• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 10 – Part 1 – Hua Lamphong Railway Station & Perjalanan ke Lopburi

November 12, 2019 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 4 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 9 – Part 7 – Khao San Road & Suzie Walk

Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos

Tarikh Kembara: 6 Januari 2017
Hari ke: 10
Lokasi: Bangkok & Lopburi


Kelam-kabut kami pagi tu sebab agak lewat bangun dari waktu yang sepatutnya. Apa tidaknya, tren ke Lopburi akan berangkat jam 4.20 pagi dan kami bangun 1 jam 15 minit sebelumnya! Nasib baiklah jarak dari hostel ke Hua Lamphong Railway Station tak berapa jauh.

Rasanya pada waktu inilah packing kami tercepat dalam sejarah. Mandi pun 3 minit sahaja setiap seorang. Inilah akibatnya bersengkang mata scroll-scroll phone melayan FB, Twitter, IG dan lain-lain. Sedar-sedar dah jam 1 pagi lebih.

Semua barangan kami sekadar jolok ikut mana yang sempat dalam backpack. Kemudianlah baru susun elok-elok. Yang penting, semua barangan tiada langsung yang tertinggal di hostel.

Selesai semua, kami menapak dari Hostel Barnana menuju ke jalan besar. Lebih kurang 35 minit sahaja lagi untuk tiba di Hua Lamphong. Sempatkah? Jarak dari hostel ke jalan besar lebih kurang 100 meter tapi dia punya terasa seperti menapak 2 km. Dalam hati, bilalah nak sampai ke jalan besar woi!

Tak sampai 3 minit di jalan besar, dapat juga tahan sebuah teksi dengan tambang seingat aku dalam THB150 (RM18). Mahal pun mahallah. Kalau jalan kaki pun dalam 4.3km sahaja pun.

Lega hati bila sampai ke Hua Lamphong Railway Station. Tapi pintu masuk ke ruang dalam masih belum dibuka. Kami melepak luar dahulu. Lebih kurang 15 minit menunggu barulah dibenarkan masuk. Kelihatan ramai yang berbaring di luar seperti berkampung atau ber-camping semalaman.

Kami melabuhkan backpack terlebih dahulu sebelum aku ke kaunter untuk membeli tiket. Jadual ke Lopburi sebenarnya aku dah perolehi sehari sebelumnya. Dengan berpandukan jadual itulah yang aku tahu tren akan berangkat ke Lopburi jam 4.20 pagi.

Sebenarnya, terdapat banyak waktu berlepas dari Bangkok ke Lopburi dalam sehari. Dalam sehari, ada 24 kali tren! Tapi, jumlah tren yang ke Lopburi hanya 13 sahaja. Sengaja kami pilih yang terawal sebab nak terjah dua tempat serentak iaitu Lopburi dan Ayutthaya. Tren ini adalah komuter dan bukannya tren ekspress.

Di sini ada sudut khas kafeteria dan terdapatnya warung halal. Lihat tanda bulan dan bintang di gambar atas. Tapi pada jam 4 pagi ni, tiada warung makan yang dibuka.

Awal pagi pun dah ramai orang di sini. Dapatlah juga kami merasa seperti pengembara. Sehari sebelum, gaya seperti pelawat sahaja kerana tidak membawa beg galas pakaian.

Kalau datang ke sini, pastikan untuk bergambar di bahagian terminal tren terutama di bahagian tengah dan akan kelihatan bumbung terminalnya serta tren yang memanjang. Bahagian terminal tak boleh masuk tanpa tiket. Jadi dinasihatkan, apabila sampai dari selatan (Hat Yai) atau utara Thailand (Chiang Mai), terus sahaja bergambar dalam terminal.

Jam dah pun 4.20 pagi tapi pintu ke terminal masih belum dibuka. Aku pun jalan-jalan dalam ruangan utama ni sampai berjumpa dengan “tok pekong vending machine”. Pilihlah apa kau mau untuk masa depan, nak oih.

Ini pula bilik sembahyang untuk semua agama. Tapi aku tak pasti apa sebab ada ukuran ketinggian bagi kanak-kanak dan dewasa.


Sebaik sahaja pintu ke terminal dibuka, kami pun meluru masuk macam kambing terlepas kandang. Bila travel ni, anxiety sangat kuat. Takut itu, takut ini. Takut terlepas tren, takut terlelap dan terlepas stesen, takut kena kejar anjing, takut kena samun, takut terberak dalam tren dan pelbagai jenis takut.

Jadi, amatlah rugi sebab bergambar di bahagian tepi terminal dan bukan bahagian tengah.

Inilah tiket tren untuk dua orang dewasa. Dijangka tiba jam 7.05 pagi. Harga teramatlah murah untuk perjalanan 2 jam 45 minit iaitu THB28 (RM3.00). Kanak-kanak usia 3 tahun 10 bulan seperti Aqif, tiada bayaran.

Muka mengantuk dan letih dari siang hari semalam masih perjuangan belum selesai.

Ketika ni jam baru 5.05 pagi. Aqif dan Tatie, dua-dua sambung semula tidur. Bapak seperti aku wajib bersengkang mata.

Ini stesen keretapi Ayutthaya dan tiba di sini jam 5.49 pagi. Walaubagaimanapun, sini bukanlah lokasi yang kami perlu turun. Untuk pengetahuan pembaca, jika dari Bangkok dan menuju ke utara, akan bertemu stesen Ayutthaya terlebih dahulu dan kemudiannya barulah Lopburi. Bermakna, selepas kami pusing-pusing di Lopburi dan ingin ke Ayutthaya, seolah-olah menaiki tren ke selatan iaitu seperti kembali ke Bangkok semula. Jarak dari sini ke Lopburi pula lebih kurang 1 jam 10 minit.

Kami sangat teruja menanti untuk sampai ke Lopburi. Maklum sajalah pada bulan November hingga Januari merupakan musim bunga kembang setaman. Sambung di sini pula tuan-tuan dan puan-puan, keindahan ladang bunga Matahari yang begitu besar sekali!



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 5 - Part 2 - Wat Hua Mongkol
Ringkasan 10 Bandar Utama Di Thailand Yang Kami Lawati
Kembara Thailand - Laos: Day 10 - Part 2 - Lopburi Sunflower Field

Filed Under: Bangkok, Lopburi, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz