• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Carpacker 2015 – Pantai Timur – #6 Sambung Perjalanan ke Kuala Terengganu dan Batu Burok Beach Resort

November 17, 2016 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 4 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #5 Beserah dan Cherating. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Dari pantai Cherating, kami cari port untuk mandikan Aqif sebelum masuk waktu Maghrib. Aku tak pasti lokasi yang kami berhenti, mungkin di antara jalan Dungun ke Marang. Masjidnya kecik jer dan di bahagian belakang ada tandas yang banyak. Kami tengok tak ada orang terus mandikan Aqif. Selesai mandi, kami tunaikan pula kewajipan.


Tapi tahukah korang jalan yang kami lalu bukanlah melalui highway LPT2 tapi melalui jalan-jalan lama sepanjang pantai hingga ke KT? So, masa yang diambil pun lama. Aku tak kisah, sebab aku enjoy jalan lama. Mungkin bagi setengah orang, jalan lama ni leceh, lembab, renyah dan payah, tapi tidak bagi kami. Macam-macam ada di tepi-tepi dari kedai kain batik, jual sotong basah/kering, wau, restoran-restoran dan lain-lain lagi. Cuma, time kami di jalan lama ni hari pun dah malam (jam 8pm – 10pm), tak banyaklah yang boleh dilihat dan diusha. Itupun dah gerak awal dari KL pun masih tak cukup masa, dasar manusia! ๐Ÿ˜€

Seterusnya kami bergerak terus ke Kuala Terengganu dan berhajat untuk bermalam di Batu Buruk Beach Resort. Ada sebab kenapa kami memulakan pengembaraan pada tarikh ini kerana minggu sebelumnya adalah cuti sekolah. Jadi, kalau dah cuti bermakna hotel dan resort pun penuh, harga pun melambung tinggi. Kami pun belum ada anak yang bersekolah, jadi buat apa termasuk dalam “program manusia sedang berebut-rebut”? Hehehe

Kami tiba di Kuala Terengganu hampir jam 10 malam dalam keadaan yang amat letih sekali. Aqif dan Tatie pula dah tidur di belakang.

Kebetulan pulak, aku lalu sebelah dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah dan lebih popular disebut sebagai Masjid Terapung Terengganu. Terus aku pancung ke simpang kanan. First time tengok. Aku parking kereta tepi berhampiran dengan titi kecik ni. Ajak Tatie tak mahu pula, penat sangat dah katanya. Ok, endup aku layan sorang-sorang view di luar kawasan masjid. Cantik betul. Memang plan nak singgah waktu malam untuk bergambar.

Ada taman di sini, tak pasti dibenarkan orang awam port waktu malam atau tidak
Lagi gambar kawasan taman

Layan lagi dua keping gambar bahagian sisi kiri masjid terapung.

Ok dah sampai Batu Buruk Beach Resort. Memang rugi sikit sebab check in dah hampir tengah malam. Aku terus ke kaunter untuk check in dan minta dorang stay kejap dalam kereta. Aku request bilik bahagian bawah dan menghadap laut. Cun! Nasib baik ada. Selesai jer, terus aku ajak Tatie dan Aqif dinner di restoran yang berdekatan iaitu Warung Pak Maidin. Jalan kaki jer. Bag tinggal dalam kereta dulu, kita sahut panggilan perut, pankreas, hati dan hempedu.


Muka Aqif pun dah penat. Bayangkan dari jam 6 pagi memulakan perjalanan sampai jam 10 malam, hampir 16 jam bersengkang mata! Aku lah yang teruk sebab jadi driver. Takpe, untuk anak dan isteri juga…

Muka aku masih bertenaga, ilmu apalah agaknya yang aku pakai? Harga makan/minum di sini oklah not bad. Walaupun di kelilingi resort dan hotel, dalam RM20 lebih jer.

Ok di belakang aku tu lah deret kedai-kedai makan yang ada warung Kak Pah yang terkenal nasik dagang tu. Dekat kan dengan resort BBBR? Walaupun resort ada bagi free breakfast, jangan haraplah nak makan. Hari-hari kami jadi tukang tenggek, tukang beratur dan tukang makan kat depan warung Kak Pah.

Kami dapat bilik 003. Satu yang aku tak puas hati pasal BBBR ni, lain semua ok tapi bilik yang dekat dengan reception ni pun tak dapat WiFi free. Dah tu pulak, line Celcom boleh pulak EDGE jer! Malam-malam melayan kebosananlah kami.

Apa ingat kami sampai jer terus nak melabuh atas katil sebab penat? Jangan harap! Apa lagi….. terus terjah kawasan pantai walaupun dah malam dan tak nampak apa. Saja je nak ambil angin laut.

Kebetulan ada lah seorang pekerja resort di situ, aku pun tanya pantainya boleh mandi ke? Katanya tak boleh. Memang sepanjang pantai timur ni dari Johor sampai Kelantan, kebanyakan tak boleh mandi, Setiap tahun ada je pelancong yang mati lemas. Kalau sekadar nak main-main kat gigi air tu boleh jer.

Berapa kos Beserah-KT (ikut harga semasa, kecuali makan/minum)?

  • Minyak kereta: Mengikut jenis kereta masing-masing.
  • Resort BBBR per night: RM130
  • Beserah ke KT: tiada tol

Ok semua dah penat, bantal pun dah memanggil-manggil. Aku tidur tak sedar apa dah. Bersambung ke entri seterusnya…. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #7 Warung Nasi Dagang Kak Pah dan Sekitar Pantai Batu Burok.



Related posts:

Carpacker 2015 - Pantai Timur - #15 Overview Tok Aman Bali Beach Resort
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #16 Aku jatuh cinta dengan Pantai Merang dan Overview Sutra Beach Re...
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #22 Menunggu Matahari Terbit dan Keropok Kak Yah

Filed Under: Carpacker Pantai Timur, Malaysia, Terengganu

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz