• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 7 – Part 4 – War Cemetery dan Thai-Burma Research Center di Kanchanaburi

November 29, 2017 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 6 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 7 – Part 3 – Restoran Muslim dan Memorial Monument di Kanchanaburi. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Kalau menapak dari Memorial Monument ke arah War Cemetary, aku rasa agak jauh juga lebih kurang 3km. Korang rajin bolehlah jalan kaki.

Jadi, kami pun tunggulah tuktuk motorsikal kalau ada lalu depan kami. Selepas 10 minit, ternyata agak susah nak melihat tuktuk di sini. Entah kenapa, aku rasakan Kanchanaburi ni tak serancak seperti di daerah-daerah lain di Thailand. Padahal di sini penuh dengan tempat-tempat sejarah yang terkenal di dunia.


Sambil menunggu tepi jalan, sempat juga aku ambil gambar sebuah rumah kedai yang dah jadi macam rumah hantu kerana tiada penghuni dan dipenuhi tumbuhan menjalar.

Malas nak menunggu, kami teruskan berjalan kaki sambil bertanya pada tuktuk yang sedang berehat di tepi jalan. Akhirnya ada sebuah tapi harga yang ditawarkan agak tinggi iaitu THB100. Dengan kuasa minda pahlawan JEDI Star Wars, aku cuba pengaruhi dia untuk menerima hanya THB80. Runding punya runding, dia pun setuju.

Dalam tempoh membawa kami, kelihatan muka penunggang kurang berpuas hati. Agaknya macam terpaksa sahaja bawa kami pada hari tu. Adakalanya aku merasakan seperti terlalu mahal tambang pengangkutan di Thailand walaupun ramai orang Malaysia yang mengatakan harga di sana murah. Korang bayangkan, jika aku bayar juga THB100 untuk perjalanan sejauh 3km, itu serupa sahaja seperti membayar teksi dengan tambang RM12! Aku naik Uber seramai 3 orang sejauh 6.8km pun harga tambang hanya RM7.80.

Beliau hantar kami sehingga ke tepi jalan utama berhadapan dengan pintu masuk War Cemetery. Aku sebenarnya kurang memahami sebutan di mulutnya tadi seolah-olah beliau mahu menunggu kami di cemetery sehingga selesai dan mengupah beliau lagi untuk perjalanan ke tempat seterusnya. Tambahan pula lepas dihantarnya kami di sini, beliau masih berada di situ tak ke mana-mana.

Jadi, dari jauh aku dok tercangak-cangak tengok samada beliau dah beransur atau tidak. Fuh, nasib baik dah menghilang. Risau juga, nanti dikejarnya dan dipaksanya kami untuk membayar wang tambahan.

Akhirnya sampai juga kami di sini iaitu kawasan perkuburan yang terkenal yang menempatkan tahanan-tahanan perang beragama Kristian yang bernama Kanchanaburi War Cemetery. Mereka adalah tahanan yang berkhidmat dari tahun 1939 hingga 1945.

Perkuburan ini sebenarnya berhadapan sahaja dengan stesen keretapi Kanchanaburi.

Di sini tertulis:

After entering the Second World War in December 1941, Japanese forces quickly overran most of South East Asia. In 1942, in order to find a shorter and more secure line of supply between Burma (now Myanmar) and Siam (now Thailand), the Japanese decided to use prisoners of war and civilian labour to build a single line railway to link existing railheads at Thanbyuzayat in the west and Ban Pong in the east. Two forces, one based in Siam and one in Burma, worked from opposite ends of the line, meeting at Konkuita in October 1943. The project cost the lives of approximately 15,000 prisoners of war and 100,000 civilians as a result of sickness, malnutrition, exhaustion and mistreatment.

This cemetery, the largest of three on the Burma-Siam Railway, is located near the site of the former “Kanburi” Prisoner of War Base Camp through which most prisoners passed on their way to other camps. The cemetery, designed by Colin St Clair Oakes, was created after the war by the Army Graves Service who transferred graves into it from camp burial grounds and solitary sites all along the southern half of the railway and other sites in Thailand.

More than 5,000 Commonwealth and 1,800 Dutch casualities are commemorated in the cemetery, including some 300 men who died of sickness at Nieke and Changaraya and who were cremated. Their ashes are buried in two graves in the cemetery and their names appear on panels in the shelter building. The names of eleven soldiers of the Indian army whose graves elsewhere in Thailand could not be maintained are commemorated by name on a tablet in the entrance building.

The Commenwealth War Graves Commission is responsible for the maintenance of graves and memorials in some 150 countries which commemorate around 1,700,000 members of the Commonwealth forces who died in the two world wars. Those commemorated here and elsewhere include servicemen and women of several different faiths and of none.

Ok, kisahnya begini…. pihak Jepun mengerah secara paksa 15,000 tahanan perang dari pelbagai negara dan 100,000 tenaga kerja dari rakyat biasa. Disebabkanya ramai yang mati sewaktu menjadi buruh paksa, hanya jenazah dari 5,000 orang tahanan serta rakyat dari negara Komanwel dan 1,800 warga Belanda yang berjaya dipindahkan perkuburan mereka ke sini. Di sini juga menempatkan 300 orang pesakit dari Nieke dan Changaraya yang akhirnya meninggal dunia dan ditanam di sini.


Papan tanda tu kata….. tanah perkuburan ini adalah hadiah dari rakyat Thailand pada mangsa-mangsa yang terkorban semasa pembinaan landasan keretapi maut. Bagi yang teringat zaman sekolah dulu mengaji sejarah tentang landasan ini mungkin akan dapat merasakan ‘feel’nya.

Dari bangunan pintu masuk tadi, terdapat sebuah papan penerangan maklumat sebelum menjejakkan kaki masuk ke dalam kawasan perkuburan. CWGC bermaksud Commonwealth War Graves Commission.

Tempat ni aku lihat sentiasa diselenggara kerana mendapat dana tahunan dari kerajaan negara-negara Komanwel melalui CWGC. Di kenderaan penyelenggara ini tertera perkataan CWGC. Aqif tak melepaskan peluang untuk acah-acah memandu kenderaan mini ini.

Jika ke sini, jangan lupa lepaskan peluang bergambar di tengah sini. Di belakang aku tu terdapatnya tiang salib yang aku rasakan cukup besar. Bermakna di sini majoriti adalah beragama Kristian. Dikatakan terdapat juga perkuburan lain yang berdekatan tapi di sini lebih terkenal.

Kelihatan beberapa orang pelancong asing seperti kami yang menziarah ke sini.

Ini pula sudut bahagian sebelah kiri. Di belakang sana terdapat sebuah pondok kecil yang aku tak pasti tujuan dan fungsinya kerana kami hanya berlegar di bahagian hadapan sahaja.

Contoh salah satu kubur mangsa. Tak salah aku dari namanya mungkin dari Belanda. Agak muda juga menjadi mangsa korban dengan usia pada ketika tu 24 tahun. Bayangkan bagaimana perasaan ibubapanya bertahun-tahun tidak mengetahui nasib anak mereka kerana zaman tu agak sukar untuk mendapat ‘update’ perkembangan semasa. Sedar-sedar notis sampai ke rumah mengatakan anak telah terkorban. Jika disekalikan dengan gambar, sudah tentu suasana makin pilu hiba kerana kebanyakan mangsa ketika itu dalam keadaan kurus kering berpenyakit dan diabaikan.

Seterusnya, kami menapak pulang kembali ke Rainbow Guesthouse untuk check out sebelum tengahari menjelma. Pada ketika ini waktu adalah 11.14am. Sempat lagi.

Jadi kami singgah sebentar di bahagian luar Death Railway Museum and Research Centre. Tak masuk pun.

Bahagian luar terdapatnya taman yang diselenggara dengan baik dan terteranya tugu mini peringatan.

Aku zoom lebih dekat lagi…

Tiba masa berangkat kembali ke Rainbow…. Kembara Thailand – Laos: Day 7 – Part 5 – Santai di Rainbow Lodge dan Perjalanan Menuju Ke Bangkok.



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 11 - Part 1 - Atas Bumbung Hotel Saifon & Morning Market
Kembara Thailand - Laos: Day 8 - Part 6 - Siam Square One & Siam Paragon, Bangkok
Kembara Thailand - Laos: Day 8 - Part 5 - Hello Kitty Bangkok!!

Filed Under: Kanchanaburi, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz