
KEMASKINI: 6 Ogos 2023
Sejak 2013, aku setia dengan kamera yang bapak besar (bulky camera) seperti Canon EOS walaupun kamera phone zaman sekarang hebat dan lebih dari mencukupi. Sebabnya, aku pentingkan lima kelebihan di bawah ini yang masih belum boleh ditandingi oleh kamera phone:
- Kualiti gambar
- Gambar real dan bukan fake (tidak touch up menggunakan app atau filter)
- Low light photography (untuk gambar waktu malam atau sudut yang kurang cahaya)
- Sensor yang besar
- Lens dengan kanta/kaca yang besar dan padu
Awal-awal lagi ingin aku maklumkan yang aku bukanlah pro photographer. Sejenis yang suka dengan gambar berkualiti sahaja. Jadi, untuk entri ni aku bercadang untuk bercerita tentang pemilihan kamera terbaik untuk travel. Ada 5 jenis camera yang biasa digunakan ramai termasuk traveler:
- Kamera phone
- Action camera (Gopro, DJI OSMO Action, Insta360, SJCAM)
- Kamera poket
- Interchangeable lens camera (kamera boleh tukar lens dan disebut juga sebagai bulky camera)
- Drone
Aku teruskan dengan menyenaraikan kelebihan dan kekurangan bagi setiap satu di atas.
Kamera phone

Kelebihan
- Trend zaman sekarang menggunakan hanya phone semasa travel (peralihan besar-besaran dari bulky camera).
- Gabungan kamera phone dan social media = mudah
- Saiz yang kecil dan mesra traveler terutama jenis yang minimalist.
- App based, mempunyai filter dan menghasil final result yang terbaik. Tapi di sini ada unsur penipuan kerana gambar bukan original.
- Computational photography, iaitu sistem fotografi yang diproses secara AI atau algorithm yang mencantikkan lagi gambar (kelebihan ini tidak terdapat dalam kamera DSLR).
- Disebabkan computational photography ini juga, dynamic range (DR) menjadi lebih baik. Apa itu DR? Contohnya jika anda berehat di sebuah pondok/gazebo di taman dan mengambil gambar atau video, bukan saja pemandangan luar saja yang terang malah bahagian dalam bumbungnya yang kurang mendapat cahaya juga menjadi terang.
- Fungsi zoom yang telah ada dalam kebanyakan flagship phone (sekurang-kurangnya 2X optical zoom sudah mencukupi. Optical zoom lebih baik dari digital zoom).
- Storage sangat banyak dan bergantung pada storage phone. Sekiranya storage tidak mencukupi, boleh auto backup ke cloud storage.
- Instagram Stories, Reel dan Tiktok sangat mudah kerana capaian segala ada hanya dalam satu phone sahaja tanpa peralatan external.
- Street photography tanpa segan silu atau ditenung oleh sesiapa, kerana orang sekeliling tak ambil peduli. Mereka mungkin beranggapan anda sedang selfie seorang diri.

Kekurangan
Low light photography yang paling teruk.(KEMASKINI 2 NOV 2021: Kebanyakan handphone flagship semakin baik gambar low light kecuali video sahaja)- Zoom sangat teruk kerana kebanyakan phone hanya mempunyai digital zoom. Hanya phone harga bangsawan sahaja mempunyai optical zoom. (KEMASKINI 2 NOV 2021: Kebanyakan handphone flagship semakin baik zoom, sekurang-kuranya 2x zoom sudah mencukupi semasa travel).
- Pengalaman photography dan videography lebih teruk jika phone tiada OIS (optical image stabilization) dan kelebihan ini hanya ada dalam kebanyakan phone yang harga bangsawan.
- Jika sebuah phone bangsawan berharga RM8,299 (iPhone 14 Pro Max 1TB), jadi terpaksalah membelanjakan nilai yang sama setiap tahun jika setiap kali model baru dilancarkan semata-mata untuk mendapatkan kamera yang terbaik serta penambahan fungsi baru yang terkini.
- Gambar pemandangan atau selfie kebanyakan touch up (filter) dan bukan lagi original kerana ada auto touch up yang terbina dalam atau menggunakan app dan filter.
- Phone dengan dua atau lebih lens adakalanya struggle untuk mendapatkan hasil yang memuaskan (kecuali bagi phone flagship @ bangsawan).
- Ratio video yang tetap dan tidak boleh diubah sewaktu video sedang dirakam iaitu 16:9 (melintang – sesuai untuk content Youtube, laptop atau TV) atau pilihan 9:16 (menegak – sesuai untuk Instagram Story, Reel dan Tiktok). Jadi, ini menyukarkan content creator untuk berkongsi di pelbagai platform media. Kenapa ini penting? Bayangkan sedang menaiki tren di Switzerland dan tiba-tiba terserempak dengan sebuah gunung yang cantik. Pada ketika tu, hanya boleh pilih satu ratio sebelum gunung ‘hilang’ dari pandangan. Ini yang menyukarkan content creator apabila moment tu datang sekali. Solusi? Rujuk berkenaan ulasan Gopro Hero 11 yang terkini di bawah.
Kamera phone sangat terbaik jika korang kaki post dalam social media (content creator). Solusi bagi masalah low light photography, gunakan Ulanzi VL30 (White only – RM37.80) atau VL61 (RGB color – RM69.90) dan video fungsinya boleh dilihat di sini (oleh Faisal Harsa).
Nota penting bagi kaki travel berkenaan eSim, IMEI dan telco lock yang perlu korang semak dahulu dengan telco masing-masing sebelum ke luar negara:
a. Khabarnya, yang menggunakan pakej telco bayar ansuran bulanan bagi memiliki phone, tidak boleh switching ke telco lain apabila menggunakan eSim (mungkin termasuk juga dengan Nano SIM) dari telco luar negara. Melainkan jika ansuran bulanan dah selesai. Sila check dahulu kerana syarat telco masing-masing adalah berbeza. Alasannya, mereka nak galakkan kaki travel gunakan pakej roaming.
b. Elakkan dari memiliki phone yang hanya menggunakan eSim semata-mata, contohnya model iPhone 14 yang dibeli dari US dan mungkin akan datang tiada lagi Nano SIM bagi iPhone (atau mana-mana jenama phone akan datang) walaupun dibeli di Malaysia. Phone tanpa Nano SIM menyusahkan apabila ke negara dunia ke 3 yang belum gunakan eSim sepenuhnya. Aku anggarkan tahun 2025, barulah eSim jadi kebiasaan di seluruh dunia.
Nota penting bagi yang travel ke Indonesia. SANGAT PENTING:
a. Ini sahih: Dalam dunia ni, hanya Indonesia sahaja yang perlu declare jenis phone yang akan dibawa dan digunapakai di negara mereka. Mereka mewajibkan pelancong mendaftar nombor IMEI dan juga cukai phone yang perlu dibayar (relek, jangan meloncat, baca dulu bab ni di bawah).
b. Jika menetap kurang dari 90 hari, anda tidak perlu membayar cukai. Jika menetap lebih dari 90 hari, anda perlu membayar cukai phone walaupun dibeli di Malaysia (cukai hampir 40% dari nilai phone anda!).
c. Tapi jika harga phone tidak melebihi USD500, cukai tidak dikenakan (perlu kepilkan resit atau transaksi pembelian screenshot contohnya dari Shopee dalam matawang RM).
d. Tidak kira berapa lama tempoh menetap atau berapa harga phone anda, WAJIB MENDAFTAR NOMBOR IMEI DENGAN BEA CUKAI DI SINI.
e. Apa jadi jika tak daftar IMEI? PHONE ANDA LANGSUNG TAK BOLEH PAKAI DI SANA WALAUPUN MENCUBA APA SAJA JENIS SIM CARD PREPAID.
f. Solusi mudah sebelum terbang ke sana: Langgan terlebih dahulu pakej roaming dari telco anda di Malaysia dan boleh digunakan di sana walaupun lebih 90 hari.
g. Solusi mudah jika dah terlajak sampai di sana: Dikatakan telco Smartfren dan Telkomsel di Indonesia boleh daftar IMEI dan gunakan SIM mereka. PASTIKAN menuju ke pejabat rasmi mereka (buat carian “telkomsel” atau “smartfren” di Google Maps). Beli SIM di sana dan minta mereka buat ‘adjustment’. Jangan berharap pada kedai penjual SIM kad jalanan.
h. Solusi jenis malas tapi banyak duit jika dah terlajak sampai di sana: Beli sahaja phone bawah RM400 di Indonesia, asalkan boleh dibuat hotspot sharing dengan phone utama anda. Pastikan jangan tersalah beli kerana ada kes ramai penjual yang menjual phone yang tidak berdaftar IMEI dengan Bea Cukai Indonesia, diseludup atau di trade in oleh TKI yang bekerja di luar negara setelah pulang ke Indonesia (lambakan phone semenjak akta cukai IMEI ini dikuatkuasakan tahun 2020).
i. (KEMASKINI: 5 Jun 2023): Ini kaedah paling terbaik. Beli prepaid Celcom atau Digi sebelum ke Indonesia dan langgan roaming. Tempoh selama 7 hari roaming serendah RM58 (Celcom) dengan data tanpa had dan tak perlu daftar Bea Cukai dan sebagainya. Anda boleh skip langkah (a) hingga (h) di atas. Hanya masukkan SIM kad Celcom atau Digi, beli pakej roaming dan terus ke Indonesia dengan muka senyum. Yang penting bila tiba di sana, sambungkan roaming dengan Telkomsel kerana liputannya terbesar di Indonesia. Segala ceruk pulau semua ada signal.
Celcom Prepaid Roaming: https://www.celcom.com.my/personal/roaming/prepaid
Digi Prepaid Roaming: https://www.digi.com.my/apps-services/roaming
Action Cam (Gopro, DJI Action, Insta360, SJCAM dan lain-lain)

Kelebihan
- Sentiasa releven sehingga kini.
- Boleh digunakan untuk semua tujuan dan keadaan; hujan, dalam air, lumpur, haba yang agak tinggi dan salji.
- Kualitinya setanding flagship phone walaupun menggunakan hanya satu lens (akan tetapi, bulky camera juga menggunakan satu lens juga, kan?)
- Field of View (FOV) yang boleh diubah merangkumi sudut ultra lebar, lebar atau normal.
- Kalis air, salji, habuk dan tahan dari hentakan
- Mudah ditambat pada mana-mana dengan menggunakan mount yang sesuai.
- Video untuk membuat vlog travel yang sangat supernice (ini pilihan aku kalau nak jadi Youtuber travel channel).
- Horizon Leveling – Video akan tetap di garis horizon walaupun kamera dipusing atau terpusing ke kiri atau ke kanan (fungsi ini tiada dalam smartphone walaupun model yang berharga bangsawan).
- Saiz yang kecil.
- Boleh dihubungkan dengan Facebook, Instagram, Youtube, Tiktok dan lain-lain untuk live streaming.
- Bateri tambahan lebih dari satu tidak menjadi masalah kerana saiz bateri yang kecil.
- Ringan dan boleh digantung pada lanyard di leher.
- Sangat superb untuk travel FPV (first person view) bila ditambatkan pada tali galas backpack atau topi.
- Boleh dikawal menggunakan app pada phone.
- Rakaman audio yang sangat jelas.
- Kaki hiking? Gunakan kamera jenis ini semasa vlog kerana hujan lebat, lumpur, air bukit yang sentiasa membasah semasa mendaki.
Kekurangan
- Sama juga seperti kamera phone iaitu low light sangat buruk namun lebih diterima berbanding kamera phone. (KEMASKINI 2 NOV 2021: mengikut beberapa review, setting terbaik bagi low light ialah 24 atau 25fps, maksima ISO400/800 dan shutter speed 1/50).
- Tidak boleh zoom (boleh dikatakan sama bagi kebanyakan jenama action camera di pasaran). Kecuali Insta360 One RS (bukan 360).
- Action camera jenis 360 darjah: Elakkan Gopro Max bagi aktiviti underwater. Ini adalah masalah universal bagi semua kamera 360 darjah yang masih belum ada solusi (kecuali jika menggunakan underwater housing yang saiznya sangat besar dan tak masuk akal. Gunakan action camera yang biasa tanpa kelebihan 360 darjah. (KEMASKINI 12 SEPT 2022: Hanya Insta360 One X2 dan One X3 sahaja yang terbaik untuk underwater tanpa menggunakan housing/casing khas untuk menyelam).
- Perlu pindahkan gambar ke phone dahulu jika berniat untuk edit menggunakan apps sebelum post ke social media (walaubagaimanapun, tempoh masa untuk transfer hanya 3 saat sahaja bagi sekeping gambar dan tidaklah rumit sangat masalah ini, kecuali video yang mungkin memerlukan masa lama).
Khas bagi Gopro Hero 11 yang baru dilancarkan: Fungsi terkini bagi ratio video iaitu 8:7 yang mana boleh di crop horizontal (16:9) atau vertical (9:16) sewaktu video editing tanpa perlu switching penukaran ratio sewaktu rakaman video, malah kualitinya juga kekal. Ini pilihan terbaik bagi aku secara peribadi sebagai content creator. Dapatkan Gopro Hero 11 di sini.
Jika masih belum memahami tentang kelebihan ratio 8:7 terbaharu Gopro, boleh lihat video di bawah ini:
Dapatkan Gopro Hero 11 di sini.
Action Camera adalah kamera yang wajib aku bawa kalau travel tidak kira walaupun dah bawa bulky camera. Manalah tahu akan adanya aktiviti berenang di sungai atau laut semasa travel nanti atau membuat aktiviti seperti di ESCAPE, Penang. Dan aku juga merancang untuk jadikan action camera ini sebagai kamera wajib bagi travel vlog (adakalanya agak penat memikirkan saiz kamera bulky yang berat dan mengambil ruang yang banyak).
Kenapa tak gunakan bulky camera buat vlog? Bukankah lebih baik kerana sensor lebih besar dan video lebih jelas? Kalau nak vlog sambil bercakap dan mendepakan tangan untuk ‘selfie vlog’, action camera yang bersaiz kecil tidak akan menarik perhatian peragut jalanan.
Bagaimana pula dengan action camera yang lain selain GoPro?
a. DJI Action 2 – Sangat terbaik namun kekurangannya ialah module tambahan (battery & screen) tidak kalis air. Module utama pula hanya terhad storage sehingga 32Gb. Mudah cepat panas selepas 15 minit penggunaan. Dapatkan DJI Action 2 di sini.
b. DJI Action 3 – Sangat terbaik dari segi harga kerana lebih murah dari Gopro Hero 11 dengan perbezaan harga sebanyak RM700. Walaupun tiada ratio 8:7 seperti Gopro, ia mempunyai dua magnetic mount terbina untuk video horizontal dan vertical. Akan tetapi, Action 3 mempunyai masalah terbaru, iaitu kegagalan fokus. Boleh lihat video di sini dan di sini. Secara peribadi, ini sangat mengecewakan bagi aku walaupun DJI menjanjikan kemaskini firmware tidak lama nanti yang mungkin akan memperbaiki masalah yang dihadapi. Masalah fokus telah diselesaikan bagi update terbaru. Pastikan beli dari pengedar rasmi di sini.
c. DJI Action 4 – Baru sahaja dilancarkan pada 3 Ogos 2023. Power gila! Sensor lebih besar dari Gopro Hero 11, low light di waktu malam juga lebih power dari Gopro, jangkahayat bateri 160 minit dan harga lebih murah dari Gopro. SEHINGGA 6 OGOS 2023, INI ADALAH ACTION CAM PILIHAN AKU BAGI HARGA DI BAWAH RM2,000. Dapatkan dari pengedar rasmi di sini.
d. Insta360 One X2 dan X3 – Sangat terbaik untuk kamera 360. Kekurangannya, kualiti video tidak memuaskan apabila dilihat di penghujung penjuru kiri atau kanan video disebabkan jangkauan atau fokus lens 360 yang terhad walaupun model baru. Dapatkan Insta360 X3 di sini.
e. Insta360 One RS 1 Inch – Sama seperti (b) di atas dan kekurangan paling ketara ialah tidak kalis air. Harga juga sangat mahal dan hampir sama dengan kamera Sony Mirrorless. Dapatkan Insta360 One RS 1-Inch di sini.
f.Insta360 One RS (bukan 360) – Kualiti setanding GoPro Hero 10. Audio juga sangat jelas. Harga lebih murah. Ini pilihan aku selain GoPro dan DJI untuk vlog. Dapatkan Insta360 One RS di sini.
Kamera kompak atau poket

Untuk kamera kompak atau poket ini, aku hanya akan ketengahkan kamera yang menggunakan sensor 1 inci sahaja seperti Sony RX100 VII, Sony ZV-1 Mark II, Sony ZV-1F dan Canon G7X. Terdapat banyak lagi kamera kompak dalam pasaran yang lebih murah kerana sensornya sama besar dengan kamera phone. Kalau begitu, lebih baik menggunakan kamera phone sahaja yang kelebihannya macam langit dengan bumi (zaman sekarang dah tak ramai orang gunakan kamera kompak dengan saiz sensor kurang dari 1 inci. Hanya saiz 1 inci dan ke atas sahaja).
Kelebihan
- Kualiti hampir setanding dengan kamera bersensor besar seperti Interchangeable Lens (bulky camera).
- Sangat kecil, ringan dan pocketable. Sesuai untuk minimalist traveler.
- Kualiti dan sharpness gambar 5x ke 8x ganda dari mana-mana kamera phone yang terbaik dalam pasaran.
- Low light photography lebih dari mencukupi.
- Pilihan ramai traveler yang pentingkan ‘real’ kamera di tangan.
- Pemindahan image/video ke phone sangat mudah.
- Manual photography mengikut citarasa.
- Dengan fixed lens yang boleh zoom sehingga 70mm atau 200mm.
- Aperture untuk fixed lens bermula dari 1.8, 2.0, 2.8 hingga 4.0. Lebih rendah aperture, lebih banyak cahaya boleh masuk, gambar bokeh terutama untuk portrait lebih cantik.
- Sangat popular di kalangan food hunter.
- Boleh dicaj menggunakan powerbank.
Kekurangan
- Kualiti low light setangga di bawah bulky camera, tapi tidaklah seteruk kamera phone yang jatuh sampai ke 4-5 tangga ke bawah. Walaupun setangga di bawah, tapi lebih dari mencukupi dan sangat memuaskan.
- Maksima hanya 270 photos sahaja bagi setiap kali caj. Korang perlukan bateri ekstra.
- Bukan jenis wide angle lens – wajah muka akan lebih rapat sewaktu vlog. Kecuali model Sony ZV-1F yang terbaharu.
- Bukan waterproof.
Untuk travel light atau minimalist (selain Action Camera), inilah kamera pilihan aku dengan sensor bersaiz 1 inci. Pilihan yang terbaik di pasaran adalah Sony RX100 Mark 7, Sony ZV-1 atau Sony ZV-1F (kedua model ini dikhaskan untuk vlogger) dan Canon G7X Mark II. Apa yang bagusnya ialah korang tak perlu bersusah payah mengumpul wang untuk menukar phone terbaru setiap tahun atau membeli lens tambahan seperti kamera mirrorless. Cukup memadai memakai phone biasa tapi menggunakan kamera bersensor 1 inci ini untuk travel.
Terkini 1: Sony baru sahaja melancarkan model ZV-1F yang mempunyai kelebaran lensa 20mm, jauh lebih lebar dari model ZV-1 (24mm). Hanya yang biasa vlog sambil bercakap di hadapan kamera sahaja memahami pentingnya lebar 20mm. Akan tetapi, model terbaru ini lensanya tetap dan tidak boleh zoom, mirip seperti action cam. Jika diberi pilihan, aku lebih menyukai ZV-1F hanya kerana kelebaran 20mm dan sesuai untuk hal video semata-mata. Malah, harga RM800 lebih murah dari model ZV-1. Untuk hal fotografi, aku serahkan pada kamera phone sahaja.
Terkini 2: Sony baru melancarkan model ZV-1 Mark II iaitu upgrade dari Mark 1 yang lama. Kali ini, lensa lebih lebar (18mm) dan menjangkau sehingga 50mm. Apa yang aku teruja dengan model ini ialah microphone yang wide atau surround. Depan belakang habis semua audio dia boleh pick up. Kalau mahukan kamera yang sangat kualiti dan boleh zoom, ini pilihan aku berbanding ZV-1F yang tak boleh di zoom. Harga agak bangsawan iaitu RM3999 dan boleh dapatkan di sini.
Dapatkan kamera kompak di pautan di bawah ini:
Interchangeable Lens Camera

Sedikit fakta tentang kamera Interchangeable lens:
- Terma-terma seperti DSLR, EOS, Alpha dan XT adalah beberapa jenis bulky camera atau interchangeable lens camera.
- Terdapat dua jenis saiz sensor yang popular iaitu Full Frame (FF) dan APS-C (kecil sedikit dari FF).
- Hanya beli jenis yang mirrorless sahaja kerana ia lebih kecil. Elakkan yang masih menggunakan mirrored (atau prism) kerana ia sudah lapuk dan bakal ditelan zaman seperti Canon EOS yang aku gunakan sebelum ini.

Kamera yang menggunakan sensor Full Frame tidak digalakkan untuk dibawa travel kerana saiz dan berat lens 10-15% lebih berat dan besar dari lens APS-C. Harga kamera dan lens FF juga mahal. Kecualilah kalau photography adalah bidang rezeki korang. Tapi jika sekadar travel untuk kualiti gambar cantik, kamera APS-C tersangatlah mencukupi. Dua buah bulky camera yang aku ada bersaiz APS-C.
Kelebihan
- Gambar lebih jelas.
- Fokus lebih laju.
- Low light sangat superb.
- Bateri lebih lama bagi sekali caj (lingkungan 450 ke 1200 gambar per caj).
- Lens boleh ditukar-tukar.
- Gambar/Video sesuai untuk dikomersilkan (buat duit sampingan!).
- Boleh pindahkan gambar/video ke phone.
- Video shooting dah macam kualiti movie.
Kekurangan
- Bulky @ Berat dan besar (kecuali kalau lens jenis kecil).
- Wajib ada sedikit ilmu fotografi dan penggunaan kamera.
- Perlu ruang simpanan khas dalam daypack.
- Street photography agak menonjol dan orang-orang di sekeliling akan control malu.
- Menarik perhatian pencuri.
- Sakit tengkuk (elakkan dari menggunakan neck strap. Solusi aku, gunakan strap dari Peak Design ini yang direka seperti gaya mirip sling bag).
- Saiz video dan photo lebih besar.
- Harga lens dan kamera sangat tinggi untuk versi kamera APS-C yang high-end (di antara RM4500 hingga RM9000). Untuk versi APS-C yang medium level, harga lebih murah di antara RM1999 hingga RM3500 dan sangat mencukupi. (KEMASKINI 2 NOV 2021: Untuk entry level, aku sangat galakkan kamera Canon M50 Mark 2 dengan kit lens berharga kurang dari RM3,000. Kit lens 15-45mm yang sangat lebar untuk vlog. Atau Sony ZV-E10 dengan kits lens 16-50mm yang direka khas untuk vlog yang berharga RM3,499).

Gambar di atas ialah contoh saiz sensor. Lebih besar permukaan sensor, lebih banyak cahaya dan imej dapat ditadah. Kebanyakan kamera phone menggunakan sensor paling kecil iaitu 2/3″, 1/1.7″, 1/2.3″ atau 1/3.2″. Namun disebabkan kamera phone masa kini mempunyai lebih dari satu lens (sensor), kualitinya menjadi lebih baik.
Antara kamera bulky tapi dengan gambar yang berkualiti pilihan aku, klik pautan di bawah:
- APS-C sensor:
- Full Frame sensor:
Nota buat Gen X seperti aku:
Jangan risau untuk beralih dari kamera bulky ke kamera phone. Aku juga ragu-ragu pada mulanya. Kualiti phone zaman sekarang sangat terbaik dan bakal menandingi kamera bulky. Ini diakui sendiri oleh CEO Sony menjelang 2024 kelak.
Drone
Ini dah liga lain walaupun ada kamera. Aku akan update semula tentang drone kerana buat masa ini, aku belum mempunyai pengalaman memiliki drone.
Dan yang pasti, untuk elakkan dari masalah birokrasi imigresen dan kastam di mana-mana lapangan terbang, sila bawa drone dengan berat maksima 250gm, contohnya DJI Mini SE dan DJI Mini 2. Lebih dari tu kemungkinan besar memerlukan lesen dan permit dari kerajaan negara tersebut. Jika tiada, sia-sia saja kerana boleh dirampas oleh mereka.
Tak lama nanti, aku akan membeli DJI Mini SE yang bagi aku sudah mencukupi (bawah harga RM1,500). Kualiti video boleh di touch up menggunakan app setanding drone yang mahal. Aku pula tiada keperluan untuk terbangkan sampai 10km jauhnya. Hanya sekadar aerial photography. Lagipun, jika berlaku apa-apa seperti dirampas atau terhempas, tidaklah meratap dan meratib seperti mana drone yang berharga lebih dari RM4,000.
Kamera Lain
DJI Pocket 2 – Pada mulanya aku meminati kamera ini disebabkan ia sedia terbina gimbal, kualiti low light yang sangat bagus dan audio yang jelas. Tapi batal disebabkan tidak kalis air dan tidak boleh tukar bateri seperti GoPro apabila habis. (UPDATE: Nantikan DJI Pocket 3 yang akan muncul pada akhir tahun 2022 ini. Atau jika tak menahan untuk beli juga, dapatkan DJI Pocket 2 di sini).
Pemilihan kamera semasa travel
Korang mesti terkejut kalau aku bagi kesimpulan jenis kamera yang terbaik untuk travel adalah …. pemenangnya…. kamera phone? Haha. Kenapa?
- Seseorang yang kaki story IG, Reel, Short, Tiktok dan semua jenis perkongsian social media, pasti menyenangi kamera phone.
- Kualiti lens dan sensor dalam phone masa kini sangat terbaik (asalkan ianya phone yang flagship seperti iPhone 13/14 Pro Max, Samsung Galaxy S20/S21/S22 Ultra, Samsung Galaxy Note 20, Huawei P40, Xiaomi Mi 11/12 dan sebagainya. Kamera pada phone yang berharga di antara RM999 hingga RM2000 juga terbaik. Yang penting pandai meneliti specs).
- Boleh optical zoom dengan minima sejauh 2X. Realitinya, gambar travel biasanya tentang diri sendiri dan keberadaan diri di tempat tu. Kalau zoom jauh-jauh pun, diri ada di mana? Haha. Mungkin korang ingin mengambil gambar ukiran dalam Masjid Hagia Sopia. Itu tiada masalah kerana optical zoom minima 2X sudah mencukupi.
- Masalah low light boleh diselesai menggunakan Ulanzi VL30 dan VL61. Tapi realitinya, berapa kerat sangat gambar yang kita mahu dalam keadaan terlalu gelap?
- Video dan stabilization sangat terbaik.
- Kebanyakan flagship phone boleh dibawa berendam dalam air dan waterproof.
- Menjimatkan ruang semasa travel.
- Tidak perlu bateri tambahan, hanya powerbank.
- Tidak perlu aksesori tambahan, hanya hard casing untuk perlindungan, finger grip di belakang phone dan gimbal (jika perlu).
Beberapa kategori atau kesesuaian membawa kamera semasa travel
Kalau korang rasa tak senang duduk kerana hanya bawa kamera phone sahaja, pilih kategori di bawah mengikut kesesuaian:
Kategori 1:
Hanya menggunakan kamera phone.
Kategori 2:
Gabungkan kamera phone untuk travel seperti biasa dan action camera bagi aktiviti lasak atau dalam air (jika sepanjang itinerari tidak ada keperluan dalam air, so tak perlu bawa). Sesuai untuk Youtuber bagi menghasilkan vlog termasuk membuat rakaman video yang lebih lasak seperti berkayak, menunggang motorsikal, menaiki speedboat dll.
Action cam juga boleh ditambat side by side dengan smartphone jika korang nak capture video serentak dalam moment yang sama bagi menyelesaikan masalah ratio video seperti yang aku terangkan di atas (smartphone untuk video menegak dan action cam untuk video melintang. Melainkan jika menggunakan Gopro Hero 11).
Kategori 3:
Gabungkan Kategori 2 dengan kamera bersensor 1 inci. Phone hanya digunakan sebagai GPS sahaja semasa travel (boleh mengelak dari tidak tenang kerana gangguan notifikasi sosial media). Kesemua gambar yang diambil semasa travel 99% dari kamera dengan sensor 1 inci. Kategori ini sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti gambar yang jauh lebih baik dari kamera phone serta pengalaman baik semasa night shot (low light) photography. Kategori ini juga sesuai bagi mereka yang hendakkan gambar yang ori tanpa touch up menggunakan app atau filter.
Kategori 4:
Gabungkan Kategori 2 dengan kamera bersensor APS-C. Ini adalah bagi mereka yang pentingkan kualiti gambar tahap tinggi dan ingin komersilkan. Ini adalah kategori yang aku pilih dan merupakan kategori paling terbaik untuk pengalaman photography serta kualiti gambar/video tinggi untuk tontoton aku dan anak cucu apabila tua nanti. Sebagai kategori Gen X, aku lebih meminati video melintang.
Kategori ini juga sesuai bagi mereka yang hendakkan gambar yang ori tanpa touch up menggunakan app atau filter. Tapi perlu diingatkan, berat semakin bertambah tapi tidaklah seteruk menggunakan kamera Full Frame. Nanti spoil pula percutian, kan?
Ok korang dah tau nak pilih kategori yang mana satu?
Leave a Reply