• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 4 – Ministry of Defence & Royal Thai Survey Department

July 17, 2018 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 4 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 3 – Bangkok City Pillar Shrine

Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos

Lebih kurang 100 meter dari Bangkok City Pillar Shrine, terdapatnya bangunan yang menempatkan muzium meriam, pejabat kerajaan dan kementerian pertahanan Thailand. Tak silap aku, pada ketika ini pengawal tidak membenarkan pelawat masuk ke muzium meriam mungkin kerana adanya majlis perkabungan yang sedang berlangsung.


Lokasi Kementerian Pertahanan Thailand atau “Old Big Gun Museum”.

Jadi, kami hanya berlegar di sekitar bahagian luar (hadapan) sahaja kerana terdapat 2-3 orang tentera yang berkawal di situ. Takkan aku nak cari pasal merempuh masuk ke dalam hanya 4-5 meter sahaja yang tak pasal-pasal boleh membuatkan aku ditahan.

Dengan kamera aku yang boleh zoom 3X sahaja, aku cuba untuk dapatkan gambar meriam tersebut. Tahukah korang, apakah nama meriam ini? Ia digelar Meriam Agung yang wujud dalam tiga buah iaitu Meriam Sri Patani, Sri Nagara dan Sri Mahalela. Yang terdapat di sini dan sempat aku selidik ialah Meriam Sri Patani (Phaya Tani).

Mesti pelikkan kenapa dalam filem tersebut langsung tiada sebutan “Patani”? Faham sajalah apabila filem diterbitkan oleh bukan orang Patani, sudah tentu banyak fakta sejarah sengaja disembunyikan.

Ok bagaimana sejarah meriam-meriam ini? Ni aku petik dari wikipedia dan aku pilih yang padat sahaja:

Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Patani pada waktu itu iaitu Ratu Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Siam di Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan (“Narayana Pembunuh”), bagi diletakkan bergandingan dengan meriam Sri Patani yang ditawan.

Satu masa dahulu, bangsa Patani sangat kuat sekali….

Sambil tu aku pun mengambil gambar beberapa buah meriam lama yang terdapat di sini. Di sini, semua jenis meriam baik buatan Siam atau Patani bercampur aduk.

Meriam Sri Patani yang menjadi simbol kemegahan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand.

Meriam Sri Patani ni panjang weh!! Merupakan meriam terhebat di Asia Tenggara suatu masa dahulu. Ibarat pesawat-pesawat atau kapal perang US yang sangat hebat pada masa kini.


Memandangkan ini sahaja pemandangan yang dapat diperolehi, kami pun tak lama di sini dan bergerak menuju ke entah ke mana jalan. Yang kelakarnya, kami follow saja orang ramai yang lalu lalang di sini memasuki sebuah jalan.

Iaitu jalan yang terletaknya bangunan Royal Thai Survey Department.

Ciri-ciri yang aku minat dengan bangunan kementerian mereka ialah masih mengekalkan binaan dan tapak yang lama. Tapi jika dibandingkan dengan Putrajaya, dalam tempoh 100 tahun lagi juga akan dilihat “lama” seperti bangunan ini. Pejabat kerajaan yang ‘berselerakkan’ begini adakalanya menyusahkan juga. Lebih baik seperti Putrajaya yang dilihat sebagai ‘berpusat’.

Lokasi bangunan Royal Thai Survey Department.

Teringat pula zaman sebelum wujudnya Putrajaya. Bangunan kerajaan kita ‘berselerakkan’ di sekitar Taman Duta, Pusat Bandar Damansara, bangunan Dayabumi dan lain-lain tempat.

Nampak tu ramai depan kami? Kaedah ‘follow the crowd’ berhasil juga. Nun di hujung sana, kami pun menahan teksi untuk menuju ke Hello Kitty Bangkok! Orang perempuan mesti suka, kan?



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 6 - Part 3 - Perjalanan Ke Nakhon Pathom dan Melihat Stupa Terbesar Di ...
Kembara Thailand - Laos: Day 6 - Part 1 - Selamat Tinggal Hua Hin dan Perjalanan ke Maeklong Railway...
Kembara Thailand - Laos: Day 11 - Part 2 - Berbasikal Pertama Kali Di Thailand & Melawat Wat Ratchab...

Filed Under: Bangkok, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz