Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 9 – Part 3 – Wat Ratchanatdaram Woravihara & Pom Mahakan
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Dari Pom Mahakan, kami menyelusuri sebatang sungai dan jambatan pendek untuk menyeberang ke arah sana.
Kami sedang dalam perjalanan menapak menuju ke The Golden Mountain atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Wat Saket. Jadi selepas jambatan, kami pun corner ke arah kanan berpandukan GPS.
Kelihatan sebuah 7-Eleven di kawasan ini. Memandangkan waktu telahpun tengahari, kami berpakat untuk tidak kelam-kabut mencari restoran halal. Senang cerita, kalau dikejar tak jumpa pula, akhirnya terbuang masa begitu sahaja. Lebih baik kami menapak terus ke destinasi yang nak dituju. Manalah tahu, mungkin terserempak dengan restoran atau gerai halal.
Jadi di sini, kami borong biskut dan makanan ringan.
Terdapat juga pengangkutan awam jenis sampan besar. Pada pendapat aku, ini bukan untuk pelancong tapi untuk penduduk tempatan. Seronok juga kalau ada di KL macam ni. Mesti sampan ni mirip bas henti-henti. Lihatlah ada ‘bus stand’ di tepi sungai tu. Dari penelitian aku melalui Google Maps, kelihatan sungai ini bersambung ke barat iaitu ke Sungai Chao Phraya dan ke timur menuju ke Jim Thompson House Museum.
Sepanjang perjalanan, terjumpa pula dengan balai bomba. Sengaja mencari kelainan walaupun perihal bomba ni perkara biasa di Malaysia. Balainya seperti menggunakan rumah kedai atau kilang mini dan bukanlah sebuah kawasan yang dibina khas untuk bomba termasuk kuarters dan sebagainya.
Kami terus menapak sehingga memasuki perkarangan Wat Saket. Ini batu lesung yang digunakan Godzilla. Saiznya yang besar mengingatkan aku pada kisah ajaran Ayah Pin di Terengganu suatu masa dulu. Semuanya jenis replika yang dibuat besar. Persoalan yang bermain di minda aku, apa kaitan saiz besar-besar? Keduanya, apa kaitan batu lesung dengan Wat Saket?
Selepas batu lesung, barulah bertemu dengan kaunter tiket. Orang dewasa dikenakan tiket berharga THB20/orang, pada ketika tu bernilai RM3.00. Kanak-kanak dikecualikan. Bagi aku memang murahlah sebab:
- Pemandangan Bangkok yang best dari atas bukit. Panorama 180 darjah bagi setiap arah mata angin (timur, barat, utara dan selatan).
- Kawasannya adalah bukit tinggi.
- Laluan pejalanan kaki dan dalaman yang bersih.
- Dapat melihat keagamaan Buddha yang sedikit berbeza dari yang biasa.
- Dapat bertemu tiga buah gong terbesar dalam semua-semua daerah dari Thailand ke Laos yang kami singgah (jumlah semua 11 daerah).
- Ada loceng-loceng besar mirip seperti di Wat Khao Takiab, malah juga di Tibet.
- Ada taman kecil untuk duduk berehat dengan rumput yang hijau (bukan rumput sebenar).
- Kisah tentang penyakit cholera yang merebak dari Penang??
Berjalan kaki sejauh 350 meter dari Pom Mahakan ke Wat Saket.
Tu haa ada tiga ekor monyet. Takkan tak tahu simbolik kepada apa?
Hear no evil…
See no evil…
Speak no evil…
Lalu kami pun mula menaiki tangga.
Di pertengahan jalan, terdapat sebuah air terjun mini. Yang penting di situ ialah landmark sign iaitu “Golden Mount” serta replika Watnya.
Inilah replikanya dari dekat. Sebenarnya, dinding keseluruhan Wat ini bukanlah berwarna emas tapi realitinya berwarna putih sahaja. Kecuali beberapa dinding pada Wat dan stupanya di atas bumbung yang berwarna emas. Nampak tak tangganya berbentuk spiral mengelilingi Wat menuju ke atas. Itulah yang uniknya di sini. Ya, memang tangganya real begitu. Nantikan gambar-gambar seterusnya kalau tak percaya.
Inilah Wat Saket dari jauh yang aku pinjam dari Google. Kelihatan tangga spiral tersebut yang mengelilingi wat.
Di pertengahan pendakian (baru suku perjalanan), kami berhenti di sebuah dekorasi taman mini di tepi tangga. Juntaian akar-akar pokok dari atas sangat menarik perhatian aku. Ditambah pula dengan kehadiran patung seorang dewa wanita yang aku pernah terangkan dalam entri yang lepas, digelar Mae Thorani.
Mae Thorani dari jarak dekat. Cantik pula wajahnya, hehe.
Sekadar berkongsi gambar dari arah kami mula mendaki, inilah gambaran dan keadaannya.
Sudah hampir setengah pendakian, kehadiran signage Golden Mount sebagai coretan dan bukti pernah tiba ke sini. Dan juga gong yang begitu besar. Ini adalah gong yang pertama tapi aku lupa pula perbandingan saiznya berbanding dua buah lagi di kawasan yang sama ini.
Terdapat juga taman mini. Walaupun disajikan dengan rumput palsu, namun mampu menarik hati kami yang kepenatan dan ingin berehat seketika.
Loceng-loceng yang lebih besar dari yang kami tengok di Hua Hin dulu. Cuma aku tak pasti dan belum ada pengetahuan apakah peranan loceng-loceng ini. Adakah dibunyikan bagi tujuan waktu ibadah mereka setiap hari atau berkaitan dengan kerohanian.
Ini dia gong kedua yang terletak hampir dengan taman mini tadi. Saiznya sama besar dengan gong yang pertama. Kemungkinan beratnya melebihi 3 buah motorsikal kapcai.
Gong kedua dari jarak yang lebih dekat.
Wah…. ada lagi dua jalur tangga spiral mengelilingi wat ini yang perlu kami daki. Usaha tangga kejayaan.
Pemandangan tangga dari kawasan taman mini dan loceng tadi menuju ke pendakian seterusnya.
Ini bukan tangga tadi, tapi tangga seterusnya setelah menaiki tangga yang tadi. Bentuk keduanya hampir serupa.
Ok, dah mula dapat nikmati pemandangan 180 darjah kawasan bandar Bangkok dari atas sini. Kelihatan juga bumbung Wat yang merupakan sekolah agama.
Ada lagi loceng…
Pemandangan Bangkok dari arah lain melalui tangga yang terakhir sebelum sampai ke puncak pendakian. Dan aku rasa, bangunan-bangunan tinggi tu adalah pusat utama Bangkok.
Kalau boleh nak berkongsi lebih banyak gambar kerana pemandangannya begitu cantik dari atas sini. Cantik dalam erti kata, pemandangan sebuah bandar utama apabila berada di tengahnya.
Lagi gambar….
Sambungan panorama dari gambar di atas tapi di bahagian kanan Tatie pula. Cuba tengok di ufuk bangunan sana, bahagian kanan telah berkurangan bangunan tinggi. Sebenarnya, tak ramai kawan travel aku yang pernah ke sini. Aku cadangkan, buang sahaja kegerunan tempat ibadah dan utamakan tarikan pemandangan yang terdapat di sini.
Aku bersandar di tangga terakhir dan di hadapan aku terdapatnya 5 anak tangga kecil untuk masuk ke bahagian dalam bangunan Wat yang terdapat di puncak sini.
Disajikan dengan pelbagai jenis patung.
Relik Buddha yang dipinjam dari tempat lain dan diletakkan buat sementara di sini.
Kalau dilihat Wat Saket dari luar, di bahagian bumbungnya terdapat sebuah stupa yang agak besar. Inilah ‘lubang’ masuk ke bahagian tengah stupa yang mana apabila kita berada di dalamnya, bumbung stupa yang memanjang ke atas akan berada di atas kepala kita.
Sementara menunggu giliran penganutnya bersembahyang di sini, aku pula bergambar sebagai kenangan manakala Tatie pula berdiri di luar.
Selesai mereka bersembahyang, dengan langkah yakin dan sekadar ingin bergambar, insyaAllah tiada apa-apa, aku pun melangkah masuk ke dalamnya untuk menghampiri lebih dekat. Harapan terbesar aku untuk melihat dekorasi-dekorasi unik dan pelik di dalamnya.
Untuk pengetahuan pembaca, terowong masuk ke dalam seperti ini terdapat empat buah bagi setiap penjuru.
Itu dia, Aqif dengan keyakinan tinggi juga masuk ke dalam dan bergambar. InsyaAllah nak, kita ada Allah. Lihatlah bumbungnya yang tirus menuju ke atas. Maka, lengkaplah misi kami menuju sehingga betul-betul berada di puncak Wat Saket.
Aku terpana juga melihat hiasan keemasan di dalam sini. Tapi jangan risau, terpana hanyalah kerana dekorasi sahaja seperti mana jika kita terserempak jongkong emas berkilo-kilo.
Kami beralih pula ke tingkap bagi melihat sudut 180 darjah bandar dari sini. Di dalam wat ini, pintu keluar dan masuk adalah sama cuma arahnya sahaja yang berbeza. Ini kerana, arah tangga untuk turun semula tidak sama dengan arah tangga semasa naik ke sini. Sempat jugalah kami membeli aiskrim seorang satu.
Pintu laluan keluar yang sama dengan pintu masuk tadi. Lalu kami pun mula beransur dari sini menuruni tangga spiral. Kali ini disajikan dengan pemandangan dan tarikan berbeza.
Ya agak pelik, sepatutnya pusingan spiral ikut arah jam. Tiba-tiba ada pula yang lawan arah jam.
Kami pun masuk ke sebuah taman mini yang kedua.
Papan informasi tentang Wat Saket. Anda boleh membacanya dalam gambar di atas.
Tiba-tiba kami nampak ramai pula yang berkumpul di sini. Apa yang mereka lihat tu? Kelihatan mayat yang berbaring di situ.
Patung-patung yang diperbuat dari kayu dan batu dan kelihatan seekor burung hering (juga digelar burung hantu) sedang makan sebuah patung manusia dan merobek perutnya. Apakah yang berlaku?
Oh inilah ceritanya….
Rupa-rupanya berpunca dari penyakit cholera (taun) yang berlaku bermula pada tahun 1824. Yang mengejutkan aku, tertera di situ perkataan Penang yang merupakan punca asal penyakit tu berlaku. Ia merebak sehingga ke Bangkok dan membunuh hampir 30,000 orang! Pada ketika tu, telah menjadi adat untuk tidak membakar mayat di dalam kawasan bandar lama Bangkok, sebaliknya di bawa ke sini. Disebabkan terlalu banyak mayat, lalu dibiarkan sahaja di kawasan terbuka. Lama-kelamaan, ia menangkap perhatian burung hering dan datang ke sini meratah mayat-mayat manusia yang ada. Paling teruk berlaku pada tahun 1849.
Penyakit cholera ini berlanjutan setiap kali musim kering sehingga ke tahun 1881.
Dan di akhir misi kami ke Wat Saket, disajikan dengan gong ketiga dan aku merasakan ia lebih besar sedikit dari dua buah gong pada awalnya tadi. Kali ini lebih cantik dengan hiasan warna keemasan.
Seperti biasa, selepas sesi lawatan, penganut Buddha akan meletakkan hajat-hajat dan doa untuk dilekatkan di pokok ini. Kami terkecuali…. ya baca betul-betul… terkecuali hehe.
Tempat menarik selanjutnya sangat sesuai bagi kanak-kanak. Wahai ibubapa, sila bersedia dan ikuti kami ke Funarium yang terletak di Sukhumvit.
Leave a Reply