• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

MITM Travel Fair 2018

August 4, 2018 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 3 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Semalam aku sekeluarga ke Mid Valley bertujuan untuk mencari barangan dan kelengkapan bayi kami akan datang. Lepas lepak makan di Food Court, errr…. aku tak ingat tingkat berapa tapi paling atas sekali yang biasa ramai berkunjung untuk ke GSC Cinema, kami terserempak dengan MITM Travel Fair yang diadakan di MVEC (Mid Valley Exhibition Centre). Ianya berlangsung dari semalam (3 Ogos) hingga esok iaitu 5 Ogos.

Dengar bunyi-bunyi seperti kembara dan pelancongan, terus kami terjah. Dan seperti biasa seperti mana travel fair yang lain sudah tentu apa yang disajikan adalah tawaran-tawaran pakej dari syarikat pelancongan.

Sebagai “DIY Traveler” atau dengan panggilan lain, “backpackers”, kami sekadar singgah dan berpusing-pusing sahaja di dalam. Aku lupa untuk mengambil harga-harga pakej yang ditawarkan. Walaupun DIY Traveler, tapi travel fair begini amat berguna bagi mereka yang ingin membawa ibubapa yang dah tua, ahli keluarga yang cacat (berkerusi roda) dan lain-lain lagi situasi yang memerlukan khidmat agensi pelancongan. Jangan lupa, se-backpacker macam mana pun kita ni, lambat laun akan tua juga.


Jadi, sebenarnya apa yang berlaku di dalam tu?

Tuh dia… inilah dia puncanya yang membuatkan kami terlekat di sini… hahahaha. Pakaian tradisional Korea ini dinamakan Hanbok bagi South Korea dan juga digelar Joseon-ot bagi Korea Utara. Ia direka dengan pelbagai warna dan tanpa sebarang poket. Alamak, berisinya aku. Tatie pula mengandung bulan ke 7.5.

Lebih kurang beginilah pakaian mereka yang kami peragakan.

Ok lupa nak beritahu, pakaian Korea ni boleh didapati di booth Tourism Korea. Sebenarnya aku dah lama target nak bertandang ke Tourism Korea di Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur bagi mendapatkan brochures dan pamplets yang percuma. Paling aku suka ialah peta yang dibekalkan. Yer kita dah ada GPS tapi ‘feel’ tu lain. Tapi semasa travel, tidaklah aku gunakan peta manual.

Disebabkan MITM dianjurkan oleh Malaysia Chinese Tourism Association, dah tentu kita tak boleh expect pakej-pakej seperti umrah dan ziarah. Akan tetapi, bagi yang ingin ke Tibet sangat terbaik jika ke sini kerana aku dimaklumkan bahawa kerajaan China mewajibkan mana-mana kategori pelancong (tourist, traveler mahupun backpackers) mendapatkan visa atau permit khas untuk ke Tibet dan harus ke sana dengan ditemani oleh pemandu pelancong yang bertauliah. Tidak boleh suka-suka memohon sendiri visa dan menuju ke sana secara “DIY”.

Anak bujang kesayangan kami. InsyaAllah akan datang mungkin kami akan terjah ke South Korea. Sebenarnya aku tak berapa berminat dengan South Korea atau apa-apa yang melibatkan Korea. Untuk wilayah di sana (Korea-Japan-China), aku hanya berminat dengan Japan dan China sahaja. Disebabkan ‘mem’ aku peminat setia Korea, aku akan bawakan juga. Tengoklah, mungkin selepas selesai trip akan datang mampu membuka hati aku, manalah tahu kan??


Jika ada rezeki, ini adalah future plan kami bagi route South Korea. Angan-angan itu percuma. Route merangkumi Seoul (tiba dari KL), Pulau Jeju, Gyeongju dan Busan (kembali ke KL). Apa yang best sangat di Gyeongju tu? Aku terminat pula kisah tentang kerajaan lama Silla dalam buku Travelog Memori 20 Pengembara. Kebanyakan pelancong hanya terjah ke kawasan bandar dan tempat-tempat menarik serta shooting bagi drama-drama TV Korea (contohnya Pulau Jeju). Aku pula berhajat nak melihat tempat-tempat sejarah di sana yang berusia ratusan hingga ribuan tahun lamanya. Mana nak dapat route di atas? Meh klik sini… aku dah buatkan khas untuk korang.

Ok kembali pada tajuk MITM. Jommmm ke sana ……… esok hari terakhir. Berbelas-belas brochures dan pamplet yang telah diambil di booth Tourism Korea. Akan aku buatkan entri khas semua brochures/pamplets yang telah di scan tapi terlebih dahulu perlu dapatkan kebenaran dari pihak mereka dahulu untuk ‘edaran semula’.



Related posts:

Datangnya orang baru, perginya orang lama...
Salam
Promosi Malaysia Airlines yang murah

Filed Under: Kuala Lumpur, Pengumuman

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz