• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 3 – Wat Thammikaram Worawihan dan Pulang Semula Ke Guesthouse di Prachuap Khiri Khan

April 14, 2017 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 5 minit

Print 🖨 PDF 📄


Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 2 – Khao Chong Kra Chok di Prachuap Khiri Khan. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Bab menulis blog ni memang aku gigih. Tapi gigih tu tengok keadaan juga. Bila ‘writer’s block’ melanda, habis tak ada mood. Aku dah janji tak nak sekerat jalan, terpaksa gigihkan juga.

Masa naik ke Bukit Khao Chong Kra Chok, aku lupa pula nak ambil gambar keseluruhan pemandangan pintu masuknya. Lepas dah turun baru ambil gambar.


Selesai menyeberang jalan, di pintu masuk ke Wat Thammikaram Worawihan (WTW) terdapat banyak penjual dan penjaja. Dari air minum sehingga aiskrim dan pisang untuk kera.

Kecomelan motorsikal roda tiga yang menjual aiskrim. Nampak logo macam kenal. Tulisan pula bahasa Thailand. Ohhhh….. logo aiskrim Walls rupanya.

Tersergam indah dan besar Wat Thammikaram Worawihan. Di sini terdapat tiga bangunan utama. Satu di tengah dan dua buah lagi terletak di kiri dan kanannya.

Tidak banyak maklumat tentang WTW ini. Yang ada pun banyak tentang kisah Wat Thammikaram yang terletak di puncak bukit Khao Chong Kra Chok.

Bergambar sekali lagi tapi kali ini di hadapan tulisan Khao Chong Kra Chok dalam bahasa Thailand.

Seterusnya kami mendekati dengan WTW. Malangnya, perjalanan kaki kami hanya setakat sini sahaja kerana masa dah suntuk. Aku pun terfikir, mungkin dalamnya sama sahaja seperti wat-wat yang lain.

Ada juga aktiviti memberi makan burung merpati di sini.

Dari jauh, aku nampak sebuah menara yang aku tak pasti apa nama dan fungsinya. Agak jauh walaupun nampak seperti hampir kerana aku zoomkan kamera sedekat yang boleh.

Kalau WTW berada di hadapan korang, cuba pusing ke kiri. Akan terlihat sebuah patung Buddha di sini.

Disebabkan tulisannnya dalam Bahasa Thailand, jadinya sepatah haram aku tak paham. Sepatutnya sebagai tapak pelancongan, eloklah diletak dwi bahasa iaitu bahasa Inggeris dan tempatan.

Mengambil semula gambar patung kera dari sudut yang berlainan. Kali ini, menghadap ke arah jeti.

Salah sebuah bangunan kerajaan yang terdapat di sini.

Sambil menapak tu, kami terserempak dengan peniaga Muslim di sini. Lokasinya terletak bersebelahan dengan City Pillar Shrine. Tatie dan Aqif dah malas nak lintas jalan, so aku pun lintas seorang diri sekadar untuk bertanya dan melihat makanan yang dijual.

Sampai je, aku tengok mereka menjual nasi ayam dan pulut. Haaa pulut? Boleh ke tekak orang Malaysia nak masuk pulut dalam waktu tengahari macam ni? Kemudian aku lintas jalan semula dan memaklumkan pada Tatie tentang pulut. Seperti aku duga, dia pun tak minat. Oklah, kami terus menapak dan berharap kalau-kalau ada lagi peniaga Muslim yang menjual makanan.


Lokasi bagi warung kecil peniaga Muslim. GPS: 11.811810, 99.797173

Aku baru teringat. Di sebelah warung Muslim tu, terdapat beberapa peniaga buah-buahan. Kami ada membeli buah limau jenis kecil. Sekilo berharga THB80.

Tiang elektrik dan komunikasi yang berselirat.

Di sinilah yang kami kena sound sebab tak dibenarkan ambil gambar kenang-kenangan di bahagian dalam. Katanya sebab isu keselamatan. Hanya di luar yang dibenarkan. Kononnya, aku bajet nak melihat kelainan balai polis mereka dengan negara kita.

Kalau kami ada masa, dah lama menapak ke tempat ni. Tertera “Forensic Science of Prachuap Khiri Khan” di papan tandanya. Aku andaikan mungkin ada pameran atau muzium mini di situ.

Sedang merajinkan diri menapak sejauh 700 meter kembali ke Maggie Guesthouse. Untuk pengetahuan korang, walaupun nampak seperti panas, berdekatan dengan laut dan hampir tengahari …………… tapi langsung tak berpeluh.

Inilah masalah utama kami sebagai parent dan sepanjang kembara ke Thailand dan Laos ni. Setengah kanak-kanak lebih suka kalau ibunya yang mendukung. Tapi dalam bab lain, suka pula kalau bapanya turut serta. Perkara biasa dalam mana-mana keluarga. Mungkin dengan ibu, rasa lebih ‘secure’. Jadi, banyaklah tempat yang Tatie terpaksa mendukung anak kami dan terasa juga penatnya apatah lagi jika dalam masa yang sama serentak menggalas backpack dan mendukung anak. Puas aku ajak nak dukung, tapi Aqif tak mahu. Mungkin kembara backpack seterusnya kami akan membawa travel stroller yang ringan dan kecil.

Beginilah ‘setup’ gaya tempatan bagi kedai yang menjual aksesori kereta. Jam pun dah 11.32pm dan kami pun dah sampai di Maggie Guesthouse. Memang tepat timing aku. Entri kali ini tak banyak celoteh, hahaha!

Untuk entri seterusnya, aku akan menceritakan review tentang Maggie Guesthouse dan perjalanan ke Hua Hin. Untuk makluman korang, hari ini ialah 31 Disember 2016, maknanya kami akan bermalam di Hua Hin pada malam tahun baru dan menamatkan sesi tahun 2016 di sana. Bersambung ke entri seterusnya….. Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 4 – Review Maggie Guesthouse dan Perjalanan ke Hua Hin.



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 7 - Part 6 - Selamat Datang Ke Bangkok!
Kembara Thailand - Laos: Day 4 - Part 6 - Pone Kingpeth Park dan Bluport Shopping Mall di Hua Hin
Kembara Thailand - Laos: Day 8 - Part 4 - Ministry of Defence & Royal Thai Survey Department

Filed Under: Prachuap Khiri Khan, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 – Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright © 2011-2022 · ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz