• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Zatie Wanderer

Famili Backpackers!

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
    • Thailand
      • Bangkok
      • Hat Yai
      • Hua Hin
      • Kanchanaburi
      • Nakhom Pathom
      • Prachuap Khiri Khan
      • Samut Songkhram
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Jalan-jalan Hulu Langat hingga pekan Ampang

March 31, 2013 By Zaris Ahmad Leave a Comment

Inilah pemandangannya, dari jauh boleh nampak KLCC, tapi baru lepas hujan dan awan banyak, susah nak tengok jelas KLCC.

Kita KIV kejap kisah-kisah tentang London yang memang menjadi tempat favourite saya seperti mana korang yang meminati artis dan negara South Korea, hehe. Kali ini saya nak membawa kisah tentang perjalanan naik ke bukit di Jalan Hulu Langat dan boleh meninjau bandaraya Kuala Lumpur sepenuhnya.

Saya dah lebih 10 tahun tak melalui jalan tu. Dulu bosan-bosan masa bujang hari minggu ada juga jalan-jalan dan lepak di sana menikmati pemandangan Kuala Lumpur dengan sahabat-sahabat. Tak banyak perubahan yang ada kecuali Menara Tinjau yang ditutup semasa saya naik ke bukit Hulu Langat petang semalam. Saya dan isteri nak test kereta baru sebenarnya, hehe… Myvi Extreme 1.5. Bukan main seronok. Apa taknya, sebelum ni kami memakai kereta yang banyak makan minyak dan kuat meragam. Kalau nak long distance pun fikir 18 kali. Myvi selesa, luas, jimat minyak, maka makin langkah panjang lah kami! Takpa, langkah panjang kami berjalan-jalan bermakna kepuasan korang membaca blog ni dengan pelbagai tempat menarik yang akan kami lalui nanti.

Ok, tutup cerita pasal Myvi, sewaktu naik, dah pun petang. Jam pun dah 6 lebih. Waktu tu saya rasa mungkin dapat jugak lah tengok sebelum maghrib menjelma. Kalau korang nak tahu, di atas bukit itulah diadakan penggambaran filem Sembilu yang mana Awie menunggang motorsikal besarnya dan bersantai di tepi jalan. Satu lagi, bagi peminat drama Adam dan Hawa, di situ jugaklah penggambaran sewaktu Azie merajuk dan bersedih dengan kekasihnya lalu membawa diri ke atas bukit sambil menghadap pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Aihh… syahdu pula memikirkan babak-babak dalam drama dan filem. Maklumlah, kalau dah tengok bersama isteri tersayang, sudah tentu mudah nak ingat sebab masing-masing suka membincangkan tentang apa yang ditonton.

Perjalanan menuju ke Jalan Hulu Langat diambil bermula dari Taman Connaught di Cheras. 10 ke 13 tahun yang lalu, belum lagi wujud highway Kajang-Cheras. Jadi, saya sedikit konfius dari laluan mana nak masuk ke Hulu Langat jika melalui highjway Kajang-Cheras. Berpandukan peta GPS, saya masuk melalui signboard bertulis Jalan Hulu Langat. Ya, dah baca signboard kan senang, apalah punya tuan rumah, ngeh3. Sebenarnya begini, untuk masuk ke Jalan Hulu Langat, ada dua signboard dan dua jalan. Selain masuk melalui simpang yang pertama dari highway, boleh juga masuk melalui simpang ke dua dari highway yang terletak di hadapan sedikit. Mana-mana pun boleh, tapi mungkin akan sedikit terkeliru, itu sahaja.

Peta 1 dari Google Maps ini hanya setakat pekan Hulu Langat sahaja. Sila rujuk peta ke 2 dan ke 3 untuk jalan menaiki bukit.
Peta 2 menunjukkan pekan Hulu Langat
Peta 3 menunjukkan laluan menaiki bukit Hulu Langat

Ok, merujuk pada peta 1 adalah jalan yang saya gunakan bermula dari Taman Connaught, Cheras. Selesai masuk ke simpang Hulu Langat dari highway Cheras-Kajang, akan ada sedikit traffic jam. Apabila berjumpa traffic light yang ada balai polis di sebelah kanannya, belok kiri. Teruskan perjalanan.

Dari peta 2, abaikan point B kerana Google Maps menandakan Hulu Langat di kawasan itu.Teruskan dari jalan utama hingga bertemu traffic light yang terdapat Masjid di kirinya lalu belok ke kiri. Laluan ke kiri itu seperti menaiki bukit. Untuk perjalanan seterusnya sila rujuk Peta 3.

Antara gambar yang diambil dalam perjalanan menaiki bukit Hulu Langat. Dalam perjalanan ada juga signboard ke arah Sungai Tekala dan boleh mandi-manda. Dah lama tak ke jalan tu, mungkin satu hari nanti saya akan tinjau. Tapi dengar-dengar kata dari seorang sahabat, jalan ke sungai tu ditutup pula. Untuk pengetahuan korang, Sungai Tekala adalah sungai yang mengalir dari Empangan Langat. Dok tinjau-tinjau peta jalan menuju ke Sungai Tekala, barulah saya tahu, rupanya ada jalan shortcut untuk ke Jelebu! Bermakna, tak perlu melalui pekan Semenyih dan sebagainya. Cuma, kondisi jalannya saya tak pasti.

Haa, dah sampai pekan Hulu Langat, kelihatan menara masjid sebagai landmark korang untuk belok ke kiri.

Masjid dah pun betul-betul di sebelah kiri kita, simpang di hadapan tu belok kiri.

 

Sebaik belok kiri, kelihatan jalan seperti menaiki bukit. Nampak banyak kan kenderaan dari arah bertentangan? Sebenarnya mereka dari Ampang. Hanya segelintir sahaja yang tahu jalan shortcut yang boleh digunakan untuk ke Hulu Langat, Cheras, Kajang dan lain-lain. Tapi sebelah malamnya macam sunyi sikit jalan nih. Mungkin horror skit bagi setengah orang, hahahaha!

Ok, mungkin peta dan koordinat GPS di bawah boleh menerangkan lebih tepat lokasi masjid dan simpang:

GPS Koordinat masjid melalui peta di atas: 3.112877, 101.815460

Gambar-gambar di bawah adalah perjalanan menaiki ke bukit Hulu Langat. Masalahnya saya tak sempat nak mengambil gambar di Menara Tinjau sebab tutup. Tak tahu kenapa, mungkin tak mendapat sambutan?

Nah, inilah port baik punya petang-petang kalau korang kempunan nak makan sate, otak-otak, laksa penang dan lain-lain sambil menghirup teh o. Port melepak ni tak ada lah canggih atau macam mana, sekadar biasa-biasa je. Walaupun tak canggih, ada juga saya nampak kereta dari kedutaan asing port di sini. Saya sampai pun dah jam 6 lebih petang. Dah nak maghrib, pemandangan KL pun tak berapa jelas ditambah pula baru lepas hujan dan awan mendung. Saya teringin nak pergi sebelah malam sebab waktu kami nak balik tu, ada beberapa kedai menjual barang-barang permainan jenis berlampu (macam yang dijual di iCity Shah Alam) di tepi-tepi situ. Mungkin meriah waktu malamnya ditambah dengan pemandangan bandaraya KL yang bercahaya. Fuhhh.. mesti cantik kan. Kesian isteri saya baru pertama kali naik tapi tak dapat tengok pemandangan. Tak apalah, nanti lain kali kita datang bawa anak sulung yang bakal lahir lagi beberapa hari nanti. Lupa nak cakap, dulu waktu saya lalu di sini, tempat port ni belum ada lagi.

Lokasi peta bagi port di sini:

Koordinat GPS untuk peta di atas: 3.125767, 101.787010
Tempat port ni dalam kawasan berpagar highway, jadi korang mestilah buat stunt skit iaitu melangkah luas memanjat pagar. Nasib baik ada batu tinggi buatan untuk pijak, isteriku yang sarat mengandung 8 bulan lebih pun lepas, hehe.

Agaknya, begini lah kot pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang bercahaya di waktu malam? Ehsan pinjam gambar dari laman jadibatek.com:

Related posts:

Pertama Kali Membeli Tiket Keretapi ETS
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #15 Overview Tok Aman Bali Beach Resort
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #13 Makan Steamboat di Pulau Duyong

Filed Under: kuala lumpur, malaysia, selangor Tagged With: hulu langat, ulu langat

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers dengan kos yang menjimatkan.

Leave a Reply

avatar
This comment form is under antispam protection
avatar
This comment form is under antispam protection
  Subscribe  
Notify of

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Pra kembara
  • Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 9 – Underground Train & Soi Rambuttri
  • Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 8 – MBK Center & Chatuchak Park, Bangkok
  • Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 7 – Siam Center & Siam Discovery
  • Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 6 – Siam Square One & Siam Paragon, Bangkok

Recent Comments

  • Dan on Pertama Kali Membeli Tiket Keretapi ETS
  • Zaris Ahmad on Pertama Kali Membeli Tiket Keretapi ETS
  • Haja on Pertama Kali Membeli Tiket Keretapi ETS
  • Zaris Ahmad on Maklumat Perjalanan Keretapi KTMB Jika Transit Di Gemas
  • aina on Maklumat Perjalanan Keretapi KTMB Jika Transit Di Gemas

Archives

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers dengan kos yang menjimatkan. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami dan isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright © 2011-2018 · ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz