Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 5 – Hua Hin Here We Come! Tong Mee Hotel dan Night Market. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Puas mencari hotel yang lebih murah dari Hotel Tong Mee tapi malangnya tak jumpa, jadi kami pun terus menapak di sekitar deretan rumah kedai dan pasaraya-pasaraya yang ada di jalan utama, Phetkasem Rd.

Waktu sekarang baru jam 5.51pm. Kalau di Malaysia dah masuk jam 6.51pm. Sebab itulah bumbung emas di atas bangunan ni seperti bersinar. Matahari dah nak terbenam.

Keadaan rumah pangsa atau mungkin condominium/apartment di Hua Hin.

Kelihatan beberapa pelancong asing terutama dari barat melepak dan mengeteh di sini. Salah seorangnya berkerusi roda. Seolah-olah mereka ni telah lama melancong atau mungkin menetap seketika di sini.

Kami singgah seketika di tepi sebuah rumah kedai kerana kepenatan berjalan. Hampir 1km rasanya bermula dari Hua Hin Night Market. Cantik pula susunan kain kosong berwarna-warni di sini.

Ini adalah Wat Amparam atau lebih dikenali sebagai Wat Hua Hin. Aku andaikan inilah wat utama di sini. Aku plan untuk singgah esok harinya.

Tertera perkataan “VAT Refund” untuk pelancong tapi aku haram tak refund apa pun selepas keluar dari bumi Thailand pada hari ke-16. Puncanya sebab banyak membeli barangan yang tiada resit seperti di Night Market.

Ada juga pusat IT di sini ala-ala seperti di Low Yat Plaza dan MARA Digital Mall. Tapi kami tak masuk sebab barangan yang dijual sama sahaja seperti di KL. Lagipun tiada keperluan. Lainlah kalau tak pasal-pasal kad memori dah full. Tapi, zaman dah moden…. cloud storage seperti Onedrive dan Dropbox kan ada.

Tertera perkataan “Prachuap Khiri Khan Tourist Service Center”. Eh??? Bukan ke kami di Hua Hin? Untuk pengetahuan korang, Hua Hin merupakan sebuah daerah yang terdapat di dalam provinsi Prachuap Khiri Khan. Provinsi tu apa pula? Anggap saja provinsi seperti ‘negeri’. Tapi yang hairannya, Hua Hin lebih terkenal dan pesat berbanding bandar utama Prachuap telah kami lawati baru-baru ni.

Sejarah Hua Hin
Hua Hin merupakan antara 8 daerah yang terdapat dalam provinsi Prachuap Khiri Khan. Ia merupakan bandar peranginan pantai. Populasinya ialah 84,883 dan keluasannya 911km persegi. Jarak dari Bangkok ke Hua Hin ialah 199km.
Pada tahun 1834, iaitu sebelum tempat ini digelar Hua Hin, beberapa kawasan pertanian dan perladangan di provinsi Phetchaburi di bahagian utara telah mengalami kemarau yang teruk. Beberapa kumpulan petani telah berpindah ke bahagian selatan sehingga mereka bertemu dengan sebuah kampung kecil yang mempunyai pasir yang begitu putih dan batu-batuan di sepanjang pantai. Mereka menetap di situ dan memberi nama Samore Riang (Samo Riang), yang bermaksud ‘deretan batu-batuan’.
Pada tahun 1921, pengarah keretapi negeri iaitu Putera Puracharta, telah membina Hotel Railway berdekatan dengan pantai. Putera Krom Phra Naresworarit merupakan orang pertama dari golongan kerabat diraja yang membina beberapa buah istana di Ban Laem Hin, yang juga dikenali sebagai Sukaves, dan memberi nama pantai di sebelahnya dengan nama ‘Hua Hin’. Raja Prajadhipok (Rama VII) sangat menyukai tempat ini dan membina sebuah istana musim panas di situ yang kemudiannya dikenali sebagai Klai Kang Won (bermaksud “jauh dari kerisauan”). Dari tahun 2004-2006, ia merupakan kediaman rasmi sepenuh masa bagi Raja Bhumipol Adulyadej (Rama IX), sehinggalah kesihatan beliau tidak mengizinkan dan terpaksa kembali ke Hospital Siriraj di Bangkok, di mana kemudian perubatan dan kepakaran sangat dekat. Beliau akhirnya meninggal dunia pada tahun 2016.
Pada tahun 1932, Hua Hin menjadi daerah kecil bagi daerah Pran Buri. Pada tahun 1949, Hua Hin menjadi daerah berasingan dari Prachuap Khiri Khan. Selepas pembinaan landasan keretapi menghubungkan Hua Hin dan Bangkok, Hua Hin menjadi pantai pertama dan paling terkenal di Thailand.
Pada Ogos 2016, terjadinya siri serangan 4 buah bom di Hua Hin yang berlaku dalam tempoh 24 jam. Seramai dua orang mati.
Nun di sana merupakan kawasan yang kami tak singgah sepanjang di Hua Hin. Mungkin kepala asyik tertumpu pada tempat tumpuan utama pelancongan semata-mata. Jalan melepasi pintu gerbang tu menuju ke arah laut.

Aku pula sedang sibuk melihat GPS. Menapak sambil berGPS memang agak sukar kerana handphone hanya akan update lokasi terkini selepas menapak 4-5 meter di hadapan. Tujuan adalah ke arah tugu Pone Kingpeth. Tak jauh pun dalam 200-300 meter sahaja lagi.
Cantik dan kreatif. Macam-macam barang ada jual dalam kedai ni.

Dah sampai. Inilah tugu memorial Pone Kingpeth dan tempat ini dikenali sebagai Pone Kingpeth Park. Alang-alang dah sampai, aku terjah je segala mak nenek tourist attraction yang ada dalam Tripadvisor walaupun simple seperti tugu ni.

Lokasinya sebenarnya menghala ke Hua Hin Train Station. Jarak dengan stesen hanyalah 150 meter.
Jom kita lihat apa yang ditulis di situ:

Phon Kingphet Memorial Statue has been erected by the people of Hua Hin and of Thailand as an enduring tribute to the man known to the world as Phon Kingphet and to us also as “Klae” and as Mana Sidokbuap (born February 12, 1935.. died May 31, 1982) a son of Hua Hin who used his outstanding skill as an international style boxer to defeat Pasqual Perez of Argentina, the world flyweight boxing champion at Lumpini Boxing Stadium in Bangkok on April 16, 1960, and thus become the first Thai boxer to win a world championship title and so bring lasting honor to himself, his family, his native town and his country.
This memorial is placed on this rock on the beach where, during his lifetime “Klae” played as a boy, trained as boxer, and came to relax in good time and bad.
It was erected on September, 1993.
It was designed and executed by Nonthivathn Chandhanaphalin.
Maksudnya, Phon Kingphet merupakan seorang juara dunia dalam sukan tinju. Sewaktu pertandingan akhir di Lumpini Boxing Stadium, Bangkok, beliau telah mengalahkan juaran dunia bernama Pasqual Perez dari Argentina pada 16 April, 1960. Wah, memang hebatlah. Dengan kemenangan ini telah menjadikan beliau seorang peninju pertama dari Thailand yang telah memegang gelaran juara dunia dan telah mengagumkan seluruh rakyat Thailand pada ketika itu.
Tak sia-sia kami datang ke tugu ini……
Lokasi GPS tugu peringatan Pone Kingpeth: 12.568003, 99.956751
Ok, patah balik ke jalan utama, Phetkasem Rd. Ada pula sebuah hospital. Mungkin swasta atau mungkin lokasi ini di bahagian belakang kerana tak ramai pula orang yang datang ke sini.

Masih lagi menapak ke jalan utama. Untuk pengetahuan korang, jalan yang ada tugu memorial ni merupakan jalan penting bagi laluan tuktuk dari arah selatan. Aku tak pasti kenapa mereka tidak naik terus ke jalan utama menuju ke Hua Hin Clock Tower. Tuktuk di sini agak mudah sama seperti di Hat Yai iaitu terdapat papan informasi arah tuju contohnya Night Market, Market Village, Bluport dan sebagainya. Cuma korang kena pastikan dari arah mana tuktuk ni datang. Contohnya kalau naik dari sini untuk ke Bluport, tak ke rugi kerana mereka baru saja dari arah sana dan akan ambil masa untuk pusing semula di bahagian utara Hua Hin.

Sempat lagi Tatie ‘beraksi’ di sini. Menarik kerana bentuk seolah-olah pentas dan terdapat penari-penari di atasnya.

Kereta Transformer Bumble Bee pun ada di sini. Tabiat orang kaya yang sama sahaja di Malaysia, suka letak parking di tepi jalan yang sibuk hanya kerana kereta mereka mahal. Ini semua golongan “Social Climber”.

Boleh dikatakan, hampir setiap restoran adanya orang barat. Nampak sangat Hua Hin ni begitu terkenal sebagai tempat pelancongan.

Sedang menapak di jalan utama, ternampak pula sebuah papan tanda hotel dan lorong masuk ke dalamnya. Ikutkan malas nak masuk sebab dapat agak dah berapa harga untuk satu malam. Tapi sebab tamannya macam cantik, kami pun masuk untuk bergambar. Sambil tu aku pun tanyalah di kaunter. Hmmm… seperti yang dijangka, hampir THB900/malam.

Ada juga kilang coklat di sini. Rasanya baru dibuka.

Seronok tengok kedai-kedai yang mempunyai hiasan dalaman yang kreatif dan penuh seni seperti ini.

Laki-bini wehhh!

Di sebelah kedai tu, ada pula kerusi rotan. Duduk seketika melepaskan penat.

Nama tempat ni Villa Market. Rugi pula tak singgah dan masuk ke dalam. Kalau korang nak tahu, tempat-tempat di Thailand kebiasaannya nampak kecil dan ‘biasa-biasa’ sahaja dari luaran. Bila dah masuk dalam, wahh… macam-macam ada dan besar pula tu. Hal ini dah berlaku pada kami sewaktu ke Chatsila Night Market. Akan aku ceritakan nanti.

Comel…. Menjadi perkara biasa kepercayaan penganut Buddha pada air terjun mini.

Ini adalah tuktuk jenis motorsikal. Ia hanya untuk tempahan khas sahaja. Sesuai juga dikenali sebagai teksi mini. Sudah tentu harganya agak mahal sedikit.

Alamak, bila tengok semula gambar ni, aku baru perasan terdapat hotel juga di sini. Lupa nak masuk ke dalam dan tanya. Kami tak singgah sebab pada ketika ni sedang berusaha untuk melintas jalan dan menahan tuktuk ke Bluport. Berganda penat bila aku buka GPS dan jarak ke Bluport dari sini lebih kurang 2-3 km!!

Kami anak beranak, hehe. Tambang THB20 sahaja untuk seorang dewasa. Kanak-kanak dikecualikan.

Sempat aku ambil gambar Hua Hin Market Village. Mungkin singgah esok.

Ok dah sampai Bluport dan gigih melintas jalan.

Lokasi GPS Bluport: 12.547971, 99.962684
Inilah puncanya kenapa beriya-iya sangat nak ke Bluport dan bukannya Hua Hin Market Village. Segala badut, ikan paus semua ada. Aqif dan Tatie dah spot awal-awal waktu dalam perjalanan menaiki minibus dari Prachuap siang tadi.

Teruja Aqif melihat orang tinggi. Mungkin dalam hatinya, “panjangnya kaki dia mummy”… padahal kaki palsu, kihkihkih.

Video sekitar pintu masuk Bluport.
Di antara bahagian depan hingga pintu masuk, Bluport ni ‘dibahagi’ oleh sebuah kolam.

Ni apa daa?? Sepatutnya bergambar dengan ikan paus di bahagian depan. Ini pergi terjah bahagian belakang pula.

Kelihatan banyak reben-reben emas yang digantungkan di sini. Mulanya aku ingat sekadar reben sahaja, rupa-rupanya reben yang belakangnya ada nota. Ohh… nota utk ucap selamat tahun baru 2017.

Ini antara patung yang menari-nari siang tadi di depan pintu masuk Bluport.

Arnab kan?

Entah tak tahu aku haiwan apa ni.

Ruang legar utama di Bluport. Tempatnya agak besar walaupun hanya 3 tingkat sahaja. Paparan di papan informasi tu dalam bahasa Inggeris.

Dengan baki stamina yang ada, kami gagahkan juga kaki untuk berjalan ke dalam. Macam-macam ada di kaunter pertanyaan tu. Aku terperasan adanya Free Wifi. Di Malaysia pula bagaimana?

Sangat menarik hiasan dalaman Bluport ni. Yang datang bujang untuk berdating oklah. Kalau yang datang dengan anak kecil tu fikir panjang sikit. Jarak kolam dengan meja sangat dekat. Tapi kalau yang bujang asyik terkinjai-kinjai dengan pasangan pun boleh terjatuh juga dalam kolam… so buatlah perangai senonoh sikit.

Juga terdapat sungai buatan di dalamnya sama seperti di Mines Shopping Mall, Seri Kembangan, Selangor

Kami setakat berlegar sampai tingkat 2 sahaja.

Terdapat banyak gerai-gerai kecil yang menjual coklat, gula-gula, biskut, kek dan sebagainya. Kalau kat Malaysia, selamba je beli Auntie Anne tu. Tapi kalau di sini, entahlah status halalnya macam mana.

Gerai-gerai kecil dari jarak dekat.

Di belakang aku tu terdapat Bluport Foodhall, atau Foodcourt mengikut bahasa kita. Lepas Bluport ni plan nak ke Cicada Night Market. Jadi memang tak singgah untuk beli makanan di sini.

Kemudian, kami masuk ke bahagian pakaian, kasut dan beg tangan. Sebagai pengembara dengan gaya backpacker, shopping mall seperti ini hanya cuci mata je. Baguslah kat sini ada tempat duduk. Sangat sesuai buat para hubby melepak sambil meneman isteri window shopping. Aku tunjukkan lagi gambar di sini buat tatapan korang yang kaki shopping.

Aku rasa jenama S’uvimol ni tiada di Malaysia. Nama pun macam bahasa Thailand, mungkin produk tempatan.


Bahagian minyak wangi. Semuanya sama sahaja dengan di Malaysia.

Aqif dari jauh dah nampak dah. Kumpulan teddy bear bersama pikachu.

Aku dah risau kat sini. Harap-harap Aqif tak meronta nak permainan. Cantik pula model-model kecil teddy bear dengan landskap bandar Hua Hin.

Teddy bear sedang melayan Jazz Festival.

Eh eh, suka pula dia.

Rasanya kami pernah sampai di sini, Hua Hin Train Station. Hehehehe.

Sesi penerangan tentang spesis burung oleh Aqif pada seorang kakak Hua Hin.

Sibuk benar sampai ke situ dia follow kakak tu. Apa yang menarik tak tahulah.

Abam perati je dari jauh……

Sementara Tatie masuk ke butik pakaian, aku dah Aqif melepak di luar dan melayan cendawan.

Cukuplah dua tingkat…

Kat sini pun ada cendawan lagi????

Lepas ni kami bergerak keluar dari Bluport untuk ke Cicada Night Market. Wow teruja aku! Apa tidaknya, berbulan-bulan asyik tengok gambar Cicada dalam Google je, kali ni betul-betul nak ke sana. Bersambung di entri seterusnya….. Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 7 – Cicada Night Market di Hua Hin.
Leave a Reply