Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #16 Aku jatuh cinta dengan Pantai Merang dan Overview Sutra Beach Resort. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Aku masih ingat lagi kali terakhir ke Pasar Payang bersama saudara aku dari Penang. Sebelum tu, kami semua beramai-ramai menetap di rumah saudara di Kelantan sebelum ke KT. Semasa di KT inilah aku first time jejak masuk ke dalam pasar dan jejak ke tanah Terengganu tu sendiri. Agak uols, tahun tu bila? Seingat aku sewaktu tingkatan 4 atau 5 iaitu tahun 1993/94. Hampir 23 tahun yang lalu!
Kalau dulu, dari tingkat atas Pasar Payang dah boleh nampak laut dan sampan-sampan berlabuh. Aku dulu ikut jer saudara-saudara aku yang lebih tua turun naik tangga dan kelihatan warung-warung kopi di tepi-tepi koridor pasar yang menghadap laut. Tapi sekarang, kawasan berlaut tu dah ditambak, maka wujudlah kawasan baru iaitu “River Cruise”. Sampai sekarang aku masih lagi menyimpan memori suasana pasar tahun 90an. Dengan bau lautnya, angin laut, peniaga yang lebih bergaya tradisional, rumah-rumah atau kedai papan yang mengelilingi pasar dan lain-lain lagi.
Hari ni masuk hari ke-4 kami ber’carpackers’, iaitu Jumaat, 27 Mac 2015. Akibat banyak sangat gambar yang baru di ‘sorted’, aku terlupa dan terkeliru hari dan waktu kami di sana, ditambah pula kembara ni dah setahun lebih berlalu. Aku hentam jer lah ye, janji korang dapat layan dan yang penting…. informasi!
Lupa nak cerita, malam semalam sampai je ke BBBR, aku booking semula tambahan beberapa hari lagi di sini. Nasib baiklah staff kaunter tu masih ingat aku. Dia pun bagi lah bilik yang sama. Walaupun di BBBR WiFi dan 3G bermasalah, tapi kami selesa di sini (aku rasa tahun 2016 ni dah ok kot WiFi dan capaian 3G EDIT: Februari 2018 kami ke sana lagi dan booking bilik yang sama, masih lagi bermasalah line 3G/4G termasuk WiFi). Mungkin punca sebab penghuni pun dah tak ramai, berdekatan dengan laut, bilik yang terbaik, berhadapan pantai dan terletak di tingkat bawah. Malam tu, kami tidur tak ingat dunia. Maklumlah seharian jauh perjalanan sampai ke Kelantan kemudiannya patah balik ke KT.
Malu nak cerita. Pagi tu kami sarapan lagi di warung Kak Pah, hehehe. Ok berbalik cerita pasal Pasar Payang, kami tiba di sini hampir jam 10 pagi. Tatie dah target, sampai je nak usha kedai-kedai batik di Bazar Warisan.

Tak silap aku, Bazar Warisan ni bertingkat-tingkat. Kami sekadar layan ground floor je dah mencukupi. Aku kurang pasti kenapa suasana di bazar ni macam kurang sambutan jer. Aku andaikan mungkin masih awal pagi dan banyak lagi kedai belum buka. Lokasi bazar ni terletak sebelah-menyebelah dengan Pasar Payang. Aku signal kat Tatie, “relek dulu, jangan beli apa-apa lagi kat bazar, kita usha dulu dalam pasar.”

Nih la bentuk Bazar Warisan. Untuk pengetahuan korang, hati-hati kalau nak parking di sini jangan main jolok jer kereta kat mana-mana ruang sebab penguatkuasa majlis sangat ketat di sini. Ini aku sendiri yang tanya penguatkuasa yang tengah menyaman di sini. Don’t play-play! So, parking biarlah yang berbayar. Alah, seringgit jer pun. Kawasan ni dikira hotspot dan banyak kenderaan berhenti, sebab tu strict.

Jalan masuk ke Pasar Payang. Di sini sebenarnya banyak pintu masuk. Aku pun tak sure pintu yang kami masuk ni dikira pintu utama atau kedua.

Pintu masuk Pasar Besar Kedai Payang. Aku andaikan mungkin dahulu ia tidak dikenali sebagai pasar tapi “Kedai Payang”. Masuk jer aku cuit Tatie suruh naik ke tangga atas yang terletak di tepi pintu masuk. Suasana tangga dan sekitar pasar ni aku rasalah, masih mengekalkan apa yang pandangan aku dapat capture masa tahun 1993/94 dulu.

Tuh dia tingkat atas, banyak kedai-kedai pakaian dan batik dah dibuka seawal pagi.

Nah… cucilah mata apa-apa yang patut. Tapi kami tak beli apa-apa pun di sini sebab Tatie dah terkenan kat seluar batik yang mula-mula di Bazar Warisan tadi. So, tingkat atas ni kami sekadar melihat-lihat jer. Untuk informasi, pasar ni hanya dua tingkat jer.




Selepas tu kami turun semula ke tingkat bawah sebab favourite aku nak usha aneka ragam penjual-penjual dan hasil jualan yang disajikan. Mari kita mencari keunikan…

Dah mula nampak macam-macam botol untuk ‘cicah-cicah’.

Selfie sekali. Korang bukan tau betapa hazab aku nak pegang sebelah tangan kamera DSLR seberat 1.2 kilo yang gedabak! Gambar jadi tak cantik sebab bergoyang. Dah tentu abam dalam gambar tu dok usha aku, jarang ada orang nak selfie pakai DSLR!

Yang macam silinder nipis-nipis tu digelar “Manisan Terengganu”. Lebih kurang macam gula melaka juga. Antara yang lain seperti belacan tempatan dan asam keping (rasanya kot).

Lagi gambar susunan Manisan Terengganu.

Sebenarnya inilah yang aku nak tunjukkan pada Tatie. Sebagai orang selatan, telur penyu ni memang rare bagi dia. Yang dalam plastik tu telur mentah. Yang direndam dalam bekas plastik tu pula telur yang dah direbus. Sampai sekarang aku confius samada telur penyu ni sebenarnya diharamkan untuk jualan atau tidak. Tapi aku tak beli pun sebab dah tahu rasanya macam masam sikit, tak sedap sangat. Kulit telurnya bukanlah keras macam telur ayam atau itik. So kalau pegang kulitnya, macam lembik seolah-olah macam picit span. Dan kalau nak ‘kupas’, perlu koyakkan kulitnya.

Lagi makanan ringan…. kekacang, kerepek, gula sagu, dodol durian, biskut tradisional dan pelbagai lagi.

Selepas tu kami bergerak ke kawasan barangan basah. Aku masuk sorang sebab lantai lecah sangat tak sesuai untuk budak-budak.

Lagi gambar peniaga-peniaga di kawasan barangan basah.


Hasil ‘berdagang’ hari ni. Di sini juga aku sempat borong 2-3 bilah kapak dan parang. Buat menebas semak belakang rumah dan spare kot-kot kena masuk hutan. Untuk informasi, kat sini memang murah peralatan-peralatan berkebun.

Sampai je kat pintu keluar, aku terlayan pula kapsul belut. Katanya bagus untuk buang angin dalam badan. Hah eloklah tu, memang bergelora badan aku dengan ribut taufan. Aku beli minyak urut dan kapsul serbuk belut kering. Entah dah lupa berapa ringgit, tapi tidaklah mahal.

Sambil tu abang peniaga ni tunjuk belut hidup dia. Aku pun pegang lah kan, bila lagi nak pegang belut hidup. Tapi licin sikit lah dan mudah terlucut dari tangan. Abang ni baik dan peramah orangnya. Dah lebih 20 tahun beliau berniaga ubat-ubatan berasaskan belut di Pasar Payang. Tapi kalau korang jumpa dia, janganlah semata-mata nak pegang atau bergambar dengan belut tu tapi tak beli apa-apa dari dia. Not nice kata orang. Sekurang-kurangnya beli lah sebotol minyak urut.

Tuh dia satu tong belut hidup. Apa macam uols? Berani tak celup tangan dalam ‘kampung’ belut ni? Alahhh… takkan belut pun korang geli? Hehehehe..

Sebelum balik tu, kami return semula ke Bazar Warisan. Tatie sempat lah beli 2 helai seluar batik. Tenghari tu kami lunch dan aku pula singgah solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan dengan destinasi seterusnya.
Jom sambung pula di entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #18 Taman Tamadun Islam.
Leave a Reply