• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Backpackers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 3 – Wat Yannasen & Wat Thammikarat

November 12, 2019 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 7 minit

Print 🖨 PDF 📄


Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 2 – Berbasikal Pertama Kali Di Thailand & Melawat Wat Ratchaburana

Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos


Dari Wat Ratchaburana, kami mengayuh basikal ke Wat Yannasen pula.

Kayuhan kami dalam 900 meter. Jarak yang tak perlu meneguk 100 plus atau acah-acah kepenatan seperti baru lepas sprint di stadium Velodrome. Dalam Google Maps, ia juga dikenali sebagai Wat Yan Sen.

Sepanjang mengayuh di Ayutthaya, keadaan jalanrayanya kurang menyenangkan. Bukan kerana kenderaan yang dipandu laju, tapi kerana kelebaran bahu jalan yang agak sempit dan adakalanya membuatkan kami tersasar ke tepi bahu jalan atau menghentikan kayuhan semata-mata untuk menjarakkan diri dari kenderaan besar seperti bas.

Jadi, aku menyuruh Tatie yang membawa Aqif agar berbasikal di hadapan aku dan aku pula di belakang sebagai penghadang sekiranya berlaku kejadian yang tak diingin. Berkorban apa saja………

Inilah Wat Yannasen. Untuk pengetahuan pembaca, kami hanya memburu wat yang tergolong dalam top 10 dalam Tripadvisor. Penat weh kalau nak cover wat-wat lain yang kurang tarikan tapi sesuai pula bagi pemburu sejarah. Walaubagaimanapun, Wat Yannasen ini bukan kategori top 10. Hanya disebabkan ianya berdekatan dengan Wat Ratchaburana, jadi kami pun terjah. Rembat saja mana yang sempat daripada tak ada hasil langsung.

Ya, bakul aku kat depan tu khas untuk air mineral seisi keluarga.

Bakul Tatie pula khas untuk makanan ringan seisi keluarga. Sebenarnya, wat yang tua seperti ini masih boleh dipakai. Antara berani atau tidak sahaja untuk memanjat ke atas baik bagi golongan adventurer atau penganut Buddha yang ingin bertapa di dalam lubang itu. Jenis binaan menggunakan ribuan batu-bata membuatkan aku tak berani melangkah menaiki tangganya.

Lubang pintunya dikenali sebagai Reun That (relic chamber). Ia dibina sekitar 1600-1700an.

Di sebelahnya ada chedi yang agak kecil.

Chedi juga dikenali sebagai Pagoda. Kesilapan aku sebelum ini ialah menganggap chedi adalah panggilan tempatan bagi stupa. Ada juga chedi yang digabungkan dengan stupa contohnya seperti chedi ini. Dari penggunaan bahan-bahan binaan, dianggarkan yang chedi ini dibina pada tahun 1800an.

Lihatlah bagaimana binaan zaman dulu yang begitu berseni serta menggunakan bahan yang kukuh.

Ini adalah tapak chedi. Hanya tinggal tapak dan atasnya dah hilang.

 

 

Bergambar kenangan terakhir. Mungkin tidak lagi akan datang ke sini memandangkan tiada tujuan lanjut melainkan penganut Buddha yang ingin melakukan lawatan bersejarah.

Walaupun Wat Yannasen tidak lagi digunakan untuk upacara keagamaan, akan tetapi dibina sebuah wat moden di sebelahnya bagi ‘menumpang’ aura wat.

Secara keseluruhannya, Wat Yannasen tidak berbaloi untuk dilawati kerana tiada apa yang menarik di sini bagi ‘average tourist’ kecuali kalau pembaca tiba-tiba lalu di kawasan berhampiran. Tapi kebaikannya pula, tiada kebanjiran pelancong dan menenangkan minda.

Mari kita berkayuhan pula ke Wat Thammikarat yang terkenal dengan ayam yang banyak. Dari jauh kelihatan dua orang pelancong barat berjalan kaki ke sini. Apa, berjalan kaki? Susah sangat ke nak mengayuh basikal?

Wat Thammikarat hanya terletak 280 meter sahaja dari sini.

Dalam kesemua Wat di Ayutthaya, aku sangat meminati Wat Thammikarat dan sebuah lagi iaitu Wat Maha That (aku akan tuliskan nanti). Ini kerana, di sini terdapat banyak sekali hasil seni yang kreatif dan terdiri dari patung/arca yang juga diukir dari kayu. Adakah berbaloi? Ya, sangat-sangat!

Di sini juga satu-satunya wat yang perlu membayar tiket masuk sebanyak THB50 (RM6.00) bagi setiap orang dewasa.

Wat Thammikarat (juga dikenali sebagai Wat Dhamikaraj) adalah sebuah kuil besar yang terletak tepat di sebelah timur Royal Palace of Ayutthaya. Kedekatan dan saiznya memberi kesaksian kepada kepentingannya dalam tempoh Ayutthayan, tetapi ia tidak diketahui dengan tepat ketika kuil itu diasaskan. Legenda tempatan menunjukkan bahawa ia mungkin mendahului penubuhan Ayutthaya sendiri pada abad ke-14; jika ya, bangunan-bangunan masa kini hampir pasti merupakan penyusunan semula tempoh Ayutthayan awal. Sesetengah bukti zaman kuno termasuk seorang kepala gangsa besar Buddha yang ditemui di sini. Satu lagi ciri antik adalah tokoh singa (singh) yang mengelilingi chedi utama yang sama seperti motif Khmer yang dilihat di Angkor, sebuah bandar yang mencapai kemuncaknya beberapa ratus tahun sebelum penubuhan Ayutthaya.


Di sinilah Prince Si Sin yang memberontak diletakkan sebagai ‘house arrest’ selama pemerintahan Raja Cakkraphat (pertengahan abad ke-16). Ketika umurnya layak menjadi sami, Raja Ayutthaya memanggilnya, tetapi didapati dia telah melarikan diri tiga hari sebelumnya. Raja memerintahkan Cho Phraya Maha Sena rasmi untuk mencari dia. Walaupun ditemui kemudiannya, putera yang memberontak itu dapat mengumpulkan sejumlah pengikut dan menyerbu istana raja, memaksa raja untuk melarikan diri dengan tongkangnya. Walau bagaimanapun, pemberontakan tidak kekal lama dan Si Sin dibunuh dengan senjata api. Para pengikutnya dihukum mati, dan “raja memerintahkan hukuman mati dalam jumlah besar”.

Di sini kami terus masuk ke bangunan utamanya untuk melihat ‘reclining Buddha’ (Buddha berbaring).

Aku berjalan sehingga ke hujung sebabnya……….

Kerana nak bergambar dengan mukanya, hehe.

Ini pula posisi badan.

Dan akhir sekali di bahagian kakinya. Kelihatan seorang tok sami yang bersedia menunggu di sini bagi sesiapa yang ingin memohon hajat, penyucian diri dari badi dan sial dan sebagainya.

Sedekah seikhlas hati, hehehehehe. Namun disebabkan beliau tahu yang kami ini Islam, jadi tidaklah dipanggil atau dilambainya pada kami (orang lain dia akan panggil atau buat sedikit hand gesture dari jauh).

Chedi yang digabungkan dengan stupa. Pada pendapat aku, ini adalah binaan yang paling tua di sini.

Lalu kami menapak keluar ke bahagian lain dan perlu melalui laluan pejalan kaki. Apa yang aku tertarik di sini ialah, apa tujuan meja solek dan cermin di situ?

Nah, inilah ukiran yang paling aku sukai. Bagi pengkaji ilmu hakikat, mungkin anda sudah mengetahui apa kiasan yang cuba disampaikan dalam ‘rombongan’ kapal ini. Hanya satu jawapan yang aku boleh katakan, dunia ini ibarat kapal dengan pelbagai jenis rombongan. Ada yang baik, ada yang buruk. Semuanya mengandungi sifat berlawanan tapi kedua-duanya menuju satu destinasi atau pemahaman tentang pengertian hidup. Semua rombongan dikepalai oleh ketua rombongan dengan pelbagai gelaran yang diberikan mengikut pada acuan tempatan dan bangsanya.

Inilah koridor yang aku maksudkan.

Asia Tenggara ini merangkumi pelbagai jenis haiwan mistik. Patung-patung putih itu digelar gryphon (griffon) dan tiada terjemahan bahasa Melayu dan disebut sama sahaja sebagai grifin.

Apa lagi haiwan mistik di Asia Tenggara? Helang gergasi (Langkawi), singa berkaki ikan (Singapura), garuda (Indonesia) dan banyak lagi.

Wat ini mendapat jolokan sebagai ‘wat ayam’ bagi kebanyakan pelancong. Dah nampak kenapa? Ini baru dua ekor ayam.

Untuk menuju ke sebuah monumen yang juga agak lama, kami perlu melalui sebuah tapak bersembahyang. Seolah-olah baru didirikan di sini mungkin aas permintaan kerana melihat pada ruang sembahyang yang hanya sekadar kain kanvas semata.

Aku suka monumen seperti ini. Sangat unik bagi aku. Ada beberapa buah tiang yang telahpun runtuh. Timbul tanda tanya, adakah dahulunya ini sebuah dewan sembahyang yang besar dan di atasnya terdapat bumbung atau atap?

Aqif memanjat ke atas salah satu tapak chedi yang ada di sini.

Tiang-tiang yang kelihatan menarik bagi aku.

Ok, inilah dia ribuan ayam di sini. Bukan hanya dua ekor.

Entah kenapa ayam menjadi simbol di sini berbanding patung-patung Buddha dan sami. Ayam tu besar ye, menjangkau saiz ketinggian orang dewasa. Menurut maklumat di sini, ayam mewakili simbol nasib dan kekayaan yang baik.

Mungkin ribuan ayam jantan di sini kerana dibawa dan diletakkan oleh penganut Buddha untuk memperoleh kekayaan dalam apa yang diceburi.



Sebuah kepala patung yang diletakkan dalam kelopak bunga teratai. Aku sebenarnya dah terasa nak termuntah pula (bukan muntah betul) di Ayutthaya dek kerana mula terasa muak melawat tempat-tempat sejarah yang bentuknya rata-rata hampir serupa. Apa boleh buat, kota Ayutthaya ni sememangnya dikenali sebagai kota bersejarah dan itulah tarikan utamanya. Ayuh kita ke Ayutthaya Historical Park pula.


Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 6 - Part 1 - Selamat Tinggal Hua Hin dan Perjalanan ke Maeklong Railway...
Kembara Thailand - Laos: Day 6 - Part 2 - Maeklong Market dan Railway Station di Samut Songkhram
Kembara Thailand - Laos: Day 8 - Part 1 - Makan Tengahari di Chakrapong Mosque dan Melawat Coin Muse...

Filed Under: Ayutthaya, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020
  • Sembang #BorderClose Siri 1 – Segalanya Sangkut November 18, 2020
  • Ringkasan Perbelanjaan Kembara Overland dari Thailand ke Laos October 9, 2020
  • Ringkasan Peta Perjalanan Overland dari Thailand Hingga Laos October 4, 2020
  • Ringkasan 10 Bandar Utama Di Thailand Yang Kami Lawati September 27, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools Uncategorized United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain carpacker carpackers cihampelas ciwalk england ets ets train europe family backpacker family backpackers family traveler family travelers hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kembara laos kembara thailand kembara thailand-laos keretapi ets laos london london pass london transport london transportation london tube pantai timur pasar baru pra kembara sistem pengangkutan london surabaya thailand thailand-laos travel insurance travel insurans tren ets tube uk ulu langat underground tube united kingdom

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright © 2011-2021 · ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz