• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Zatie Wanderer – A Truly 100% Family Travel Stories

Zatie Wanderer - A Truly 100% Family Travel Stories

We're a Family Travelers! A Truly 100% Family Travel Stories

  • Home
  • Kisah Kembara
    • Carpacker Kuantan, Cherating & Kemaman
    • Thailand-Laos 2016/17
    • Carpacker Pantai Timur 2015
    • London 2009
  • Negara
    • Arab Saudi
    • Indonesia
      • Bandung
      • Surabaya
    • Malaysia
      • Kelantan
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Perak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Laos
      • Vientiane
    • Thailand
      • Hat Yai
      • Prachuap Khiri Khan
      • Hua Hin
      • Samut Songkhram
      • Nakhom Pathom
      • Kanchanaburi
      • Bangkok
      • Lopburi
      • Ayutthaya
      • Nong Khai
    • United Kingdom
      • London
  • Lain-lain
    • Hotel
    • Jalan-jalan Cari Makan
    • Pengumuman
    • Resort
    • Santai
    • Tools
  • Contact
  • About Us

Carpacker 2015 – Pantai Timur – #11 Muzium Terengganu dan Keropok Losong

November 22, 2016 By Admin Leave a Comment
Tempoh Bacaan: 8 minit

Print ๐Ÿ–จ PDF ๐Ÿ“„


Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #10 Makan Tengahari Gaya “Rare” dan Masjid Terapung. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.

Asalnya aku plan nak pergi ke Taman Tamadun Islam. Entah macam mana, sampai jer tengok-tengok tutup pula. Aku pun dah lupa sebenarnya punca kenapa tutup walhal ikutkan waktu operasi rasminya ialah 7 hari seminggu tapi mengikut laman webnya tertulis “Operasi Taman Monumen, River Cruise dan Laman Selera B’Beteng diTUTUP pada setiap SELASA kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum terpilih.” Ke aku yang tak paham? Cubalah korang check laman webnya http://tti.com.my/rates-hours.


So dah tutup, aku pun try usha jap area River Cruise. Memang kafeteria pun ditutup tapi kalau siapa-siapa nak masuk tengok sungai, boleh jer. Tatie dan Aqif lepak jap dalam kereta sementara aku usha kat River Cruise.

Sambil perhati keliling, ada lah seorang remaja ni tengah lepak. Tetiba datang kat aku tunjuk ada benda tengah berenang.

Binatang ni tengah berenang sambil kepala dia timbul. Kamera aku pula boleh zoom, so aku zoom sedekat yang boleh. Ohhh… ingatkan apa benda ke, biawak rasanya. Jenis spesis biawak bersaiz besar. Ingatkan besar macam monster Loch Ness ke apa ke.

Aku bersembanglah lagi dengan budak tu sambil-sambil menikmati pemandangan di hadapan River Cruise. Di depan aku ni sebenarnya Pulau Duyung Kecil. Pulau ni bukanlah pulau yang kategori terletak seketul di tengah laut atau berada di lokasi laut besar. Ia terletak di tengah-tengah Sungai Terengganu yang lebar dan bersambung alirannya sampai Tasik Kenyir. Kalaulah ditakdirkan air sungai jadi surut, aku rasa mungkin pulau ni akan bersambung dengan bandar KT dan bukan lagi dianggap sebagai pulau.

Ok dah clear kan dengan apa yang aku maksudkan dengan “seketul pulau yang bukan di tengah-tengah laut”. Rasanya, sebelum adanya jambatan panjang yang merentang di tengah-tengah pulau, mungkin pengangkutan sampan dan perahu rancak digunakan. Tapi sekarang dah tiada lagi. Yang ada pun cuma seni pertukangan dan pembuatan bot contohnya Bengkel Bot Haji Abdullah dan Hassan Ali yang terletak di Pulau Duyung, tapi aku tak sempat pula nak mencarinya.

Masih lagi di depan River Cruise, aku saja snap gambar burung helang. Sambil tu aku try usha Google Maps nak tengok apa lagi yang berdekatan dengan Taman Tamadun Islam. Nampak gaya Muzium Terengganu sangat dekat dan jam pun baru 3 petang.

Aku pun cargaslah ke Muzium Terengganu Negeri Terengganu. Masing-masing masih bertenaga kecuali aku jer sebab penat memandu semalam masih terasa.

MT terletak di atas bukit kecil. Untuk ke sini tak susah sebab dah sedia ada dalam GPS. So kalau pandai cari spot di sini, bolehlah nampak Masjid Kristal, sungai Terengganu dan lain-lain lagi. Dari peta atas, nampak tak betapa dekat dengan Taman Tamadun Islam, kan?

MT ni punyalah besar uols. Dekat 4 tingkat gak lah tingginya. Itu belum kira lagi 2 tingkat tambahan bawah tanah.

Ni haa dua tingkat lagi ke bawah. Aku dimaklumkan yang MT ni merupakan muzium terbesar di rantau Asia Tenggara. Maknanya apa? Kalah Muzium Negara weh. Tapi dari segi hasil pameran dah tentu Muzium Negara lebih banyak.

Laman web MT: http://museum.terengganu.gov.my/

Waktu sampai ke sini, puas gak aku menapak cari kat mana laluan nak masuk. Rupanya memang kena masuk juga ikut laluan depan dan tak ada sebarang pintu kedua atau ketiga di bahagian lain.

Menapaklah kitorang….

Jap tarik nafas panjang skit… ok menapak lagi…

Berhenti jap layan bumbungnya yang besar tak hingat.

Ok kami pun sampailah depan reception. Aku pun belilah tiket masuk untuk dua orang, kanak-kanak  bawah 7 tahun free je kecuali yang berumur di antara 7 hingga 15 tahun kena bayar RM2.00. Tiket dewasa untuk rakyat Malaysia pula ialah RM5.00. Harga oklah untuk menampung kos operasi.

Lepas dah bayar….. pak guard nampak kamera DSLR besar gedabak kat leher aku. Katanya kamera tak boleh bawa masuk. Aduh!!! Spoil betul. Aku memang pantang masuk tempat berbayar tetiba tak boleh pula bergambar. Bagi aku memang rugi sangat-sangat. Dia suruh aku simpan dalam locker percuma yang ada di situ. Ah malas….

Masuk level ground floor tu, aku sempat tengok penerangan tentang batu bersurat jer, itu pun snap guna henpon sebab aku nak ambil detail tulisannya untuk bacaan. Batu bersurat yang terkenal tu pun bukannya yang original, hanya replika jer. Tengok pula dalamnya bertingkat-tingkat, aku cakap kat Tatie, “cukuplah kot pusing ground floor ni jer” sebab aku dah tak larat dan mood pun dah spoil.

Tak sampai 10 minit kami pun keluar, pak guard hairan tengok mungkin dalam hatinya, “kenapa kejap sangat mung masuk muzium ni”? Kira lebur lah RM10.00 bayar tadi. Tak apa, buat sumbangan bagi kemajuan MT.

So kami pun keluar dan menapak semula ke kawasan parking sebab aku terperasan tadi ada pameran menarik di situ. Sambil menapak aku snap gambar bunga kapas yang tengah mekar, cantik pula.

Like father, like son….

Haa itulah pameran menarik kat luar ni…

Ada kapal terbang mini uols… Aku nak ambil gambar Aqif tapi dalam masa yang sama risau-risau pula kang tertonggeng ke belakang, terpaksa pegang tangan dia sambil Tatie ambil gambar.

Dalam banyak-banyak yang dipamer di luar tu, aku tertarik dengan yang ni.


Cadillac Limousine weh!! Jenama buatan US! Kereta ni dibina khas untuk kegunaan Al-Marhum DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah pada tahun 1981.

Apa yang ditulis tu?

KERETA DYMM SULTAN TERENGGANU

Kereta dari jenis Cadillac Limousine ini dibuat khas oleh General Motor di Amerika (USA) bagi kegunaan Almarhum DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah pada tahun 1981. Keseluruhan badan kereta ini di cat dengan warna kuning emas. Bagi kekemasan dalamannya pula, ia dibalut dengan baldu kuning bermutu tinggi pada kusyen dan panel pintunya. Bahagian kabin kereta ini boleh memuatkan seramai empat orang dewasa dengan selesa. Di dalam terdapat peti ais kecil dan telefon untuk kemudahan berhubung dengan pemandu. Ia digunakan secara rasmi semasa pemerintahan DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah (1979-1998) untuk ke majlis-majlis rasmi dan ketika berangkat menunaikan sembahyang Jumaat. Di atas perkenan kebawah DYMM Sultan Mizan Al-Wathiqu Billah, ia diserahkan kepada Muzium Negeri untuk dijadikan koleksid DiRaja.

Selepas tu kami tinjau pula kenderaan-kenderaan yang lain. Kebanyakannya adalah model Mercedes Benz yang lama untuk kegunaan Menteri Besar Terengganu.

Next? Jom kita cari keropok Terengganu…

Menurut beberapa review dalam blog-blog tempatan, katanya kebanyakan pembuatan keropok Terengganu berpusat di Kampung Losong.

Jauhnya dari MT lebih kurang 2.4 km jer (GPS: 5.318039, 103.123629). Di sini memang banyak warung-warung yang membuat dan menjual keropok. Aku pun tak tahu sangat yang mana satu paling sedap. So aku fikir macam nih la, tengok mana yang senang akses untuk parking dan ada dipamerkan cara pembuatan di bahagian depan. Dan aku memilih untuk berhenti di kedai Keropok Warisan Losong.

Di sini ada table untuk port makan dan boleh jer order keropok dan air minuman. Orang pun tak ramai mungkin sebab hari bekerja. Jam baru 5.20 petang.

Kitorang pun pergi la kat meja depan tu ada keropok yang boleh kita pilih. Satu jenis jer iaitu keropok losong, jangan korang ingat ada menu-menu lain pula. Tapi awal-awal aku nak gelak dulu…. hahahahahaha.

Jangan ingat aku sewel. Sebenarnya jahil juga aku bab keropok ni. Rupanya ini bukanlah keropok lekor tapi keropok losong! Ianya lebih ringan dan sesuai dimakan time panas-panas.

Untuk pengetahuan korang, keropok losong ni ketahanannya dalam 6 jam jer. So kalau nak bawa balik keropok mentah sebagai ole-ole, mungkin tak tahan lama dalam perjalanan. Kecuali kalau keropok mentah lekor, boleh bertahan 12 jam sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Beza keropok lekor pula, lebih berat kandungannya dan aku rasa korang pun dah biasa makan jenis lekor kan…

Kemudian kami pun duduklah sambil akak tu hantarkan keropok yang dah dipilih tadi. Lepas order air, aku boleh simpulkan yang akak-akak kat sini kurang mesra sedikit. Bukanlah sombong, tapi kurang mesra dan kurang senyuman. Apa-apa pun, keropok losongnya terbaik dan sedap.

Dah sampai. Sikit jer kami order. Sekadar nak merasa dulu. Kalau sedap nanti repeat lagi. Oh ya, aku mohon maaf sebab lupa berapa harganya, yang pasti memang murah.

Habis makan, aku pun pergi tinjau sorang-sorang di bahagian pembuatan keropok. Memang akak-akak ni semua pemalu orangnya. Jom layan gambar….

Caranya ialah diuli-uli jadi panjang, kemudian zuppp dicampak kat tepi pinggan besi kat depan tu. Nak lagi clear, jom layan video yang aku sempat rakam.

Apa macam? Memang layan kan cara dorang uli tu? Ralit pulak tengok…

Dah jam 6 petang, aku dah janji dengan Tatie dan Aqif nak mandi laut depan resort BBBR. So, tak boleh lama di sini dan perlu gerak. Nanti dah maghrib takkan nak main air laut? Kang jembalang laut keluar satu cerita pula…. atau ada yang mengikut kami masuk ke bilik lagi haru! Hehe…

Kos di Muzium Negeri Terengganu (ikut harga semasa, kecuali makan/minum):

  • Minyak kereta: Mengikut jenis kereta masing-masing.
  • Tiket masuk: RM5.00 x 2 orang dewasa

Bersambung ke entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #12 Pantai Batu Burok dan Review Batu Burok Beach Resort.



Related posts:

Carpacker 2015 - Pantai Timur - #4 Bandar Kuantan dan Restoran "Jiwa Merdeka"
Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman - Part 4 - Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating
Carpacker 2015 - Pantai Timur - #3 Bandar Jerantut dan Mat Kilau

Filed Under: Carpacker Pantai Timur, JJCM, Malaysia, Terengganu

Tentang Kami

Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan dan percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri.

Subscribe
Notify of
guest
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Recent Posts

  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 4 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Part 3 – Tempat Makan Best Dan Menarik February 27, 2022
  • Carpacker Kuantan-Cherating-Kemaman – Day 1 – Part 2 – Claustrophobia Di Lombong Bijih Sungai Lembing February 26, 2022
  • Sembang #BorderClose Siri 3 โ€“ Rindu Nak Travel!! July 12, 2021
  • Sembang #BorderClose Siri 2 – Memupuk Minat Dalam Kembara November 21, 2020

Archives

Categories

Ayutthaya Bandung Bangkok Carpacker Kuantan Carpacker Pantai Timur Europe Hat Yai Hotel Hua Hin Indonesia JJCM Johor Kanchanaburi Kelantan Kuala Lumpur Laos Lat Krabang London London 2009 Lopburi Maeklong Maklumat Malaysia Melaka Nakhom Pathom Negeri Sembilan Nong Khai Pahang Pak Tho Pengumuman Perak Prachuap Khiri Khan Resort Samut Songkhram Santai Selangor Shopping Mall Surabaya Terengganu Thailand Tools United Kingdom Vientiane

Tags

bandung britain cherating cihampelas ciwalk england europe family backpacker family backpackers family traveler hulu langat ibis indonesia insuran insurans insurans perjalanan kedai makan kemaman kembara thailand kembara thailand-laos kuantan laos london london pass london transport london transportation london tube makan best pahang pasar baru sedap sistem pengangkutan london surabaya tempat makan tempat makan best tempat makan menarik thailand travel insurance travel insurans tube uk ulu langat underground tube united kingdom warung

Tentang Kami

Selamat datang ke laman travelog Zatie Wanderer! Dahulunya dikenali sebagai blog "Kembara Travelog" dan "Dunia Bulat". Blog ini adalah mengenai catatan atau travelogue perjalanan & percutian kami sekeluarga di Malaysia dan luar negara secara backpackers, flashpackers dan carpackers. "Zatie" adalah gabungan nama kami suami & isteri. Semua blog entri ditulis oleh sang suami dengan gabungan memori kembara dari sang isteri. For sponsorship, reviews and events please email to [email protected]

Jom Follow Kami!

  • Facebook
  • YouTube
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Term of Services

Copyright ยฉ 2011-2022 ยท ZATIEWANDERER.COM, ALL RIGHTS RESERVED

wpDiscuz