• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Carpacker 2015 – Pantai Timur – #16 Aku jatuh cinta dengan Pantai Merang dan Overview Sutra Beach Resort

December 14, 2016 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 6 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #15 Overview Tok Aman Bali Beach Resort. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Ok, dah berapa minggu tak bersambung kisah Carpacker Pantai Timur. Sebelum kisah jadi tergantung, baik aku sambung penulisan.

Hari ni masuk hari ke-3, Khamis 26 Mac 2015. Selepas check out dari TABBR, agak lewat juga hampir 1.30 tengahari. Nasib baik lah ahkak-ahkak di kaunter tak kisah sangat check out lambat bila aku mula tunjuk senyum macam kerang busuk.


Amir pun datang juga tengahari tu, dia ajak kami makan tengahari di luar kawasan hotel. Aku rasa dah masuk area Pasir Puteh kot. On the way ke port makan, makan minum siap sembang-sembang… jam 3 petang lebih baru kami bersurai.

Amir di hadapan kereta hitam ni.

Memang panas tengahari tu. Aku pun cadang kat Tatie untuk lajak ke masjid berdekatan untuk solat jamak dan sambil-sambil tu boleh le mandi ke apa sikit sebab waktu makan tadi, Aqif agak comot dan makanan pun banyak bersepah atas baju.

Bila perut penuh makanan, cuaca pulak tengah panas, mata pula kuyu, angin pulak bukan main sedap, apa lagi… dekat sejam aku terbongkang atas karpet masjid. Nasib baik le dorang berdua pun lelap sekali dalam kereta.

Selesai ‘urusan’ di masjid, barulah kami bergerak ke Pantai Merang tapi terpaksa masuk semula ke jalan menuju ke TABBR. Tujuannya untuk lalu di jalan lama atau jalan kampung yang menyusuri tepi-tepi pantai Terengganu. Jauh juga, dekat 57km tapi view dia… mak datok!

Aku sebenarnya nak cari pantai Rhu Sepuluh, tapi alih-alih jumpa pantai Penarik. Aku rasa pantai Penarik ni glamour sebab selalu jadi sebutan pelancong-pelancong tempatan. Sebenarnya, aku tak pasti Rhu Sepuluh tu merujuk pada pantai atau Kampung Rhu Sepuluh. Tapi belasah jer lah, lagipun kedua-dua pantai ni rasanya berdekatan dan view pun sama jer.

Warung ICT di Pantai Penarik

Memandangkan hari pun dah dekat petang dan perlu reload perut, so destinasi kami dalam map ni ialah tempat makan Ikan Celup Tepung (ICT) termasuklah sotong dan udang celup tepung. Di sana terkenal dengan panggilan “ICT” jer. Warung ICT ni pun aku terjumpa secara tak sengaja sebab ghairah sangat nak cari port untuk stop dan melayan pantai di kawasan Merang ni. Buat korang yang nak koordinat GPS, nah salin ni “5.599466, 102.822174”. Bagi aku, mana-mana warung ICT di Terengganu semuanya ok jer sama rasa dan korang bolehlah terjah mana-mana warung sekalipun. Yang membezakan hanya harga, maklumlah bila melibatkan seafood kan..

Sebelum makan, kita layan dulu view Pantai Penarik…

Kualiti kebersihan tu so-so lah, ada jugaklah kotor sana-sini.

Ini bukanlah pulau pandan jauh ke tengah, mungkin pulau Perhentian atau Pulau Redang. Untuk pengetahuan korang, di sinilah tempat menaiki bot untuk ke kedua buah pulau tu (jeti Merang rasanya…)

Walaupun ada banyak sampah-sarap, tapi kami tetap enjoy di sini. Aku rasalah, pantai di Hua Hin dan Koh Samui di Thailand pun cantik serupa macam nih. Lagipun, kalau berterusan ke utara melalui tepi-tepi pantai, memang akan tembus sampai ke Bangkok!

“Projek Pasir” oleh Aqif Development Sdn Bhd.

Gambar atas ni kalau di hitam putihkan, sebijik macam zaman 60 atau 70an.

Kelengkapan pencarian rezeki oleh nelayan-nelayan tempatan.

Rumah api di tengah laut.

Zoom sejauh yang boleh….

Antara view yang aku suka… semacam berjerebu tapi bukan jerebu, sebaliknya angin laut yang menderu dan pokok Rhu yang ditiup angin. Kalau ditakdirkan ada khemah, memang dah lama aku pacak di sini.

Peralatan nelayan di dalam sampan masing-masing.

Termenung memikirkan masa depan Malaysia untuk menyelamatkannya dari penyangak-penyangak dan pengkhianat seperti Si Kitol versi moden. Alamak… label topi terjojol keluar pula.. malunya… ghairah sangat nak cepat-cepat port depan pantai.

Kembali ke topik ICT…. nih dia….. amacam? Sedap weh… rangup. Aku lupa pula harga, tak silapnya semua sekali dalam RM18 atau RM22 kot. Sotong, udang dan keropok lekor. Setiap kali sebut ICT, aku teringat pula lagu patriotik Keranamu Malaysia…

“Pakar IT pakar ekonomi”

Aduih… parah!!


Awalnya, kami ada bercadang untuk menginap semalaman di Sutra Beach Resort (SBR). Itupun sebab tengok banyak review best-best dalam blog tempatan. Tapi takdelah terdesak sangat macam esok dah nak kiamat. Tengok pada keadaan dulu….

So aku pun memandu dari port ICT tadi ke Sutra Beach Resort, lebih kurang 22km. Tengok waktu pun dah hampir Maghrib.

Dah sampai sini, aku pun bertanya kaunter harga semalam untuk bilik “Deluxe Sea View Twin Bed”. Harganya seperti yang kami sedia maklum iaitu RM450/night. Memang kami takde booking apa-apa sebab nak tengok pada keadaan dulu. Oh ya, mamat hensem yang layan aku ni baik dan peramah. Banyak informasi yang dia bagi.

Habis di kaunter, kami ronda-ronda sekitar SBR terutama kawasan pantai. Mungkin sebab dah Maghrib, so tak berapa clear sangat pemandangan sekitar.

Pool SBR jenis “endless pool”. Sambil tu aku acah-acah macam menginap di sini. Kemudian aku masukkan gambar dalam FB, memang sakan acah-acah. Ramai kawan-kawan FB ingat aku menginap di sini, tapi rupanya…… kejap lagi aku cerita.

Lagi gambar kawasan swimming pool di SBR…

Rumah kampung mini di SBR… kanak-kanak mesti suka!

Kami lepak sebentar di coffee house di SBR. Lagipun agak penat setengah hari di jalanan. Sambil tu aku bincang dengan Tatie samada nak menginap atau tidak di sini. Kami ambil keputusan untuk meneruskan kembali penginapan di BBBR di Kuala Terengganu. Nih sebab-sebabnya…… hari pun dah nak malam. Kalau depan desk SBR memang RM450/night, esoknya pula checkout jam 12 tengahari, tak ke rugi kan? Lain lah kalau kami sampai awal dan dapat melayan pantai di depan SBR serta kawasan sekeliling. Sekadar menginap untuk melabuhkan badan dan tidur memang rugilah RM450. Dengan RM450, kami boleh extend lagi 2-3 malam di BBBR. So buat kawan-kawan FB yang ingat kami menginap di sini, sori lah ye… acah-acah menginap je pun. Bukan salah kami, tapi keadaan tak mengizinkan untuk menginap dan buat review tentang SBR.

Nota untuk korang… kalau nak menginap di sini, cuba booking melalui Agoda. Dulu SBR tak bagi harga promo di Agoda. Tapi tadi aku check, boleh dapatkan harga dalam RM210 untuk bilik jenis “Deluxe Sea View Twin Bed” termasuk sarapan percuma.

Malam tu juga kami terus shoot ke BBBR dan booking lagi beberapa malam. Tak jauh pun, dari SBR ke KT lebih kurang 34km.

Sambung ke entri seterusnya iaitu entri ke-17 .. Fuiyo! Gilo banyak entri.. bacalah blog ni sampai lebam ye kawan-kawan…. hehehe..

Klik di sini…. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #17 Bazar Warisan dan Pasar Payang.



Related posts:

Carpacker 2015 - Pantai Timur - #12 Pantai Batu Burok dan Review Batu Burok Beach Resort
Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman - Part 3 - Tempat Makan Best Dan Menarik
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #7 Warung Nasi Dagang Kak Pah dan Sekitar Pantai Batu Burok

Filed Under: Carpacker Pantai Timur, Hotel, Malaysia, Resort, Terengganu

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz