja sehinggakan maksud melancong ditukar sesedap rasa menjadi ‘backpacking’. Maka, lahirlah ramai poser yang pasang dan surut setiap masa. Apa tidaknya, apabila mereka cuba-cuba join kembara backpackers secara berkumpulan, wah baru tahu terpaksa naik transport secara overland berpuluh jam dan tak kurang dari 5 jenis pengangkutan awam. Melekit, basah, berpeluh, berpanas, leceh, renyah, remeh dan sebagainya akhirnya menjadi penghalang backpackers tiruan ini sehinggalah mereka pencen dengan sendirinya. Bagi mereka, pemahaman backpackers hanyalah nombor (3) di atas sahaja dan berakhir dengan beg tarik.

Itu kalau aku bernada skema (formal), okay kita persetankan bab skema. So, aku sebenarnya tak kisahlah cara macam mana beg galas atau tarik sekalipun, hanya bercuti 2 hari sahaja atau kempunan menginap di hotel 5 bintang, yang penting enjoy dan itinerari bikin sendiri. Perkara ni selalulah ramai yang bergaduh di group BBM dan MBC di FB sampai aku rasa naik muak dan membuang masa saja melayan.

Sebelum aku mulakan bercerita makin panjang, berikut adalah kriteria pemilihan backpack yang sesuai untuk famili backpacking (tak sesuai untuk orang bujang atau solo):

  • Suami dan isteri masing-masing membawa backpack dengan minima kapasiti 50L. Kalau kapasiti kurang dari tu? Kami dah cuba (saiz 48L), sampai dah tiada langsung ruang untuk mengisi barangan tambahan semasa di luar negara nanti.
  • Maksima 65L juga terbaik asalkan suami/isteri fit untuk menggalas (bagi couple muda 20an atau awal 30an tiada masalah). Ini lebih baik kerana adakalanya banyak keperluan yang perlu dibawa.
  • Aku menggunakan backpack 55L manakala isteri 50L. Mungkin info ini boleh dijadikan panduan korang.
  • Amalkan konsep A/B….. iaitu 80/20, 60/40, 50/50, 20/80 atau 40/60. Maksudnya… A ialah muatan asal yang dibawa dari rumah manakala B pula ialah lebihan ruang yang disediakan untuk barangan yang dibeli dari luar negara. Ada sesetengah orang, dapat saja backpack size 50L, dihentamnya isi 100% tanpa ada sedikit pun ruang kosong. Kalau aku? Pilih 50/50 walaupun backpack 65L (tapi yang sebenarnya berlaku atas pengalaman dulu ialah 80/20). Ekstra 50% lagi boleh isi macam-macam yang tiba-tiba wujud semasa kembara.
  • Kapasiti backpack besar tak mengapa walau sampai 80L, asalkan berat jangan keterlaluan.
  • Kenapa pilih backpack berbanding beg tarik? Faktor mobiliti mudah; naik tangga, turun tangga, kedua tangan bebas untuk memegang lain (barang, anak dll) dan faktor permukaan jalan yang tak sesuai untuk beg tarik.

Sekarang aku nak ketengahkan apa itu Family Backpackers……… atau ringkaskan sebagai FBP. Kalau aku sebut FB nanti keliru pula dengan Facebook.

FBP ni dah tentulah mengembara seluruh keluarga. Apa kelebihan FBP? Banyak! Antaranya ialah:

  1. Melatih diri sendiri (dalam hal ni diri aku sebagai suami dan bapa) agar sentiasa mengutamakan ahli keluarga.
  2. Sebagai suami/bapa, sangat selfish kalau kembara seorang diri hingga meninggalkan ahli keluarga di rumah. Sangat menyedihkan selepas balik dari kembara, siap tunjuk gambar-gambar di luar negara pada isteri dan anak-anak sambil mereka terlopong saja mendengar cerita best-best. Kecualilah kalau urusan kerja.
  3. Melatih anak agar berdikari, street smart dan survival skill yang tinggi. Jadikan urban backpacking digabungkan seolah-olah seperti ber-camping. Korang akan perlu juga nanti apabila menghadap negara yang tahap kemudahannya rendah atau sukar mendapatkan makanan halal.
  4. Melatih diri sendiri dan ahli keluarga untuk melalui kesabaran, kesusahan dan kepayahan tahap tinggi dan bukan percutian ala-ala mak Datin atau anak VIP yang kuat merengek.
  5. Membantu anak membesar dengan pengetahuan jalanan dan meneroka setiap inci bumi ini.

Nota: Lambat laun aku juga akan solo backpack sekiranya isteri dah tak berminat untuk kembara, anak mula membesar dan sibuk urusan masing-masing atau isteri berbadan dua (Trimester 1 dan 2 okaylah, tapi trimester 3 tu eloklah para suami duduk rumah jaga isteri yang tengah sarat).

Anak tidur di jalanan perkara biasa. Ini yang digelar “street education” mengajar mereka menjadi kental, bukan manja dan suka merengek. Kelak apabila besar, baru mereka sedar kekuatan diri.

Buat masa sekarang, aku boleh ulas berdasarkan jumlah ahli keluarga dan menggunakan trip Kembara Thailand-Laos yang lalu sebagai panduan. Ini senarionya:

A. Tiga orang (aku, isteri dan seorang anak berusia 3 tahun 10 bulan)

Kami kembara secara beg galas dengan beberapa bungkusan plastik di tangan menjinjing makanan ringan dan sebagainya. Pendirian kami, jangan ada beg tarik.

Kami FBP secara:

  1. Murah dan jimat.
  2. Lebih banyak masa dengan overland berbanding flight.
  3. Tempoh minima kembara 2 minggu. Tapi kalau bajet tak mengizinkan, beberapa hari pun boleh, no hal.
  4. Kurang bershopping.
  5. 50% dari tempat penginapan adalah walk-in. (tapi nasihat aku elok guna sahaja Agoda atau Booking kecuali kalau nak cabaran).
  6. 80% dari pembelian tiket pengangkutan adalah walk-in.
  7. Lebih menghayati keindahan di tempat orang.
  8. Kurang mengunjungi shopping mall kecuali pasar-pasar tempatan dan night market.
  9. Mempunyai itinerari tapi adakalanya main redah atau ikut dan sahaja.
  10. Pakaian dibasuh sendiri.
  11. Makanan ringan hanya dibawa untuk bekalan dua hari pertama sahaja.
  12. Keterbukaan untuk menggunakan pelbagai jenis pengangkutan.
  13. Keterbukaan untuk menginap di tempat yang agak kurang memuaskan jika terpaksa kerana berbajet rendah atau jika kebanyakan hotel fully book. (bagi family backpackers, aku rasa dorm/hostel tak perlu).

Ok masuk bab barangan ‘kekeluargaan’. Kami bawa:

  1. Pampers dalam 30 keping. Suami bawa 20 keping, isteri bawa 10 keping. Anak kami menggunakan pampers dua kali sehari. Jika habis, beli saja di kedai-kedai yang ada. Jangan bawa semua nanti backpack akan menjadi berat. Elok bungkuskan pampers dalam plastik supaya tak berbau atau adakalanya anak lipas merayap.
  2. Tuala kecil untuk anak bersaiz 80x40cm jenis “quick dry towel” yang ringan (aku prefer brand Naturehike. Bagi dewasa pula bersaiz 130x75cm.
  3. Pakaian anak 10 pasang. Sehari menggunakan 2 pasang sahaja iaitu sepasang berjalan di siang hari, sepasang lagi untuk tidur waktu malam. Jadi, untuk 10 pasang boleh digunakan selama 5 hari. Setiap malam basuh baju anak yang diguna siang tadi secara sendiri dan jemurkan. Baju yang dah kering boleh digunakan pada hari ke-6. Nota: nak bawa 6 atau 8 pasang pun boleh (tahan 3 atau 4 hari), tapi pastikan setiap malam membasuh baju dan menyidai so boleh dipakai pada hari ke hari ke 4 atau ke 5. Pakaian anak semuanya diagihkan separuh-separuh dengan pasangan.
  4. Baju anak dan seluar kalau boleh jenis lengan dan seluar panjang baik untuk berjalan di siang hari atau tidur malam. Ini pengalaman kami nak cerita. Semasa di Bangkok, anak aku terjatuh atas koridor jalan tar dan lututnya sedikit berdarah gara-gara pakai seluar pendek takat lutut. Malam pula cuaca kadang-kadang sejuk, tak sesuai pakai seluar pendek. Ada kawasan yang perlu trekking atau terceruk dan banyak nyamuk, so baju lengan panjang sangat penting dan boleh juga bertindak sebagai ‘sweater sementara’.
  5. Pakaian bagi suami dan isteri pula. Semasa di Thailand, aku membawa 3 helai baju jalan, dua helai baju tidur, dua pasang seluar dan sehelai kain. Isteri pula sama. Apabila di sana, kami membeli 2-3 helai baju yang turut boleh digunakan untuk hari-hari mendatang. Jangan malu repeat baju yang sama dan tayang di Instagram asalkan sentiasa dibasuh setiap hari.
  6. Kasut anak sebolehnya jenis yang cover penuh atau sandal yang cover jari-jari kaki secara penuh, bukan togel seperti sandal biasa. Boot lebih bagus. Kecederaan biasanya berlaku di hujung-hujung jari kaki.
  7. Bedak anak beli botol paling kecil. Kalau habis, beli saja di kedai di luar negara. Jangan masukkan bedak dalam plastik bungkusan dan membuang botolnya (demi mengurangkan saiz), nescaya disalaherti dadah.
  8. Toiletries:
    • Beli beg khas untuk toiletries yang boleh dilipat dan digulung.
    • Sabun mandi jenis ketul. Boleh saja jenis cecair tapi botol paling kecil. Walaupun hotel sediakan, tapi bawa juga kerana untuk mandikan anak dalam tren atau di mana-mana (ibubapa juga boleh guna). Sabun ni kami masukkan dalam bungkusan plastik yang diguna untuk bungkus air minuman dan diikat getah agar air sabun tidak menitik selepas digunakan. Jika semua sabun habis, beli di kedai sana.
    • Sabun membasuh. Boleh sahaja jenis Fab buku atau serbuk paket kecil. Berus membasuh jenis plastik dan kecil juga jangan lupa dibawa. (kami dulu bawa Fab buku, tapi aku potong separuh untuk kurangkan lagi berat).
    • Syampu botol paling kecil. Usia anak kami dah sesuai guna syampu orang dewasa, jadi tak perlu syampu khas untuk anak.
  9. Thermos saiz 250ml untuk meletakkan air panas dan membuat susu anak. Pihak hotel biasanya ada sediakan. Sebelum bergerak, kami tapau dulu air panas. Elok beli Thermos yang boleh mengekalkan kepanasan selama 5-6 jam. Sekiranya dalam perjalanan air Thermos menjadi sejuk, refill saja di kedai-kedai minum dan bayar, alah berapa sen sangat. Bab susu anak sangat penting. Jangan terlalu mementingkan keperluan ibubapa sahaja.
  10. Plastik kosong untuk mengisi baju basah. Adakalanya tren bergerak awal sebelum subuh. Jadi, selepas check out dari hotel, baju yang disidai mungkin masih lembab dan boleh diisi dalam plastik kosong. Juga boleh digunakan sekiranya mandi manda di pantai dan air terjun atau ingin mengasingkan pakaian yang telah dipakai dan berbau dengan pakaian lain yang masih bersih.
  11. Botol susu jenis kecil bersaiz dalam sejengkal. Elok plastik dan jangan kaca bagi mengurangkan berat. Jika anak minum sampai habis, ulang buat semula kali ke-2. Botol yang kecil untuk mengurangkan ruang backpack.
  12. Susu tepung (untuk anak usia 3 tahun dan bukan jenis susu formula), kami beli yang dalam paket kecil bersaiz 15x10cm. Untuk baby, sila rujuk section bawah.
  13. Sudu boleh lipat yang biasa orang gunakan semasa camping. Sudu ni boleh diguna untuk membancuh susu dan juga untuk orang dewasa makan. Tak perlu bawa sudu asing-asing.
  14. First Aid Kit. Berharga di antara RM10-20 dan mengandungi semua alatan asas perubatan. Hati-hati kalau terbeli hanya beg First Aid tanpa alatan di dalamnya. Awalnya aku menggunakan beg First Aid Kit yang berisi alatan. Akhirnya, aku keluarkan semua alatan yang penting dan masukkan dalam plastik beg yang biasa diguna untuk bungkus minuman dan diikat getah. Ini kerana, aku dapati beg First Aid sahaja dah lebih dari 100gm. Bab berat ni kena terperinci sebab kalau dah berkumpul semua barang akan jadi berkilo-kilo. Larat ke nak tanggung tambahan 1-2 kg? Dan dalam banyak semua alatan asas perubatan, hanya plaster (saiz kecil, medium dan besar) sahaja digunakan. Lain-lain seperti gunting kecil dan lain-lain tiada keperluan. Jadi, pandai-pandailah pilih mana yang penting. Gunting kecil tak bawa sebab dah bawa pisau multitool (Victorinox) yang siap ada gunting.
  15. Payung yang batangnya boleh ditarik panjang seperti antenna TV dan kain boleh digulung. Satu saja dah cukup khas untuk isteri dan anak guna semasa hujan atau panas terik. Yang suami tak payahlah pakai, beli rain jacket atau pakai cap je. Payung aku beli di Mr. DIY. Tersangatlah ringan dan berharga RM6.00.
  16. Bantal leher. Aku prefer jenama Muji (atau yang inspired dari Muji) yang mempunyai klip di hujungnya dan boleh ‘dipanjangkan’. Bantal leher ni selain untuk kegunaan dewasa, anak juga boleh guna semasa menaiki pengangkutan awam.
  17. Tupperware bersaiz (lebih kurang) 16x12x5cm. Digunakan untuk menyimpan makanan untuk anak atau kegunaan dewasa. Satu dah mencukupi bagi mengurangkan berat. Boleh gilir-gilir kegunaan, mula-mula anak dan isteri guna, kemudian baru suami guna. Sekali makan, bukan lama pun. Habis kuat 20 minit bagi setiap orang.
  18. Sweater untuk anak dan tambahan satu lagi jenis windbreaker/waterproof jacket. Sweater penting kerana aircond dalam pengangkutan awam kebanyakkannya sangat sejuk.
  19. Sleeping Bag. Aku prefer jenama Naturehike model LW-180 kerana ia sangat ringan. Apa kegunaan sleeping bag ni? Contohnya kami menaiki tren sleeper berth di Thailand dan katilnya kerap dikongsi ramai orang. Ada sesetengah keluarga sangat pentingnya hygiene apatah lagi jika anak yang ingin baring dan tidur. Jadi, sleeping bag sebagai alas. Selain tu, ia juga boleh digunakan sebagai selimut jika terlalu sejuk. Malah, ada yang gunakan sebagai alas di kerusi-kerusi panjang di airport untuk anak yang ingin tidur apabila transit berjam-jam lamanya.
  20. Vitamin. Dua minggu sebelum berangkat, belikan Vitamin C dan Multivitamin bagi mereka makan setiap hari. Pastikan yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Ini bagi menyediakan ketahanan dan antibodi badan anak semasa kembara nanti. (semasa kembara dah tak perlu bagi lagi dan tak perlu bawa). Orang dewasa boleh juga amalkan.
  21. Bab demam. Belikan sticker untuk demam yang ditampalkan di dahi. Beli untuk dewasa dan kanak-kanak. Jika kembara kurang dari sebulan, memadai beli untuk satu sahaja untuk setiap orang (diri korang sendiri, pasangan dan anak-anak). Potensi untuk demam biasanya sekali dalam sebulan. Kalau lebih sebulan, belilah dua keping bagi setiap orang.
  22. Cap. Sesuai untuk anak yang boleh memakai cap. Boleh memberi perlindungan dari terik matahari dan air hujan.
  23. Daypack bersaiz kurang dari 20L. Aku guna jenama Quechua 20L sahaja (20L tau, bukan yang 10L yang famous tu sebab yang tu kecik sangat). Murah, RM49 dan ringan di bawah 500gm. Kegunaannya semasa berjalan-jalan di bandar dan diisi air minuman, sekeping dua pampers, standby sepasang pakaian bersih anak manalah tahu kotor ke apa, makanan ringan, susu, thermos serta botol susu. Daypack untuk berjalan-jalan disekitar bandar di luar negara sebaiknya minima bersaiz 15L.
  24. Botol air minum. Sila rujuk “Perihal botol air” di bawah.
  25. Lain-lain tambahan bolehlah difikirkan mengikut pada keperluan masing-masing seperti laptop, aksesori kamera dan handphone, barangan masakan ala camping seperti travel butane stove dan messtin.

Tambahan:


  • Kalau tak tahan sebab backpack mula memberat atau ruang dah penuh, beli sebuah foldable luggage bersaiz 32L. Ianya boleh dilipat jika tidak dipakai. Gunakan apabila banyak shopping barangan atau muatan menjadi lebih. Ini mengurangkan bebanan backpack.
  • Atau…. beli saja travel luggage (nama popularnya beg tarik hahahaha) sebagai tambahan selain dari backpack yang dibawa. Jangan paksa diri, bedal je. Beli sebuah sahaja bersaiz 20″. Aku prefer jenama Xiaomi berharga RM265 sahaja. Tak perlu jenama mahal kerana kebanyakan beg tarik ni orang main campak sahaja bila check in dalam flight. So, dah ada tiga beg iaitu dua unit backpack (suami dan isteri) dan seunit beg tarik.
Tangan pun penuh dengan barangan. So, mulakan dengan menilai senarai barangan yang penting kalau benar nak jadi backpackers dengan beg galas.

B. Kami bakal mendapat anak ke-2 pada bulan September ni. Jadi, ini adalah perancangan kami jika empat orang (aku, isteri, seorang anak berusia 5 tahun 3 bulan dan seorang baby berusia 6 bulan)

Isteriku sekarang mengandung 6 bulan dan akan melahirkan baby ke-2 kami pada bulan September ini. Kami bercadang akan mula membawa baby kembara apabila usia melebihi 6 bulan. Jadi, bermula tahun hadapan, gaya kembara kami akan berubah dengan tambahan beberapa cara baru.

Kembara secara jimat, lasak, adventure dan menggalas beg tetap diteruskan. Masih sama seperti (A) di atas tapi ada beberapa perbezaan dan penambahan:

  1. Anak pertama tidak perlu lagi pampers. Jumlah pampers masih sama iaitu 30 keping.
  2. Tuala kecil untuk anak pertama bersaiz 80x40cm jenis “quick dry towel” yang ringan (aku prefer brand Naturehike. Anak ke-2 pula tambah satu lagi tuala yang sama.
  3. Pakaian setiap anak 10 pasang. So, sekarang dah jadi 20 pasang.
  4. Bedak masih sebotol kecil dan kongsi dengan dua orang anak. Seperti biasa, kalau habis beli saja di negara tersebut.
  5. Toiletries:
    • Syampu dewasa masih sama termasuk untuk kegunaan anak pertama. Bawa tambahan syampu botol kecil khas untuk baby.
    • Sabun mandi masih sama seperti (A) di atas tapi untuk baby, bawa yang khas tapi dalam botol kecil.
  6. Anak pertama tidak lagi minum guna botol susu. Jadi untuk anak ke-2, jenis botol susu sama seperti (A) di atas.
  7. Susu tepung anak pertama dan tambahan susu tepung bagi baby. Beli jenis kecil dan sekiranya habis, bersedia untuk memberi baby susu jenama lain di luar negara. Pada pendapat aku, cuba test 2-3 jenama di Malaysia dan lihat keserasian baby. Keberangkalian untuk menemui 1 dari 3 jenis jenama tersebut di luar sana amat tinggi.
  8. Baby stroller yang boleh sandar dan juga baring. Pastikan boleh dilipat, boleh masuk dalam cabin flight dan berat di bawah 6.5kg. Aku pernah lihat sebuah di Aeon berharga RM399. Berkenaan sandar, aku prefer jenis yang sudut sandarnya bukan rata 180 darjah tapi jungkit sedikit dalam 5 hingga 10 darjah. Ini penting bagi mengelakkan baby tersedak susu atau mengalami masalah angin perut dan asid perut yang naik ke atas. Tak perlu melaram dengan jenama Quinny yang nampak gah tapi berat dan menyusahkan.
  9. Untuk anak pertama, sweater untuk anak dan tambahan satu lagi jenis windbreaker/waterproof jacket. Untuk baby pun sama tapi hanya sweater. Beli juga selimut tambahan untuk membalut baby semasa di dalam stroller.
  10. Bab demam sama seperti (A) di atas. Tapi untuk baby aku belum habis kaji. Sila berunding dengan doktor pakar kanak-kanak.

So, beg yang dibawa untuk (B) ialah:

  • Backpack untuk setiap pasangan.
  • Foldable luggage sama seperti (A) di atas.
  • Kali ni, beg tarik dah dikira wajib. Saiz 20″ dah mencukupi sama seperti (A) di atas. Kegunaannya untuk mengisi barangan baby dan anak pertama.
  • Nota: Alang-alang dah banyak bawa beg dan mentang-mentanglah banyak ruang, jangan pula jolok lagi barang-barang lain ke dalam setiap beg. Setiap masa korang juga yang kena tarik, tanggung dan galas, dah lupa ke? Hehehehehe. Beg banyak untuk mengurangkan beban sahaja, bukan menambah beban baru.
  • Daypack sama seperti (A) di atas.
  • Foldable luggage bila perlu sahaja.

Cara pengagihan barangan ke dalam setiap beg:

  • Daypack: Sama seperti aku terangkan dalam (A) di atas. Cuma bezanya apabila menaiki flight. Bersedia sekiranya kehilangan beg-beg utama. So, sediakan sepasang pakaian bagi setiap anak, sehelai tuala anak, susu, botol susu, sweater dan aksesori baby yang lain seperti sarung tangan dan kaki. Ini semua dimasukkan dalam daypack isteri. Bagi daypack suami, masukkan satu baju suami dan satu baju isteri, tuala sehelai dan lain-lain barangan berharga seperti power bank, charger dan laptop. Ini penting sekiranya luggage hilang. Jadi, bila dah sampai ke destinasi, boleh beli beg baru. Bab claim insurance pasti lambat untuk dapatkan gantian apatah lagi jika kembara berbulan-bulan. Kedua-dua daypack suami isteri tak perlu check in.
  • Backpack pula, disebabkan backpack masing-masing bersaiz 50-60L, jadi lebih elok check in sahaja. Kandungan dalamnya hanya baju-baju, toiletries dan barangan lain yang kurang berharga.
  • Bagi beg tarik, semua pakaian anak dimasukkan dalam tu. Juga tiada barangan berharga di dalamnya. Kadang-kadang ada flight yang membenarkan dua beg (daypack dan beg tarik saiz 20″) masuk dalam cabin. Jika ya, masukkan separuh dari baju-baju suami dan isteri ke dalam beg tarik dan juga toiletries.
  • Foldable luggage bila perlu sahaja.
Di sini yang pentingnya sleeping bag seperti yang aku terangkan di atas terutama long distance yang melebihi 2 jam.

Perihal botol air:

Aku anggap air ni perkara asas yang penting dalam setiap kembara tapi perlu mengutamakan berat air yang dibawa. Jadi aku khaskan dalam satu section. Pengembara beg galas memang kebiasaannya akan menyelitkan botol air di bahagian kiri atau kanan beg. Sebelum ini, kami membawa air botol plastik bersaiz 1 liter.

Berkemungkinan di masa hadapan, kami mungkin akan membawa maksima saiz 750ml sahaja dan menggunakan botol jenis aluminium. Plastik dan aluminium kedua-duanya sama berat. Elakkan jenis stainless steel kerana lebih berat walaupun ianya lebih baik dari bahan plastik dan aluminium. Di pasaran, terdapat jenama-jenama terbaik dan berkualiti berasaskan aluminium. Jangan beli yang murah (bawah RM15), belilah yang mahal sedikit (RM40 ke atas) agar kualiti terjamin.

Kenapa dari 1 liter berkurangan menjadi 750ml? Melalui pengalaman kami yang lepas, air yang dibawa jarang diminum. Kerapkali minum air mineral yang dibeli dari kedai-kedai runcit. Setiap  kali memulakan kembara rentas negeri atau daerah, aku akan membeli 3 botol air mineral bersaiz 1.5 liter. (sebahagian untuk diisi dalam botol air, sebahagian lagi untuk diminum) Akibatnya, setelah refill ke dalam botol air, terdapat lebihan air mineral yang banyak. Bermakna, ke hulu ke hilir kami menjinjing botol mineral di tangan ditambah pula dengan barangan-barangan dalam plastik yang lain.

Ini berbeza pula sesama membawa botol air dalam daypack apabila berjalan-jalan dalam bandar seharian. Air botol yang dibawa habis diminum dan jarang membeli air mineral di jalanan. So, selepas ni bagaimana style kami? Botol air aluminium bersaiz 750ml diisi air penuh dan setiap kembara merentas daerah/negeri (membawa backpack) hanya membeli dua botol air mineral.

Menjadi pengembara solo tiada masalah malah perihal air ni hanya kes terpencil. Berbeza dengan pengembara berkeluarga yang perlu menggunakan air untuk bancuh susu anak dan sebagai air minuman seisi keluarga.

Ni aku kasi Do’s and Don’t tentang sikap sebagai parent di luar negara:



  • Elakkan nampak seperti sibuk menguruskan anak-anak. Ada scammer yang sedang memerhatikan. Mereka tahu korang tengah tanggung beg berat lagi, stroller lagi, anak lagi… jangan jadi seperti kami di Laos. Pada ketika tu, kami baru sampai dan turun dari bas awam di hentian bas bandar paling terakhir (border Thailand ke Vientiane). Dan dari situ perlu mencari teksi atau tuktuk membawa ke hotel. Tapi dari jauh, ada scammer tuktuk yang memerhatian. Dia offer “fifteen thousand KIP”. Apabila sampai sahaja destinasi yang hanya berjarak 4km, sebutan menjadi “fifty thousand KIP”. Korang tau beza 15 kip dan 50 kip? RM7 dan RM24. Perbezaan RM17 di situ. Dia mengambil kesempatan di atas kepenatan kami.
  • Jangan cuai dan berkeadaan seperti mata terlalu menjaga anak-anak sampai tak lekang dari pandangan. Ya, tengok anak tu penting tapi dalam masa yang sama jangan lupa barangan yang dibawa. Pencuri mengambil kesempatan atas kesibukan mata kita memerhatikan anak. Inilah kelebihan backpack yang mana tali galasnya boleh digulung pada betis. Kawan aku dua orang kehilangan beg dan passport semasa berada di Amsterdam.
  • Di dalam tren sleeper berth? Jika satu katil tidur berdua dengan anak, letakkan di bahagian berdekatan tingkap, bukan bersebelahan laluan tengah tren. Jangan tidur mati, tapi tidur-tidur ayam sambil memerhatikan anak. Biar kita mengantuk dan letih di siang hari. Jangan sampai anak dicekau orang. Harap agar alasan ini tidak menakutkan korang kerana risiko di mana-mana saja. Di rumah sendiri pun belum tentu selamat juga, kan?
  • Apabila dalam pengangkutan awam, anak akan mula dapat kawan baru. Pastikan mereka bermain sampai tidak menjejaskan penumpang lain.
  • Dalam flight aku rasa semua orang dah tahu. Paling penting, jangan biar anak menolak-nolak kerusi penumpang depan. Banyak kes berlaku ibubapa bergaduh dengan penumpang depan. Akibatnya, percutian jadi hambar.
  • Jangan biarkan anak menjauhi atau berjalan seorang diri lebih dari 10 meter walaupun anak dah besar dan berusia 10 tahun. Kecuali kalau dalam flight.
  • Bawa megi? Jangan keterlaluan jamah anak dengan megi. Perut mereka masih sensitif dan tak baik untuk kesihatan.
  • Amat bagus kalau bekalkan jam tangan pintar yang ada fungsi GPS pada anak. Kebiasaannya yang berusia 7 tahun ke atas layak pakai kerana jam jenis tu agak besar.
  • Berkenaan anak usia bawah 1 tahun, bab ni aku belum ada pengalaman. Kami cuma berpengalaman carpacking seluruh Semenanjung sahaja sewaktu anak masih baby. Dan mula kembara luar negara bila anak mencecah 3 tahun 10 bulan.
  • Sepanjang masa memang akan penat mendukung anak. Kami menghadapi masalah menanggung backpack yang berat dan terpaksa mendukung pula anak usia 3 tahun. Jangan paksa diri nak jadi backpackers kental. Bawa saja stroller jenis ringan yang boleh dilipat masuk dalam cabin flight. Itu yang akan kami laksanakan untuk kembara akan datang.
  • Selain stroller, boleh juga menggunakan baby carrier khas untuk baby di bawah usia 1 tahun. Tapi terhad kegunaan semasa berjalan-jalan dalam bandar dan backpack berat pula diletakkan di hotel. Tidak sesuai jika dikombinasikan dengan backpack, melainkan daypack. Baby carrier sangat berguna untuk kembara yang diselitkan aktiviti trekking, sedikit hiking untuk kategori bukit kecil, night market yang ramai orang atau tempat-tempat bersejarah seperti Angkor Wat di Cambodia. Malah, ada yang menggunakan apabila menyewa basikal atau motorsikal.
  • Bawa permainan tapi jangan banyak. Contohnya seperti anak kami suka bermain dengan kereta mainan Hot Wheel. Jadi, kami cuma membawa 2-3 kereta yang paling dia minati. Jika ada bajet lebih dan ruang tambahan dalam backpack, boleh sahaja membeli mainan baru di luar negara agar mereka tidak bosan. Lebih baik daripada memberi phone untuk bermain game.
  • Sentiasa berinteraksi dan berbual dengan anak. Jangan lupa bahawa misi family backpacking adalah untuk interaksi sesama ahli keluarga agar semakin rapat (bonding) dan juga untuk educate seluruh keluarga dengan apa yang ditemui sepanjang perjalanan.
  • Jangan lebihkan waktu untuk anak bermain iPad, Tablet atau phone. Bila berjalan-jalan di luar sana, anak-anak akan alih tumpuan (dengan rela sendiri) ke arah apa yang berlaku di sekeliling dan ini automatik akan mengurangkan pergantungan pada tiga alat itu. Kecuali jika dalam pengangkutan awam (termasuk stesen-stesennya) yang mengambil masa berjam-jam lama atau semasa di bilik hotel apabila pulang di waktu malam.
  • (Ini sebagai cadangan dan belum terbuat lagi) Bawalah kad game seperti UNO untuk bermain bersama-sama. Contoh kad UNO jenis waterproof di sini. Jangan pula beli daun terup atau kad tarot, hehe. Ada juga kad lain seperti ini.
Naturehike Quick Dry Towel
Baby Carrier
MUJI Inspired Travel Pillow (kalau dapat yang ori dari MUJI lebih bagus kerana kualitinya)
Sudu Travel
Toiletries Bag
Windbreaker. Sebenarnya bukan windbreaker tapi jaket kalis matahari. Ia sesuatu juga sebagai rainbreaker kerana kalis air. Jenama Quechua.
Sticker demam
Foldable Luggage
SIGG Aluminium Bottle faveret aku. Tapi harganya menjilat tengkuk (hampir RM200 sebotol)
Naturehike Sleeping Bag
Contoh stroller ringan jenama Fairworld Q4 Hybrid Fold & Go yang dijual di Aeon (RM399)
Bicycle Lock – Guna untuk lock backpack dan luggage. Ringan di bawah 100gm sahaja. Pastikan kepala yang ada nombor tu diperbuat dari besi. Beli di Mr DIY.

Related posts:

Selesai Backpack ke Thailand dan Laos dan Bagaimana Cara Saya Menggunakan GPS Di Sana
Kembara Berkeluarga & Pendidikan Anak
Kelebihan Big Pay dari Pandangan Saya Sebagai IT Consultant

Filed Under: Tools Tagged With: family backpacker, family backpackers, family traveler, family travelers

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zaris Ahmad
Zaris Ahmad
3 years ago

Hi. Mcm beg kitorg dah terlalu padat sgt dan kembung melebihi 7kg. So, mmg kena ambil luggage dan check in. Mengikut pengalaman kwn2 saya, ada yg pernah bawa masuk kabin Airasia dan lepas dgn size beg 65L tapi begnya di compress dgn strap kiri kanan so tak nampak sgt kembung.

0
Reply
nur haznita
nur haznita
3 years ago

Hi,, i nk tanya kalo u naik flight dgn bag 50L-65L u akan ambik luggage gak ke?

0
Reply
nur haznita
nur haznita
3 years ago

This comment has been removed by the author.

0
Reply

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

analitik analytic britain cdn cherating cuti hujung minggu england europe gb pockit gb pockit plus hujung minggu indonesia kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london makan best melancong thailand pahang pelawat pengunjung percutian hujung minggu percutian pendek railway station sedap short travel short vacation stroller tempat makan tempat makan best tempat makan menarik tempat menarik di thailand thailand train uk united kingdom visit visitors visits warung weekend getaway weekend holiday

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz