UPDATE 22 NOV 2022: Tambahan senarai baru restoran/cafe Malaysian di London.
UPDATE Jun 2018: Wahai kawan-kawan dan pengunjung setia. Tak sangka pula entri ini sahaja mendapat 11 ribu views! Entri ni saya rasa dah terlalu lama untuk dijadikan rujukan. Hampir 9 tahun lamanya. Walaupun ketika 2009 ni saya travel style backpackers dengan ‘real’ beg galas secara solo, tapi gaya saya sebenarnya masih belum kadar jimat. Mungkin ketika tu tiada pendedahan tentang cara yang lebih berpatutan tambahan pula belum wujud FB Group seperti BBM (Backpackers Buddies Malaysia), MBC (Malaysian Backpackers Community) dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya tetap kekalkan entri ini sebagai kenangan untuk diri sendiri dan catatan perjalanan seorang ayah yang akan dibaca oleh anak saya apabila beliau besar nanti. Dan untuk entri lama di bawah ini, yang mana dah outdated tu saya strikethrough sahaja.
*********
Salam sejahtera buat pengunjung blog Kembara Travelog yang dikasihi. Baru-baru ini ada seorang pengunjung memberi komen dan bertanya tentang perbelanjaan minima atau yang dikira sesuai bagi percutian ke kota London. Baik, saya akan pecahkan perbelanjaan dalam dua kategori iaitu Backpackers (Hostel) dan Family (Hotel dan Vacation Apartment). Tapi untuk perhatian korang, perbelanjaan adalah merujuk kos sewaktu saya ke sana tahun 2009. Dan kalau boleh, sila update perbelanjaan mengikut kos semasa. Yang tertera di bawah boleh lah dibuat sebagai rujukan. Hari ini tarikh 11 Mei 2014, jadi anggap yang kita akan melancong ke sana tiga bulan dari tarikh sekarang iaitu 11 Ogos 2014 dan tempoh percutian adalah 8 hari (hari pertama dan ke-8 khas untuk tempoh flight sahaja, dan 6 hari adalah tempoh berada di kota London). Bagi yang nak melancong ke kota London yang very the marbelous selama 3 hari sahaja, saya syorkan… lupakan aje! Rugi tau… pergi 3 hari memang tak cukup! Sekurang-kurangnya paling minima 5 hari tak termasuk 2 hari yang dah ‘ditelan’ dek waktu dalam kapal terbang. Apa yang saya catatkan di bawah adalah menerusi pengalaman saya berada di sana dan pengetahuan tentang jarak dan lokasi sesuatu tempat contohnya jarak di antara Stesen Tube, Hotel, tempat pelancongan, taman-taman mekar berbunga ๐ dan sebagainya.
Artikel blog ini khas bagi mereka yang cintakan kota London semata-mata dan ingin bercuti lama di sana. Dengan keseluruhan bajet yang saya jumlahkan di bawah sekali, korang sebenarnya dah boleh bercuti ke 11 negara di Europe kerana kawan saya telah buktikan. Tapi gaya jenis ‘celup kaki’ dan tak menetap lama. Korang pilih mana lebih puas, nak celup kaki dan selfie beberapa gambar ‘aku dah sampai sini’ atau menetap lama sedikit bagi menghayati sesebuah bandar.
A. Tiket penerbangan pergi dan balik berlepas dari Kuala Lumpur (KUL) ke London Heathrow Airport (LHR) – (update sehingga 11 Mei 2014):
- MAS: RM3,490.00
Emirates: RM3,786.00 - KLM: RM5,922.00
- Qatar Air: RM3,527.00
- Singapore Airlines (SIA): RM3,797.00
- Air France: RM3,925.00
- Airasia X: Dihentikan perkhidmatan sementara dan bersambung pada 2015
Nota 1: Dalam banyak-banyak syarikat penerbangan di atas, dah tentu kita hanya biasa dengan MAS dan Airasia kan? Tapi cuba try KLM, sebab dulu saya ke Jakarta, flight KLM ni boleh tahan bagus servisnya. Harga tiket flight untuk KLM di atas ikut nasib, kena selalu-selalu check website nya, ada masa murah, ada masa mahal sangat. Emirates saya belum cuba, tapi ianya cukup terkenal di peringkat antarabangsa.
Nota 2: Banyak lagi cara untuk mendapatkan flight yang lebih murah antaranya menunggu promo, membeli tiket dari agen-agen yang sah dengan harga sedikit murah dari membeli terus dengan syarikat penerbangan (tapi hati-hati dengan pakej scam), teknik ‘cookie’ atau ‘incognito’ dalam browser, membeli dari third party seperti Skyscanner atau Kayak dan macam-macam cara.
Nota 3 (UPDATE: 9 FEBRUARI 2019): Nak senang guna sahaja 3rd party online booker seperti www.skyscanner.com.my. Kalau kurang yakin, search dahulu menggunakan Skyscanner, kemudian semasa dah mula nak buat pembelian, cari link yang menghubungkan direct dengan laman web syarikat penerbangan tersebut (rujuk rajah di bawah – contohnya Emirates) dan elakkan semua 3rd party seperti Expedia, FlightNetwork, PYO dan lain-lain. Ya, memang mahal sedikit. Beza di antara yang paling murah (RM2744) dan Emirates (RM2866) ialah RM122 tapi keyakinan tu lebih sedikit kerana Skyscanner akan redirect korang ke laman Emirates yang rasmi. Tambahan pula, jika korang dah pun ada akaun dengan Emirates dan alliance mereka, bolehlah kumpul mileage. Tapi, kalau nak book juga dari 3rd party seperti Expedia yang lebih murah pun boleh juga. Kebanyakan kawan-kawan saya tidak mempunyai masalah booking dari 3rd party.
B. Penginapan (Jumlah hari termasuk 2 hari penerbangan adalah 8 hari, penginapan jika dikira adalah 6 hari, tapi perlu ditambah satu hari backup menjadi 7 hari kerana faktor waktu GMT, timelag dan sebagainya). Hari dikira untuk seorang Guest sahaja. Kebanyakan tempat penginapan hanya dari review dan carian di internet. Saya tak dapat rekemen tempat penginapan lama di London tahun 2009 kerana tuan punya tempat iaitu Encik Ahmad tidak lagi menyediakan servis penginapan. Memang murah, 30 pound (RM163.00) sahaja sehari, khas untuk satu bilik dan tidak berkongsi dengan tetamu lain.
- Backpackers:
- Penginapan untuk satu malam lebih kurang RM91.00 – RM200.00 mengikut pada jumlah perkongsian dengan penginap-penginap yang lain. Biasanya RM91.00 adalah dorm berkongsi di antara 8-18 orang.
- Bagi penginap wanita, boleh cari hostel yang menyediakan dorm khas untuk wanita.
- Untuk carian tempat, sila masuk website ni: http://www.hostelworld.com.
- Masukkan carian tempat iaitu England dan City adalah London.
- Masukkan tarikh penginapan.
- Di bahagian kolum kiri, pilih District.
- Hotel:
- Penginapan untuk satu malam lebih kurang RM300.00 – RM1000.00 mengikut pada jenis bilik contohnya Single Bed, Double Bed dan Deluxe Bed.
- Untuk carian tempat, sila masuk website ni: http://www.hostelworld.com.
- Masukkan carian tempat iaitu London.
- Masukkan tarikh penginapan.
- Di bahagian kolum kiri, pilih Hotel Area.
- Vacation Apartment:
- Wah, kalau korang pilih Vacation Apartment, korang memang anak orang kaya!
- Penginapan minima bagi kebanyakan vacation apartment adalah 7 hari.
- Penginapan bagi satu minggu bermula dari 750 pound (RM4070) / minggu.
- Deposit sebanyak 250 pound dikenakan dan akan dikembalikan nanti.
- Antara tempat penginapan yang bakal menjadi pilihan saya di masa akan datang dan juga boleh dipercayai adalah: http://www.london-hideaways.com. (Edit: Dah tak boleh pakai, berkemungkinan besar scam. Lebih baik bergantung pada AirBnB, Agoda atau Booking.com)
- Cuba tengok laman tersebut, wow cantik-cantik ruangan dalamannya!!
- Korang juga boleh memasak. Jadi, fikirkan tentang sayur-sayuran hijau dan pelik-pelik yang terdapat di negara 4 musim untuk dimasak buat keluarga!
- Oh ya, kebanyakan vacation apartment adalah English style. Anda akan merasa pengalaman seperti orang tempatan.
- Tips untuk Hostel, Hotel dan Vacation Apartment:
- Untuk kaki shopping, pilih district atau hotel area di Soho, Piccadilly, Bloomsbury, Covent Garden, Camden dan Oxford Street.
- Untuk yang tak tahan hari-hari nak makan nasik melayu, sila pilih district Bayswater dan Paddington.
- Jangan lupa untuk check kemudahan yang disediakan contohnya wajib ada WiFi (kalau boleh percuma), self-service laundry dan breakfast. Kemudahan seperti telefon local dan IDD dan TV tu tak penting sangat sebab saya jamin korang balik malam dah letih, tak banyak masa nak melayan TV. Kemudahan sampingan seperti dapur mini (hanya ada di Hostel dan Vacation Apartment) juga penting untuk masak Meggi (ini bukan lawak ye, kisah benar, hehe).
- Kebanyakan hostel ada kemudahan bar, saya rasa ni tak penting memandangkan air yang dihidangkan kebanyakan minuman keras.
- Selain dari kriteria lokasi yang berdekatan tempat shopping dan lain-lain, pastikan kriteria utama HARUS berdekatan dengan Stesen Tube. Jika lebih dari satu stesen lebih bagus dan jarak antara stesen dan tempat penginapan adalah kurang dari 1.2km (jarak berjalan kaki yang dikira tidak memenatkan).
- Di antara kriteria kawasan dan stesen Tube, paling utama adalah kriteria stesen Tube. Sebab… di London terdapat banyak stesen. Walaupun anda sebenarnya menetap jauh dari tengah London, disebabkan sistem pengangkutan yang efisien, jarak jauh penginapan takkan jadi masalah besar.
- Jika dalam kawasan tengah bandar, stesen Tube ni ada dua jenis iaitu Stesen Tube dan Stesen Overground. Bezanya, Tube melalui bawah tanah dan Overground melalui atas tanah. Warna logo juga berbeza, Tube merah dan Overground oren. Kenapa perbezaan warna ini penting? Jangan pula bila korang dah sampai sana, nak cari stesen Overground, asyik tercari-cari pula laluan tangga ke bawah tanah, hehe… itulah sebabnya.
- Untuk pelancong Muslim yang menginap di Hostel, sila bawa sejadah sendiri. Jangan risau untuk solat depan penginap dorm bukan Muslim yang lain, mereka saling hormat. Jangan percaya sangat kelakuan orang barat di TV. Itu cuma untuk sensasi je. Hakikatnya, orang barat ni cool and steady je macam orang kita. Manalah tau… korang bukak sejadah, selesai solat.. ada pula yang bertanya tentang Islam. Itukan dah dikira pahala berdakwah.
C. Makan/Minum: Dalam isu makan dan minum di negara bukan Islam, anda harus bijak dalam memilih. Terdapat banyak dalam web yang menerangkan tentang senarai makanan yang haram dan perlu dielakkan. Baiklah, bagaimana berjimat dalam mengisi perut? Hmm… saya rasa agak pelik pula untuk menerangkan cecara berjimat. Lebih baik terus berpuasa, ye tak? Namun, kebanyakan dari kita melancong sebab nak merasa makanan yang terdapat di kota London. Kalau berjimat, saya risau… kena gastrik dan jatuh sakit pula sepanjang hari percutian, tak ke rugi? Serius! Saya pernah kena gastrik, tapi bukanlah di London, betapa teruk jadinya. Habis spoil percutian.
UPDATE 23 Disember 2018: Untuk kaedah makan/minum ni, saya pecahkan kepada dua. Pertama, kaedah membawa makanan dari Malaysia dan kedua ialah makan makanan di sana.
i. Membawa makanan dari Malaysia
Sebagai backpackers, sebenarnya agak sukar untuk menanggung makanan (kering, basah, tin) dari Malaysia sebagai stok makan harian sehingga XX hari melainkan membawa kombinasi backpack dan beg tarik (luggage). Kalau tak dapat jimatkan kos makanan 100% bagi keseluruhan tempoh percutian, sekurang-kurangnya jimat 40% pun jadilah, kan?
Ini antara makanan yang saya rasa berbaloi untuk dibawa bagi SOLO backpackers. Yang penting, jumlah berat tak membebankan semasa menggalas bag:
- Sarapan: Gabungan cereals seperti granola (2 kotak), oats (500gm) dan nestum (500gm) yang diadun sekali dan dimasukkan dalam satu beg plastik yang bersih. Jumlah keseluruhan tak sampai 2.5kg. Saya jenis yang tak boleh minum air yang bersusu atau bercoklat. Jadi, pada waktu pagi boleh makan cereals tu dengan menambah air kosong/suam sahaja. Buat yang hendakkan perisa air, boleh bawa milo kosong jenis ‘stick-pack’. Kadar penjimatan? Sangat jimat kerana tak perlu breakfast di restoran London. Tapi sebenarnya, harga cereals, susu dan milo (cocoa drink) yang dijual di kedai runcit di sana hampir sama dengan di Malaysia.
- Tengahari dan Malam: Bagi korang yang nak makanan berat seperti nasi, boleh cuba di bawah ni:
- Brahim’s Food: Yang ni semua dah tahu dan terkenal bagi kaki travel. Beli di kilangnya yang jauh lebih murah contohnya Nasi Goreng Kampung berharga RM7.90 (kilang) berbanding di pasaraya RM12.70. Tapi, makanan jenis ini perlu sediakan air panas untuk panaskan. (UPDATE TERKINI 9 SEPT 2019: Nak lebih mudah, beli sahaja dari Shopee kerana harganya jauh lebih murah dari membeli di kilangnya).
- Sharifah Food: Kalau dah jemu jenama Brahim, boleh cuba Sharifah Food. Saya belum cuba, sekadar berkongsi dahulu maklumat di sini. Empat paket pelbagai jenis nasi berharga RM41.80. Boleh dapatkan di Shopee. Makanan ini sama seperti Brahim’s, ia perlu dipanaskan selama 3 minit.
- Kembara Adventure Meal: (UPDATE TERKINI 9 SEPT 2019: DIHARAMKAN DARI DIBAWA MASUK DALAM KAPAL TERBANG KERANA IA MEMPUNYAI BAHAN YANG MUDAH PANAS ATAU TERBAKAR).
Dicipta oleh kaki travel dan hiking, ini adalah pilihan saya kerana tidak perlu membawa travel cooker atau mencari-cari kitchen untuk dipinjam. Tapi harganya agak mahal iaitu RM36.80 (2 paket nasi, dua jenis hidangan, sepaket jatuh pada harga RM18.40). Kalau beli 10 paket, harganya RM179.40 (sepaket RM17.94). Apa kelebihannya? Jom saksikan video ni. Ia tak perlu air atau travel cooker untuk dipanaskan. Mana nak beli? Di sini…..
- Extra: Sesuai bagi yang kurang makan berat di waktu malam atau menjadikan malam sebagai waktu menaiki transport untuk bergerak dari negara ke negara. Ianya penuh dengan khasiat, mengenyangkan untuk tempoh 6-10 jam (mengikut ketahanan perut korang) tapi tidak sesuai bagi penghidap gastrik yang perlu makanan berat (tapi still boleh cuba). Makanan apa tu? Hutan Ration. Merupakan makanan cereals dan kekacang yang dipadatkan dan disahkan halal oleh JAKIM. Sekotak mempunyai 10 bar berharga RM50 (35gm per bar). Malam hari bolehlah makan 3-4 bar. Berat bagi keseluruhan 10 bar ialah 350gm sahaja.
- Bawa makanan kering dan basah: Ini kes masak sendiri, korang perlu ada mini kitchen di tempat penginapan. Travel cooker macam tak sesuai untuk sekeluarga kecuali kalau travel solo. Tak sanggup saya nak tanggung makanan jenis macam ni. Lagipun tak pandai masak (kalau travel secara solo tanpa isteri).
Kesimpulan:
Harga sepaket Brahim dan Sharifah pun sampai RM12 hinggit RM9.90! Betul ke jimat? Tahukah korang, nasi goreng di London sahaja berharga GBP9.90. Itu dah bersamaan RM55 bagi sepinggan nasi. Kalau lunch dan dinner? Dah RM110. Bandingkan dengan RM12 RM9.90, jimat hampir RM45 per sesi (lunch atau dinner).
ii. Makan di restoran sana
Ini sesuai bagi yang tak mahu tanggung makanan dari Malaysia kerana bebanan backpack. Untuk pengetahuan korang, negara 4 musim ni sejuk. Jadi, kalau makan 3/4 dari jumlah makanan yang biasa korang makan di Malaysia dari pagi sampai malam, takkan terasa lapar sangat. Semasa di London tahun 2009, pagi makan roti, tengahari saya makan banyak, malam pula makan sedikit. Ini contoh menunya:
Pagi:
- Beli roti lebih kurang macam Gardenia atau Massimo. Harga 0.99-1.20 pound. Rotinya lebih besar dan lebar dari Gardenia dan Massimo dan mengenyangkan. Atau…..
- Beli Meggi di kedai runcit. Kalau tak ada Meggi, cari Indomie. Harga bawah 0.50 pound.
Tengahari:
- Makan nasi campur di restoran Malaysia contohnya di Malaysian Hall, Restoran Melur dan Bonda. Jika menetap di sana 7 hari, rotate ketiga-tiga restoran. Saya ni perangai setiap hari kena cari nasik melayu juga, hehe. Kos sepinggan 6 pound (Malaysian Hall), 10 pound (Bonda) dan 12 pound (Restoran Melur). Atau…..
- Makan Nasi Arab, saya tak pernah cuba jadi tak tahu berapa harga. Mungkin dalam linkungan 8-12 pound sepinggan. Atau…..
- Makan nasi di restoran Pakistan, pun tak pernah cuba jadi tak tahu berapa harga. Rasanya dalam lingungan 8-12 pound sepinggan.
- Makan nasi sebab kenyang dan boleh jalan seharian. Kalau makan fast food atau roti, alamatnya… harga serupa je dengan nasi sepinggan tapi tak kenyang.
Malam:
- Beli kebab dan bungkus bawa balik hotel. Kebab di sana besar-besar dan cukup kenyang. Harga dalam 3-4 pound. Atau…..
- Beli fast food seperti di Mcdonald’s (kena pilih McD yang halal). Kalau di sini set filet of fish harga RM9.00, di sana pula berharga 3.99 pound. Atau…..
- Beli Meggi di kedai runcit. Kalau tak ada Meggi, cari Indomie. Harga bawah 0.50 pound. Atau…..
- Beli roti lebih kurang macam Gardenia atau Massimo. Harga 0.99-1.20 pound. Rotinya lebih besar dan lebar dari Gardenia dan Massimo dan mengenyangkan. Boleh juga dimakan sarapan sebelum memulakan perjalanan.
Tip tambahan tentang makan/minum dan tabiat:
- Di sana terutama bahagian tengah kota London, terdapat banyak kedai runcit Tesco. Untuk pengetahuan korang, Tesco di sana bukanlah sebesar Tesco di Malaysia ni, kebanyakan sebesar 7E je. Rasanya barang murah juga di Tesco London. Tujuan ke Tesco adalah untuk membeli makanan-makanan ringan buat stok soru di tengah malam sekiranya lapar.
- London tidak ada restoran 24 jam seperti di Malaysia yang penuh dengan restoran mamak 24 jam. Jadi, pandai-pandai lah korang organize bab makan terutama selepas jam 10 malam ke atas.
- Bagi yang berkeluarga dan menyewa vacation apartment, lebih seronok dan ‘fefeeling’ London jika dapat masak di sana. Mungkin trip ke pasar akan jadi suatu pengalaman berharga dan masak sendiri lebih murah dan fresh. Banyak makanan basah dan mentah yang dijual di pasar sangat rare dan ada yang tiada di Malaysia contohnya saya makan sup ekor di Malaysian Hall, macam pelik dan jakun kejap sebab daging ekornya berwarna merah. Tak seperti di sini, warna daging biasa yang kita lihat dalam mana-mana sup daging.
- Kita orang Asia, bila mengunyah makanan, suka buka mulut. Di sana, tabiat mengunyah tapi mulut terbuka memang dipandang rendah. Jadi, elakkan buat begitu dan mengunyah sambil tutup mulut, hehe.
- Bagi peminat Fast Food contohnya mcm McD, di sana berbeza sikit dengan di Malaysia. Selesai makan, kebanyakan orang akan bungkus sampah-sampah, letak dalam satu tray dan buang ke dalam tong yang disediakan. Mereka di sana seolah-olah ada manners skit.
- Penat berjalan pasti dahaga. Beli satu botol kecil air mineral. Selepas habis minum, setiap kali keluar dari hostel atau hotel pada waktu pagi, isikan dengan air water cooler atau air masak yang dah suam. Ini sebagai langkah penjimatan. Korang dah tentu taknak belanja satu botol 1 pound (RM5.40) per hari untuk 7 hari kan? Rugi RM37.80.
Contoh makanan kering dan basah di Tesco UK (apa-apa pun check dulu pada labelnya sebelum membeli) – JANGAN LUPA UNTUK KLIK:
SENARAI RESTORAN MALAYSIA (UPDATE TERKINI 26 OKTOBER 2022 – Link Google Maps):
Nota 1: Senarai ini juga termasuk beberapa restoran Malaysia yang tidak halal atau belum sahih halal bagi membantu juga pembaca blog ini yang juga rakyat Malaysia yang berlainan agama.
Nota 2: Di UK atau mana-mana negara bukan Islam, adalah perkara biasa jika menunya tertera halal tapi menghidangkan minuman keras. Yang penting, makanannya halal dan tiada menu yang mengandungi babi.
Disclaimer: Senarai di bawah ini hanya untuk rujukan sahaja dan sebahagiannya adalah berdasarkan maklumat dari online. Bukan dianggap senarai sahih 100% halal. Sila periksa dahulu dengan pihak restoran di sana sebelum memesan. Saya tidak bertanggungjawab jika anda tidak membuat pemeriksaan/pertanyaan dengan pihak restoran di sana.
- Tukdin Flavours
- Satay House
- Melur Restaurant
- Bonda Kitchen Paddington (termurah selepas Malaysian Hall Canteen. Terletak di bawah bangunan @ underground MARA House)
- Malaysian Deli
- Dapur
- Malaysian Hall Canteen (yang pertama termurah dalam semua-semua. UPDATE 26 Okt 2022, dah tutup pula sekarang).
- Makan Cafe
- Laksa
- Normah’s Cafe
- Laksamania (status halal belum diketahui. HANYA untuk rakyat Malaysia yang bukan Islam)
- Rasa Sayang Restaurant
- Roti King
- C&R Cafe (Tidak halal kerana ada menu Bak Kut Teh. HANYA untuk rakyat Malaysia yang bukan Islam)
- Laxsa Soho (status halal belum diketahui. HANYA untuk rakyat Malaysia yang bukan Islam)
- Mamak Don
- IBU
- Putera Puteri
- Warung Putera Puteri
- The Spice Lab (status halal belum diketahui. HANYA untuk rakyat Malaysia yang bukan Islam)
- Hawker’s Kitchen
- Malay Fellas
- Med Salleh Kopitiam
- Nur Malaysia
- SUDU (status halal belum diketahui. HANYA untuk rakyat Malaysia yang bukan Islam)
Nasi Lemak Sotong Nek Nong London(UPDATE 26 Okt 2022: Dah tutup)
Kesimpulan untuk perbelanjaan makan/minum:
- Sarapan: Roti sebungkus 0.99 pound (RM5.40), boleh bertahan 3 hari. Untuk 7 hari bersamaan RM5.40 x 4 = RM21.60
- Makan Tengahari: Purata Nasi berlauk 10 pound (RM54.00). Untuk 7 hari bersamaan RM54 x 7 = RM378.00
- Makan Malam: Kebab, Meggi, Fast Food dan sebagainya. Ambil purata 4.00 pound (RM22.00). Untuk 7 hari bersamaan RM22 x 7 = RM154.00
- Makanan ringan: Purata untuk 7 hari bersamaan 15 pound (RM82.00)
- Extra (sekiranya terasa lapar dan perlu singgah mana-mana untuk makan atau nafsu korang macam raksasa, hehe): 30 pound (RM 164.00)
Jumlah keseluruhan untuk belanja makan/minum selama 7 hari adalah RM 799.60
Nasihat saya tentang restoran Malaysia:
- Kalau boleh jangan terlalu bergantung untuk makan di restoran Malaysia semata-mata. Cuba rasa restoran-restoran halal yang lain di sana seperti restoran India, Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Arab. Barulah ada kepelbagaian dan ‘feel’ sebagai traveler tu menyerlah. Nak lebih ‘thrill’, cuba makan di restoran tempatan yang menyajikan makanan-makanan yang boleh dimakan oleh umat Islam seperti Fish N Chip, Lobster dan lain-lain (ini kalau bajet banyaklah).
- Bila dah ada di dalam restoran Malaysia, jangan pula bercakap Bahasa Melayu kerana namanya ‘Malaysian Restaurant’ bukan petanda ada ramai pekerja Malaysia di dalamnya. Mungkin juga pekerja dari Filipina, Indonesia, Singapore, asalkan muka Asian.
- Restoran-restoran yang khusus merujuk pada sesebuah negara biasanya mahal sedikit dari biasa kerana kebanyakan adalah berbentuk ‘dine-in’.
D. Pengangkutan – Rasanya korang boleh rujuk artikel di bawah ini yang saya dah sediakan:
E. Shopping: Korang kena pandai pilih. Tapi untuk artikel ni, saya takkan terangkan tentang lokasi shopping di sana. Mungkin dalam artikel khas nanti. Apa yang saya ingin highlight ialah perbelanjaan untuk shopping.
- Untuk pakaian branded, saya tak pasti harga-harga bagi setiap jenama. Mungkin korang boleh jadikan harga bagi brand Zara dan Mango dalam Pound sebagai rujukan:
- Zara: Contoh Shirt 29.99 pound (RM164.00) – laman web: http://www.zara.com/uk/
- Mango: Long Dress 29.99 pound (RM164.00) – laman web: http://shop.mango.com/home.faces?state=she_006_IN
- (UPDATE TERKINI 27 NOVEMBER 2018: Trending sekarang ni, ramai pula kawan-kawan saya yang serbu ke Primark bila di sana. Ayuh kita pula serbu sekali!)
- Untuk barangan jenis bundle dan car boot, banyak terdapat di Covent Garden dan Camden. Harga serendah 2 pound, 5 pound hingga 20 pound. Apa yang menarik dengan baju bundle di sana? Kalau korang tak kisah lah pakai baju bundle ni. Yang menariknya, di sana semuanya adalah original brand. Jangan risau samada brand cap ayam ke apa ke. Semuanya ori. Oh ya, car boot adalah konsep yang mana di suatu kawasan lapang (biasanya padang), ada banyak kereta yang bersusun berderet dan membuka bonet belakang. Korang boleh pilih dalam bonet dorang apa yang nak dibeli.
- Tahun 1998, ibubapa saya pernah melawat ke sana. Baju sejuk dan lain-lain semuanya di beli di Camden. Jimat!! Kesilapan saya sebelum ke London tahun 2009, saya membeli baju sejuk di Malaysia berharga RM600! Menyesal, ingatkan pergi ke sana waktu peralihan musim luruh ke musim sejuk tu, sejuk lah sangat, rupanya cukup sekadar pakai baju 3 lapis dan berseluar jeans sahaja.
- (UPDATE TERKINI 27 NOVEMBER 2018: Beli baju sejuk di Uniqlo di Malaysia sebelum ke sana, lebih berkualiti dan murah. Saya tertarik dengan design mereka yang menggunakan teknologi Blocktech yang lebih ringan. So, segala tok nenek Long Jack semua ada di sana).
F. Melawat tempat menarik yang berbayar termasuk sistem pengangkutan: Seeloknya untuk melancong ke London, belilah London Pass. Jika ada 5-6 tempat berbayar yang ingin dilawati, memadai beli London Pass untuk 2 atau 3 hari sahaja. Boleh juga membeli London Pass with Travel. Jika travel terhad sampai 2 atau 3 hari, hari-hari selebihnya hanya beli kad Oyster tambahan sahaja. Di bawah adalah contoh bagaimana nak organize berapa hari pengangkutan yang nak dipakai dan jumlah tempat yang nak dilawat menggunakan London Pass:
UPDATE: Selepas beberapa penelitian dan kajian tentang London Pass dan kad Oyster, saya mencadangkan seperti berikut agar lebih jimat kos:
- Hari ke-1: Dari Heathrow Airport, beli tiket Tube sehala ke tengah London (Zone 1) berharga 5.70 pound (RM31.00). Kemudian bila sampai ke Zone 1, beli kad Oyster (Travelcards) untuk Zone 1-3 berharga 35.60 pound (RM194.00).
- Hari ke 2: Korang bercadang nak menggunakan London Pass pada hari ini, jadi beli London Pass (without Travel) untuk 2 hari berharga 64.00 pound (RM350.00). Pastikan hari pertama penggunaan London Pass bermula pada hari ini. Satu hari purata 2-3 tempat berbayar yang korang boleh kunjungi dan untuk dua hari, lebih kurang 5-6 tempat, tapi kebanyakan masa perlu rushing. Perlu diingatkan, terdapat banyak lagi tempat menarik di London yang tak perlu bayar contohnya ke semua Muziumnya. Pengangkutan guna kad Oyster yang dah dibeli pada hari ke-1.
- Hari ke 3: Untuk masuk ke tempat menarik yang berbayar, tidak perlu sebarang kos kerana dah beli pada hari ke-2. Pengangkutan guna kad Oyster yang dah dibeli pada hari ke-1.
- Hari ke 4: Pengangkutan guna kad Oyster yang dah dibeli pada hari ke-1.
- Hari ke 5: Pengangkutan guna kad Oyster yang dah dibeli pada hari ke-1.
- Hari ke 6: Pengangkutan guna kad Oyster yang dah dibeli pada hari ke-1.
- Hari ke 7: Pengangkutan guna kad Oyster yang dah dibeli pada hari ke-1.
- Hari ke 8: Hari untuk berangkat ke Malaysia dan perlu menuju ke Heathrow Airport. Dari hotel ke stesen Tube (yang mempunyai servis ke Heathrow), beli sahaja tiket Tube dalam bentuk kertas berharga 2.20 pound (RM12.00). Kemudian dari stesen tersebut menuju ke Heathrow, beli tiket 5.70 pound (RM31.00).
Jumlah keseluruhan belanja untuk London Pass, kad Oyster, tiket kertas dan pergi balik ke Heathrow Airport = 113 pound (RM620.00)
G. Buah tangan, cenderamata, ole-ole, fridge magnet dan sebagainya:
Tahukah korang, boleh dikatakan 90% dari barangan cenderamata yang dijual di sana adalah Made in China? Ini pengalaman saya sendiri. Terasa rugi dan tak ori langsung bila belanja beli cenderamata. Berbanding sewaktu ibubapa saya ke sana tahun 1998, kebanyakan adalah 90% Made in England!!
- Purata harga bagi cenderamata adalah 1 hingga 20 pound per item.
- Untuk beli bagi saudara-mara di kampung, beli sahaja keychain sorang satu. Paling mahal pun 1.50 pound. Kalau mereka kata kenapa tak beli lebih? Cakap je “kebanyakan di sana Made in China, rugi pula beli, ini pun beli buat syarat jer”.
- Untuk diri sendiri, haa.. terpulanglah berapa banyak fridge magnet, cenderamata dan lain-lain yang nak dibeli.
- Macam saya, rasanya hampir 70 pound (RM382.00) cenderamata yang dibeli dari kedai-kedai jalanan. Belum lagi termasuk beli macam-macam di Harrods (beli cenderamata jer) hampir 100 pound (RM540.00).
Ok itu sahaja belanja, sekarang meh kita kira berapa bajet kesemuanya sekali untuk 8 hari 7 malam:
- Tiket penerbangan pergi-balik MAS: RM3,490.00
- Pengangkutan: RM620.00
- Makan/minum: RM799.60
- Cenderamata: RM382.00
- Shopping:RM109.00 (4 helai baju bundle berharga 5 pound setiap satu)
- Jumlah semua di atas (tidak termasuk penginapan): RM5,401.00
Jumlah keseluruhan termasuk penginapan ala Backpackers: RM5,401 + RM637 = RM 6,038.00
Jumlah keseluruhan termasuk penginapan ala Hotel: RM5,401 + RM2,100 = RM 7,501.00
Korang pilih lah bajet mana yang sesuai. Sebenarnya ada di antara bajet yang boleh dikurangkan lagi mengikut kebijaksanaan masing-masing. Bagi bajet yang melibatkan vacation apartment, maaf… saya rasa anda cukup kaya sampai boleh bayar seminggu penginapan RM4 ribu lebih, takkan nak berjimat pula? Hihihihi…
Kalau korang rasa RM6-7 ribu membebankan, belanja sikit-sikit contohnya beli dahulu tiket penerbangan tapi pastikan melancong 2-3 bulan dari tarikh pembelian. Sebabโฆ. dalam tempoh 2-3 bulan, korang mempunyai banyak masa untuk kumpul duit iaitu dalam RM3 ribu lagi.
Mohamed Rafiq Sulaiman
Sorry, tumpang iklan ye Tuan Blog…
Kepada sesiapa yang nak melawat kota London, kami ada menyediakan servis penginapan budget di London :
Homestay di london
TQ n sorry again..
Admin
boleh aje ..silakan.. mmg saya pun mencari juga penginapan2 dr msian di sana.
Anonymous
comprehensive and very good info…many thanks ๐
Admin
sama2 ๐
Leya Anna
En,Comprehensive and informative write up! saya akan ke london july ini, harap en sudi share itinerary di email saya: [email protected] Thanking you in advance ๐
Mohd Faiz Khairuddin
Salam en.mohamed rafiq, saya faiz dsn sy akan ke london pd 8 aug 2015 dan bercadang utk bermalam 3mlm di sana. Boleh emel sy kos penginapan di homestay tuan.boleh emel ke [email protected]
Saiful Salim
Salam berkenalan, mohon laluan;
Homestay
Makan Angin London
SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK) dengan kadar berpatutan.
HUBUNGI @
Whatsapp di +447478 684277
Facebook page: Makan Angin London
Instagram: makananginlondon
Website: http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk/
Sara
Nak kje part time kat Sana. Ada boleh rekemen tak kje kilang untuk 88hari?
Admin
Maaf mencelah sbb soalan tak tuju pd saya, cuma curious je… kenapa 88 hari?