• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 6 – Part 2 – Maeklong Market dan Railway Station di Samut Songkhram

August 17, 2017 By Admin 4 Comments
Tempoh Bacaan: 8 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 6 – Part 1 – Selamat Tinggal Hua Hin dan Perjalanan ke Maeklong Railway Market. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Siapa tak kenal Pasar Maeklong, iaitu pasar yang paling bahaya di dunia dan sehingga sekarang masih memegang ranking yang sama. Ia bukanlah terkenal kerana menjual senjata api, ular-ular berbisa, hamba abdi dan lain-lain seperti yang kita lihat dalam filem Indiana Jones. Bahaya bagaimana tu? Ikuti kisah travelog kami ini…

Pasar ni sebenarnya boleh diakses dari dua arah iaitu dengan menaiki tren dari Thon Buri (Bangkok) dengan perjalanan selama 2 jam atau dari arah selatan iaitu route yang kami tempuh  berhenti di stesen keretapi Pak Tho (dalam entri sebelum ini).


Lepas pemandu bas menurunkan kami di suatu selekoh yang jaraknya kurang dari 150 meter dari pasar, kami pun menapak dengan memikul backpack masing-masing.

Jam lebih kurang 10.28am. Kelihatan ramai juga di sini kerana kawasan yang kami turun tadi merupakan kawasan yang sama minibus berkumpul serta bersusun tuktuk serta teksi awam yang lain.

Deretan tuktuk yang menunggu penumpang. Sudah tentu mereka tahu tempat ini adalah tumpuan pelancong. Selain pasar Maeklong, di daerah yang sama ini juga terdapatnya Amphawa Floating Market. Tapi kami tak sempat menyinggah. Puncanya sebab terbaca banyak jenis scam yang terdapat di situ contohnya mengenakan tambang sampan untuk ‘floating’ yang tak masuk akal.

Beginilah keadaan kami. Purata jauh hanya 500 meter sahaja kalau menapak dengan backpack. Berat tapi sangat ‘mobile friendly’.

Lokasi untuk masuk ke pasar Maeklong tu korang boleh nampak di hujung sana ada palang penghadang kalau tren lalu. Jadi, bila sampai ke situ masuklah ke sebelah kanan. Kalau ke kiri, akan masuk ke arah stesen tren Maeklong yang tiada apa-apa untuk dilihat.

Deretan warung makan bukan halal di sini.

Inilah pemandangan stesen tren Maeklong yang aku katakan tadi. Tiada apa-apa kecuali kalau korang sesaja nak melihat. Oh ya, satu kesilapan kami dulu ialah tidak bergambar di papan tanda putih yang tertera tulisan “Maeklong Station”. Papantanda tu mirip macam chop passport tanda atau bukti kita dah sampai sini. Mungkin sebab kami dah tak sabar nak masuk ke dalam pasar dan bertanyakan jadual terkini laluan tren pada peniaga pasar.

Arah yang kami masuk. GPS: 13.407394, 99.998882

Keadaan dalam pasar di bahagian hadapan berdekatan jalan besar tadi. Banyak kedai menjual barangan bukan makanan. Dan inilah dia….. iaitu landasan keretapi yang merentas di tengah-tengah pasar Maeklong. Sebab itulah ia digelar pasar paling berbahaya di dunia.

Aku terjah dulu ke dalam…

Di sini sebenarnya tiada apa sangat kalau nak menginap. Kebanyakan traveler datang secara ‘Touch N Go’ sahaja. Jadi macam kami satu famili memang terpaksa tanggung backpack masing-masing meredah kesibukan pasar yang mana laluan tengahnya begitu sempit. Lihat saja backpack aku yang kadang-kadang tu hampir nak langgar tiang-tiang yang diguna untuk pasak bumbung canvas atau hampir juga mengenai para-para kayu yang digunakan untuk bentangkan barang jualan. Kenapa tanggung sekali backpack ke dalam? Sebab selepas ni kami nak meneruskan perjalanan ke Nakhom Pathom pula untuk melihat Stupa terbesar di dunia seterusnya menaiki tren ke Kanchanaburi.

Kami malas nak masuk lebih dalam, apatah lagi dengan backpack besar gedabak. Jadi, kami berhenti sekitar 100 meter dari jalan besar tadi dan melabuhkan backpack di tepi-tepi rumah kedai di sini.

Kotor? Jijik? Euuwww? Untuk kembara lasak seperti ini, lupakan saja. Yang penting ada ruang-ruang bersih yang boleh selitkan backpack. Bukannya suruh jilat air atas lantai tu pun, hahahaha! Ini adalah kawasan rumah kedai yang terdapat di kiri dan kanan pasar.

Untuk bergerak sehingga ke dalam pasar bagi aku tak perlu sangat kecuali jika tiada membawa backpack besar dan ingin melihat ragam-ragam dan aneka barang jualan di dalam sana. Pasarnya sama sahaja seperti pasar-pasar lain di Thailand.

Awalnya di sinilah tapak yang kami pilih sekiranya tren lalu. Tapi bila jadual makin menghampiri, pelancongan mula ramai dan tapak ni mula menjadi rebutan.

Kalau boleh, elakkan datang ke sini dengan menaiki tren dari Thon Buri (Bangkok) kerana akhirnya korang pula yang jadi passenger bila tren melalui pasar. Jadi, tak dapatlah melihat atau bergambar dengan tren dari bahagian tepi pasar serta melihat gelagat peniaga-peniaga yang berpusu-pusu menutup khemah masing-masing bila tren melalui.

Cadangan aku, datang awal pagi dengan minibus jika dari Bangkok. Lihat tren melalui pasar. Kemudian balik semula ke Bangkok dengan menaiki tren di stesen Maeklong di antara jam 2.00pm – 3.00pm atau menaiki minibus sekali lagi.

RALAT: Tren sememangnya dari arah Thon Buri (Bangkok), tapi perlu ‘connecting’ sebaik tiba di stesen Mahachai. Dari Mahachai naik tren kedua di stesen Ban Laem. Stesen Mahachai dan Ban Laem terpisah oleh sungai. Aku tak pasti bagaimana untuk melintas, mungkin ada bot yang disediakan.

Jadual tren yang melalui pasar Maeklong boleh lihat di sini:

http://www.train36.com/bangkok-train-market.html

Sambil tu aku biarkan Aqif bermain di sini semata-mata untuk biarkan dia bergambar atas besi landasan pasar terulung berbahaya di dunia.

Di sini, lepak-lepak sekitar atas landasan adalah ‘too mainstream’. Dah macam perkara biasa bagi semua orang pula. Teringat pula semasa carpackerย Kembara Pantai Timur tahun 2015 dulu sewaktu kami bergambar di atas landasan keretapi di Tumpat, Kelantan. Bukan main kelam-kabut nak bergambar konon risau kalau keretapi datang secara tiba-tiba.

Meme apa awak buat tu Aqif?? Kawasan ni agak besar dan panjang ke dalam. Cukup setakat ini sahaja kami menanti tren. Lagipun, kalau ke dalam lagi apa yang boleh kami beli? Nak harap makanan halal di sini jangan harap apatah lagi restoran/warung Islam.


Agak sempit dan tak sesuai untuk yang kendong backpack besar. Kelihatan bumbung kanvas gerai menjalar ke hadapan menutup laluan pelanggan dari cuaca panas.

Buat korang yang bawa backpack kecil (daypack), boleh berjalan masuk ke dalam.

Sekitar kawasan Maeklong ni, memang tiada langsung terdapat restoran halal. Jadi, untuk kesenangan korang silalah membeli buah-buahan di sini sebagai alas perut.

Lupa pula nama buah ni.

Daging salai yang dijual di sini.

Bergambar kenangan sekeluarga sebagai bukti pernah sampai ke sini.

Haaa tunggulah korang. Dah lah korang bolot tapak yang kami dah booking awal-awal tadi. Hahahaha!

Waktu ni, kanvas khemah belum diturunkan lagi termasuk juga barang-barang jualan yang belum dipindahkan ke dalam.

Ok, sebahagian kanvas dah diturunkan. Di sini, peniaga-peniaga sangat ‘champion’. Last minit pun boleh turunkan. Maklumlah dah beribu kali buat kerja yang sama iaitu dua kali sehari.

Tuh dia! Laluan tren dah clear… Bersiap sedia semua. Nampak tak jarak antara landasan dan ruang bagi manusia berdiri? Nanti aku ceritakan di bawah tentang faktor keselamatan.

Ini pula gambar dari sudut menghala ke stesen tren Maeklong. Bumbung di hujung itu ialah stesennya.

Waktu ni, dari jauh tren dah bunyi hon kuat. Suasana agak gamat dan cemas seketika. Bercampur baur antara perasaan bimbang, takut, teruja dan sebagainya.

Dia mai dah…. tapi jangan risau, slow je mengalahkan penunggang basikal.

Kami tak sempat nak selfie membelakangi tren. Kalut weh, mana sempat. Dengan orang tolak sana sini bagai. Semua menggelabah takut tertolak ke tengah landasan.

Ini sahajalah selfie yang sempat aku snap.

Kemudian tiba-tiba aku dapat ilham sebaik sahaja tren melepasi kami. Apa lagi, terus aku melompat ke tengah landasan dan bergambar.

INI TEKNIKNYA: Bentuk kepala keretapi samada di bahagian depan atau belakang hampir sama. Kalau nak bergambar membelakangi kepala tren lagilah bahaya, kan? Jadi terus lompat ke tengah landasan dan bergambarlah membelakangi bahagian belakang tren sebaik sahaja ia melalui.

Meh layan video kami di sana.

Sedikit tips: Kena ada maklumat jadual sebelum ke sini ok? Sebab tren hanya lalu dua kali sahaja sehari. Paling terbaik ialah waktu pagi antara jam 10.00am – 11.00am kerana tren datang dari arah Bangkok. Jika datang dari arah stesen Maeklong, ‘feel’ tu entahlah, rasa macam kurang sedikit.

Cadangan Faktor Keselamatan:

Bagi yang travel sekeluarga seperti kami (2 dewasa, 1 kanak-kanak), pastikan salah seorg menjaga anak dan jangan bawa ke bahagian tepi landasan iaitu bahagian yang ramai orang akan berpusu-pusu, berebut-rebut malah ada yg tertolak orang lain kerana kalut, panik, bimbang apabila tren lalu di sebelah. TAHUKAH ANDA, APABILA TREN LALU, JARAK BADAN KITA DENGAN TREN HANYA 1.5 hingga 2 KAKI SAHAJA??? (maaf huruf besar kerana ianya penting sangat). Bayangkan jika anak pun turut sama kita heret untuk berebut-rebut di tepi landasan? Cuba bayangkan pula kalau yang ramai di situ geng PRC? Hahahaha..!

Kami bernasib baik sebab di tepi tu ada rumah kedai yang berjarak 3 meter dari tengah landasan. Tapi malangnya, tapak yang kami pilih sejam sebelumnya telah mula dibanjiri pelancong. Mulanya Tatie turut sama di tepi landasan bila tren dah mula nak sampai. Akibat faktor keselamatan, kesian pula Tatie yang terpaksa jaga Aqif dan duduk di tepi rumah kedai. Lagipun ketika itu, Aqif pula berada bersama beliau.

Jadual tren mungkin lambat 20-30 minit, jadi bersiap sedia sahaja. Memang panas di bahagian dalam pasar. Kami pun sebenarnya dah tak sabar-sabar bila tren nak lalu jadi boleh cabut cepat-cepat dari situ. Apa-apapun, ianya pengalaman yang menarik kerana pasar Maeklong sehingga sekarang masih memegang ranking THE MOST DANGEROUS MARKET IN THE WORLD !!

Repeat ke sini lagi? Ya mungkin di masa hadapan kerana nak melawa Amphawa Floating Market di sekitar sini yang terkenal yang tak sempat kami lawati.

Jom kita ke Nakhon Pathom pula untuk melihat Stupa terbesar di dunia!



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 5 - Part 1 - Review Hotel Tong Mee dan Hua Hin Railway Station
Kembara Thailand - Laos: Day 7 - Part 5 - Santai di Rainbow Lodge dan Perjalanan Menuju Ke Bangkok
Kembara Thailand - Laos: Day 4 - Part 3 - Wat Thammikaram Worawihan dan Pulang Semula Ke Guesthouse ...

Filed Under: Maeklong, Samut Songkhram, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
zurul
zurul
3 years ago

salam tuan,
saya bercadang utk stay dia hua hin..
boleh ke sy buat daytrip sahaja utk ke maeklong train market ini..mohon guide

0
Reply
Admin
Author
Admin
3 years ago
Reply to  zurul

wsalam, boleh je tuan.. itu lebih baik sbb di maeklong takde apa sgt tarikan selain dari railway market tu je… perjalanan dari hua hin ke maeklong dgn train lebih kurg 2 jam…. utk berada di maeklong pula 2-3 jam (kalau pergi ke amphawa floating market mgkn ambil masa lebih lagi) … dan pulang semula ke hua hin dgn train 2 jam … total semua 6 jam….. kalau tuan ada tinjau post saya yg sblmnya, kami bertolak jam 6.00 pagi dari hua hin menaiki train ke maeklong sbb anggaran train tu nak tiba dari bangkok ke maeklong lebih kurang jam 10… Read more »

0
Reply
zurul
zurul
3 years ago
Reply to  Admin

terima kasih,
info tuan sgt membantu.

0
Reply
Admin
Author
Admin
3 years ago
Reply to  zurul

sama2 tuan.

0
Reply

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz