Bersambung dari Pra Kembara Thailand – Laos.
For English, click here.
Tarikh Kembara: 28 Disember 2016
Hari ke: 1
Lokasi: Kuala Lumpur dan Padang Besar (Perlis)
Malam 27 Disember tu memang kami tak dapat tidur langsung. Maklumlah banyak sebab. Antaranya ialah ini merupakan pertama kali kami berbackpacking sekeluarga dan keduanya risau terlewat bangun dan tertinggal tren.
Tren ETS ni terlalu laju sampaikan tempoh masa berhenti di setiap stesen di antara 15-30 saat sahaja kecuali untuk stesen-stesen yang popular seperti KL Sentral, Ipoh dan Alor Setar.
Bab berkemas untuk bawa semua barangan yang diperlukan dah lama kami buat iaitu seminggu sebelum. Setiap barangan kami timbang dulu atas penimbang mikro. Ni semua sebab luggage yang dibawa berbentuk backpack, makin berat barang makin seksalah kami nak bawa kalau overweight. Sampaikan travel iron yang aku bawa pun bersaiz tapak tangan jer!
Aku pula tidur-tidur ayam. Jam 3.00am kami dah bangun. Lepas dah mandi-manda baru kejutkan Aqif untuk bangun. Dia pun terpinga-pinga apsal awal sangat nak bangun, nak ke mana? Diam jer sebab memang suka sangat bab-bab keluar jalan-jalan ni. Dah tiru macam mak bapak dia asyik berjalan jer hobi.
Tren ETS akan bertolak jam 6.29am dan kami perlu berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) selewat-lewatnya jam 5.30am. Untuk ke TBS, aku dah set akan ambil Uber jam 5.00am dari Bandar Sri Permaisuri. Tak jauh pun dan tambang hanyalah RM7.64. Kalaulah jadual ETS kami jam 7 pagi ke atas, dah lama kami menapak ke stesen LRT Salak Selatan dan terus ke stesen TBS. Malangnya, perkhidmatan LRT hanyalah dibuka jam 6.00am.
Sampai je di TBS, aku blur kejap. Apatah lagi bila tanya security guard dan tunjuk tiket ETS, dia kata suruh pergi kaunter. Kami pun menapaklah ke kaunter tapi semuanya untuk bas. Aihh, salah info dia bagi ni. Ok, aku bertanya pada kaunter informasi. Barulah tahu, kena menapak ke terminal khas untuk tren (gabungan Komuter, ERL, LRT dan ETS). Wallaweh, punyalah jauh menapak ke terminal khas tu, rasanya dekat 300 meter! Di terminal tersebut, sekali lagi keliru sebab tak ada langsung papan tanda yang menunjukkan khusus untuk ke laluan tren ETS ke, LRT ke, Komuter ke atau ERL. Kami bertanya orang lagi dan masuk ikut platform apa aku tak ingat. Tapi dibenarkan pula masuk ikut automatic gate, hanya lepas jam 6.00am jer baru boleh. So, tunggu la kejap dalam 20 minit di luar tu.
Turun ke bawah, aku bertanya orang awam yang lain. Aku cari mereka yang membawa beg besar sebab laluan tu bercampur dgn tren-tren jenis lain. Ok betullah, ada seorang lelaki Cina ni pun nak ke utara. Mana tak cuak kan, dah ler first time naik ETS kemudian security guard di platform tu cakap “kena cepat-cepat tau, semalam jer dah ramai ditinggalkan tren ETS hanya sebab lewat beberapa saat”. Wah, ruginya kalau ditinggalkan tren. Naya kalau kena kat kami, dah ler harga tiket sekeluarga dekat RM200!
Tren pun sampai, lewat juga dalam 5-6 minit. Kami pun naiklah dan cari tempat duduk masing-masing. Disebabkan kami bertiga, Tatie dan Aqif duduk satu row, aku pula duduk dengan seorang kenalan baru yang menaiki tren dari Johor Bahru dan kemudian transit di Gemas untuk menaiki ETS.
Beginilah keadaan di dalam tren ETS. Budak-budak macam biasa tak boleh duduk diam. Aqif pun sama, itu yang aku risaukan sampai kami semua tak tidur langsung. Nasib baiklah Aqif jenis tak merengek bila nak sampai walaupun tak reti duduk diam.
Aku pun tidur-tidur ayam jer. Mungkin ada yang bertanya, tu bantal apa? Ni bantal Muji. Senang boleh gulung dalam bentuk U dan ada lock.
Matahari pun menjelma, kami disajikan dengan pemandangan luar yang begitu menarik.
Ini yang aku nantikan. Tak silapnya ni di kawasan Tasik Raban, Perak. Tren seolah-olah memotong di tengah-tengah tasik. Jika dilihat dari udara, mungkin lebih menarik kerana tren akan dilihat seperti di tengah-tengah lautan.
Beginilah caranya kami meletakkan backpack. Siap bawak lock basikal lagi tapi tak digunakan pun di sini. Jangan risau kalau tinggalkan beg untuk ke cafeteria atau tandas sebab setiap coach dipasang kamera CCTV di dua bahagian. Berkenaan lock basikal tu, penting juga. Kami gunakan untuk lock sewaktu menggunakan sleeper berth (tren lama Thailand) sewaktu dalam perjalanan dari Hat Yai ke Prachuap Khiri Khan yang mengambil masa selama 12 jam. Memang pencuri boleh jer gunting tali strap backpack tapi sekurang-kurangnya dapat memberi masa yang lebih pada mereka untuk dikantoikan, hehe.
Keadaan di cafeteria. Melalui borak dengan rakan di sebelah, katanya tempoh menunggu pesanan jer hampir setengah jam! Mungkin kerana hanya seorang staff ETS je yang bertugas. Harga makanan biasalah dalam tren macam ni serupa je macam dalam flight. Sandwich dengan air kopi dalam RM7.00. Kami tak beli apa-apa sebab dan bawa bekal siap-siap dari rumah dan sebab nak berjimat. Memang perlu berjimat sangat-sangatlah, maklumlah ada 11 bandar kami nak tempuh weh.. available cash in hand sangat penting.
Video yang sempat aku rakam dalam tren ETS.
Ni pun aku suka, pemandangan Gunung Keriang. Bermakna tren dah melepasi Alor Setar. Dah hampir nak dekat dengan Padang Besar, yahuuu!!
Disebabkan kawan di sebelah aku tu turun di Taiping, aku pun apa lagi terus baring seketika. Sebenarnya bukan turun di Taiping, tapi turun di Bukit Gantang. Tahu kenapa? Sebab tren ETS terlampau cepat sangat berhenti kurang dari 15 saat di Taiping sampai kawan tu pun terlepas. So, uols jangan lambat-lambat ye. Kecuali kalau stesen terakhir seperti Padang Besar memang akan lama berhenti.
Untuk maklumat korang, aircond dalam tren ETS tersangatlah sejuk. Aku sendiri pun tak dapat nak menahan. Ada beberapa orang tua yang mundar mandir dalam coach sebab tak boleh duduk lama-lama, sejuk katanya. Aku hampir nak buka sleeping bag tapi jadi malas sebab nak melipat dan menggulungnya satu hal. Eloklah korang pakai stoking panjang, kasut, dan baju tebal.
Dah sampai stesen Padang Besar! Seronoknya kami sebab inilah pertama kali aku sampai ke Perlis walaupun aku ni orang utara (Penang). Sebelum ni kami sekeluarga rajin carpacking. So, bila campur Perlis, lengkaplah negeri Semenanjung Malaysia. Tinggal Sabah dan Sarawak jer, next time…
Dikesempatan ni, aku nak cerita tentang “Manual” border crossing di antara sempadan Padang Besar (PB) dan Thailand. Kebiasaannya, kalau cross dari PB ke Thailand, rakyat Malaysia selalunya suka naiki shuttle train dr PB terus ke Hat Yai. Namun, jadual tren ETS adakalanya tak selari dengan jadual shuttle train. Terpaksa kena tunggu sampai 3 jam. Kadang-kadang ada yang miss…
Shuttle train dari PB ke Hat Yai hanya ada dua waktu dalam sehari (waktu Msia) iaitu 9.55am dan 3.40pm. Walaupun ada sebelah pagi, tapi perlu diingatkan yang train ETS terutama dari warga selatan, KL dan tengah semenanjung akan mengambil ETS di awal pagi bermula jam 6.30am dari KL (sebagai contoh). Jadi, arrival jam 12.10pm di PB, sudah tentu akan miss shuttle tren pagi. Kenalah menunggu jam 3.40pm…
Uols malas menunggu? Rasa rajin? Masih penuh dengan tenaga? Nak lebih mencabar? Jom kita border crossing secara “manual” dan abaikan shuttle train. Lagipun, kos setiap shuttle train ialah THB80/person dan kos “manual” hanyalah THB50 dengan menaiki bas awam ke Hat Yai. Yang bestnya, budak-budak tak perlu bayar tambang bas. Berbeza pula dengan shuttle train, budak-budak pun kena bayar. Boleh menjimatkan masa dari terpaksa menunggu 3 jam 30 minit. Ikuti penerangan dalam setiap gambar di bawah dan sangat sesuai bagi first timer..
Lepas exit tren ETS, follow je ramai-ramai naik tangga ke atas (gambar di atas).
Lepas tangga, akan lalui pintu pagar kecil ni. Di sini juga ada kawasan untuk menunggu bagi shuttle train terus ke Hat Yai. Saya rasa di situ juga adanya imigresen Malaysia.
Kemudian cari terowong seperti ini. Tak susah, memang akan nampak sebaik je keluar dari pagar kecil tadi.
Dan terus menapak jejantas yang agak panjang. Memang panjang punnnnn…!
Nampak tangga turun bumbung biru ni? Abaikan dan teruskan ke tangga satu lagi.
Sambil tu layan dulu pemandangan sekitar jejantas.
Selepas turun dari jejantas, abaikan semua jenis ulat dan orang tengah yang ada. Ada yang siap offer sampai RM300 untuk ke Hat Yai!! Pendek kata, semua harga memang tak masuk akal. Teruskan menapak ke lorong pejalan kaki di sebelah kiri.
Pergi ke booth depan ni. Untuk pengetahuan uols, ini adalah imigresen Malaysia. Sebelum lalu sini, pastikan PTPTN setelkan dulu.
Ni booth yang sama tadi… memang tak ramai orang sebab kebanyakannya berkereta.
Keluar je dari booth, terus menapak ke depan. Ikut je jalan corner ke kanan untuk ke imigresen Thai pula. Tak jauh, dalam 650 meter. Apa 650 meter?????
Mula-mula tu penat juga kami. Tapi memandangkan ada satu keluarga Cina ni siap ada makcik yang dah berusia pun kuat berjalan, apa lagi semangat terus membara untuk teruskan menapak. Tapi, mana kami tak penat dah kata galas backpack. Yang bawa beg tarik ok lah tak penat.
Ok dah sampai.. bergambar lah dulu apa-apa yang patut.
Bergambar lagi. Ok ini penting. Jangan jadi macam kami, tersalah masuk ke bahagian lorong arah dari Thailand masuk ke Malaysia. Sepatutnya lorong dari Malaysia ke Thailand terletak di bahagian kanan merujuk pada bahu kanan saya seperti dalam gambar di atas.
Isi semua arrival card. Tak booking hotel apa-apa dan main redah macam kami? Jangan risau, cari je apa-apa nama hotel di Hat Yai dalam Agoda atau Booking, belasah je nama dan alamat hotel. Imigresen Thailand tak ada check apa-apa pun.
Kemudian beratur di sini. Abaikan ulat-ulat dan orang tengah yang offer RM15/person konon-konon sebab boleh percepatkan urusan dengan orang dalam. Padahal tak sampai 10 minit pun kami beratur. Jangan lupa selit RM1.00 dalam passport. Jangan tanya kenapa, dah memang tradisi berkurun. Imigresen Thailand terbaik tak banyak songeh.
Bergambar seketika di bangunan Imigresen Thailand. Bila dah sampai sini, kami macam biasa suami-isteri, akan bersalaman dengan ucapan tahniah dan ber”high five” bersama-sama. Macam kawan-kawan pulak kan? Ye, dialah isteri dan dialah sahabat baik aku sehidup semati.
Keluar je dari Imigresen Thailand, pusing ke kanan dan menapak sedikit akan nampak bumbung bus stand warna biru muda. So, tunggu bas awam ke Hat Yai di situ. Kos THB50/person. Naik bas ni best kerana lebih mencabar, lebih dekat dengan orang tempatan, dapat sightseeing sekitar Padang Besar, pekan Sadao dan seterusnya ke bandar Hat Yai. Perjalanan makan masa 1.5 jam lebih termasuk trafik jam yang terpaksa ditempuh di Hat Yai.
Bersambung ke entri seterusnya… Kembara Thailand – Laos: Day 1 – Part 2 – Perjalanan ke Hat Yai, Sekitar Bandar Hat Yai dan Lee Garden Plaza.
dysa
terima kasih tuan berkongsi pengalaman, saya dengan kawan bercadang untuk ke hat yai dari padang besar, dan kitorang pun tak pernah naik ETS, teruskan berkongsi dan semoga percutian tuan suami isteri sentiasa berjalan lancar dan dipermudahkan.
Admin
sama2 sis…. same to u.. semoga lancar percutian ke hat yai.
neko
sekarang TBS – Arau start 10:08 kalau beli online. betul ke? Tapi kalau from KL Sentral banyak pulak departure time nya. boleh bantu, saya buntu
Admin
Iye betul, saya dah check kan tadi, mmg satu waktu je pada jam 10.08 pagi. Ntah kenapa, mungkin skrg KTMB dah hadkan tren dari arah selatan dan lebihkan pd bhgn utara sbb stesen KL Sentral dan stesen Kuala Lumpur ada byk waktu. Nampak gaya awak kena naik dr KL Sentral utk lebih senang dan di masa depan mgkn saya pun kena naik dr KL Sentral juga.
Neko
ada travel log langkawi via ets? manatahu ada kenalan rental scooter sana
Admin
belum lagi sis, belum ada plan ke langkawi.