• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 5 – Part 4 – Hua Hin Market Village

July 16, 2017 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 5 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 5 – Part 3 – Wat Khao Takiab. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Berdiri lagi…. Kali ni tuktuk dari Wat Khao Takiab menuju ke bandar Hua Hin penuh dengan ‘farang’ (mat salleh) dari farang budak sampai farang tua.


Perjalanan ke Hua Hin Market Village mengambil masa selama 14 minit dengan jarak 6.2km. Tapi disebabkan tuktuk kerap berhenti, mungkin mencecah sehingga 30 minit.

Kalau korang tengok peta, tempat tarikan pelancongan banyak terdapat di sepanjang jalan utama Hua Hin ni sahaja dari utara sampai selatan. Cuma kami tak berpeluang untuk melawat tempat-tempat lain di bahagian utara Hua Hin sehingga ke Cha-am.

Hua Hin Market Village (HHMV) ini dari luaran sangat happening dengan dekorasi ruang luaran yang juga menarik. Tapi di dalamnya bagi aku sekadar biasa-biasa sahaja. Lebih cantik lagi ruang dalaman di Blu Port. Tapi disebabkan HHMV ini terseranai sebagai salah satu tempat wajib dilawati, maka kami pun terjah juga buat cukup syarat. Lagipun sehala dengan perjalanan nak balik nanti.

HHMV sangat sesuai bagi golongan pertengahan dan tua kerana lebih pada santai.

Tulisan “HUA HIN Market Village” itu sangat menarik dan menjadi salah satu landmark bag bandar Hua Hin.

Pintu masuk ke bahagian dalamnya.

Belum ada rezeki ke London, di sini pun jadilah melayan pondok telefon merah yang terkenal di London.

Persiapan untuk live band malam ni. Sekarang pun masih awal iaitu jam 5.57pm.

Sebelum pintu masuk ke bahagian dalamnya terdapat banyak gerai-gerai menjual makanan.

Macam-macam ada. Walaupun dijual oleh peniaga bukan Islam, tapi ada juga yang boleh dibeli contohnya air, pulut mangga dan dikira sebagai halal.

Aku tak pasti apa tapi jika dilihat ramuan, rasanya halal dan tak perlu ragu-ragu untuk dimakan. Kecualilah jika mereka meletakkan ramuan tambahan seperti wine (arak) atau menggunakan lemak babi.

Ini pun boleh juga minum tapi dek kerana tulisannya dalam bahasa Thai, susah nak tahu apa nama airnya.

Kami mulanya tak jangka sangat untuk bertemu dengan gerai halal. Waktu ni memang tengah lapar sangat-sangat. Entah macam mana ada pula sebuah gerai Muslim yang menjual kekacang. Kemudiannya ternampak pula di belakangnya juga peniaga Muslim yang menjual nasi ayam.

Tak fikir panjang terus beratur beli. Harganya dalam THB80 bagi sebungkus nasi ayam. Nama sahaja nasi ayam tapi nasinya berbeza iaitu berwarna kuning. Aku pun lupa apa nama, nasi tomato? nasi merah? nasi briyani? Lapar tak ingat, hentam sajalah. THB80 bagi aku mahal kerana jika ditukar menjadi RM10.20 !! Sedangkan di Malaysia boleh didapati dengan harga RM5 atau RM6 sahaja.

Nasib baiklah ayamnya besar dan sedap…… hehe.

Di depan aku berdiri ni adanya meja yang boleh duduk. So, di situlah kami makan nasi ayam. Kemudiannya ke tandas di bahagian luar HHMV untuk membasuh tangan. Sebelum gerak ke dalam, siap pesan lagi dua bungkus untuk makan malam nanti.

Untuk pengetahuan korang, disebabkan gerai-gerai di sini mengikut musim, mungkin sekarang tiada lagi dan diganti dengan pameran atau booth lain.

Bergambar bersama basikal. Nampak sahaja macam ‘basikal tua’ tapi aku rasa dari segi design memang mahal. Waktu ni kami tak basuh tangan lagi hahahaha.

Kemudian menapak ke arah tepi bangunan HHMV di bahagian luar. Di situ ada tandas. Percuma je. Tetiba terserempak pula dengan signboard yang ada perkataan Hua Hin. Elok juga aku fikir kalau nak bergambar. Lagipun di tengah-tengah Hua Hin tiada pula seperti ini yang mirip seperti di bandar Prachuap Khiri Khan. Macam-macam style kami posing.


Masuk semula ke bahagian dalam.

Hanya tiga tingkat sahaja jika dikira dari aras bawah.

Aku suka dekorasi dan bentuk kedai-kedai kecil di bahagian tengah ini. Nampak tidak semak atau terlalu sempit.

Tapi kami tak naik pun ke bahagian atas. Kaki sudah lenguh.

Muka ada senyum…..

Ini namanya ‘iklan bergerak’. Pengacara, model, mic serta speaker bergerak sekali berpusing seluruh HHMV.

Eh dua-dua senyum kat akulah!

Luas juga bahagian bawahnya.

Ada lagi di hujung sana tapi setakat sini saja kaki kami sampai.

Ok masa untuk pulang dan menuju ke arah pintu utama.

Antara kedai-kedai pakaian yang terdapat di sini.

Berada semula di bahagian luar tapi kali ini langit dah pun gelap dan jam pula 6.50pm.

Sambil tu, aku terpandang pasangan farang yang dah tua. Oh wow, cinta dan kasih sayang tak mengenal rupa. Baju pun sama-sama warna putih. Tergerak nak mengambil gambar mereka sebagai kenangan lalu aku pun melambai tanda meminta keizinan. Di lambai semula padaku. Moga kekal hingga akhir hayat.

Meja makan di bahagian luar sini mula dipenuhi orang ramai.

Rupanya ada panggung wayang dan Tesco di sini.

Mengambil sekali lagi gambar. Kali ni disimbahi lampu-lampu pada waktu malam.

Aku rasa, di luar sini memang sangat cantik untuk bergambar. Tapi pilih waktu malam.

Ok, last untuk malam ini iaitu ke Chatsila Night Market. Memang dah penat tapi gagahkan juga kerana malam masih muda.



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 4 - Part 2 - Khao Chong Kra Chok di Prachuap Khiri Khan
Kembara Thailand - Laos: Day 8 - Part 2 - Mae Phra Thoranee Beep Muay Phom & The Grand Palace, Bangk...
Kembara Thailand - Laos: Day 11 - Part 1 - Atas Bumbung Hotel Saifon & Morning Market

Filed Under: Hua Hin, Shopping Mall, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz