• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Backpackers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 5 – Part 1 – Review Hotel Tong Mee dan Hua Hin Railway Station

June 8, 2017 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 7 minit

Print 🖨 PDF 📄


Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 8 – Wat Amparam di Hua Hin. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Tarikh Kembara: 1 Januari 2017
Hari ke: 5
Lokasi: Hua Hin, Thailand


Awal-awal lagi Aqif dah bangun. Aku pula tengah sedap tidur, terjaga pula sebab terkejut bila Aqif buka pintu beranda. Maklum sajalah bilik kami di kedudukan yang tinggi dan palang beranda terlalu rendah.

Di beranda, aku membuat tali ampaian sementara untuk menyidai pakaian. Dah jimat sikit dan tak perlu bawa ke kedai dobi. Tali yang aku gunakan jenis ‘paracord’. Kalau korang nak beli tali paracord, boleh pesan di sini dan cadangan aku, cukuplah panjang di antara 4 hingga 5 meter. Tahu ke tali paracord tu apa? Ianya adalah tali yang sama digunakan untuk payung terjun weh!

Cuaca di sini agak nyaman tapi sedikit terik dan jam pun lebih kurang 9.23 pagi. Penat kami semalam masih tak habis lagi. Jadi, sengaja aku cadang untuk mula bersiar-siar di Hua Hin pada waktu yang lewat sedikit. Eh lupa, hari ni adalah Tahun Baru 2017.

Malam tadi tidur agak terganggu kerana selimut katil ni agak pendek. Tak pasal-pasal aku buka sleeping bag yang dibawa. Yang letihnya bila nak gulung balik, aduhai…

Mana nak cari sleeping bag ni? Aku beli jenama Naturehike di sini. Pastikan modelnya ialah LW180 dan harganya lebih kurang RM89.00. Model jenis ni adalah yang teringan iaitu 700gm sahaja. Kami bawa sorang satu tapi lepas selesai kembara Thailand-Laos ni, aku berpendapat satu sudah mencukupi. Melainkan kalau korang travel secara solo. Banyak kegunaan sleeping bag ni contohnya:

  1. Dibuat sebagai bantal di airport sambil menunggu flight untuk transit atau disebabkan delay.
  2. Juga dibuat sebagai alas atau hamparan untuk tidur di airport.
  3. Boleh dibuat sebagai selimut di dalam keretapi, feri dan bas. Dalam kapal terbang tak perlulah kerana cabin dah sedia ada, hanya perlu minta sahaja dari pramugari.
  4. Boleh dibuat sebagai hamparan tikar contohnya sewaktu berbaring di taman-taman di Europe. Alah… taman biasa pun boleh juga, saja aku letak Europe kasi gempak.
  5. Sebagai pelapik sekiranya membawa anak yang masih kecil – menukar lampin, membaringkan anak dalam keretapi atau bas (tau sajalah kondisi kerusi yang kerap diduduk penumpang).
  6. Banyak lagilah kegunaannya…

Aku pernah bagi pendapat tentang kegunaan sleeping bag ni pada seorang solo traveler. Katanya, dia tak perlu sangat sebab dia boleh pakai semua alas seperti kotak, rumput dan sebagainya. Kononnya backpacker sejati dan serba bolehlah. Lantak kaulah labu. Kalau solo tu lain cerita, cuba kalau kau dah kahwin, lain senarionya beb sebab kau tak boleh jadi selfish tak tentu pasal. Tak perlulah nak jadi backpacker sejati sangat kalau memudaratkan diri sendiri. Sejati-sejati kami pun, masih lagi pertimbangkan sebarang bentuk keselesaan selagi boleh selit. Tiada apa yang perlu dibanggakan (psst…. aku tau ramai nak bangga jadi backpacker sejati dan menjadi pojaan dalam group BBM, hehehe).

Pekerja di kaunter sangat baik dan ramah. Pada waktu malam pula, ada seorang lelaki pertengahan usia tapi keadaannya selalu mabuk. Walaupun mabuk, beliau dapat berkomunikasi dengan baik cuma kadang-kadang tu sedikit pekak.

Di tepi kaunter juga ada disediakan komputer yang boleh digunakan untuk para tetamu. Aku tak pasti ianya percuma atau berbayar. Wifi di sini boleh tahan laju. Cuma bila terpaksa berpindah ke aras lebih tinggi pada malam keduanya, wifi menjadi sederhana laju. Aku cadangkan, kalau korang berada di sini bolehlah lepak di sofa di bahagian check in ini sambil berwifi.

Di sebelah kiri kaunter pula ada disediakan air panas percuma. Datanglah ulang banyak kali pun boleh.

Walaupun tempatnya tidak begitu besar, tapi kami suka dekorasi dalaman di sini. Kemas, ringkas dan terkini. Lepak di sofa sambil membaca buku Lonely Planet adalah perkara wajib dilakukan oleh para backpacker dan pengembara.

Tengoklah rak buku tu. Begitu banyak buku. Lonely Planet pun ada tau. Tapi aku tak pastilah edisi terkini atau yang lepas-lepas. Nampak stiker dipintunya? Rupanya Hotel Tong Mee ni disenaraikan sebagai ‘recommended hotel’ oleh Tripadvisor. Kami memang tak sempat santai di sini kerana lebih menghabiskan masa di luar hotel.

Ini bahagian luar hotel. Siang nampak seperti meriah dengan payung besar bagai tapi sunyi pada waktu malam. Mungkin mereka tidak membuka lampu di bahagian luar atau mungkin kami tak perasan ianya dibuka awal malam dan tutup lewat malam, iaitu waktu yang kami selalu pulang ke hotel.

Yang bagus:

  • Lokasi di tengah bandar Hua Hin dan mudah akses
  • Jarak dengan Hua Hin Railway Station hanya 1 km.
  • Jarak dengan jalan utama bandar (Thanon Phet Kasem) hanya 170 meter.
  • Aircond sejuk
  • Wifi boleh tahan
  • Staf kaunter sangat baik
  • Tandas bersih walaupun kategori sederhana
  • Air paip sangat laju
  • Ada kemudahan asas seperti pemanas air, TV, wifi, plug elektrik dan lain-lain
  • Tiada hantu siam
  • Bilik sangat bersih dan perkakasan bilik nampak seperti baru
  • Warna bilik menceriakan
  • Staf kaunter boleh dan senang nego pasal pembayaran
  • Bilik tidak berbau

Yang kurang:

  • Bilik agak sempit
  • Katil agak kecil sedikit dari Queen Size walaupun dalam website kata ‘Queen Size’
  • Harga tinggi sedikit tapi tidak terlalu mahal
  • Tiada lif ke tingkat atas (walaupun sampai tingkat 4 atau 5 sekalipun)
  • Ruang lobi agak sempit
  • Selimut sangat pendek
  • Komunikasi dengan staf lelaki di waktu malam agak susah sedikit, tapi jangan risau mereka sangat friendly.

Secara keseluruhannya, aku boleh bagi rating 7.5/10 untuk Hotel Tong Mee.


Hampir jam 11.00 pagi barulah kami mulakan langkah meneroka Hua Hin. Kelihatan kawasan Clock Tower dan Wat Amparam yang kami singgah semalam.

Selepas menapak beberapa ratus meter, kami terpaksa berhenti seketika kerana Aqif tiba-tiba jatuh untuk kali ke-2 dan luka sedikit. Nasib baik di tepi tu ada farmasi. Aku terpaksa mencari plaster luka jenis lebar. Yang kami bawa hanya jenis biasa. Terus aku tampal di kedua-dua lutut walaupun hanya satu lutut sahaja yang luka.

Misi pagi ini ialah mendapatkan tiket keretapi kelas ke-3 ke Ratchaburi. Jadi kami mula menapak masuk semula ke jalan menuju ke Hua Hin Train Station. Ternampak pula deretan telefon awam yang sudah jarang kelihatan di Malaysia.

Ada pula stor kenderaan majlis daerah Hua Hin di sini.

Kemudian, aku masuk ke dalam stesen dan membeli tiket ke Ratchaburi esok harinya, 2 Januari 2017 jam 6.17 pagi!! Huiyo awalnya. Puncanya sebab aku tak nak terlepas jadual keretapi yang akan tiba di stesen Maeklong Railway Market jam 10.00 pagi. Harga tiket THB24 bagi dewasa dan THB12 bagi kanak-kanak. Hanya di sini sahaja kami kurang bernasib baik kerana terpaksa membayar untuk kanak-kanak padahal lain-lain tempat percuma sahaja. THB24 tu murah tau… lebih kurang RM3.00 sahaja untuk perjalanan selama 2 jam lebih.

Selesai membeli tiket dan dengan beberapa maklumat rakan-rakan traveler di FB, kami terjah ke lokasi warung halal melayu berdekatan situ. Jangan kata nasi berlauk, roti canai pun ada.

Opss… sebelum makan kita bergambar dahulu. Stesen ini sangat unik kerana masih mengekalkan ciri-ciri asalnya.

Kalau ada masa eloklah singgah bergambar lebih dekat di gerabak lama yang dipamerkan di bahagian luar stesen.

Keseluruhan stesen Hua Hin. Tak begitu ramai orang.

Lokasi yang kami sedang duduk sekarang ni sebenarnya dah pun berada dalam warung makan. Tengah duduk sambil menunggu makanan dan usha keadaan sekeliling. Kalau aku letak GPS lokasi warung makan ni pun tak berbaloi sebab terlalu dekat dengan stesen, hanya 20 langkah sahaja. Beginilah, lepas korang keluar dari stesen dan di hadapan ada jalan raya dan gerabak lama keretapi, toleh ke kanan dan akan nampak.

Pesanan makanan di sini punyalah lambat, hampir setengah jam kami menunggu. Tapi terubat lepas nasi goreng yang dihantarnya sangatlah sedap korang.

Dalam gambar ni je nampak macam senyum tapi sebenarnya muka dah tarik 18. Kononnya nak tunjuk tanda protes pada tukang masak yang lambat hantar makanan. Bukan apa, aku malas nak membuang masa kerana banyak lagi tempat kami nak singgah.

Mula-mula tu aku ingatkan nak pesan secara berasingan roti canai untuk Aqif makan. Warung roti canai pula terletak di belakang warung nasi tadi. Rupanya, tukang tebar roti canai di atas ni kata sebenarnya kedua-dua warung milik keluarga mereka juga. Dalam menu yang kami pesan nasi goreng tadi pun ada juga tertera roti canai. Duh!!

Aku lupa nak ambil gambar menunya. Tapi jangan risau, di sini lebih murah berbanding warung halal yang kami singgah semalam di Hua Hin Night Market.

Lepas mengalas perut, kami mula menapak kembali ke jalan besar di bandar Hua Hin untuk menaiki tuktuk ke destinasi seterusnya.

Ternampak pula warung makan yang berkonsepkan seperti library di sini. Unik, tapi apakan daya ianya tidak halal.



Bersambung ke entri Kembara Thailand – Laos: Day 5 – Part 2 – Wat Hua Mongkol. Perjalanan seterusnya sebenarnya salah ‘sasaran’, apalah nasib….


Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 1 - Perjalanan Bermula, Tren ETS dan Sempadan Malaysia-Thailand
Kembara Thailand - Laos: Day 5 - Part 3 - Wat Khao Takiab
Kembara Thailand - Laos: Day 11 - Part 5 - Masjid Ayutthaya & Perjalanan ke Nong Khai

Filed Under: Hotel, Hua Hin, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020
  • Sembang #BorderClose Siri 1 – Segalanya Sangkut November 18, 2020
  • Ringkasan Perbelanjaan Kembara Overland dari Thailand ke Laos October 9, 2020
  • Ringkasan Peta Perjalanan Overland dari Thailand Hingga Laos October 4, 2020
  • Ringkasan 10 Bandar Utama Di Thailand Yang Kami Lawati September 27, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools Uncategorized United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain carpacker carpackers cihampelas ciwalk england ets ets train europe family backpacker family backpackers family traveler family travelers hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kembara laos kembara thailand kembara thailand-laos keretapi ets laos london london pass london transport london transportation london tube pantai timur pasar baru pra kembara sistem pengangkutan london surabaya thailand thailand-laos travel insurance travel insurans tren ets tube uk ulu langat underground tube united kingdom

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright © 2011-2021 · ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz