• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 7 – Part 5 – Santai di Rainbow Lodge dan Perjalanan Menuju Ke Bangkok

November 29, 2017 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 6 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 7 – Part 4 – War Cemetery dan Thai-Burma Research Center di Kanchanaburi. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Sebelum ni aku tak highlight sangat apa yang ada di bahagian ‘reception’ Rainbow Guesthouse ni. Jadi, inilah apa yang ada.

Nak main pool bila-bila masa sahaja cuma aku tak pasti samada dikenakan bayaran atau tidak pada penginap di sini.


Kawasan sini aku rasa sesuai untuk membuat parti. Tapi malam semalam sunyi sahaja mungkin pelancong berparti di kawasan luar sana.

Korang mesti terfikir apa yang kami buat di sini? Sebenarnya kami baru sahaja lepas checkout dan akak reception tu benarkan kami melepak di sini buat sementara. Lagipun sekarang baru jam 12.23pm dan jadual tren untuk ke Bangkok pula ialah 2.48pm.

Pengurusan Rainbow ni sangat sporting. Mereka benarkan kami bersantai di sini malah boleh tolong simpankan backpack sekiranya ingin merayap lagi ke mana-mana.

Bila jam menghampiri 2.00pm, kami pun menapak dari Rainbow Guesthouse ke Kanchanaburi Railway Station sambil melambai ke arah akak reception tadi. Entah bilalah kami akan ke sini lagi. Mungkin ini yang terakhir kerana ada beratus lagi negara untuk dihabiskan duit.

Sambil berjalan celah-celah lorong kami berhenti seketika di tepi sebuah bengkel yang bersebelahan dengan rumah. Dari celah belukar aku nampak ada mesin pengepaman air keluar dari telaga, mungkin tujuan untuk kegunaan sendiri atau dialirkan ke tanaman kebun di sebelahnya.

Di sini boleh pula Aqif terpijak selut. Nasib baiklah pakai sandal sahaja dan ada air paip di situ.

Ok dah sampai ke stesen keretapi.

Kelihatan pula sebuah keretapi lama di sini. Kami tak lepaskan peluang bergambar. Sepatutnya boleh saja masuk ke dalam dan bergambar di atas keretapi, tak disebabkan masa tak mencukupi, memadai saja di luar.

Pandangan mata aku tu sebenarnya mengarah ke arah sebuah taman di hadapan (bukan taman di belakang aku tu). Bila aku risik dalam Google Maps, nama taman tersebut ialah “100 Years Princess Mother Park”. Yang hairannya, taman tersebut tak ubah seperti semak samun dan tak terurus. Nah, korang boleh tengok di sini.

Ada juga sebuah gerabak kecil di sini. Tak pasti apakah barang yang dibawa. Kebiasaaannya meriam.

Tugu Raja Bhumipol yang terletak di hadapan pintu masuk stesen keretapi.

Bergambar kenangan di bahagian luar stesen keretapi sebelum berangkat ke Bangkok.

Thonburi here we come! Buat korang yang datang dari arah Kanchanaburi menuju ke Bangkok, jangan lupa bahawa stesen keretapi terakhir bukan di Hua Lamphong, tapi di Thonburi. Aku mula-mula dulu pun agak keliru. Stesen Hua Lamphong hanya sesuai untuk ke arah utara Chiangmai atau Nong Khai, ke timur menuju ke sempadan Cambodia atau ke selatan sehingga ke Sungai Kolok yang menghampiri Rantau Panjang, Kelantan.

Inilah tiket yang kami beli waktu mula-mula sampai ke Kanchanaburi. Harga dewasa bagi tiket sehala ialah THB100. Nasib baiklah budak-budak tak perlu bayar.

Boleh dikatakan Tourist Center ni terdapat di setiap stesen keretapi di Thailand. Tahniah buat kerajaan Thailand kerana memudahkan pelancong.

Ada lagi setengah jam jadi aku pun merayap di sekitar sini.

Cantik pula landskap di bahagian luar stesen. Bersih, terurus dan kemas.

All aboard!! Ok kami dah naik keretapi ke Thonburi. Jadual tak menepati masa, agak lewat juga melebihi jam 3.00 petang baru keretapi tiba.

Ada beberapa bahagian gerabak yang tempat duduknya seperti berada dalam LRT.

Gerabak di sini pula dikira ‘pemandangan standard’ bagi perjalanan jarak jauh. Kerusi kami di bahagian belakang lelaki yang berbaju biru.

Titian penyambung antara gerabak ke gerabak. Keretapi ini bagi aku paling tua dari semua jenis keretapi yang kami naiki di Thailand.


Kami dijangka tiba ke Thonburi jam 5.40pm. Jadi terlalu banyak masa boleh diluang dalam gerabak. Jenis keretapi sebegini memang tak dapatlah aku tidur nyenyak. Lebih baik merayap. Pada ketika ini jam baru 3.43pm. Aduhai lamanya lagi nak sampai.

Berhadapan kami ada pasangan bergaya rockers yang berasal dari daerah lain di Thailand. Beliau menawarkan untuk memangku Aqif yang keletihan dan mengantuk.

Sebenarnya, aku lebih suka berkawan dengan golongan sebegini. Kebanyakan mereka luaran sahaja nampak begitu tapi hati sangat baik. Berbeza dengan golongan penunggang agama yang kerja mereka menjatuh hukum 24 jam dan tahu hanya cabang fiqh semata-mata. Tolonglah belajar ilmu tarikat, tasawuf, sifat 20, usuluddin dan mengenal diri serta tuhan. Barulah kenal erti kehidupan dan ciptaan Tuhan.

Mereka turun di stesen keretapi lain semasa pertengahan perjalanan. Agak tergesa-gesa juga turun, mungkin kerana tak biasa dengan stesen-stesen di sini.

Negara bukan Islam yang melarang alkohol di dalam gerabak keretapi.

Sampai sahaja di stesen Nong Pladuk, aku meninjau sekitar kerana keretapi berhenti agak lama di sini. Jadi aku terperasan sebuah batu yang bertulis “Thai-Burma Railway Starting Station – Construction began at Nong Pladuk Station here September 16, 1942”. Jadi di sinilah tapak awal pembinaan stesen pertama landasan keretapi maut.

Tuh dia ahkak korang main sorok-sorok di hujung gerabak.

Oh Aqif dah bangun, mata masih kuyu ditiup angin.

Gambar yang bakal jadi nostalgia buat anak cucu kami di masa hadapan. Bakal tercoret catatan yang berbunyi “pengembaraan datuk dan nenek ke bumi Thailand pada tahun 2017”. Mungkin waktu tu dah masuk tahun 2050 dan perasaan mereka apabila menatap gambar ni ibarat kita yang menatap gambar ibubapa semasa tahun 1984. Usia aku pada waktu tu dah menjangkau 73 tahun. Jika umur panjang, bolehlah bercerita kisah kami pada mereka. Aku yakin pada ketika tu dah wujud kereta terbang dan self-driving vehicles yang sudah dianggap ‘biasa’.

Peta perjalanan keretapi kami dari Kanchanburi ke Thonburi.

Suasana jam mula menghampiri 5.35pm yang mula menghampiri senja. Petanda kami makin menghampiri ke stesen Thonburi.

Sebuah padang permainan yang aku rasa mungkin dah berada dalam kawasan Bangkok.

Video sepanjang perjalanan dari stesen keretapi Kanchanaburi ke Thonburi, Bangkok.

Dah sampai Bangkok.

Inilah dia… inilah dia sisi gelap bandar Thailand. Biasa kita lihat hanya yang indah-indah sahaja.

Bersambung ke entri Kembara Thailand – Laos: Day 7 – Part 6 – Selamat Datang Ke Bangkok!



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 2 - Part 3 - Kim Yong Market dan Ulasan Tentang Park Hotel di Hat Yai
Kembara Thailand - Laos: Day 5 - Part 1 - Review Hotel Tong Mee dan Hua Hin Railway Station
Kembara Thailand - Laos: Day 5 - Part 3 - Wat Khao Takiab

Filed Under: Kanchanaburi, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz