Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 7 – Part 2 – Bazar Jualan dan JEATH War Museum. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Ingat lagi gambar kincir angin dalam entri lepas? Di hujung jalan yang sama terdapat sebuah restoran muslim berkat dari maklumat yang dikongsi oleh rakan FB.
Agak-agak berapa harga semua lauk ni? Murah… Tak sampai THB200 (RM24). Ayam dah tiga ketul. Nasi pula dua setengah pinggan. Kira oklah berbanding makan di restoran Maliam di Hatyai. Pada ketika ini jam baru 10.05 pagi.
Aku sebenarnya dah lupa nama restoran ni yang disebut oleh pekerjanya. Tak banyak juadah yang boleh dipilih. Tapi bagi aku dah mencukupi. Bagaimana dengan rasanya? Boleh tahan sedap!
Sebelum balik tu, sempat juga Aqif bergambar dengan pekerja restoran ni. Kebanyakan mereka memang tak fasih berbahasa Melayu. Mereka amat peramah dan suka bergurau.
Kadang-kadang aku rasa sangat penting penampilan sebagai muslim sebagai ‘identiti’ apabila berada di luar negara. Dahulu aku backpack seorang diri dan mungkin tiada yang dapat mengesahkan identiti aku sebagai muslim kerana rata-rata orang Melayu ada yang muka mirip Mexico, Filipina dan sebagainya. Kali ini, apabila aku backpack dengan Tatie yang bertudung, barulah mudah orang Muslim mengenali identiti kami dan menawarkan layanan yang baik sesama Muslim. Tapi risikonya ada juga jika ke negara-negara barat dan sesetengahnya yang bukan Islam akan menjegil dan mencebik muka apabila ternampak wanita bertudung.
Di sebelah kiri gambar ada pintu kecil. Di situlah kalau korang nak basuh tangan.
Nak sebut macam mana nama restoran ni? Aku rasa, inilah satu-satunya restoran muslim yang dibuka pada waktu siang di kawasan berdekatan jambatan besi.
Tapi buat korang yang nak datang ke sini, pekerjanya kata hanya dibuka sehingga jam 3.00-4.00 petang sahaja.
Untuk lokasinya, aku bagi koordinat GPS iaitu “14.043275, 99.505798”. Oh ya, aku baru perasan dalam peta, jalan yang kami lalui tu bernama “Newzealand Alley”.
Selesai mengisi perut, kami menapak ke sebuah tapak sejarah digelar Memorial Monument. Tak jauh pun, masih di sekitar kawasan yang sama berdekatan JEATH war museum dan jambatan besi. Masuk di sini adalah percuma.
Kalau colok tu kita pun tahu ianya untuk upacara memperingati orang-orang yang dah mati. Cuma yang papan bertulis tu aku kurang pasti apakah kegunaannya.
Tawanan perang dari kalangan Melayu dan Islam juga diperingati di sini. Alhamdulillah…. dan aku dapati di ‘kawasan’ Melayu ini tiada sebarang alat-alat upacara atau pemujaan. Jika ada pun hanya bunga-bunga yang dah pun layu.
Kawasan papan bertulis dari sudut berbeza. Tiada penerangan bagi kawasan yang dianggap pusat/tengah di sini.
Gambaran keseluruhan dinding memorial. Setiap dinding mewakili beberapa bangsa atau negara.
Lagi gambar dari sudut berbeza yang terletaknya papan bertulis tadi.
Maaf, tak pasti apakah batang ini. Mesti ada sesuatu yang menarik.
Lokasi GPS bagi memorial ini: 14.043275, 99.505798
Meja ini terletak di kawasan pintu masuk dan ada yang menjaganya. Walaupun percuma, korang boleh juga menderma di sini. Bagi yang beragama Buddha, mungkin akan dibekalkan colok bagi menjalani upacara.
Jika korang nak mencari tempat ni, ini adalah papan tanda di bahagian luarnya. Lihat apa yang tertulis di situ:
This monument was erected by the then Japanese Army in February 1944, during World War II in memory of the personnel of the the Allied Forces together with other people, who died during the construction of the Thailand-Burma Railwa. Once a year in March, voluntary members of the Japanese community in Thailand assemble here to hold a memorial ceremony for those who died.
Aku nak habiskan entri tentang Kanchanaburi secepat yang mungkin kerana tak sabar untuk menulis tentang Bangkok pula yang lebih fun… kita sambung di sini… Kembara Thailand – Laos: Day 7 – Part 4 – War Cemetary dan Thai-Burma Research Center di Kanchanaburi.
Leave a Reply