• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Backpackers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Carpacker 2015 – Pantai Timur – #1 Pra Kembara

November 12, 2016 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 4 minit

Print 🖨 PDF 📄


Tarikh kembara: 23 Mac 2015 hingga 28 Mac 2015

Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung Terengganu)

Assalamualaikum kepada para pembaca budiman. Setelah sekian lama berhajat untuk bertandang ke pantai timur bagi melepaskan kempunan hampir 20 tahun lama aku tidak menjejakkan kaki di tanah Kuala Terengganu serta membawa isteri (Tatie) dan anak (Aqif) yang belum pernah ke Kuala Terengganu.

Catatan ni sengaja aku abadikan walaupun dah setahun lebih terperap kisah dan gambar terperap dalam hard disk.


Pada bulan puasa tahun 2013, kami berkesempatan juga ke Terengganu tapi hanya sehingga Dungun sahaja atas sebab urusan peribadi dalam keadaan yang agak kalut dan tak menyempat untuk menyinggah ke Kuala Terengganu bahkan berjalan-jalan di Dungun sekalipun.

Memang aku tak sabar sangat-sangat untuk memulakan langkah sebab aku suka suasana dan pemandangan pantai timur terutama pantainya yang bersih, kebiruan, angin yang kuat, ketenangan dan sebagainya.

Keduanya, aku tak sabar nak jadi tour guide untuk isteri dan tak sabar nak tengok telatah Aqif bermain pasir pantai yang putih dan gebu.

Pembuatan Keropok Losong Terengganu

Beberapa hari sebelum tu, aku ada check website Agoda untuk harga-harga hotel di Kuala Terengganu. Sengaja aku pilih tarikh ni sebab cuti sekolah berakhir sehari sebelumnya. Jadi, aku beranggapan, rate hotel mungkin back to normal.

Check punya check, aku fikir dalam hati, apa kejadah dalam negara nak pakai Agoda? (Aku nasihatkan jangan buat macam ni, entah apa mengarut pula cara aku waktu tu.) Aku check dulu map bagi lokasi hotel-hotel di sana. Cantik…. aku pilih Batu Buruk Burok Beach Resort sebab dekat dengan gerai Nasi Dagang Kak Pah yang begitu popular, jarak hanya walking distance jer. Satu lagi sebab, resort ni berdekatan dengan pantai dan terdapat taman permainan kanak-kanak yang agak baru dan besar, sangat sesuai untuk Aqif. Ye lah, takkan aku dan isteri je nak enjoy, anak pun kenalah enjoy sama-sama, kan?

Aku tanya dulu Tatie, ok tak resort? Saja aku bagi belek-belek gambar secara online. Ok jer katanya. Yang penting harga berpatutan, selesa dan bajet yang lebih boleh guna untuk lain.

Batu Buruk Beach Resort – Entah kenapa, resort nya tak disenaraikan dalam Agoda atau Booking

So, aku cari dalam Google je nombor telefon resort, terus aku call. Dia kata tak payah booking, walk in jer. Wah, nampak sangat orang pun dah tak ramai, ini yang syiok nih. Katanya, rate cuti sekolah RM150-160 untuk deluxe room, rate harga biasa pula RM130. Anak pun bukannya sekolah, nak buat apa berebut-rebut macam orang lain yang ada anak sekolah, ye tak?

Laman web resort: http://www.bbbr.my/

Sebenarnya, kami bukan sahaja ke Terengganu, kami juga ke sekitar Pahang dan Kelantan. Maklumlah carpacker. Mana je yang boleh lajak, kami serbu selagi ada masa, ruang dan tenaga. Cuma, kami tak menginap di Pahang atau Kelantan, jadi tak payah le booking hotel.

Setel bab resort, aku buat carian tempat-tempat menarik pula sekitar 3 negeri ni. Tuh dia, banyaknya dan macam-macam! Paling banyak di Pahang dan Terengganu. Bayangkan nak setelkan seluruh jalur jalanraya sepanjang pantai dari Kuantan ke KT, sikit punya banyak tarikan pelancongan yang ada.

Ok, semua tempat menarik aku masukkan dalam apps Evernote. Aku ikut dan jer, mana sempat aku singgah. Malas nak rushing-rushing. Kita nak relax, bukan stress.

Bersambung ke entri kedua, Carpacker 2015 – Pantai Timur – #2 Perjalanan, Temerloh dan Pusara Sudirman. Carpacker punya pasal, jam 5 pagi kami dah bangun!


Senarai entri yang dah siap:



  1. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #2 Perjalanan, Temerloh dan Pusara Sudirman
  2. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #3 Bandar Jerantut dan Mat Kilau
  3. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #4 Bandar Kuantan dan Restoran “Jiwa Merdeka”
  4. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #5 Beserah dan Cherating
  5. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #6 Sambung Perjalanan ke Kuala Terengganu dan Batu Burok Beach Resort
  6. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #7 Warung Nasi Dagang Kak Pah dan Sekitar Pantai Batu Burok
  7. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #8 Chinatown Kuala Terengganu dan Graffiti
  8. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #9 Kompleks Kraftangan Noor Arfa
  9. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #10 Makan Tengahari Gaya “Rare” dan Masjid Terapung
  10. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #11 Muzium Terengganu dan Keropok Losong
  11. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #12 Pantai Batu Burok dan Review Batu Burok Beach Resort
  12. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #13 Makan Steamboat di Pulau Duyong
  13. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #14 Landasan Keretapi Tumpat, Kelantan
  14. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #15 Overview Tok Aman Bali Beach Resort
  15. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #16 Aku jatuh cinta dengan Pantai Merang dan Overview Sutra Beach Resort
  16. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #17 Bazar Warisan dan Pasar Payang
  17. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #18 Taman Tamadun Islam
  18. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #19 Kuih-Muih Terengganu dan Masjid Terapung Sekali Lagi
  19. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #20 Bulatan Batu Bersurat, Kereta Kuda dan Istana Maziah
  20. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #21 Kota Lama Duyong
  21. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #22 Menunggu Matahari Terbit dan Keropok Kak Yah
  22. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #23 Menuju ke Kuala Berang dan Memorial Batu Bersurat
  23. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #24 Pantai Marang dan Berakhir Sudah Carpacker Pantai Timur Pulang Ke KL

Related posts:

Carpacker 2015 - Pantai Timur - #18 Taman Tamadun Islam
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #6 Sambung Perjalanan ke Kuala Terengganu dan Batu Burok Beach Resor...
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #10 Makan Tengahari Gaya "Rare" dan Masjid Terapung

Filed Under: Carpacker Pantai Timur, Kelantan, Malaysia, Pahang, Terengganu Tagged With: carpacker, carpackers, kelantan, pahang, pantai timur, terengganu

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020
  • Sembang #BorderClose Siri 1 – Segalanya Sangkut November 18, 2020
  • Ringkasan Perbelanjaan Kembara Overland dari Thailand ke Laos October 9, 2020
  • Ringkasan Peta Perjalanan Overland dari Thailand Hingga Laos October 4, 2020
  • Ringkasan 10 Bandar Utama Di Thailand Yang Kami Lawati September 27, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools Uncategorized United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain carpacker carpackers cihampelas ciwalk england ets ets train europe family backpacker family backpackers family traveler family travelers hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kembara laos kembara thailand kembara thailand-laos keretapi ets laos london london pass london transport london transportation london tube pantai timur pasar baru pra kembara sistem pengangkutan london surabaya thailand thailand-laos travel insurance travel insurans tren ets tube uk ulu langat underground tube united kingdom

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright © 2011-2021 · ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz