• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Carpacker 2015 – Pantai Timur – #3 Bandar Jerantut dan Mat Kilau

November 14, 2016 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 7 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #2 Perjalanan, Temerloh dan Pusara Sudirman. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Kami tak sempat untuk pusing di pekan Temerloh apatah lagi waktu masih pagi (lebih kurang 8.30 pagi) dan banyak kedai-kedai belum dibuka. Trafik pun tak sesak, memang amanlah kalau duduk kawasan-kawasan macam ni yang luar dari KL. Cuma aku terlepas nak bergambar dengan billboard “TEMERLOH” yang cukup popular dan terletak di tepi sungai Pahang.

“Sedap juga udara pagi di Temerloh….. surrpppp aku hirup puas-puas…..”


Gambar pinjam dari Google

Itu dia billboard “TEMERLOH” yang aku maksudkan.

OK. Terpaksa bekukan hajat termasuk ikan patin Temerloh. Nak berpatin-patin apanya pagi-pagi ye tak? So kami meneruskan perjalanan ke Jerantut menerusi jalan lama Temerloh-Jerantut. Aku lebih suka jalan lama atau lebih dikenali sebagai jalan negeri atau jalan persekutuan (federal). Macam-macam boleh usha sepanjang perjalanan dan boleh singgah di pekan-pekan kecil yang mungkin rare bagi sesetengah orang. Jimat pun jimat kan, tak payah masuk highway LPT.

Perjalanan ke Jerantut mengambil masa hampir sejam dengan jarak 60 km dari Temerloh. Dalam perjalanan dan melalui simpang ke Kota Gelanggi, sempat gak aku menjeling sambil berkata dalam hati… “Hai bilalah dapat rezeki melawat Kota Gelanggi ni?” Ada orang cerita, kotanya ada 7 tingkat. Yang nampak dek mata hanyalah 6 sahaja. Tingkat terakhir tu ghaib. Macam best jer kan. Hmmm, tak apalah, kami singgah lain waktu nanti.

Lokasi GPS yang aku setkan di Google Maps ialah “Pulau Tawar, Jerantut”. Entah macam mana, dalam beberapa kilometer menghala ke pekan Jerantut, terdapatnya simpang ke kanan menuju ke Pulau Tawar. Aku pun masuklah. Ishk-ishk takkan lah lorongnya macam sempit sahaja? Eh, ini jalan kampung! Tengok di peta memang ada jalan utama untuk ke sana. Inilah masalahnya kalau menggunakan GPS. Ia akan cuba sodok korang masuk ke lorong-lorong kampung asalkan perjalanan dikira “short cut”. Aku kalau boleh cadang nak bertandang ke makam beliau dulu kemudian baru pusing bandar Jerantut.

Plan sudah berubah.

Tak boleh jadi…. Aku berhenti kereta dan bertanyakan seseorang di kedai runcit. Tanya orang pertama, gaya macam orang bisu. Dia tunjuk jari suruh tanya orang kat kaunter pulak. Macam bola pula rasa. Katanya tempat tu terletak berdekatan pekan Jerantut. Terpaksa patah balik dan teruskan perjalanan ke pekan Jerantut melalui jalan utama tadi. Kali ni tak set GPS apa-apa dan ikut jer arah yang dia bagi tadi.

Sampai jer di pekan Jerantut, aku pun ternampaklah simpang ke “Kampung Mat Kilau”. Baiklah, itu mungkin kampungnya dan bukanlah makamnya. Kemungkinan makamnya berdekatan situ juga, aku bersangka…. Berdasarkan arah yang diberikan, katanya makam Mat Kilau terletak di tepi-tepi jalan. Kami pun mencari lagi….. dan lagi… dan lagi…. aik??? Tiba-tiba aku tersedar. Pulak dah.. ini jalan menghala ke Kuala Lipis dah. Ah sudah, silap lagi. Kalau diteruskan, memang aku boleh lajak sampai ke bandar Kuala Lipis dan singgah ke rumah mak Siti Nurhaliza.

Kami pun berpatah balik ke pekan Jerantut. Rasanya dekat 8 km jugalah kami menjauh dari bandar. Kira kaya jugaklah kami sebab mampu leburkan minyak 8km. Aku rasa, mungkin orang yang beri arahan tu ingat yang kami maksudkan “Kampung Mat Kilau” dan bukannya “Makam Mat Kilau”.

Tapi, bila menulis blog artikel ni dan usha kembali peta, makam Mat Kilau sebenarnya terletak di bahagian kanan Sungai Pahang. Di antara lokasi yang aku tersalah masuk tu dengan makamnya, bermakna perlu menyeberang Sungai Pahang. Kelihatan dalam peta tak ada pulak apa-apa jambatan atau titi. Kiranya, nasib baik jugalah kami menghala terus ke Jerantut.

Tapi tak mengapa. Dalam perjalanan patah balik, kami sempat singgah di sebuah taman dengan landskap yang sangat cantik yang bersebelahan dengan sebuah sekolah. Ianya juga dekat dengan simpang menghala ke “Kampung Mat Kilau”. Lagipun, bandar Jerantut ni macam-macam boleh diteroka dan kami pun sebenarnya first time ke sini.

Tuh dia! Cantik tak taman ni? Ia digelar “Taman Gerbang Warisan”.

Landskapnya sangat menarik. Terdapat juga banyak buaian boleh duduk sambil bersantai dan menikmati alam sekeliling.

Di tepi taman ini terdapatnya papan tanda yang menerangkan tentang pokok-pokok dan herba-herba tempatan yang berkhasiat untuk perubatan dan kesihatan.

Haa.. Inilah yang aku suka tentang taman ini. Bagusnya kerajaan negeri Pahang yang sentiasa mengenang dan memperingati jasa tokoh-tokoh lama Pahang. Di sini terdapatnya gambar dan maklumat ringkas tentang tokoh Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman dan Pawang Nong.


Seterusnya kami pusing-pusing sekejap bandar Jerantut. Aku pun cuba juga masuk ke lorong yang dikatakan “Kampung Mat Kilau”. Tercangak-cangak kepala aku cari kot-kot jumpa apa-apa yang menarik, tapi tiada. So, aku patah balik dan teruskan bergerak mencari makam Mat Kilau. Jaraknya dari Taman Gerbang Warisan lebih kurang 22 km dan mengambil masa 24 minit. Kami tiba di Pulau Tawar di sebuah masjid.  Sampai kat sini aku dah macam lost sebab banyak simpang atau lorong jalan kampung. Berdekatannya terdapat sebuah kedai runcit dan aku pun bertanya pada mereka. Katanya perlu lalu jalan kampung masuk ke dalam lagi.

Aku pun meneruskan perjalanan lagi dari masjid menuju ke makam. Peta di atas adalah koordinat GPS untuk digunakan bagi pembaca atau copy dan paste “3.881344, 102.420342” ke dalam Google Maps. Kelihatan Sungai Pahang yang begitu lebar terletak berdekatan kawasan makam iaitu tak sampai 250 meter jaraknya.

Lebih kurang 5 km dari masjid, kelihatan papan tanda “Makam Pahlawan Mat Kilau” yang agak besar di tepi jalan. Bertuahlah makam ni sebab papan tanda disumbang oleh Petronas Kerteh.

Inilah pintu masuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Boleh dikatakan kawasan ini seolah-olah dikhaskan untuk Makam Mat Kilau jer kerana terdapat sedikit kubur-kubur lain di situ.

Aku pun meletakkan kereta di hadapan pintu pagar memandangkan tiada sesiapa di sini yang memerlukan laluan keluar masuk. Kelihatan makam dari jauh. Kami pun menapak ke dalam.

Dah sampai! Inilah Makam Mat Kilau, antara pahlawan ulung Pahang menentang British. Sekian lamanya aku berhajat nak ziarah. Makamnya kelihatan dipenuhi sedikit tanah-tanah selut yang kering berkemungkinan dari banjir besar yang melanda pantai timur Disember 2014 yang lalu. Lagipun, Sungai Pahang begitu hampir dengan kawasan ni.

Siapakah Mat Kilau? Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu (dikenali masyarakat sebagai Tok Gajah). Beliau lahir pada tahun 1865 di Kampung Kedondong dan kembali ke rahmatullah pada 10 Ogos 1970 iaitu pada usia 105 tahun. Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari kampung yang sama. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

Setelah berkahwin, barulah beliau mula belajar silat dan menuntut ilmu kebatinan serta berkebolehan menggunakan keris dan parang. Dengan ilmu batin, Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Bapanya Tok Gajah juga merupakan gurunya manakala Haji Osman (dikenali juga sebagai Haji Muntuk) merupakan guru agamanya. Haji Muntuk seterusnya berpindah ke Pekan menjadi Mufti Negeri Pahang.

Kebetulan ada penyapu di tepi makam. Tatie pun membantu membersihkan kawasan makam yang penuh dengan debu tanah-tanah selut atau liat yang telah mengering sebelum bertolak ke Kuantan.

Sayang seribu kali sayang. Disebabkan aku mengejar masa untuk ke Kuantan dan seterusnya ke Kuala Terengganu, terpaksa batalkan hajat untuk  menziarah Masjid Pulau Tawar yang menjadi bukti tempat di mana Mat Kilau telah mengumumkan dirinya yang setelah sekian lama bersembunyi.

Artikel tentang masjid tersebut boleh rujuk laman https://hazis.wordpress.com/sejarah-negeri-pahang/perjuangan-mat-kilau/.

Kehadiranmu tidak dijulang, pergimu bukan mahu dikenang orang. Bukan nama yang dicari tapi jasa dan pengorbananmu tetap abadi menjadi sanjungan. Al-Fatihah buat pejuang Melayu Mat Kilau bin Imam Rasu.

Selesai jer menziarah Makam Mat Kilau, kami bergerak semula ke masjid yang dilalui awal tadi. Tatie plan nak mandikan dan tukar baju Aqif yang dah kotor dan ‘berlemoih’ dengan tanah selut kering. Tebal jugaklah selut di situ, rasanya 5mm. Jam menunjukkan 11.30 pagi. Nak tunggu Zohor lama lagi, so kami teruskan perjalanan ke Kuantan.

Berapa kos ke Jerantut (ikut harga semasa, kecuali makan/minum)?

  • Minyak kereta masih ada 1/4.
  • Tol – Tiada.

Bersambung di artikel seterusnya……… Carpacker 2015 – Pantai Timur – #4 Bandar Kuantan dan Restoran “Jiwa Merdeka”.



Related posts:

Carpacker 2015 - Pantai Timur - #15 Overview Tok Aman Bali Beach Resort
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #6 Sambung Perjalanan ke Kuala Terengganu dan Batu Burok Beach Resor...
Jalan-jalan Hulu Langat hingga pekan Ampang

Filed Under: Carpacker Pantai Timur, Malaysia, Pahang

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz