• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 13 – Part 1 – Vientiane, Lao National Culture Hall & Lao National Museum

May 9, 2020 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 7 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 12 – Part 2 – Senibina Unik Di Buddha Park

Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos

Percutian ke Laos ini menjadi hambar setelah berlaku kes hampir nak bergaduh dengan penunggang tuktuk.


Entri ini adalah hari ke-13. Pada hari sebelumnya iaitu hari ke-12, selepas balik dari Buddha Park dan menaiki bas menuju ke terminal bas Vientiane, kami berhenti di tepi jalan besar kerana bas tidak masuk ke kawasan dalam terminal bas Khua Din yang dianggap terminal bas utama bagi Vientiane.

Dengan ketiadaan sim kad Laos, dengan belum buat tukaran duit lagi dan yang tinggal hanya duit baht yang sangat terhad dan hotel pun tak booking apa-apa, kami tiba-tiba agak kebuntuan. Kami melabuhkan dahulu backpack dan mula memikirkan solusi. Ke mana nak tuju? Aku hanya harapkan HERE maps dan MAPS.ME sahaja yang terlebih dahulu download versi offline. Itupun bukan semua lokasi updated dan bukan mudah untuk mencari kerana nama-nama tempat di sini kebanyakkannya dalam tulisan Laos.

Lokasi bas berhenti dan menurunkan penumpang. Sumber gambar dari Google.

Dari kejauhan aku ternampak sebuah tuktuk motorsikal di seberang jalan. Aku pun melintas jalan sambil keluargaku pula menunggu di tepi backpack. Aku pun bertanya tentang harga dari sini menuju ke lokasi yang aku rasa terdapat banyak deretan hotel. Lebih tepat lagi berdekatan dengan Chao Anouvong Park yang selalu diadakan night market.

Jarak hanyalah 1.3 km sahaja. Aku pun bertanya, berapa harganya untuk seisi keluarga. Dia pun sebutlah “fifteen thousand kip”. Silap aku tak keluarkan phone dan menaip angka 15 atas kalkulator sebagai pengesahan. Lalu aku pun setuju dan kami pun menujulah ke Restoran Dhaka yang katanya menghidangkan makanan muslim.

Elok sampai sahaja, tiba-tiba “fifteen” bertukar menjadi “fifty”. Wah, mengamuk sakan aku di situ. Mengikut tukaran sekarang, 15 ribu kip bersamaan RM7.30 dan 50 ribu kip pula RM24. Amboi, beza hampir RM17 untuk perjalanan 1.3km je! Aku pun bertekak gaya macam nak bertumbuk. Dia ingat aku tak berani, tapi aku sengaja berdiri hidung bertemu hidung dengan jarak hanya 10cm. Suara aku mula kuat sampaikan tiga orang mat saleh yang tengah melepak minum di bahagian luar restoran memandang aku. Dia tak puas hati sampai nak panggil geng tuktuk yang sedang berlabuh di lorong bersebelahan.

Nasib baiklah geng tu pun buat tak layan. Dia pun mati akal, aku diam sekejap. Diam kerana masih penat bukan kerana buntu. Malas nak bercerita panjang, aku pun keluarkan baki duit baht yang masih ada bersamaan RM15. Aku pun bagi sajalah dan cakap yang ini saja yang aku ada. Lama-lama dia pun setuju. Lepas ambil duit dan melangkah pergi, tiba-tiba dia berpatah balik, salam dan memohon maaf.

Kami sekeluarga pun mengangkat backpack dan masuk ke dalam Restoran Dhaka. Sambil tu aku pun mengadu sedikit pada mat saleh yang sedang memerhatikan. Mereka pun paham.

Aku akan cerita keadaan dalam Restoran Dhaka nanti kerana kami repeat ke sini sebanyak dua kali. Kali pertama dah tentu tak ada mood nak bergambar dan lain-lain. Lagipun tengah lapar sangat.

Kisah kedua pula, selepas dari restoran Dhaka, kami menapak perlahan-lahan mencari hotel. Agak jauh juga kami berjalan dari hotel biasa ke hotel ala boutique dan ke hotel yang 3 star.

Seingat aku, selepas hotel ke-4 barulah harganya menarik. Aku dah lupa berapa harga tapi tak lebih dari RM30/malam. Hotel pun aku akan cerita nanti, level tahap istana raja bersiung yang umpama sudah lama ditinggalkan.

Kisah ketiga pula, aku demam! Entah macam mana, petang tu keadaan badan aku mula tak sihat. Aku suspek dua penyebab je iaitu kerap sangat berjemur di bawah cuaca terik dan panas atau dek kerana makan pisang bakar yang dibeli di Buddha Park. Tapi Tatie dan Aqif ok pula makan pisang tu. Jadi, mungkin kerana suhu panas.

Dari petang sampai esok pagi, badan aku selemah-lemahnya, buang air besar pun ceri-beri. Dan yang kesiannya, malam tu keluarga aku tak dapat dinner. Nasib baik ada maggi dan cerek pemanas air. Malam tu, Tatie dan Aqif turun ke kedai bawah membeli beberapa makanan ringan.

Ikutkan, aku sepatutnya ke hospital kerana menurut bacaan di google, kondisi aku menjurus kepada kekurangan air dalam badan dan perlu cucuk tangan dan dimasukkan IV drip. Kekurangan air yang mendadak boleh menyebabkan maut. Ini bukan aku maksudkan kekurangan air sebab kurang minum, tapi air yang dalam sel darah. Kuasa Allah, ketahanan badan aku beransur pulih. Mungkin kerana aku paksa malam tu minum air banyak-banyak dan jolok dan paksa makan roti kosong sebanyak mungkin serta makan ubat ORS (Oral Rehydration Salt, rujuk gambar terakhir dalam entri ni).

Tapi… bila aku Google, alamak, dah macam simptom taun (cholera) pula….

Ok kisah hari ke-13. Pagi tu aku masih lemah badan dan jika berjalan juga, mungkin boleh pitam atau seperti orang yang low blood pressure tiba-tiba. Kami berehat lagi di bilik hotel sehingga 11.30 pagi.

Disebabkan aku kesian dengan anak bini yang tak makan malam, aku gagahkan juga diri keluar dari hotel walaupun mood spoil. Menapak secara perlahan-lahan mencari restoran yang ada.

Lalu kami terjumpa gerai buah. Asalkan boleh makan. Kondisi tak sihat memang wajib makan buah.

Beberapa jenis buah-buahan dengan harga yang berpatutan. Harga 25k kip bersamaan RM12. Murah juga untuk satu kilo buah epal. Gubahan untuk hadiah juga ada dijual di sini.

Di sini kami hanya membeli buah-buahan. Semua kerepek di sini tak dibeli kerana meragui kandungannya.

Sambil tu, aku memeriksa GPS kalau-kalau ada tarikan menarik di sini. Gerak badan kami di sini sangat terhad bagi aku tapi tidak bagi Tatie dan Aqif.

Kami teruskan berjalan sambil makan menuju ke sebuah bangunan.

Ini adalah bangunan Laos National Culture Hall. Tiada apa yang menarik di sini dan kami tak masuk ke dalam. Yeah, muka aku yang tak ada mood.

Lokasi GPS bagi Lao National Culture Hall.


Kemudian, aku dapati ada tempat tarikan terdekat di sini iaitu Lao National Museum. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam kawasannya, ya Allah! Jalannya pun dari tanah merah ke? Ini national museum, standard Muzium Negara Malaysia. Bukan level muzium pekan atau daerah. Begitu punya daif Laos ni.

Bergambar kenangan di pintu utama Lao National Museum.

Inilah punca kenapa sekadar bertenggek bergambar di bahagian luar. Kami tiba di sini semasa lunch hour iaitu jam 12.00pm hingga 1.00pm dan muzium ditutup seketika. Berbeza pula di Malaysia yang lunch pada jam 1.00-2.00pm. Malas menunggu lama, kami mundar-mandir di bahagian luar.

Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki muzium ini.

Muzium ini terdapat dua tingkat dari pameran pra-sejarah, silam hingga ke moden.

Di bahagian luar, kami terjumpa satu pameran yang agak unik iaitu ukiran kayu yang mungkin dibuat dari seketul pokok yang besar.

Jika dilihat di bahagian bawahnya, terdapat akar-akar yang menjalar yang juga diukir.

Menurut maklumat, kayu ini siap diukir pada tahun 1999 dan berasal dari Lak Sao Village, daerah Khamkert, provinsi Bolikhamxay. Ukiran dibuat oleh semua guru-guru yang mengajar di Lao National Institute of Art.

Tujuan utama ukiran ini adalah untuk menampilkan kesenian, kebudayaan, etika, suasana, haiwan dan alam semulajadi Laos secara keseluruhannya.

Dari bawah menjangkau ke atas, ia mirip seperti sebuah istana lama.

Di bahagian kanan lebih banyak ukiran.

Ini pula di bahagian belakang kayu. Kelihatan petani sedang bekerja sambil mengedong anak dan juga haiwan-haiwan liar yang terdapat di Laos.

Sudut kiri yang lebih terperinci.

Bila aku lihat semula gambar ni, baru perasan terdapatnya tiga buah balang atau kelongsong lama. Boleh jadi ini adalah bom yang dijatuhkan di Laos semasa perang Vietnam dahulu. Tahukah anda, jumlah bom yang dijatuhkan di sekitar Laos adalah tertinggi di dunia iaitu 270 juta buah bom!

Walaupun telah 40-50 tahun berlalu, sehingga sekarang masih terdapat bom lama yang aktif dan masih makan nyawa beberapa orang tempatan. Lokasi terbanyak boleh ditemui di Phonsavan.

Allahu! Selepas aku melihat kembali Google Maps, rupanya ia bukanlah Lao National Museum, tapi Lao Cultural Museum. Tepuk dahi!

Lokasi Lao National Museum yang sebenar terletak dalam peta di atas.

Seperti yang dijanjikan, inilah ubat ORS yang aku ceritakan awal-awal tadi. Paling kanan dalam gambar dengan tulisan oren. Ketika tu, aku makan 2 paket.

Bersambung ke entri Kembara Thailand – Laos: Day 13 – Part 2 – Satu-satunya Masjid di Vientiane & Wat Inpeng



Related posts:

Ringkasan Peta Perjalanan Overland dari Thailand Hingga Laos
Pertama Kali Membeli Tiket Keretapi ETS
Kembara Thailand - Laos: Day 14 - Part 3 - Restoran Halal Di Nong Khai & Perjalanan Pulang Ke Bangko...

Filed Under: Laos, Vientiane

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz