• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Kembara Thailand – Laos: Day 9 – Part 2 – 14 October Memorial & Democracy Monument

September 11, 2019 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 7 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 9 – Part 1 – Restoran Aesah Rotdee & Wat Bowonniwetwiharn Ratchaworawiharn

Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos

Sebaik keluar dari Wat Bowonniwetwiharn Ratchaworawiharn, kami terus menuju ke satu landmark popular iaitu October Memorial. Semua yang aku dah bookmark dalam Google Maps dalam linkungan berjalan kaki sahaja tanpa perlu naik pengangkutan awam.


Kami menuju ke bahagian timur Khao San Road kerana di sana adanya jalan besar (atau highway) di antara bandar.

Inilah lorong belakang yang terletak di belakang deretan kedai tadi. Sekadar bergambar sahaja dan bukanlah masuk ke dalamnya.

Sambil kami menapak, bertembung pula dengan backpackers sekeluarga yang sedang menapak di seberang jalan. Bapak, mak, anak… semuanya beg galas, bestnya! Kadang-kadang tu, golongan sebegini dah lama jadi backpackers senyap-senyap dan tak kecoh pun dalam group FB. Yang penting, matlamat tercapai, bukan populariti.

Anaknya pula menjeling dari jauh, jangan marah ye. Kami suka kalian kerana kita sama interest dalam backpacking.

Deretan kedai di sini penuh dengan barangan unik dan kreatif.

Dan aku perasan, sangat banyak kedai menjual barangan silver di sini. Dalam satu deret ni saja, lebih kurang 6-7 buah kedai silver.

Di sinilah kawasannya. Bagi yang minat bab silver termasuk barang perhiasan malah ear piercing, boleh datang ke sini.

Kami pun bypass bahagian timur Khao San Road. Pada siang hari, kawasan jalannya dibuka untuk kenderaan keluar masuk.

Inilah jalan besar atau dikenali juga sebagai highway menurut versi penduduk tempatan tapi tidak kalau mengikut versi orang Malaysia. Kalau tak silap penglihatan aku, hampir 5 lorong semuanya.

Memang tak pernah miss kalau jumpa highway panjang begini walaupun dalam bandar kerana hiasan bahagian tengahnya.

Tempat yang kami nak tuju ialah October Memorial. Dah nak hampir sampai, terjumpa pula abang-abang polis trafik yang bertugas. Nampak friendly lalu aku terus angkat Aqif untuk bergambar bersama mereka. Dapat pula abang yang paling hensem, hehe.

Inilah tempatnya. October Memorial ni adalah tempat bersejarah yang berlaku pada tahun 1973. Ia juga digelar:

  1. 14th October Memorial atau
  2. 1973 Thai Uprising atau
  3. Hetkan Sip-Si Tula atau
  4. October 14 Event atau
  5. Wan Maha Wippayok (Day of Great Sorrow)

Perjalanan kami dari kawasan Aesah Rotdee hingga ke 14th October Memorial. Lebih kurang 450 meter.

77 kematian dan 857 orang rakyat awam yang cedera. Itulah angkanya yang berlaku pada 14 October 1973. Aku tak pasti adakah tempat ini permulaan tercetusnya rusuhan oleh orang awam atau tempat ini adalah salah satu kawasannya.

Sebuah tugu yang dibina seolah-olah seperti rakyat yang berpelukan apabila berlaku kejadian rusuhan antara orang awam dan pihak berkuasa.

Sebaik saja masuk ke sini, terdapat sebuah booth yang dijaga oleh pihak polis. Malah sehingga sekarang masih dijaga sejak dari dulu. Mungkin mereka tak mahu kejadian berulang dengan hadirnya aktivis yang menjadikan tempat ini kawasan berkumpul untuk memulakan cetusan atau ‘spark’.

Tiada terjemahan dalam English dan aku tak tahu apa kaitan gambar-gambar ini. Adakah mereka yang mencetuskan rusuhan, apakah mereka hero negara atau adakah mereka mangsa-mangsa yang mati semasa berlakunya kejadian itu. Dah faham kenapa tiada terjemahan? Aku syak mungkin mereka tak mahu kisah lama ini diperbesar-besarkan sampai ke peringkat antarabangsa.

Tugu inilah yang dibina bagi memperingati detik bersejarah ini.

Disebabkan menaranya terlalu tinggi, aku ambil gambar separuh di atas dan separuh di bahagian bawah. Kedua-dua penting. Lihat saja bahagian bawah tertera nota-nota serta seni binaan yang menunjukkan gambaran sebuah tangga menuju ke atas.

Masih dalam bahasa Thai. Aku haram tak paham apa-apa maklumat yang cuba disampaikan di sini.

Lagi papan penerangan.

Aku bernasib baik kerana di sini ada juga tertera keratan akhbar berbahasa Inggeris. Namun, surat khabar juga tidak boleh diterima bulat-bulat kerana boleh jadi ianya medium propaganda kerajaan yang memerintah pada ketika itu atau mungkin surat khabar keluaran pihak yang memprotes. Tapi kita perlu ingat, kejadian berlaku merujuk pada pemerintahan kerajaan pada ketika itu, bukannya oleh kerajaan yang baru kini.


Aku rasa, ini merupakan plet-plet nama mereka yang terkorban seramai 77 orang.

Apabila masuk ke bahagian foto ini pula, sangka buruk ku ternyata salah. Ya, memang benar tempat ini menonjolkan kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan pihak berkuasa pada orang awam pada tahun 1973 itu.

Lagi foto-foto yang dipamerkan.

Sebenarnya, apa yang berlaku ialah protes yang dimulakan oleh beberapa orang mahasiswa terhadap penangkapan 11 orang politik yang dibuat oleh pihak junta tentera Thailand yang memerintah pada ketika itu. Pemerintahan dikepalai oleh diktator Thanom Kittikachorn yang memandai-mandai mengubah sistem politik Thailand.

Gerakan kecil-kecilan telah dibuat mahasiswa sejak dari tahun 50an lagi. Cuma pada 6 Oktober 1973, 11 orang politik tersebut telah ditangkap kerana mengedarkan risalah agar rakyat menyokong draf perlembagaan yang sedang dibuat. Sejak dari itu, bermula 2,000 orang mahasiswa berkumpul dan akhir  sekali, seramai 400 ribu orang rakyat bersama berkumpul bagi memprotes tindakan pemerintah ketika itu. Perhimpunan ini bagi memaksa pemerintah agar membebaskan 11 orang politik yang ditahan.

Apabila 400 ribu orang disuruh bersurai dan pemerintah memberi jaminan akan membebaskan, hanya separuh sahaja. Lebihan 200 ribu masih berkumpul dan menapak menuju ke istana Raja. Akibat tindakan ini, segala aset ketenteraan dikerah dan berlaku juga vandalisme. Akhirnya, rusuhan antara pihak berkuasa dan rakyat berlaku menyebabkan kematian dan kecederaan.

Kemudian, dari October Memorial, kami menapak pula ke landmark popular yang kedua iaitu Democracy Monument. Terasa seperti ada kaitan pula binaan monument ini dengan apa yang berlaku terhadap tragedi 14 Oktober. Sambil tu aku pun meninjau-ninjau lorong yang menjual nombor ekor/loteri atau nombor tikam.

Punyalah banyak di sini dan aku mengambil kesempatan untuk bergambar kerana suasana begini tiada di Malaysia.

Haa… ada lagi. Kalau di Malaysia, loteri ini dijual disimpang traffic light. Sambil semua kenderaan menunggu, penjual melaungkan mahpiau, mahpiau, mahpiau.

Tiba di Democracy Monument. Sekadar bergambar dari kejauhan sahaja. Hajat nak melintas tapi disebabkan ada anak kecil dan terpaksa melintas jalan yang agak lebar, kami batalkan hajat. Lagipun di tengahnya tiada apa-apa.

Walaupun jauh di tengah pusingan bulatan jalan, eh boleh pula ada papan maklumat tentang monumen tu di temapt kami sedang berdiri. Apa katanya?

Monumen ini dibina pada zaman pemerintahan King Rama VIII pada tahun 1939, untuk memperingati perubahan sistem politik julung kali dari monarki penuh kepada demokrasi berperlembagaan pada tahun 1932. Monumen ini direka oleh Professor Silpa Phirasri, senibinanya berkaitan dengan peristiwa sejarah revolusi yang berlaku. Tiang setinggi 24 meter yang berbentuk sayap bermaksud tarikh 24 Jun. Manakala 75 buah meriam diilhamkan dari 2 digit terakhir 2475 yang mewakili tahun peristiwa merujuk pada tahun era Buddha. Enam buah pedang pada pintu pula membawa maksud 6 polisi utama yang telah dilaksanakan oleh parti rakyat. Tiang berbentuk sayap mewakili hak dan kebebasan rakyat.

Perjalanan kami dari 14th October Memorial hingga ke Democracy Monument sejauh 350 meter.

Di sini terdapatnya Tourism Thailand. Tapi dek kerana segala maklumat di hujung jari, kami tak singgah dan terus menapak ke tempat lain.

Tiba masa untuk melintas jalan, menuju ke entah ke mana.

Akak ni pandang kanan, aku pun sama-sama pandang kanan padahal dah ada polis trafik di situ. Cuba lihat garisan atas jalan. Aku yang dah mempunyai lesen memandu sejak dari tahun 1994 pun agak keliru dengan garisnya.

Sambil menunggu polis trafik bagi green light untuk melintas, aku sempat melihat Google Maps dan terdapat dua buah Wat bersejarah lagi yang berdekatan. Kami pun menapak ke sana menuju ke Wat Ratchanatdaram Woravihara.



Related posts:

Kembara Thailand - Laos: Day 5 - Part 3 - Wat Khao Takiab
Kembara Thailand - Laos: Day 4 - Part 4 - Review Maggie Guesthouse dan Perjalanan ke Hua Hin
Kembara Thailand - Laos: Day 7 - Part 6 - Selamat Datang Ke Bangkok!

Filed Under: Bangkok, Thailand

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz