Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #7 Warung Nasi Dagang Kak Pah dan Sekitar Pantai Batu Burok. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Chinatown Kuala Terengganu (CKT) dah banyak dibuat review dalam blog-blog. Walaupun dah banyak review, tapi aku perasan tak ramai yang datang ke sini. Apa yang menariknya tentang CKT ni berbanding Chinatown yang lain? Ianya penuh dengan hasil seni, arca dan graffiti menarik. Memang salah satu spot menarik yang kami letakkan sebagai priority bila ke KT.
Dari pantai, kami bergerak ke CKT. Tak jauh pun, dalam 4 km jer. Bandar KT ni tak lah sesak sangat walaupun hari tersebut ialah Khamis dan ramai orang masih bekerja. Cuaca terik tapi teriknya lain kerana kelembapan udara ‘disimbah’ dengan udara laut.
Dalam GPS memang boleh cari lokasi CKT, tapi untuk lokasi entri jalan yang paling tepat, aku bagi korang koordinat mudah iaitu “5.334890, 103.135024“. Apa kelebihannya jika masuk melalui entri jalan tu? Korang akan mendapat skim pembiayaan mudah perumahan dengan interest tahunan terendah 1.5%. Acah jer…. bertuahlah sangat dapat interest 1.5%!!
Ok serius skit, entri dari arah jalan tu sebenarnya adalah permulaan jalan CKT dan ‘ngam-ngam’ untuk dapat nikmati banyak hasil seni di area tu. Jalannya sehala, jadi pastikan masuk je Jalan Kampung Cina, terus dapatkan spot parking. Jangan sampai ke hujung sangat tau. Panjang jalan ni yang penuh dengan hasil seni hanyalah 200 meter je, tak perlu kalau terpaksa menapak jauh-jauh.
Adeh, macam mana aku nak sort dan pilih gambar ni. Terlalu banyak di sini. Takpe, aku mulakan dengan gambar kedai apek jual mangga cinta. Apa tu mangga cinta? Jeng jeng jeng….
Boom!! Tuh dia punya banyak mangga cinta. Masing-masing nak ‘seal’ cinta tulus ikhlas suci murni bersama aweks-aweks, pakwe-makwe, marka-marka, gewe-gewe, pacar-pacar dan bf-gf. Tapi kitorang tak beli pun sebab dah lama ‘seal’ dengan surat nikah yang confirm ‘seal’ sampai akhirat, insyaAllah.
Tatie berposing dan Aqif pula tengah dok pelik, apa kebenda mangga banyak-banyak nih?
Tapi dalam banyak-banyak yang aku paling minat, nih haa. Steering lock weh… rare skit. Korang hado?
Ok ni pemandangan lorongnya. Kecil jer, tapi tahukah korang, ada banyak lagi lorong-lorong begini dan masing-masing ada hasil seni yang berbeza-beza. Menarik tau uols!
Jom masuk lorong lain pula, ada graffiti lukisan Taj Mahal, Petra di Jordan dan lain-lain lagi.
Papan tanda informasi di CKT. Nampak tak lorong di hujung tu? Itu pun salah satu lorong yang ada macam-macam hasil seni.
Kami ke lorong lain. Eh.. macam kat London pula, ada pondok telefon merah. Aku rasa, yang ni memang pondok telefon lama zaman dulu di Malaysia tapi diwarnakan merah.
Di sebelah pondok telefon ada lukisan dinding, menarik juga. Ianya merujuk pada lifestyle dan kebudayaan bangsa Cina di Terengganu.
Masuk lorong seterusnya, ada pula hasil kreativiti menggunakan atap zink dan diwarnakan dengan pelbagai jenis warna.
Di bahagian atas pula ada kain-kain rentang juga dengan pelbagai warna.
Atap zink tu ‘merebak’ sampai ke bahagian belakang kawasan kedai-kedai. Sebenarnya, kawasan belakang ni dah menghala ke kawasan River Cruise. So, kalau bawa kereta melalui jalan di belakang, memang boleh nampak atap-atap ni. Ok korang nampak batu-bata warna-warni tu?
Nih haa… cantik kan? Aku saja snap close shot.
Ternampak pula pintu antik yang dah lama, mungkin sebelum zaman Merdeka lagi.
Alang-alang dah ada dekat belakang menghadap River Cruise, kami pun bergambar dengan graffiti. Jom kita layan lagi gambar… memang kreatif anak-anak Terengganu.
Macam-macam kan? Kalau aku jadi Datok Bandar, memang aku akan galakkan lagi kawasan-kawasan yang hotspot pelancongan agar banyak lagi lukisan-lukisan graffiti.
Ok, kami masuk semula ke lorong tadi untuk ke CKT dan menghabiskan lorong-lorong yang lain. Eh, ada lukisan “perempuan melayu terakhir” pula di dinding pondok kecik ni. Giler banyak gambar aku nak tunjuk korang.
Stairway to heaven…..
Kepenatan dan berehat sebentar di pondok ayam…
Sebuah rumah lama yang masih wujud di belakang CKT dan berhadapan dengan pondok ayam tadi.
Tak pasti apa yang dia buat, mungkin tengah cabut bulu hidung.
Di sini juga ada sebuah perigi lama. Siap dibina benteng di sekelilingnya.
Seorang pelancong yang mengikuti kami sekejap dari belakang, mungkin dia nak tengok apa yang kami tahu tentang CKT. Kemudian kami masuk ke lorong di belakangnya.
Lorong ni banyak payung warna-warni. Bagi korang yang pernah ke Floria Putrajaya atau Empire Damansara, mungkin dah biasa tengok payung macam ni.
Lorong payung ni banyak potret-potret dan biodata ringkas tentang YB-YB dari bangsa Cina yang pernah berkhidmat di Terengganu.
Pintu ni biasa je tapi sebab aku minat lukisan kanak-kanak yang sedang merangkak dan berlari di atasnya. Korang perasan tak? Sekali tengok memang tak perasan.
Selesai dah melawat semua lorong yang ada. Itu je. Kami dah check habis-habis sampai hujung memang tak ada lagi. Bagi aku cukuplah banyak tu pun dah best. Ok, ni pula gambar sekitar Jalan Kampung Cina.
Masing-masing dahaga sebab panas terik. Aku pun belikan air sorang satu untuk dorang. Ada pulak sebuah motor lama yang custom made di kedai runcit Cina tu.
Aqif lega dapat air kotak untuk dia sorang-sorang.
Lepas dah caj bateri badan, kami pun menapak ke hujung lagi nak usha apa lagi yang ada di CKT.
Ada satu kawasan lapang di sini, boleh nampak River Cruise.
Ada pulak beca tengah park tapi tuan dia takda. Apa lagi, yip yip hoorey terus bergambar. Excited sebab becanya pelik sikit.
Di sebelah beca tu ada pentas, aku rasa tanah lapang ni memang dikhaskan untuk show atau opera Cina.
Comel pula rumah kecik ni yang terletak di kiri pentas. Changing room maybe..
Kami pun berangkat ke port seterusnya sambil menyusuri pintu gerbang CKT. Sebenarnya, bagi aku lah, banyak lagi benda menarik yang boleh diteroka di CKT ni. Kalau korang dah sampai sini, cubalah menapak sampai ke hujung tu usha-usha lagi apa yang ada.
Ke mana pula seterusnya? Jam pun baru 11.30 pagi. Kita ke Kompleks Kraftangan Noor Arfa! Haa korang yang pompuan sukalah… kan?????
Kos di CKT (ikut harga semasa, kecuali makan/minum):
- Minyak kereta: Mengikut jenis kereta masing-masing.
- CKT: Tiada
Bersambung seterusnya ke Carpacker 2015 – Pantai Timur – #9 Kompleks Kraftangan Noor Arfa.
Leave a Reply