• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 2 – Part 2 – Sekolah Rendah Thailand dan Pasar Basah di Hat Yai

February 19, 2017 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 7 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


For English, click here.

Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 2 – Part 1 – Sekitar Hat Yai dan Wat Hat Yai. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Lokasi: Hat Yai, Thailand


Panjang sangat terpaksa pecah dua entri. Dari Wat Hat Yai dan disebabkan tak sewa sebarang tuktuk maka terpaksalah kami menapak ke jalan besar. Selepas bergerak menapak dari Wat, terdapat sebuah pintu gerbang keluar masuk. Di tepinya ada pula sebuah sekolah rendah dan bunyi agak riuh-rendah. Apa lagi, nak mencari kelainan sambil mengembara, kami pun masuk……………..

Aku rasa-rasalah, mungkin sekolah ni merupakan sekolah agama kerana ia dibina berdekatan dengan tempat ibadat. Ia merupakan sekolah rendah dan bernama Tedsaban 5 Wat Hat Yai School. Ada kawan-kawan aku dalam Facebook kata, Thailand tengah cuti sekolah sekarang (merujuk pada tarikh 29 Disember baru-baru ni). Mungkin benar juga sebab kebanyakan pakaian sekolah mereka seolah-olah pakaian seragam pengakap dan kokurikulum. Tatie macam risau-risau nak masuk tapi aku beranikan juga diri. Aku dah pesan, mana-mana sekolah dalam dunia terutama sekolah rendah, memang pihak sekolah ragu-ragu dengan semua jenis pelawat, itu perkara biasa.

Aku tertarik melihat papan kenyataan yang memaparkan hierarki pentadbiran sekolah. Kesemua para guru dan pentadbir memakai pakaian ala-ala penerima darjah kesultanan. Mungkin begitulah cara Thailand menghormati guru mereka. Psst… macam sesuai juga level guru di up tinggi sebegini kalau di Malaysia.

Ada sebuah bilik darjah di situ yang mana gurunya sedang tercangak-cangak kepala memerhatikan kami. Aku rasa dia tahu yang kami di pelancong, jadi aku pun angkat tangan, dia angguk.. ok set kami pun masuk lagi ke dalam.

Baru beberapa langkah, ada 4 orang murid perempuan sedang menapak ke arah tempat parking motorsikal, rupanya mereka nak guna telefon awam yang disediakan. Ini mungkin menunjukkan sekolah Thailand mengharamkan penggunaan telefon bimbit. Lalu aku pun tegur mereka dan minta bergambar dengan Tatie dan Aqif. Dorang ok jer… cuma tersipu-sipu malu sebab segan.

Pelbagai dekorasi landskap di kawasan pintu utama sekolah ni. Sangat menarik dan eye-catching. Bagi Aqif yang baru je 3 tahun 10 bulan masuk ke dunia , mungkin dia belum mengerti tentang persekolahan dan apa itu ‘sekolah’.

Kemudian kelihatan pula dua orang murid lelaki sedang mengangkut sampah untuk dibuang. Dari jauh dah tersenyum-senyum kat aku. Mungkin sebab aku mengangkat kamera besar gedabak untuk mengambil gambar mereka.

Lagi landskap di kawasan sini.

Aku rasa ini bahagian bilik darjah tapi tak ada murid di sini.

Tuh dia Aqif dengan mimik muka pelbagai gaya. Di belakang Aqif pula ialah kantin sekolah. Nampak bumbung Wat Hat Yai? Sangatlah besar dan tinggi. Mari tengok lebih dekat macam mana rupa kantin sekolah Thailand.

Lebih kurang macam sekolah di Malaysia juga. Cuma ada tambahan pentas mini dan tiada sebarang gerai ‘standalone’ dalam bentuk meja di sini. Semua penjual kena duduk di bahagian kaunter panjang yang disediakan. Errr… sama ke dengan sekolah Malaysia? Maklum le aku dah lama tak pijak sekolah. Kena tunggu anak besar baru tahu keadaan dalaman macam mana.

Di bahagian yang Aqif bergambar tadi datang pula beberapa orang murid lelaki. Kali ni kelainan pada pakaian yang mirip seragam pengakap. Terus kami bergambar lagi. Peluang menemui kelainan, jangan ditolak.. ๐Ÿ˜€

Akhirnya kami pun beransur dari sekolah ni tapi singgah kejap di sebuah bilik darjah. Di luar pintu, aku angkat tangan pada cikgu sekolah yang sedang mengajar murid secara one by one. Sambil angkat tangan, aku tunjuk sekali signal nak bergambar, dia pun green light! Disebabkan tak mahu mengganggu sesi pembelajaran, aku minta Tatie dan Aqif cepat-cepat berposing. Bersih juga bilik darjah dan ada bendera Asean di atas papan tulis. Bermakna, dari peringkat awal murid-murid didedahkan dengan apa itu Asian, Asean dan di mana kedudukan dan kekuatan negara mereka. Setiap bilik darjah diwajibkan ada gambar Raja Thailand.

***

Aku dan beg galas berpisah tiada. Dari backpack besar gedabak, daypack sampai ke sling bag, semua ada. Sling bag tujuan untuk simpan kamera yang gedabak. Daypack tu penting kalau bercadang nak pusing bandar dan bershopping di siang hari. Nanti tak lah lenguh tangan nak pegang plastik kiri kanan. Tapi buat famili macam kami, dah tentu dalam beg ada pampers, bedak bayi dan lain-lain lagi.

Keluar dari sekolah, kami teruskan misi tadi mencari jalan besar. Tetiba terjumpa pasar basah atau pasar pagi (morning market). Aku memang excited sedikit kalau jumpa pasar-pasar ni. Bukan apa, di pasar nilah kita dapat lihat suasana ‘local’ yang sebenar, cara orang Thailand berniaga dan juga dapat melihat hasil jualan yang pelik-pelik yang boleh buatkan korang termuntah.

Inilah hasil yang korang akan termuntah. Apa macam? Nak tak aku tapaukan untuk korang? Free je… Dari kura-kura, belut sampai ke katak ada jual. Siput babi dan kucing je (kesiannya) yg aku tak nampak di sini. Mungkin di Thailand, makanan rare ni tak seteruk di Cambodia dan Vietnam.


Kura-kura weh. Pernah sekali aku nampak di Subang Jaya sewaktu melepak minum di sebuah restoran. Kebetulan restoran mamak ni aku duduk di bahagian hampir belakang. Jadi, nampaklah belakang sebuah restoran bukan halal di situ. Aktiviti yang dibuat di situ ialah menetak kaki, tangan dan kepala kura-kura. Pada pendapat aku, mungkin cara makan kura-kura ni ialah perlu mengorek isinya dari luar setelah dimasak. Kasihan pun ada sebab kura-kura masih hidup ketika ditetak!

Ni pula belut. Aku kerap makan belut goreng kalau ke Indonesia. Memang sedap dan rapuh.

Haa.. yang ni sorilah aku nak makan kan… Katak jenis apa entah lah, yang pasti saiznya sebesar tapak tangan. Bila tengok katak ni mesti korang sebut kat mulut “eeeeeeeeeeeee” atau “euwwwwwww” kan kan?

Beberapa ekor katak yang dipesan pelanggan..

Video di gerai yang menjual benda rare tadi.

Peniaga sayur-sayuran.

Kemudian kami membelok ke arah kanan menurut panduan GPS. Aku nak beritahu korang berkenaan GPS. Ianya tak sensitif kalau digunakan sewaktu berjalan, kecuali kalau naik kereta. Apa yang aku perhatikan, setelah menapak 5 meter, baru kedudukan GPS akan di update dalam maps. Boleh dikatakan semua smartphone mempunyai masalah begini. Jadi, gunakan teknik cubajaya dan menapak sambil melihat kedudukan semasa.

Setelah membelok ke lorong kanan, banyak lagi gerai-gerai yang menjual barangan.

Peniaga buah-buahan pula. Awalnya memang nak beli buah tapi kebanyakan buah kena potong dulu. Jadi agak susah bagi pengembara macam kami. Iyelah, mana ada bawa pisau nak potong. Jadi, kami decide cari di tempat lain yang dah siap potong. Mungkin ada di kawasan Kim Yong Market.

Bila dah masuk lorong tadi, barulah kami nampak peniaga-peniaga Muslim dari kalangan wanita. Hmm… suasana macam serupa pula di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, iaitu didominasi oleh kaum wanita.

Suasana di lorong kedua. Di hujung sana ialah jalan besar. Lorong ni penuh dengan peniaga muslim.

Peniaga Muslim yang menjual ikan, daging dan ayam. Kot-kot korang menyewa tempat penginapan yang boleh membenarkan penyewa memasak, aku rasa di sini sesuai untuk shopping barang-barang basah. Bab harga contohnya ayam halal yang telah disembelih tu sori banyak-banyak, aku tak pasti. Lupa pula nak bertanya.

Gambar dari arah kami datang mula-mula tadi. Dari sini boleh nampak bumbung Wat Hat Yai. Tinggi kan?

Video sekitar lorong ke dua yang kami tempuh.

Bergambar kenangan di pasar pagi bersama isteri dan anak yang paling aku sayangi… hehehehe. Sebenarnya di sini kami tak beli apa pun sebab barangan yang dijual tak sesuai untuk kembara seterusnya. Lainlah kalau korang berkahwin dengan orang Siam kan???

Bila dah sampai ke jalan besar, pandangan aku melihat ke atas. Di Thailand, dah menjadi lumrah wayar elektrik bersepah dan transformer terdedah sebegitu rupa. Ok, ke mana kita seterusnya? Ke Kim Yong Market kita terjahhhh…. !!

Bersambung di entri seterusnya….. Kembara Thailand – Laos: Day 2 – Part 3 – Kim Yong Market dan Ulasan Tentang Park Hotel.



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 5 - Part 3 - Wat Khao Takiab
Kembara Thailand - Laos: Day 3 - Part 3 - Wat Ao Noi di Prachuap Khiri Khan
Pertama Kali Membeli Tiket Keretapi ETS

Filed Under: Hat Yai, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz