• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us
  • English Site

London 2009: Kisah hari ke-2 – Part 3 – Tate Modern, Millenium Bridge & Edgware Road

April 12, 2013 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 8 minit

Print 🖨 PDF 📄


Untuk membaca kisah sebelumnya pada hari ke-2 bahagian ke-2. Untuk membaca dari awal, klik di sini.

Bermula dari penulisan ini, saya membahasakan “aku” bagi memudahkan luahan rasadan perasaan bila bercerita tentang pengalaman. “Saya” dirasakan agak formal dan serius, walhal segalanya tentang kembara adalah santai.

Dari Southbank, aku menapak jalan sehingga ke hujung yang terdapatnya bangku panjang bagi tujuan santai dan menikmati pemandangan Sungai Thames. Bercerita tentang sungai ini, bagi yang biasa melihat rancangan TV pendidikan dari BBC zaman 80an, pasti pernah ternampak tulisan “Thames” pada akhir rancangan. Inilah sungainya dan BBC pula merupakan syarikat penyiaran TV dan radio milik kerajaan UK.


Aku duduk seketika di bangku panjang di sini tapi melihat akan orang ramai yang lalu lalang buatnya aku kurang selesa dan ingin teruskan berjalan kaki sehingga ke entah aku pun tak tau ke mana. Dari sini juga aku dapat melihat sebuah bangunan terkenal di London yang berbentuk seperti sebuah roket yang akan dilancarkan ke angkasa lepas yang digelar The Gherkin.

Suasana pada ketika ini sangat nyaman dan tidaklah terlalu sejuk walaupun pada ketika ini adalah peralihan ke pra musim sejuk. Adakah sungainya berbau hapak? Itulah kelebihan negara empat musim. Bau hapak pun tiada, malah bau asap pun sampai tak perasan walaupun bas lalu di sebelah aku saja.

Bangku panjang yang disediakan di penghujung laluan Southbank
Menara The Gherkin yang berbentuk seperti roket angkasa lepas dari kejauhan
Sungai nyaman dan tenang di sini

Tiba-tiba aku ternampak sebuah taman kecil yang agak terceruk dan adanya bangku panjang. Ingin aku rehatkan diri. Bukanlah kerana berasa letih, sekadar merehatkan otot kaki, minum air dan membuka laptop bagi membaca senarai tempat tarikan yang mungkin berdekatan. Untuk pengetahuan pembaca, waktu tu mobile phone aku bukan jenis smartphone seperti zaman sekarang, tiada Google Maps mahupun GPS manakala laptop pula tiada sambungan ke internet atau hotspot.

Buka laptop pun tak sampai 10 minit kerana aku lebih tertarik pada pemandangan sekitar. Walaupun taman ini terceruk, tapi sentiasa dibersihkan. Di kala mengembara seorang diri dan mulut mahu bercakap, tapi tiada teman untuk berbicara. Lalu aku menelefon seorang kawan baik menceritakan aktiviti harian aku di sini. Aku ucapkan terima kasih pada kawanku itu jika dia ada membaca blog ini walaupun pada hujungnya kekal sebagai sahabat. Sahabat jangan dibuang, aku sentiasa ingat jasa baik.

Aku tak ingat nama taman ini sewaktu menulis entri ini. Jadi aku berpandukan nama sebuah bangunan di hadapannya yang tertera perkataan “Doggett’s”. Untuk pembaca yang ingin rehat-rehat di sini, aku sertakan lokasi Maps seperti di bawah.

Bangunan Doggett’s yang diperkatakan tadi
Penulis bersantai di sini

Lokasi taman kecil di atas.

Dari taman kecil, aku menapak ke Tate Modern. Entah macam mana aku agak tersesat sehingga ke sebuah bangunan yang bernama Invicta Plaza dan melalui bahagian bawah sebuah jejambat. Aku dapati di London, jejambat kerap dibina dari besi padu dan kerangkanya dibiarkan terdedah, tak seperti di Malaysia yang kerangka besi dalaman disalut dengan simen dan batuan. Aku fikirkan yang binaannya bersifat sementara. Namun pada tahun 2013 ini, ia masih berkeadaan seperti itu.

Aku berpatah balik ke taman kecil tadi dan menapak semula di tepi-tepi sungai bagi menuju ke Tate Modern.

Invicta Plaza. Entah apa yang plaza. Nampak seperti dungeon tempat penyeksaan banduan atau pesalah zaman dahulu sahaja.
Jejambat besi yang aku maksudkan

Tiba di Tate Modern, aku terpegun dengan rupa bentuk bangunannya yang sudah lama dibina. Dahulunya, ia merupakan bekas sebuah stesen janakuasa yang dibina pada tahun 1891 untuk menghasilkan elektrik lalu ditukar menjadi sebuah galeri seni yang mana pamerannya agak luar biasa, menggelikan, menakutkan dan menggerunkan. Kelihatan seperti serombong asap yang menjulang tinggi.

Masuk adalah percuma tapi jika ada pameran khas, bahagian tersebut perlu dibayar untuk masuk. Selebihnya kekal percuma. Awalnya aku tak tahu laluan mana perlu masuk ke Tate Modern dan berapakah bayarannya. Aku ikuti sahaja tapak kaki pengunjung yang baru tiba di sini dan tiada kaunter bayaran.

Entah kenapa, aku tak berminat nak mengambil gambar di sini. Merasakan seperti ingin menikmati apa yang dipamerkan. Atau sebenarnya aku dah telan air liur apabila melihat lukisan pelik yang rupanya dilukis dengan darah, video zaman 70an yang menonjolkan tentang klimak seks dua orang pasangan (pendidikan bagi kajian tentang seks), haiwan ternakan yang dibelah banyak bahagian serta diawet dan masih nampak belahan organ dalaman dan… ishk, banyak lagi yang buatkan aku terdiam.

Senang cerita, semuanya yang pelik-pelik sehingga dah keluar dari sini pun masih terngiang-ngiang dalam kepala selama 2 hari.

Tiba di hadapan bangunan Tate Modern
Serombong asap bangunan ini yang dah lama tidak digunakan
Aku dah masuk dalam Tate. Kelihatan bahagian luar banguan dan juga St. Paul Cathedral dari kejauhan
Dataran atau ruang legar bahagian luar bangunan. Dataran ini sering juga digunakan bagi pameran khas

Aku habiskan masa lebih kurang 45 minit sahaja di sini kerana ruang pameran hanya dua tingkat manakala 1/3 bahagian lagi dikhaskan untuk pameran berbayar. Kemudian keluar semula menuju ke dataran di luar bangunan. Dari dataran, aku dapat melihat Millenium Bridge yang dibina dan dirasmikan pada tahun 2000 bagi menyambut zaman millenium. Tower bridge juga kelihatan dari sini.

Masa untuk menapak kembali ke bahagian utara sungai. Aku pun naik ke atas untuk menapak di atas jambatan. Untuk pengetahuan pembaca, London terbahagi pada dua, utara dan selatan dengan sungai di tengahnya sebagai pemisah. Untuk yang ingin menginap di London, aku sarankan mencari penginapan di bahagian utara sungai kerana lebih banyak tempat tarikan pelancongan di situ.

Dari atas jambatan, dapatlah aku melihat beberapa buah feri persiaran dan juga kapal yang membawa barangan yang melalui bawahnya serta keseluruhan rupa bentuk Tate Modern yang agak unik.


Penulis di hadapan Tate Modern. Kelihatan muka membulat kerana baru berhenti merokok sejak 2 tahun yang lalu dan banyak makan.
Millenium Bridge
Tower Bridge yang kerap disangkakan sebagai London Bridge
Menapak di atas Millenium Bridge bagi menuju ke arah utara Sungai
Penulis di atas Millenium Bridge. Zaman 2009 ni, manalah pandai nak bergambar dengan muka senyum dan sebagainya, siap pakai flash lagi. Sehinggalah diajarkan isteri setelah berkahwin pada tahun 2010.
Feri persiaran bagi pelancong

Walaupun St. Paul Cathedral yang menjadi top 10 tempat tarikan pelancongan sudah terpampang di hadapan aku, namun aku memilih hari lain untuk ke situ. Aku teruskan lagi menapak entah ke mana dengan tujuan sebenar untuk melihat keseluruhan suasana kota London seperti aktiviti perdagangan, kesesakan trafik, kenderaan-kenderaan di sini, orang-orangnya dan sebagainya.

Aku terserempak pula dengan pusat gym Fitness First yang sebenarnya berasal dari UK dan telahpun beberapa tahun bertapak di Malaysia. Sampai pada sebuah persimpangan, aku mula fikirkan ke mana kaki ini akan melangkah. Memandangkan di sini bukanlah tempat pelancong dan merupakan tempat aktiviti bisnes runcit, pejabat dan rumah kedai, aku mengambil keputusan untuk menaiki underground Tube menuju ke Paddington station. Lagipun dah hampir tengahari (sebenarnya dah lupa, mungkin dah jam 2 atau 3 petang). Aku perlu mencari restoran Malaysia. Kalaulah aku menapak dari sini ke Paddington station, jaraknya adalah 6.4km!! Jauh sangat, tak sanggup aku. Seingat aku, underground Tube station yang aku naiki adalah Mansion House.

Peta aku menapak sejauh 1.3km dari taman mini tadi sehingga ke Tate Modern dan berakhir di Mansion House station:

St. Paul Cathedral dari kejauhan. Tapi aku ke situ di hari yang lain.
Fitness First
Persimpangan dilema yang membuatkan aku mengambil keputusan menaiki underground Tube ke Paddington Station

Di Paddington station, itulah pertama kali aku tiba di situ. Punyalah besar sampai aku meraban juga nak cari pintu ke luar arah selatan stesen. Aku menuju ke Edgware Road kerana dikatakan adanya restoran Malaysia yang bernama Restoran Melur. Pusing punya pusing, dan entah berapa kali berpatah balik di jalan yang sama, akhirnya aku tak jumpa. Kalau ada smartphone, tentu akan memudahkan urusan. Mungkin inilah yang terakhir dalam hidup aku menggunakan kaedah manual pencarian berasaskan peta dan nama jalan serta bersosial dengan bertanyakan panduan dari orang tempatan. Adakalanya aku rindu kaedah dulu-dulu.

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk makan saja di Mcdonalds yang berdekatan atas alasan darurat. Menu yang diambil hanyalah Fillet O Fish walaupun tahu ianya dimasak dalam bekas dan alatan yang sama dengan daging babi, tapi aku tiada pilihan.

Semasa di Mcdonalds, aku terpinga-pinga kerana masuk sahaja pintunya, yang ada hanyalah kaunter pesanan dan pembayaran dan tiada kerusi dan meja untuk duduk. Kat mana aku nak duduk? Lah, rupanya di tingkat bawah tanah.

Sewaktu makan, aku berkongsi meja besar bersaiz 3 meter x 1 meter yang diduduki bersama 6 orang yang lain sekelilingnya. Ada pula dua gadis tempatan memandang aku sambil berbisik sesama mereka. Mungkin gaya aku makan sambil mulut dibuka. Dari situ aku belajar yang tabiat orang barat apabila makan, haruslah menutup mulut.

Bagi menjaga nama baik negara, aku sendiri yang bersihkan meja dan buang sisa dan sampah makanan ke dalam tong yang disediakan dan mengangkat sekali dulangnya. Biar mereka lihat yang negara kita Malaysia (atau Asian dalam pandangan mereka) bukanlah negara dunia ke-3 yang korok atau low class. Nak sahaja aku tegur dan bercakap “eh negara kau orang ada KLCC atau litar Sepang F1 ke macam kami?”.

Menuju ke Edgware Road bagi mencari Restoran Melur yang tak jumpa-jumpa. Di belakang aku pula ialah Paddington Station
Tertarik dengan keunikan dua gerabak bas yang disambung menjadi satu. Tiada di Malaysia walaupun sehingga tahun 2013 ini.
Stesen Tube di Edgware Road station. Kelihatan ramai penumpang baru turun di sini.
Hyde Park Mansions yang terletak betul-betul di hadapan Edgware Road station. Pangsapuri mewah dan ramai golongan VIP di sini.
Seingat aku, di sinilah Mcdonalds yang aku singgah. Sumber gambar dipinjam dari Google.

Selesai di Mcdonalds, aku pun menaiki Tube di Edgware Road station menuju ke Dollis Hill iaitu rumah encik Ahmad yang aku menginap yang sejauh 7.7km dan memakan masa hampir setengah jam melalui Tube. Malam tu aku tak tau apa nak makan, jadi dalam perjalanan dari Dollis Hill station ke rumah, aku singgah semula ke kedai runcit yang disinggah awal pagi tadi bagi membeli roti mirip Gardenia dan tuna dalam tin. Saiz rotinya lebih lebar dari roti Gardenia.

Bersambung di hari ke-3 bahagian ke-1, Green Park dan Buckingham Palace.



Related posts:

London Pass berbaloi?
Taman-taman di London Bhg 3 - Hyde Park
London 2009: Kisah Hari Pertama - London Stansted Airport, Finchley Road dan Willesden

Filed Under: London, London 2009, United Kingdom

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 – Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

analitik analytic britain cdn cherating cuti hujung minggu england europe gb pockit gb pockit plus hujung minggu indonesia kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london makan best melancong thailand pahang pelawat pengunjung percutian hujung minggu percutian pendek railway station sedap short travel short vacation stroller tempat makan tempat makan best tempat makan menarik tempat menarik di thailand thailand train uk united kingdom visit visitors visits warung weekend getaway weekend holiday

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright © 2011-2022 · ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz