• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 7 – Siam Center & Siam Discovery

February 10, 2019 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 5 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 6 – Siam Square One & Siam Paragon, Bangkok

Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos

Lokasi Siam Center dan Siam Discovery ni sebenarnya bersebelahan sahaja dengan Siam Paragon. Ibarat Bukit Bintang di Kuala Lumpur yang digelar golden triangle kerana merupakan gabungan beberapa buah pusat membeli-belah dalam satu kawasan seperti Sg. Wang Plaza, Lot 10, KL Plaza, Pavilion dan Star Hill Gallery.


Korang boleh rujuk peta di atas untuk melihat sendiri kedudukan dan jarak antara satu pusat membeli-belah dengan yang lain. Aku cadangkan untuk peruntukkan 4 hingga 5 jam di kawasan sini sahaja bermula dari Hello Kitty hingga Siam Discovery dan berakhir di MBK Center.

Sebenarnya, dari Siam Paragon kami banyak berada di kawasan luarnya terutama di air pancur dan juga teringin untuk melihat tiga buah patung berwarna putih dengan jidahnya yang terjelir keluar. Mungkin mewakili bapak, mak dan anak. Di bahagian kanan patung ini terdapatnya pintu masuk untuk ke Siam Center.

Ini air pancur yang aku maksudkan. Jangan berada berdekatan, nanti dimarah pula pak guard di situ.

Siam Paragon yang dilihat dari kedudukan air pancur.

Terus-terang aku katakan yang aku lebih berminat dengan interior di Siam Center ni. Korang tengok nanti, dari syiling sampai ke dinding dan rak-rak susun baju pelbagai jenis seni dan rekabentuk kreatif.

Siam Center tidaklah besar seperti mana Siam Paragon. Walaupun kecil, tapi banyak juga barangan yang terdapat di sini. Harga pun sederhana dan tidak mahal seperti Siam Paragon yang dikhaskan untuk golongan elit membeli-belah.

Tengok… keunikan lampu mentol yang membuatkan aku terlepak sekejap di sini beberapa minit.

Dah macam kuda belang. Di sini, mereka optimize kan kawasan tepi-tepi dengan pelbagai jenis barang pameran untuk jualan.

Seingat aku, tempat ni cuma 4 tingkat sahaja. Bahagian atas kami tak singgah kerana lebih dikhususkan pada restoran dan cafe.

Susunan escalator berbentuk X mirip seperti di Sungai Wang Plaza. Kami hanya berlegar-legar di tingkat ini sahaja.

Tingkat bawah Siam Center. Kelihatan pengunjung melihat info tentang teknologi Virtual Reality.

Pada waktu ni, kami mula mencari jalan keluar menuju ke pusat membeli-belah Siam Discovery pula. Kelihatan pula macam sarang burung yang seolah-olah diterlangkupkan. Tengok lantainya, berubah-berubah. Sekejap jubin, sekejap kayu.

Tak beli pun, sekadar bergambar.

Ini dihasilkan oleh syarikat dari South Korea. Aku tak pasti apa yang dipromosikan. Mungkin berkaitan dengan kedai sarang burung tadi.

Tengok syilingnya pula, penuh dengan tayangan multimedia. Jangan layan lama-lama nanti sakit tengkuk.


Nak jumpa pak guard yang menaiki Segway ni agak susah. Di KLCC pun masih tiada yang menggunakan kemudahan sebegini.

Di antara Siam Center dan…………………..

………. Siam Discovery…. terdapatnya jejantas. Kalau korang dari Siam Paragon dan ingin ke jejantas ni, teruskan saja masuk dari pintu Siam Center yang terdapatnya air pancur tadi. Hanya perlu kekalkan tingkat  yang sama.

Sesungguhnya pemandangan di bahagian luar Siam Paragon membawa hingga ke Siam Discovery, hanyalah landasan MRT Bangkok.

Masuk sahaja Siam Discovery ni, kami dah nampak kelainan berbanding tiga buah pusat membeli-belah yang kami lalui tadi iaitu terdapatnya creative corner.

Lihatlah dekorasi dalaman di sini. Dua kali lipat dari Siam Center.

Kalau terus boleh menuju ke jalan keluar.

Ya Allah, aku cukup teruja hiasan syilingnya. Nak kata 3D tak juga, tapi real. Merupakan susunan kotak-kotak kayu yang sedikit terkeluar dari syiling.

Tengoklah lantainya pula.

Aqif pula sangat meminati segala yang berkaitan Minecraft dan Roblox. Dapat bergambar dengan ni pun jadilah.

WOW… tempat perfume dia. Berjuntai-juntai lampu dalam balang kaca. Lantai pun bersinar-sinar.

Mak oihh, apa lagi ni??? Rak letak handbag pun cantik-cantik. Ok, ini menunjukkan Siam Discovery ni ada identiti tersendiri.

Perut dah lapar, hari pun dah nak petang. Tibalah masa untuk mencari MBK Center yang terkenal di kalangan orang Malaysia khususnya pencarian makanan halal.



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 8 - Part 5 - Hello Kitty Bangkok!!
Kembara Thailand - Laos: Day 9 - Part 7 - Khao San Road & Suzie Walk
Kembara Thailand - Laos: Day 9 - Part 2 - 14 October Memorial & Democracy Monument

Filed Under: Bangkok, Shopping Mall, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz