Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 7 – Part 1 – Suasana Pagi di Rainbow Guesthouse & Landasan Keretapi Maut di Kanchanaburi. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Di tepi jalan yang kami berhenti mula-mula tadi, terdapatnya deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata, anting-anting, gelang dari batu, subang dan sebagainya. Bagi yang berminat membeli-belah bolehlah singgah di sini.
Lokasi jalan yang terdapatnya deretan kedai.
Ia terbahagi dua, di bahagian belakang pula terdapatnya rak dan meja-meja bagi jualan melibatkan makanan. Aku dapati, berjenis-jenis juga dari pelbagai bentuk biskut, kek, kerepek dan lain-lain. Disebabkan malas nak membelek satu persatu kotak mencari logo halal, kami hanya bypass sahaja di sini.
Masuk ke bahagian sini, kami melihat banyak dijual gelang-gelang batu. Aku bertanyakan pada penjual, katanya ‘Batu Burma’ atau batu dari negara Myanmar. Harga yang diberinya adalah THB100-150 bagi 3 atau 4 gelang.
Tatie sekadar mencuba-cuba dahulu kerana di kawasan ini hampir 20 buah kisok yang sama yang menjual gelang batu. Akhirnya di bahagian luar atau berdekatan dengan tepi-tepi jalan raya, kami ditawarkan THB100 untuk 4 utas gelang batu. Sampai 8 utas kami ambil bertujuan untuk diberikan sebagai ‘ole-ole’ pada ahli keluarga bila pulang nanti.
Di bahagian belakang aku berdiri, kalau korang perasan terdapat sebuah van berwarna kuning. Di situlah terdapatnya sebuah warung Muslim. Akan aku cerita dalam entri seterusnya.
Tak dapat melihat kincir angin di Netherlands (Belanda), di sini pun jadilah. Selepas aku amati gambar ni, baru perasan terdapatnya tulisan “0 KM”. Petanda yang kami berada di kilometer kosong yang bermula dari Kanchanaburi. Apakah benar batu tanda atau sekadar acah-acah sahaja? Wallahualam.
Memandangkan masih awal jam 9.47am, kami menapak ke arah jalan utama untuk menuju ke JEATH War Museum.
JEATH War Museum boleh dikatakan sebagai muzium yang wajib dilawati apabila berkunjung ke sini. Ia adalah muzium utama bagi sejarah Landasan Keretapi Maut di Thailand yang dibina dari tahun 1941 hingga 1943 oleh tahanan perang dari negara bersekutu dan diarahkan pembinaan oleh pihak Jepun sebagai sebahagian dari projek landasan keretapi yang menghubungkan Thailand dan Burma (Myanmar).
Ia ditubuhkan pada tahun 1977 oleh ketua sami dari Wat Chaichumpol Venerable Phra Theppanyasuthee. Jika korang menapak atas The Bridge On The River Kwai, di hujung jambatan terdapat sebuah tokong dengan patung tinggi di sebelahnya. Itulah wat yang dimaksudkan.
Akronim bagi JEATH bermaksud gabungan nama bangsa/negara yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut iaitu Japanes, English, Australian, American, Thai dan Holland, manakala nama rasmi dalam bahasa Thailand ialah PhĂphĂtháphan Songkhram Wát Tâi (Wat Tai War Museum).
Muzium ini dibahagi dua seksyen. Seksyen pertama mempamerkan gambar-gambar pembinaan landasan maut dan seksyen kedua pula pembinaan semula pondok buluh yang mempamerkan lukisan, lakaran dan gambar-gambar tanahan perang (POW), senjata, peralatan dan juga peta lama.
Malang sekali, pelancong tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan seksyen pertama muzium.
Salah sebuah keretapi lama yang dipamerkan di sini. Ia menggunakan enjin wap dan berfungsi atas tenaga stim.
Pandangan keseluruhan kepala keretapi lama. Bendera besar yang digantung adalah bendera Jepun dan berkemungkinan besar keretapi ini buatan Jepun yang digunakan pada mula-mula dahulu.
Entah bagaimana, bila melihat gambar ni barulah saya perasan ada sebuah kereta lama di atas keretapi tersebut. Mungkin kerana saya sibuk meneliti design keretapi lama. Sudahlah Zaris….. kereta sikit punya besar atas tu pun kau tak perasan ke? 🙂
Tertera di papan kenyataan tersebut bahawa semasa perang dunia ke-2, keretapi ini digunakan oleh pihak Jepun bagi mengangkut peluru-peluru bagi plan perluasan kawasan jajahan hingga mencecah Burma (Myanmar) dan India. Tapi penghujungnya gagal juga….
Disebabkan tak boleh mengambil gambar, aku bercadang untuk tidak masuk ke sini. Tiket tidaklah mahal sangat, lebih kurang RM5 (THB40). Melalui komen yang aku baca di Tripadvisor, ramai yang menasihati agar tak perlu masuk. Mungkin kerana kisah muzium ini terlalu overrated. Sembang kencang pasal info muzium tapi tak masuk…. 🙂
Kaunter bayaran. Memang petugas kaunter tu pandang kami semacam bila langkah kaki mula melangkah pergi….
Bergambar kenangan di sini sebelum bergerak ke tempat lain.
Ok, ini adalah apa yang dipamerkan di dalam iaitu:
- Muzium Perang Burma-Thai.
- Pembinaan bangunan kedua muzium.
- Bijih dan permata.
- Wang kertas, syiling dan jam.
- Gambar-gambar senjata serta gambar-gambar lain.
- Binaan semula penjara lama.
- Model miniatur jambatan pertama sebelum diletupkan oleh pihak Allied.
- Pameran manusia pra-sejarah.
- Perpustakaan yang menempatkan gambar dan berita-berita lama.
- Pameran kapal terbang dan helikopter lama.
- Serpihan jambatan kayu yang pertama.
- Tandas (ini penting juga buat yang tak tahan nak mengencing…)
Jom bersambung ke entri lain…. aku tekad nak habiskan juga kembara ni sampai korang bosan… tak suka jika dilabel “suka buat kerja separuh jalan..”…. ok sini haa… Kembara Thailand – Laos: Day 7 – Part 3 – Restoran Muslim dan Memorial Monument di Kanchanaburi.
Leave a Reply