Sambil-sambil saya bercerita tentang log perjalanan semasa, saya juga akan selang-selikan dengan log perjalanan yang telah saya lalui beberapa tahun yang lalu. Mungkin maklumat ada yang masih berkaitan dan mungkin ada yang telah berubah. Namun, sekurang-kurangnya, dapat memberi sebuah cerita bagi yang belum melawat ke tempat-tempat tersebut atau dapat memberi informasi yang berguna sekiranya masih boleh digunapakai.
Perjalanan ke Cameron Highland (CH) ni dilaksanakan bersama dengan isteri pada Mei 2012. Dah lama janji padanya. Tapi disebabkan beberapa maklumat dari internet mengatakan banyak tempat-tempat di sana yang boleh cover hanya dalam satu hari, so saya berpakat dengan isteri sekadar pergi hari balik hari sahaja. Lagipun, CH tidaklah jauh sangat dari bandar KL. Oh ye, kali ni saya meminjam kamera Canon EOS 600D milik seseorang. Mesti gambar cun apatah lagi diambil oleh photographer tak bertauliah seperti saya, hehe.
Ni semua sebab terpengaruh dengan filem Ombak Rindu iaitu penggambaran Aaron Aziz dan Lisa Surihani di Boh Tea Garden, Sungai Palas, CH, hehe. Tapi, di akhir lawatan, kami tak dapat ke Boh Tea Garden sebab salah info! Haru sungguh, teruskan membaca bagi mengetahui macam mana boleh tersilap info. Hajat memang nak bermalam tapi nak jimat beberapa kos. Mungkin lain kali akan ke sana dan bermalam untuk merasai feel kesejukan di waktu malam.
Hampir 682 gambar yang saya ambil! Fuh… banyak nye… saya akan cuba pilih yang terbaik untuk tatapan korang. Kali terakhir saya ke sana adalah pada usia 10 tahun iaitu tahun 1987… terlalu lama sangat. Saya masih ingat lagi cuacanya agak sejuk berbanding sekarang yang hanya cukup berbaju Tshirt sahaja di siang hari. Maklumat dari saudara saya yang ke sana katanya, waktu malam memang sejuk. Jadi, sediakan juga baju sejuk.
Untuk pengetahuan korang, untuk lebih mencabar dan meliputi utara dan selatan CH, kami mengambil keputusan untuk bergerak dari KL menuju ke Plaza Tol Simpang Pulai berdekatan Ipoh dan seterusnya ke CH dan mengambil jalan lama dari CH balik semula ke KL melalui Plaza Tol Tapah. Best kan? Sebab-sebabnya begini….. Kalau mengikut Simpang Pulai, memang agak jauh sedikit. Tapi kami bakal mendapat pengalaman melalui jalan baru (tidaklah baru sangat) Simpang Pulai ke CH yang belum wujud sewaktu saya ke sana pada tahun 1987. Melalui jalan baru itu juga saya dapat mengetahui terdapatnya jalan yang menghubungkan Simpang Pulai ke Gua Musang melalui daerah Lojing! Mudah bagi yang hendak ke Kelantan melalui Perak atau malas nak berpusu-pusu melalui highway Karak, Bentong, Raub dan Kuala Lipis untuk ke Kelantan. Melalui carian imej di Google, saya dapati jalan dari Simpang Pulai terus Gua Musang tidaklah teruk sangat. Jalannya mirip jalan Simpang Pulau ke CH.
Ok, balik semula pada topik CH, dengan keputusan untuk melalui jalan lama CH – Tapah waktu balik, maka dapatlah kami melihat jalan lama dan perkampungan orang asli. Sebenarnya, sebelum ke CH, saya ada buat sedikit kajian tentang jalan lama Tapah ni. Ada yang kata jalannya tak elok dan sebagainya. Setelah melaluinya, saya dapati jalannya kira ok, tak ada lah sampai berlubang-lubang atau sampai rim kereta bengkok, hehe. Jalannya macam sama je keadaan dengan jalan nak ke Gua Musang dari KL. Tapi bagaimana memandu di jalan lama Tapah di waktu malam? Hehe, mungkin perlukan sedikit keberanian kerana kiri kanannya boleh dikategorikan sebagai kawasan hutan tebal. InsyaAllah, saya doakan tiada apa-apa yang berlaku jika korang bercadang melaluinya di waktu malam.
Sambung semula trip perjalanan ke CH. Ok, sekarang baru melepasi simpang ke Bestari Jaya. Oh, sekarang Batang Berjuntai dah dikenali sebagai Bestari Jaya. Mungkin nama lamanya agar segan disebut bagi sesetengah orang, hehe.
Seronoknya melihat air terjun Lata Kinjang yang boleh dilihat dari highway PLUS. Bermakna, kami telah pun bypass hentian RNR Tapah. Tapi saya tak pernah pun lagi singgah di air terjun ni, mungkin satu hari nanti. Nampaknya lagi beberapa puluh kilometer kami akan masuk ke plaza tol Simpang Pulai.
Selesai saja melalui plaza tol Simpang Pulai, kami terus mencari jalan menuju ke CH. Jalannya bukanlah luas macam highway, tapi keadaannya elok dan kurang kenderaan. Ni antara perkampungan orang asli yang ditemui di Kg. Kerawat… seronok!
Beginilah keadaan jalanraya yang menghubungkan Simpang Pulai dan CH. Boleh tahan kan? Terima kasih kerajaan negeri Perak.
Pemandangan begini yang saya cukup suka, iaitu melihat orang asli dan gaya hidup mereka dan perniagaan yang dilakukan.
Banyaknya kampung orang asli:
Air bukit, uhhhh kalau ikutkan saya tadah je airnya. Tapi tiada bekas untuk mengisi.
Ok, dah masuk kawasan tinggi sedikit. Cantiknya flora dan fauna ciptaan Allah.
Dah sampai kawasan CH!
Dari gambar papan tanda di bawah, inilah kawasan-kawasan yang akan kita lalui nanti sehingga ke selatan balik melalui jalan lama Tapah. Bermula dari Kampung Raja, Kuala Terla, Tringkap, Brinchang, Tanah Rata, Lembah Bertam dan Ringlet. Selepas bypass simpang untuk masuk ke Kampung Raja, akan melalui simpang yang terdapatnya jalan untuk ke Gua Musang, Kelantan.
Seronok bukan main saya, tambah-tambah isteri saya yang pertama kali ke CH apabila berhenti di pusat strawberi dan kebun di CH. Ingatkan tak banyak pusat-pusat begini, rupanya banyak di tepi-tepi jalan. Tengoklah saya, hanya berTshirt sudah mencukupi. Waktu sekarang rasanya hampir tengahari.
Di dalam pusat strawberri:
Bahagian kebun tu rasanya boleh petik buah strawberi, tapi kami tak bertanya pula tentang ini. Sekadar berposing dengan buah dan membeli strawberi yang telahpun dibungkus.
Antara strawberi dan pokok-pokok bunga yang ada. Cantiknya… rasa macam di oversea pula.
Ok, selain di bahagian kebun, apa yang dijual di bahagian depan? Macam-macam…. saya kepilkan gambarnya di bawah ni:
Anak patung dan permainanSekarang kami bergerak ke tempat lain pula. Sebenarnya, saya tak berapa ingat lokasi tempat-tempat ni. Semuanya korang akan terjumpa di tepi-tepi jalan di antara perjalanan masuk ke CH hingga berakhir di Ringlet. Tempat seterusnya yang kami tuju lebih kurang je macam pusat strawberi yang pertama tadi.
Cantik pula bunga yang berada di halaman pusat ni. Bunga raya kan? Di gambar atas ni, di pintu masuk sebelah kanan korang, ada para dan rak menjual buah dan bunga. Best betul bila tengok buah-buahan yang segar dan sayur yang menghijau. Saya rasa mungkin yang ditanam di kawasan CH. Harganya masih berpatutan tapi ada juga yang agak mahal. Biasalah, tempat tumpuan dan perhentian bas pelancongan.
Jom kita tengok apa yang ada di dalamnya:
Di bahagian belakang pusat ni ada kebun bersaiz kecil. Sesuai untuk pelancong datang melihat keindahan flora. Saya rasa, di bahagian belakang lagi, mungkin ada ladang bersaiz besar milik mereka. Jom kita tengok:
Agak lama juga kami di sini, mungkin sebab keindahan bunga-bunga serta pokok kobis yang jarang sekali dapat kita lihat. Selesai di dalam, kami menuju ke tempat lain pula. Lupa nak beritahu, di bahagian luarnya terdapat kilang coklat tapi tutup pula pada hari tu. Kalau korang datang ke CH, cuba-cuba tinjau kilang ni ye.
Dalam perjalanan seterusnya, kelihatan kebun-kebun sayur yang begitu luas di tepi-tepi jalan…
Berhenti seketika di sebuah pusat penjualan strawberi untuk melihat strawberi gergasi!
Haa… Sampai sudah ke simpang utama iaitu terus untuk ke Gua Musang melalui sebuah tempat bernama Blue Valley. Ke kanan pula untuk ke kawasan-kawasan CH yang lain. Jarak dari simpang ni untuk ke Gua Musang lebih kurang 102km (1 jam 35 minit) menurut Google Maps. Jom kita masuk ke kanan…
Ok korang, ambil perhatian di sini. Ingat lagi kesilapan yang saya maklumkan di awal penulisan? Ya, inilah dia… kesilapan mencari Boh Tea Garden di Sungai Palas. Jangan lupa ya sebab kalau terlajak, jauh pula nak patah balik. Meh tengok papan tanda di bawah (yang terdapat di simpang dalam gambar di atas):
Itu dia Sungai Palas Boh Tea Plantation dalam 18.5km lagi. Tempat diadakan shooting bagi filem Ombak Rindu. Sekarang, dah sampai di pekan Kg. Raja (GPS: 4.566879, 101.409714)
Besar juga pekannya.
Saya rasa dah panjang sangat entry tentang CH yang sarat dengan gambar-gambar. Bukan apa, dah kata blog pelancongan, selain artikel, sudah tentu penuh dengan gambar-gambar, kan? Ok, kita bertemu di bahagian kedua yang lebih menarik iaitu ladang teh dan taman rama-rama!!
Leave a Reply