• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Khas Untuk Family Traveler – Review Stroller GB Pockit Plus

June 2, 2020 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 5 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Salam PKPB buat semua pembaca. Kali ni aku nak buat review berkenaan stroller GB Pockit Plus All Terrain (model 2019). Barang diterima sebelum raya tapi baru hari ni nak buat review.

PENAFIAN: Review ini tidak ditaja oleh sesiapa. Kami membelinya dengan duit poket sendiri.

Spesifikasi:


  • Stroller terkecil dan teringan di dunia.
  • Boleh menampung berat baby di antara 6kg sehingga 18kg (lebih kurang usia 4 tahun).
  • Binaan dari aluminium yang kukuh.
  • Rekacipta dan kejuruteraan dari German tapi dikilangkan di China.
  • Mempunyai 5-point tali pengikat.
  • Boleh bersandar atau berbaring sehingga 35 darjah.
  • Mempunyai sun shade untuk melindung dari pancaran matahari.
  • Sangat mudah untuk diguna, dilipat dan dibawa.
  • Saiz sangat mesra untuk dibawa masuk kabin flight (dibawa seperti hand luggage).
  • Saiz selepas dilipat: 20 x 34 x 42cm
  • Saiz selepas dibuka menjadi stroller: 71 x 47 x 101cm
  • Jaminan 2 tahun.

GB Pockit Plus. Kebanyakan parent yang kaki travel mesti tahu jenama ini. Kami dah mengidam stroller ini dekat 3 tahun. Wow, kenapa lama sangat ambil masa untuk beli?

Tiga tahun lalu, anak sulung iaitu Aqif berumur hampir 4 tahun dan tak sesuai menggunakan stroller jenis ini. Lagipun beliau jenis perangai yang tak suka duduk dalam stroller. Jadi terpaksa pendamkan hasrat. Pada masa tu, keluaran adalah 1st model.

Lepas dah dapat baby ke-2 iaitu Ezra, barulah sesuai untuk beli. Dan kali ini model merupakan model yang terkini (model 2019). Tahun 2020 ni tak nampak pula model terbaru akan keluar. Lagipun masalah dengan Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.

Model GB Pockit Plus ini boleh dilipat keseluruhannya dan berat hanya 5.6kg. Saiz selepas dilipat sangatlah kecil dan ada beg khas yang diberi percuma oleh seller Shopee. Beg ini sangat berguna untuk galas stroller di bahu apabila travel dan perlu menaiki kapal terbang, tren, bas, LRT, MRT, minibus/minivan (seperti di Thailand), menaik tuktuk dan sebagainya.

Dari pengalaman kami mencuba stroller ini beberapa hari yang lalu, kesimpulannya:

  1. Sesuai untuk baby berusia 1 tahun ke atas.
  2. Sesuai untuk baby berat di antara 6kg hingga 18kg. Tapi pendapat aku, sesuai untuk minima 5kg hingga 15kg sahaja. Lebih sampai 18kg pun boleh tapi belum pernah cuba.
  3. Tidak sesuai untuk baby yang belum boleh merangkak atau berjalan kerana tengkuknya tidak kuat merujuk pada alas untuk berbaring yang hanya boleh diturunkan ke 35 darjah sahaja. Ia tidak boleh turun flat ke 0 darjah (atau 180 darjah mengikut pada cara kiraan sudut masing-masing).
  4. Kaki baby kena kental kerana stroller ini terkecil di dunia. Ini bermaksud kaki akan terlonjong keluar sedikit dari stroller tapi tidaklah melebihi hujung tayar stroller.
  5. Memang benar stroller ini apabila dilipat sangat kecil. Terkejut juga sekecil itu jadinya.
  6. Kain alas untuk berbaring boleh ditanggal dan dibasuh.
  7. Mempunyai sun shade yang menutupi dari pancaran matahari dari kepala ke pusat baby.
  8. Tidak mempunyai kerangka tunggal di bahagian tengah, jadi bila pusing ke kiri atau ke kanan seperti bergoyang. Tapi jangan risau, ia tetap kukuh dan aku dah test kilas ke kiri dan kanan secara kasar, puas hati!

Pengalaman pembelian:

Ok di mana beli ni? Kami beli dari Shopee. Klik gambar di bawah untuk link ke seller yang dipercayai.

Seller sangat ramah dan baik apabila mesej bertanyakan tentang produk. Patutlah dapat rating tinggi. Seller hantar cepat (next day), cuma masalahnya pada penghantaran oleh DHL yang mengambil masa hampir seminggu untuk tiba. Walaupun lambat, aku tetap thumbs up pada DHL kerana kotak GB Pockit Plus yang kami terima langsung tidak terkoyak, kemek, terkonyok, terlipat atau sebagainya.

Kami beli warna Rose Red kerana faktor keselamatan. Warna merah mudah dilihat dari jauh oleh pemandu-pemandu kenderaan di jalanraya. Nasib baiklah ada stok. Dan ada 3 lagi warna lain yang korang boleh pilih.

Harga? Kebiasaannya harga bagi GB Pockit Plus ini di antara RM800 hingga RM1099. Yang murah lagi pun ada dalam RM780. Tapi tahukah korang, yang murah tu tanpa beg percuma dan kalau nak beli beg asing, harganya adalah RM99!! Jadi, yang kami beli dari seller ini adalah yang termurah (termasuk beg) dalam Shopee.

Rating yang kami berikan pada seller adalah 5/5.

Rating bagi produk pula 9/10

Keadaan-keadaan yang mungkin berlaku bagi pengembara yang menggunakan stroller:

  1. Lapangan terbang – Jarak dari check-in ke pintu departure kebiasaannya sangat jauh tapi mudah dengan adanya stroller ini yang boleh hand carry. Boleh ditolak sehingga ke landasan dan berakhir di tangga kapal terbang.
  2. Menaiki bas awam atau minibus/minivan – Tempat penyimpanan yang terhad di dalamnya. Stroller yang boleh dilipat kecil ini sangat sesuai.
  3. Menaiki tuktuk seperti di Thailand, Laos dan Cambodia – sebaik sahaja tuktuk tiba, boleh terus dilipat serta-merta sebelum naik.
  4. Menaiki tren jarak jauh atau pendek – Boleh diletakkan di bahagian kaki sahaja kerana saiznya yang kecil seperti tren yang kami naiki di Thailand.
  5. Menaiki motorsikal penjual sayur – terus boleh dilipat seperti yang berlaku pada kami di Prachuap Khiri Khan. Kihkihkih! Itulah pengalaman kami pagi gila naik motorsikal jual sayur pagi-pagi buta di Thailand.
Hanya sekecil ini sahaja setelah dilipat!

Modified Stroller GB Pockit Plus?


Ingat kereta sahaja yang boleh di modified? Stroller pun boleh tau! Kami modified sebab kami ni kategori kembara berkeluarga jenis lasak dan setiap upgrade ada keperluan.

a. Rain cover

Kegunaan untuk melindungi baby kalau hujan atau sejuk kerana snow. Harga RM25 dan ngam-ngam untuk GB Pockit Plus stroller. Beli di sini dan pastikan pilih yang ada zip.

b. Stroller Carabiner

Kegunaan untuk menggantungkan beg plastik, plastik air ikat tepi dan lain-lain. Harga RM3.86 dan aku beli dua, satu di kiri dan satu di kanan. Tidak mengganggu stroller apabila dilipatkan. Beli di sini.

c. Reflective Sticker

Dilekatkan di beberapa bahagian kerangka stroller. Kegunaan agar pemandu kenderaan di jalanraya peka apabila menggunakan stroller ini di waktu malam. Hiaslah dengan sesuai, jangan terlebih-lebih pula, hehe. Beli di sini dengan harga RM1.83.

d. Shoulder Strap

Aku dapati, penggunaan beg percuma diberikan seller hanya sesuai untuk mengembara dalam negara dengan kenderaan sendiri. Apabila mengembara secara beg galas dan keperluan adalah sentiasa dipakai dari pagi sampai malam, adalah baik lebih menggunakan strap kerana lebih cepat untuk dipikul di bahu. Contohnya apabila berjalan-jalan di bandar dan tiba-tiba ingin masuk ke Muzium, jadi terus lipat dan pikul di bahu. Tidak perlu untuk mengambil masa memasukkan ke dalam beg. Beli di sini dengan harga RM20.

e. (Optional) Backpack

Sesuai untuk yang berminat. Kegunaan sebagai backpack yang boleh digalas belakang. Kami tidak membelinya kerana tiada keperluan. Harga RM56.91 dan boleh dibeli di sini.

f. (Optional) Armrest

Aksesori tambahan untuk armrest. Kami tidak membelinya kerana merasakan harganya melampau pula, RM115. Boleh dibeli di sini jika berminat.

Sekian review untuk kali ini. Diharap maklumat ini berguna bagi ibubapa yang berjiwa pengembara yang mempunyai anak kecil.



Related posts:

Family Backpackers
Tutorial Cara Membuat Marker Sendiri Menggunakan Google Maps
Selesai Backpack ke Thailand dan Laos dan Bagaimana Cara Saya Menggunakan GPS Di Sana

Filed Under: Tools Tagged With: gb pockit, gb pockit plus, stroller

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz