• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us
  • English Site

Membuka Tirai Baru 2020 – Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka

January 3, 2020 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 6 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Selamat menyambut tahun baru 2020 buat para pengunjung setia laman blog Zatie Wanderer!

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, blog ini telah berusia 9 tahun. Hampir sedekad lamanya. Tiga kali berubah nama domain dimulakan dengan https://kembaratravelog.blogspot.com, kemudian https://www.duniabulat.com dan akhir sekali https://www.zatiewanderer.com. Kunjungan pelawat sehari dari jumlah yang sendu sendan sampailah meningkat ke 800 hingga 1200 pelawat. Oleh kerana blog ini kategori bukan komersil, jadi aku hanya membiarkan sahaja popularitinya meningkat dengan sendiri tanpa sebarang promosi atau hebahan link ke laman ini baik di grup travel di FB, Twitter atau Instagram.

Berbalik pada kisah sambutan tahun baru 2020 ini, kami sekeluarga telah membuat cubaan terjah ke Dataran Merdeka. Hajatnya kerana untuk memeriahkan anak-anak dan juga untuk bersama dengan ramai orang bagi memeriahkan diri menghadap pertukaran tahun 201x ke 202x. Dengan penat dan letih kerana baru balik dari kampung mertua dan tiba di KL jam 9.45 malam, dengan pantasnya kami mandi-manda untuk bersiap dan keluar ke Dataran.

Sepanjang zaman berumahtangga, hanya sekali kami menyambut begini, itupun pada Hari Merdeka di dataran juga. Selepas dah anak dua pun masih lagi belum menyambut samada Hari Merdeka atau Tahun Baru.


Aku teringat kali terakhir menyambut tahun baru yang tak silapnya 20 tahun yang lalu bersama kawan-kawan di KLCC. Kami siap melepak dari jam 5.00 petang di cafe Dome dan bersambung ke Gloria Jeans pula demi menanti detik 12 tengah malam. Akibat keletihan, aku terus bercadang balik ke rumah dan tak port di mana-mana club house. Yang parahnya apabila kami mula keluar dengan kereta dari KLCC untuk pulang ke rumah. Bergerak keluar dari jam 1.00 pagi dan tiba di rumahku pada jam 5.00 pagi! Padahal kalau hari biasa cuma 15 minit. Umat manusia atas jalan punyalah ramai. Aku siap pergi buang air di celah-celah pokok di tepi jalan. Bukan aku seoranglah, ramai lagi yang buat macam tu. Sejak dari tu, dah phobia nak menyambut mana-mana tahun baru di tempat berkumpul awam. Hanya di club house sahaja (clubbing lah tu, hehe).

Ok, kali ni plan aku ialah menaiki LRT dari rumah dan mengharamkan seketika penggunakan kereta walaupun ada anak kecil. Kami menapak ke stesen jam 10.45 malam. Alhamdulillah, dapat juga naik tren walaupun jumlah kepadatan gerabak menjangkau 80% dari kapasiti maksima.

Sebaik tiba di stesen pertukaran LRT Masjid Jamek, kami bercadang untuk membeli tiket LRT ke KLCC pula. Di situ, kami dah terlayan pula happening dan kemeriahan sepanjang Jalan Tun Perak hingga ke Dataran Merdeka. Ditambah pula lagi dengan kesesakan untuk melintas jalan serta kesesakan dek manusia di stesen LRT, kami pun batalkan niat ke KLCC dan hanya melayan Dataran. Pilihan kami tepat kerana:

  1. Tidak perlu menaiki LRT yang ke-2 untuk ke KLCC dan bersesak dengan ramai orang awam.
  2. Dataran cukup happening dan menjadi tempat ikonik untuk perayaan sebegini.
  3. Dataran mempunyai menara jam untuk kami membuat countdown. Ya, jam sebenar. Bukan jam digital, TV, skrin digital atau lain-lain.
  4. Perdana Menteri turut sama hadir.
  5. Pertunjukan bunga api dan tapak pelancarannya yang agak dekat dengan Dataran.
  6. Pertunjukan drone.
  7. Kawasan berkumpul yang cukup luas.
  8. Persembahan tarian dan kesenian seperti yang biasa kita lihat di TV1/TV2 di ambang tahun baru (tapi kami tak dapat cecah ke situ kerana orang ramai sangat padat).
  9. Pelbagai foodtruck – nak beli segala makanan dan minuman semuanya ada.

Menapak dari stesen LRT Masjid Jamek menerusi Jalan Tun Perak untuk ke Dataran Merdeka. Kelihatan bendera Malaysia yang dipancarkan dari Menara DBKL.

Ini adalah panggung Bandaraya dan bukan sebahagian dari Bangunan Sultan Abdul Samad. Namun kedua-duanya hampir sama usia. Aku teruja dengan lighting nya.

Bermulalah aktiviti meredah lautan manusia. Berhajat untuk melintas ke arah berdekatan dengan pancuran air terjun buatan di hujung sana.

Ini antara punca kenapa kami menuju ke air terjun tadi kerana di bahagian sini adalah kawasan foodtruck.

Dari arah kami datang tadi pun penuh dengan ramai pengunjung. Sana sini tak dapat dielakkan dan terpaksa meredah. Sambil tu kami dapat menguji juga ketahanan kedua orang anak kami yang sekarang berusia 7 tahun dan 1 tahun 3 bulan, agar kental untuk trip kembara seterusnya.

Air pancuran buatan ni dah betul-betul depan kami tapi kerana ramai dah penuhi kawasan situ ditambah pula laluan untuk masuk ke dalam telah bertukar menjadi tempat duduk orang ramai, jadi kami hanya melihat dari jauh. Kalau nak bergambar di situ, aku rasa very instaworthy.

Cubaan untuk terjah paling hampir ke menara jam tapi gagal. Hanya melihat dari kejauhan. Yang penting, semasa countdown nanti dapatlah kami melihat jarum jam mencecah jam 12.00 tengah malam. (countdown dari MC yang bertugas di pentas tak dengar sangat pun sebab suasana terlalu bising).

Abang bomba yang bersedia untuk sebarang kejadian yang tidak diingini. Terima kasih!


Sebelum ke sini, aku dah pesan pada Tatie yang kami takkan bawa stroller ke sini. Janganlah buat pasal tanggung stroller. Jarak kami dengan orang ramai hanya bahu ke bahu, lagi kau orang nak bawak stroller!

Permukaan jam yang putih tu kerana salah setting pada kamera DSLR aku. Dengan berpusu-pusu macam ni, setting dikira cincai. Ambil saja gambar ikut mana yang sempat.

Tiba-tiba ramai bersorak, rupanya Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir baru tiba di sini. Terdapat sedikit kesyahduan di sini kerana menyambut tahun 2020 yang sepatutnya berasal dari sambutan Wawasan 2020. Dan Tun Mahathir pula adalah pengasas W2020.

Jauh lagi untuk negara kita mencapai status negara maju dan telah diakui oleh Tun sendiri dalam sidang akhbar beberapa hari sebelum ambang Tahun Baru. Sekarang diganti dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini lebih realistik berbanding Wawasan 2020 dengan bayangan kereta terbang dan bandar futuristik cyberpunk semasa aku di tahun 90an dahulu. Walaubagaimanapun, disebabkan aku dalam bidang tech, IT dan innovation, aku lebih memihak pada bayangan pencapaian kereta terbang dan bandar cyberpunk.

Kemudian, kami masuk ke bahagian sini pula kerana ada lagi baki 25 minit sebelum jam 12.00 tengah malam. Duduk di sini sekejap sahaja kerana pemandangan di langit agak kurang sedikit bagi menikmati pertunjukan bunga api dek kerana bumbungnya.

Nampak saja seperti mudah dapatkan tempat duduk, tapi selepas 10 minit di sini barulah dapat.

Entri blog inilah pertama kali kelihatan wajah anak ke-2 kami, Ezra yang kini berusia 1 tahun 3 bulan.

Jam telah tepat 12.00 tengah malam! Dimulakan dengan persembahan dron di udara. Banyak yang dipaparkan termasuk bentuk wau bulan, bendera Malaysia dan lain-lain lagi.

Akhir sekali, aku sajikan pembaca dengan pertunjukan bunga api dan mercun yang dilancarkan dari arah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Maaf dengan kehadiran bangunan yang menghalang pandangan penuh pertunjukan kerana ini saja sudut yang kami mampu.

Selamat tahun baru semua!!

p/s: Kami habiskan RM16 sahaja untuk tiket LRT pergi-balik. Bukanlah mahal sangat untuk menyambut Tahun Baru. Antara mahukan kelainan atau tidak je (dengan menyambut di rumah). Jadi next time, ibubapa bolehlah bawa anak-anak ke sini.



Related posts:

Sembang Santai: Kewajipan Membayar Hutang Sebelum Kembara
Sembang #BorderClose Siri 1 - Segalanya Sangkut
Sembang #BorderClose Siri 2 - Memupuk Minat Dalam Kembara

Filed Under: Santai Tagged With: 2020, ambang tahun baru, malam tahun baru, new year, new year 2020, new year eve, new year eve 2020, tahun baru, tahun baru 2020

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

analitik analytic britain cdn cherating cuti hujung minggu england europe gb pockit gb pockit plus hujung minggu indonesia kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london makan best melancong thailand pahang pelawat pengunjung percutian hujung minggu percutian pendek railway station sedap short travel short vacation stroller tempat makan tempat makan best tempat makan menarik tempat menarik di thailand thailand train uk united kingdom visit visitors visits warung weekend getaway weekend holiday

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz