For English, click here.
Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 2 – Part 3 – Kim Yong Market dan Ulasan Tentang Park Hotel. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Lokasi: Hat Yai, Thailand
Restoran Salma
Selesai membuangkan masa dengan sengaja selama setengah jam di Park Hotel, kami pun mula galas backpack dan menapak ke sebuah restoran yang kami terserempak semalam iaitu Restoran Salma. Ini pun asal dari pembacaan aku di blog BackpackerBusuk. Restoran ni terletak bersebelahan dengan Lee Garden Plaza. Sebenarnya, beberapa minggu sebelum memulakan kembara ni, aku ada berPM dengan Fatt @ BackpackerBusuk dan cuba mendapatkan beberapa maklumat tentang Thailand. Untuk pengetahuan korang, blog Fatt antara tempat rujukan terawal ramai backpackers baru atau yang dah lama tapi belum jejak ke Thailand (atau Indochina). Alhamdulillah, beliau tak kedekut ilmu dan mengalu-alukan kembara sejak dari usia kecil contohnya macam anak kami, Aqif.
Jauh jugalah kami menapak ke Restoran Salma, dekat 450 meter. Korang nak koordinat GPS Restoran Salma? Klik sini. (UPDATE 17 Januari 2023: Restoran Salma telah ditutup, mungkin kerana tak dapat bertahan lama kerana bebanan Covid-19)
Sambil menapak menerusi Lee Garden Plaza, aku pun usha-usha keliling ternampak pula Restoran Hamid. Kami pun cross ke sana dan tengok menu yang terpapar di luar. Ayoyo amma appa, harga sangat mahal. Rasanya 2 hingga 2.5 kali ganda dari Restoran Salma. Macam biasa, aku signal kat Tatie… kita belahhhh… hehe. Tapi.. kalau korang masih nak merasa atau cuba makan di sini, lokasinya betul-betul depan Lee Garden.
Haa… dah sampai pun. Masuk je dalam macam biasa pandangan pelanggan terhadap kami macam pelik. Bukan kerana penampilan tapi backpack besar gedabak. Nasib baiklah waiter di sini mesra dan suka layan Aqif. First sekali aku capai menu dulu. Alhamdulillah, harga sangatlah murah standard macam harga di Malaysia je. Kalau tidak, nasi goreng je mau sepinggan dekat RM15. Jangan harap le kami nak singgah masuk restoran cekik darah macam tu. Banyak lagi cara boleh jimat.
UPDATE 17 Januari 2023: Restoran Hamid masih dibuka. Klik di sini untuk peta lokasi.
Termenung wehh … termenung !! Ada lagi 10 bandar kami nak tempuh. Dalam kepala, mampukah capai semuanya? Aku berserah pada Allah. Kami duduk betul-betul depan kaunter. Waktu ni aku rasa penat sikitlah.
Sebenarnya aku nak tayang paracord kat tangan tu. Aku anyam sendiri ok??? Tatie punya lagi best. Siap anyam jam tangan terussss! Paracord sangat sesuai untuk aktiviti lasak seperti backpacking, hiking, masuk hutan dan lain-lain. Trip seterusnya kami pakat nak beli seorang satu Mi Band 2 tujuan untuk jejak jumlah langkah, kalori dan heart beat sewaktu kembara.
Lama juga tunggu makanan nak sampai. Tak kisah pun lambat sampai sebab ada lagi 2.5 jam untuk dihabiskan sebelum tren sampai. Kami order biasa je iaitu nasi goreng ayam dua pinggan. Air rasanya tak order, teguk dari botol mineral water je. Aqif tak sabar lah tu nak makan sebab dah lapar.
Sebelum bergerak ke Hat Yai Railway Station, kami tapau dulu dua bungkus nasi goreng ayam dan sebungkus lagi lupa tak ingat. Buat bekal makan malam dalam tren nanti. Tengoklah tu makanan yang kami letak atas meja tu. Banyaknya.. termasuk sekali jajan dan buah yang dibeli di Kim Yong Market tadi. Kemudian, 10 meter dari Restoran Salma adanya 7E. Macam biasa membeli dua botol air mineral saiz besar buat bekalan. Sebotol saiz 1.5 liter berharga THB13. Eh, eh… murahnya kan? Kalau convert pun baru RM1.50 gitu. Air mineral ok? Bukannya air RO.
Sebenarnya, lepas dah sampai destinasi, Prachuap Khiri Khan, aku terbuang pula tiket tren. So, bila nak buat blog ni dah lupa waktu kami naik dan sampai. Terpaksa kena rujuk “Date Taken” dalam foto. Anggaran naik jam 4.30pm dan tiba di Prachuap Khiri Khan jam 4.55am. Memang ngam 12 jam. Nanti aku cerita lagi detail tentang tren.
Ok…. dari 7E, konon-konon nak menapaklah ke Hat Yai Railway Station. Kali ni beban makin berat ditambah dengan beg-beg plastik di kedua belah tangan. Tatie memang tak pegang apa-apa sebab dia nak standby kalau Aqif tak mahu berjalan dan suruh dukung. Baru menapak 100 meter aku macam nak pancit. Terus tahan tuktuk depan Lee Garden Plaza. Harga asal THB100, minta kurang dapatlah THB80. Hmmm… lantaklah, terpaksa naik.
Tips untuk korang. Makanan seperti buah-buahan, nasi yang ditapau, jajan dan lain-lain seperti maggi serta biskut, kalau boleh jangan sumbat semua dalam backpack. Cari plastik dan bawa dengan tangan. Sebab bila penat, plastik tu boleh letak sekejap atas jalan dan rehatkan tangan. Sekurang-kurangnya, bahu dan pinggang tak sakit serta kaki pun tak sengal sebab backpack agak ringan sedikit. Itu pelajaran di jalanan yang kami dapat.
Perjalanan ke Prachuap Khiri Khan
Sampai dah ke Hat Yai Railway Station. Sebelah belakang aku tu kelihatan couple Thailand. Hensem dan cantik kedua-duanya. Stesen ni dengan warna bangunan putih, biru dan merah ni dah semacam landmark atau trademark bandar Hat Yai. Ramai pengembara dah mengenali warna ni dari kejauhan. Aish… aku tengah kumpul lagi aura penulisan malam ni. Tolonglah muncul… sebab penulisan aku jadi macam skima pula.
Masuk ke dalam bangunan stesen, macam biasalah kena scan X-Ray backpack dan semua jenis bag yang ada. (Ejaan sebenar.. bag ke beg? Dah lama tak masuk sekolah). Lalu kami semua terus ke tandas membuang dulu apa yang patut. Seeloknya kena ada setengah jam di hadapan landasan sebelum tren muncul.
Eh tren dah sampai! Belum lagi lah. Itu shuttle train dari Padang Besar jenis 3rd class. Sistem pengangkutan tren di Thailand ni kiranya first time bagi aku. Jadi, banyaklah perkara yang agak kekok contohnya platform apa, landasan yang mana satu dan nombor tren nak tengok di mana? Memang ada dicetak atas tiket, tapi di stesen tiada sebarang papan tanda.
Hampir dua kali jugalah aku bertanyakan pengawal di situ untuk puaskan nafsu kebimbangan melampau aku ni. Cuba korang tengok dalam gambar atas, ada tiga landasan, kan? Sebab tulah aku gigih bertanya yang mana satu. Bayangkan, di bahagian tengah dah ada tren dari arah lain parking di situ dan landasan sebenar di sebelah paling kanan sekali. Tren pula dah sampai dan korang pula lepak di bahagian tengah. Tren tengah pula panjang, macam mana korang nak melintas ke kanan? Hahahahaha. Sebenarnya boleh je cross ke kanan… panjat tren di landasan tengah dan keluar balik. Saja je aku bikin cuak.
Berlabuh seketika bersebelahan dengan pasangan warga Thailand. Banyak betul barang yang dorang bawa. Cuba tengok belakang Tatie dan Aqif. Kan aku dah kata, ada dua landasan yang boleh buat keliru. So korang, biar betul-betul selidik landasan mana patut menunggu. Nanti tak lah kalut sangat.
Tetiba baru aku teringat. Alamak! Air mineral tak isi lagi dalam botol air kami. Dengan pantas aku mengisi dengan harapan “janganlah tren sampai lagi”. Macam tuh pun nak gelabah, aduhai…. Jadi bapak-bapak ni memanglah cuak depan belakang kiri kanan. Nak tengok anak lagi. Nak jaga backpack sekali. Nak jaga bini kalau-kalau ada yang berani mengorat. Hai macam-macam kan.
Nampak tu betapa sarat backpack aku. Itu baru Hat Yai, belum lagi tempuh 10 bandar lagi. Entah-entah bila dah sampai bandar ke-11, backpack dah macam belacan. Backpack tu aku baru beli khas untuk kembara ni. Aku percaya kelasakan jenama Deuter sebab dah pernah pakai sewaktu backpacking ke London tahun 2009 dulu. Pastikan yang ori!
Menunggu lagi…………… Manalah kau wahai tren. Sambil tu aku melayan kebosanan dengan acah-acah jadi jurugambar professional. Ada juga aku dok amati aktiviti dan tingkahlaku rakyat Thailand di sini.
Kelihatan dari jauh ada sebuah tren. Betul ke tu train yang kami akan naik? Makin dekat, dekat dan dekat. Hah betullah tu! Nampaknya semua dah angkat beg masing-masing. Yang makcik-makcik jual makanan pun dah standby. Ada seorang makcik tu bertudung. Kalaulah aku tak tapau apa-apa tadi, dah lama kami beli dari dia. Maaf ye makcik, bukan rezeki.
Masuk je tren, kami dapat sleeper berth di row yang ketiga dari pintu masuk. Terus labuhkan backpack dan barangan yang lain. Bagi korang yang dah baca entri sebelumnya, kami ambil katil side-by-side. Nasib baiklah tak ada orang yang duduk berhadapan kami, baik aku mahupun Tatie. Sekejap lagi pun jam 6.30pm atau 7.00pm, pegawai tren akan datang dan memasang katil.
Aku pun tak nak ketinggalan bergambar. Mestilah kan? First time ni naik sleeper berth.
Seronok sangatlah tu Aqif!!
Nampak betapa banyak beg-beg disusun di tepi-tepi katil. Ni kalau tersandung tali beg mau tersungkur ni. Jadi, kalau korang naik tren jenis begini berhati-hatilah langkah tu. Tak perlu berjalan laju-laju dalam gerabak melainkan kalau dah nak tercirit. Tak ada apa perlu dikejar dan masa pun banyak sangat. Satu lagi, susunan beg di sini memang berterabur. Ada yang main letak je walaupun rak beg tu bukan terletak sebelah katilnya. Biarlah, asalkan bahagia. Korang pun jangan berkira sangat bab ni. Kita bercuti biar enjoy. Nanti gaduh-gaduh bab simple macam ni satu hal.
Meh aku kasi tips: Sebenarnya, boleh je letak beg kat atas katil dan lebih selamat. Letak paling hujung dekat kaki. Aku pun tak tahu bab ni. Sampailah kami naik tren dari Ayutthaya ke Nong Khai, barulah tahu.
Cuba tengok soket elektrik dalam gambar di atas. Hanya dua je soket yang perlu dikongsi dengan 4 buah katil. So, bawalah powerbank masing-masing. Dalam tren tak perlu sentiasa on data sebab bukan semua kawasan ada line. Setkan ke 2G bagi menjimatkan bateri.
Tren pun mula meluncur. Dari perlahan menjadi sederhana laju. Kelajuannya bukanlah sepantas tren ETS di Malaysia tapi bak kata orang.. “just nice” sebab boleh menikmati pemandangan luaran. Aku pun mulakan sesi acah-acah photographer dengan mengambil gambar kanak-kanak ni yang sedang dalam dilema; nak tidur sungguh-sungguh ke atau tidur-tidur ayam?
Ibunya duduk berhadapannya. Dorang ni orang Islam Thai. Tak silapnya destinasi ke Bangkok. Mula-mula je budak ni tidur dalam 1-2 jam. Kemudian bila Aqif dok main cak-cak dengan dia, mulalah suasana jadi gamat di sini bila budak-budak bermain.
Awalnya, aku sekadar ambil gambar dari sebelah tingkap katil je. Pemandangan sawah padi yang dah mula membuahkan hasil.
Kemudian, aku mulakan sesi merayap dari gerabak ke gerabak. Barang-barang semua aku pass pada Tatie untuk dijaga sebab Aqif tiba-tiba terlelap.
Monyok nye muka akak tu. Sori la akak, orang peghak macam saya semua benda nak snap. Ini pula gambar aku tengah berdiri paling dekat dengan pintu gerabak dan kelihatan suasana dalaman gerabak. Rasanya, waktu ni baru sejam di atas gerabak iaitu 5.38pm.
Selfie guna SLR inilah masalahnya, background belakang kabur.
Saja aku tinjau-tinjau bahagian pantri. Buat yang nak membasuh tangan dan muka bolehlah asalkan jangan pula membasuh berak dan kencing anak yang masih bayi di sini. Tabiat yang tak elok dipandang orang.
Ini pula bahagian gerabak yang lain. Nak menapak dari satu gerabak ke gerabak yang lain memang agak horror sikit. Dengan bunyinya menderu kuat disebabkan geseran roda gerabak atas landasan besi. Aqif memang takut sangat nak ‘melintas’ gerabak. Kalau tren ETS tu oklah sebab moden dan senyap bunyinya.
Sekarang barulah aku mulakan fotografi yang sebenar tanpa ada tingkap sebagai penghalang. Kebetulan pula pintu gerabak bahagian luar terbuka. Dari Google Maps, aku dapati kawasan bukit-bukau ni ialah Phattalung. Ia merupakan provinsi atau daerah (tapi nampak dari peta, gaya macam sebuah ‘negeri’ je) yang terletak di antara Songkhla dan Nakhon Si Thammarat.
Sebut pasal Nakhon Si Thammarat ni, asalnya memang kami nak berhenti dan bermalam di situ. Tapi memandangkan ia terletak nun jauh dari kawasan stesen tren dan memerlukan masa sejam untuk ke sana menaiki minibus ditambah pula khabarnya dalam berita ada banjir buruk, terpaksa kami batalkan dan terus ke Prachuap Khiri Khan. Apa yang menarik di Nakhon Si Thammarat ialah ia merupakan tapak kerajaan lama Ligor (sebahagian dari kerajaan Kedah Tua). Jadi banyaklah tapak sejarah dan binaan berunsurkan kemelayuan.
Titik-titik biru tu penanda kemungkinan di situlah lokasi semasa kami dalam tren. Cuba tengok pula tasik besar di sebelah titik-titik biru tu. Besar sungguh kan tasik tu?? Aku try ukur panjangnya lebih kurang 55km, separuh dari tasik terkenal Tonle Sap di Cambodia! Ikutkan hati, nak je explore tasik tu nak usha apa yang ada.
Ok start di bawah ni aku sajikan beberapa gambar pemandangan sekitar bukit-bukau Phattalung. Biarlah gambar yang berbicara….
Macam gua pula. Atau mungkin laluan yang dah dipecahkan untuk kenderaan.
Jiran sleeper berth belakang kami seorang wanita muda Thailand. Beliau juga membantu kami cecara untuk convert dari seat kepada sleeper berth. Katanya, perlu pesan dan panggil pegawai tren datang pasangkan sebab tak semua penumpang dah bersedia nak berbaring. Yelah, jam pun awal lagi baru 7.00pm. Mungkin ada yang nak mula tidur jam 10.00pm dan waktu tu barulah sesuai untuk convert. Aku sediakan video yang diambil. Korang lihat sendiri bagaimana seat berubah menjadi sleeper berth. Pegawai tren mengambil masa hanya kurang 3 minit je untuk sediakan dua buah katil. Layan……
Malam pun dah mula menjelma. Nak tengok pemandangan di luar pun tak nampak apa dah. Oh dah bangun rupanya Aqif. Mungkin terjaga sewaktu pegawai tadi datang memasang katil. Masa untuk makan malam.
Lepas makan, barulah Tatie mandikan Aqif pula. Saja aku skodeng Aqif dari luar tandas. Kelakar pun ada sebab takutkan lubang jamban tu. Boleh nampak tanah dan batu landasan ok?
Saja aku nak tunjuk korang macam mana aku rantaikan backpack ke tiang gerabak. Untuk keselamatan weh. Lantaklah orang nak kata apa kan. Tren jenis ni bukanlah moden seperti tren ETS yang lengkap depan belakang ada kamera CCTV. Aku gunakan rantai basikal jenis dawai yang menggunakan nombor kombinasi. Murah je kurang dari RM10 kalau beli dari Mr. DIY. Sangat ringan dan berat kurang dari 100gm. Memang boleh je pencuri nak kebas semudah memotong tali backpack dan cabut lari. Tapi sekurang-kurangnya melambatkan kerja keji dia untuk dikantoikan.
Masa dalam tren, aku berkenalan dengan 3 orang Pakistan muslim yang agak moden. Mereka naik dari Surat Thani dan katanya baru attend full moon party di Koh Samui. Antara tiga orang tu, hanya seorang saja yang boleh berbahasa Inggeris. Dia ni suka bergurau dengan Aqif sampai jam 1 pagi baru anak kami tidur. Dorang pun tak dapat tidur sebab terlalu lapar, mungkin tak sempat nak tapau makan. Jadi aku pun hulurlah biskut dan makanan ringan termasuk kurma. Salah seorang kawannya juga meminjam powerbank aku sebab soket elektrik dah penuh. Apa ada hal, aku ok je.
Kami sesama melayan baik antara satu sama lain. Sambil tu bersembang juga bab pemimpin Pakistan seperti Pervez Musharraf dan Muhammad Zia Ul-Haq yang dulunya sangat intim dengan Tun Mahathir bagi membantu pejuang Mujahiddin sewaktu perang dengan Russia dahulu. Katanya, disebabkan Presiden Zia terbunuh dalam nahas udara (dipercayai sabotaj atau dibom dari peluru berpandu darat ke udara), so hanya jarinya saja yang dijumpai dan ditanam dalam makam. Malangnya tak sempat aku nak bergambar dengan mereka untuk dibuat kenangan. Till we meet again my Pakistani friends!
Akhirnya, merasa juga aku naik sleeper berth. Di Malaysia dah tak ada dan digantikan dengan ETS. Kecuali Ekspress Pantai Timur iaitu laluan dari Gemas (Negeri Sembilan) ke Tumpat (Kelantan). Lawaklah Aqif ni, jam 1.00am baru nak tidur. Itulah… asyik sangat bergurau dengan mamat-mamat Pakistan. Mula-mula Aqif tidur di katil Tatie, tetiba panjat pula katil aku. Asalkan kau bahagia nak.
Tips: Sebagai ketua rumahtangga dan lead untuk travel, macam biasa susah nak tidur dalam tren risau terlepas stesen. Aku kongsi sedikit info terutama untuk yg ada anak kecil bawah usia 4 tahun. Kenapa bawah 4 tahun je sesuai untuk tip ni? Sebab budak usia ni ada tubuh saiz halus. Usia 5-6 tahun pun boleh kalau tubuh kecil.
Jadi, kalau beli tiket sleeper berth, tak perlu beli tiga orang contohnya suami, isteri dan anak seorang. Cukup beli tiket untuk suami dan isteri sahaja. So, jimat di situ. Anak pula bagi tidur tepi macam dalam gambar ni, iaitu aku dan Aqif.
Dan WAJIB ambil lower berth dan bukan upper berth…. Sebab… Tren ni bergoyang, jangan buat hal kalau tergolek dari atas. Memang tak ada sebarang railing penampan di bahagian katil atas.
Oklah.. bersambung ke Kembara Thailand – Laos: Day 3 – Part 1 – Selamat Pagi Prachuap Khiri Khan.
Leave a Reply