• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Carpacker 2015 – Pantai Timur – #12 Pantai Batu Burok dan Review Batu Burok Beach Resort

November 23, 2016 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 4 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #11 Muzium Terengganu dan Keropok Losong. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Habis je bab keropok losong, aku terus shoot kembali ke sarang iaitu Batu Burok Beach Resort (BBBR). Alhamdulillah, jam pun baru 6.00 petang dan sempat lagi nak bermain-main di pantai berdepan dengan resort. Dah janji dah dengan Tatie dan Aqif…

Kali ni aku nak buat review sikit tentang BBBR. Tapi nanti lepas selesai kisah bermain di pantai.


Pantai Batu Burok sangat terkenal di Kuala Terengganu. Boleh dikatakan inilah satu-satunya port pantai yang jadi favourite orang KT. Asal stress jer datang sini. Asal nak cari gewe jer datang sini.  Asal putus cinta jer datang sini. Macam-macam jenis asal lah ada kat sini. Jangan cari pasal jer sudah…

Bagi aku, pantainya bersih. Sikit-sikit kotor dengan sampah sarap tu biasalah lagipun pantai ni berdekatan bandar, populasi penduduk pun tinggi. Lainlah kalau pantai ni terceruk kat mana-mana ke tetiba ada sampah, memang angin juga lah.

Air lautnya bersih, bukan jenis bertakung atau mempunyai aliran air yang stuck macam di tambak Johor yang menyebabkan berbau hapak dan sebagainya. Angin terlalu kuat di sini begitu gak ombaknya. Jaga-jaga siapa yang bertudung, nanti melayang ditiup angin. Macam aku pernah cerita dalam entri sebelum ni, memang tak dibenarkan untuk mandi manda sebab dah banyak kes mati lemas. Setakat nak main di gigi air boleh lah.

Dari bilik kami, cuma berjarak 100 meter je untuk ke pantai. Sampai je bilik, terus salin baju mandi.

Kanak-kanak dan pasir. Siap bawak permainan dari rumah lagi. Nak main cedok-cedok katanya.

Nak main sangat cedok-cedok… kan dah kena tanam! Ambik…. lepas tu apa jadi? Uwaaa uwaaa nak keluar…!

Sambil Aqif main pasir, aku dan Tatie berdating depan pantai sambil layan suasana laut, ombak dan angin yang menderu. Ada juga kami try berenang, alah dekat jer… memang betul lah ombak laut di sini jenis kuat tarik kaki.

Ok dah Maghrib, time’s up! Kita masuk bilik dulu. Tapi sebelum tu pintu pagar pantai tu ada tempat basuh kaki dan mandi manda. Kami duduk di bilik 003 iaitu bilik tingkat bawah yang paling hampir dengan coffee house dan reception.

Sorry geng, aku boleh tayang sudut ni jer sebab sudut lain bersepah sikit, bikin malu je kalau korang nampak. Bilik-bilik di BBBR ni ialah jenis macam rumah teres dua tingkat. Kunci masuk masih lagi menggunakan kunci manual dan bukan smart card kecuali untuk hidupkan elektrik dalam bilik. TV pun ok besar. Ada meja tulis, free air mineral dan lain-lain.

Sarapan percuma dibekalkan sekali tapi kami tak layan sebab terlalu rindukan warung Kak Pah, hehehe. Sebenarnya, bilik yang kami dapat ni jenis Deluxe bed dengan Single bed. So macam biasa yang dibuat oleh kebanyakan famili yang ada anak-anak kecik, kami gabungkan single dan deluxe bed jadi katil gergasi. So, harga RM130 per night bagi aku sangatlah OK.

Ni kawasan tengah yang ada swimming pool untuk dewasa dan budak-budak. Ikutkan yang dewasa tu, budak-budak darjah 4 pun boleh mandi sebab tak berapa dalam sangat. Pondok kecik tu aku rasa changing room atau tandas. Dan begitulah bentuk bilik-bilik di sini seakan rumah teres bersambung.


Ni pula kawasan depan iaitu tempat parking dan reception. Sebelah kanan (tiada dalam gambar) adalah kawasan coffee house dan juga lorong untuk ke pantai BB. Aku tak layan pun coffee house tu sebab nak berjimat selagi boleh. Macamlah tak pernah minum kat tempat-tempat macam tuh kan? Kadang-kadang waktu malam aku pergi juga lepak di kawasan reception tu sebab pinjam WiFi free untuk laptop. Tapi kejap jer sebab Tatie risau duduk berdua dengan Aqif di bilik. Oh ya, parking alhamdulillah selamat dan percuma tanpa bayaran walaupun bukan sebagai guest.

Nah bagi korang tengok pemandangan dari tingkap bilik kami di waktu pagi…. seronok nyerr!!! Bagi orang Cina, kedudukan bilik atau rumah yang menghadap matahari terbit ni ada “Ong”. Pendapat aku, kalau dah cerah macam ni simbah muka pagi-pagi mana tak bangun dari tidur… so bila bangun awal, rezeki pun murah le…

Overall BBBR aku bagi rating 8.5/10.

  • Sangat sesuai untuk yang berkeluarga
  • Ada swimming pool untuk dewasa dan kanak-kanak
  • Sarapan percuma disediakan
  • Dekat dengan Bandar KT
  • Dekat dengan Warung Kak Pah
  • Dekat dengan gerai-gerai makan (Medan Selera Batu Burok) dan restoran-restoran lain
  • Dekat dengan pantai Batu Burok
  • Ada taman permainan baru dan besar untuk kanak-kanak (Taman Awam Batu Burok)
  • Hanya 9 minit saja untuk ke Pasar Payang dan Bazar Warisan Terengganu
  • Dekat dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah sekiranya ada kecemasan
  • Dekat dengan Wanisma Batik
  • Dekat dengan Masjid Al-Muktafi Billah Shah

Kekurangan BBBR pula:

  • Line internet Celcom tak sampai ke bilik, sentiasa EDGE jer.
  • WiFi percuma dari pihak resort tak sampai ke bilik.
  • Hantu? Bapak saka macam aku ni hantu pun tak berani

Lepas Maghrib, kami berehat jap baring-baring sebelum keluar dinner jam 9 malam. Lambat sikit dinner sebab masih penat.

Bersambung ke entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #13 Makan Steamboat di Pulau Duyong.



Related posts:

Cameron Highland 2012: Pergi hari balik hari bahagian dua
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #21 Kota Lama Duyong
Carpacker PKPP dan Balik Kampung - 01 - Breakfast di Port Dickson & Teluk Kemang

Filed Under: Carpacker Pantai Timur, Malaysia, Resort, Terengganu

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz